
Salam semua
Setelah undian di buat bahawa majoriti pemilihan untuk TRIP MIKAT 2010 adalah di SUNGKAI, PERAK.
Jadinya Trip pada tahun ini kita akan adakan di SUNGKAI, PERAK DARUL RIDZUAN.Trip yang menghubungkan silaturahim ini bagi semua pemikat seluruh tanahair akan berkumpul di sini bagi menjayakan aktiviti pada setiap tahun ini di bawah anjuran TTF.
Pada tahun lepas kita adakan di SG, LEKUK JERANTUT PAHANG DARUL MAKMUR, maka pada tahun ini kita beralih angin pula ke negeri lain pada setiap tahun.
Pemilihan berdasarkan undian terbanyak daripada sahabat-sahabat warga TTF sekelian.
Berkenaan tarikhnya sahaja kita masih di dalam pengundian.Kerana pemilihan tarikh yang cantik akan memudahkan semua pemikat merancang cuti dengan baik sekali bg memudahkan semua berkumpul.
Trip Pada kali ini bertemakan " SILATURAHIM PEMANGKIN WARISAN" .
Tema tersebut bukan sekadar memikat , tetapi sebagai wadah pemangkin silaturahim sesama kita bg semua peminat di seluruh Negeri di MALAYSIA kita ini.
Aktiviti yang sihat ini lebih tertumpu kepada menengahkan warisan seni anak bangsa agar ianya tidak pupus di telan zaman era globalisasi.
Di samping itu juga kita ingin mengajak anak-anak muda generasi ini meninggalkan aktiviti yang tidak berfaedah seperti melepak, merempit, menagih dadah dan sebagainya agar bersama-sama kita menjayakan aktiviti yang sihat ini.
Di samping aktiviti memikat juga, kita akan membuat sedikit kutipan seikhlas hati bagi menubuhkan 1 tabung kebajikan
Tabung kebajikan ini kita namakan bagi setiap sumbangan seikhlas hati untuk kita salurkan kepada fakir miskin dan anak-anak yatim.
Walaupun hanya sumbangan RM1, impaknya di sana insyaallah hanya Allah snwt yang membalasnya.
Itulah tujuan kita adakan aktiviti ini pada setiap tahun.
Memandangkan TTF masih baru lagi di arena jalur lebar ini,maka tahun 2010 ini merupakan TRIP MIKAT yang kedua kita adakan.
Syukur alhamdulillah , TTF nampaknya telah mendapat sambutan yang luar biasa.kerana rata-rata kita tahu di MALAYSIA kita ini buleh di katakan beribu-ribu pemikat di setiap ceruk negeri.Cumanya mungkin mereka ada yang tidak tahu menggunakan kemudahan IT, maka mereka tidak berkesempatan bersama dengan kita.Namun begitu cukuplah sekadar memberi sokongan kepada kami.
Sokongan anda semua amat kami hargai sepenuhnya.
Terima kasih semua warga TTF dan kita akan berjumpa di SUNGKAI, PERAK jika di izinkan oleh Allah snwt
1 ulasan:
keep up a good job long
May Allah the creator with us always. Amin
Catat Ulasan