Pengikut

SELAMAT DATANG

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara semua kerana melawati Blog kami yang tidak seberapanya ini.

Blog ini di hasilkan adalah untuk memberi sedikit info & berkongsi maklumat bersama penggemar burung terkukur khususnya bagi kaki pikat.

Blog ini juga di hasilkan bagi merapatkan dan bersilaturahim sesama.

Blog ini di hasilkan bagi meneruskan WARISAN seni tinggalan Nenek moyang kita dahulu sehinggalah sekarang ini.

Jika tiada siapa yang menengahkan warisan ini, maka ianya akan terbuku kubur tanpa ada sesiapa yang tahu hasil seni dahulu kala.Warisan ini merupakan warisan yang perlu di naik tarafkan hingga ke depan ke generasi baru.

Bak kata pepatah :

"Tidak Lapuk Dek Hujan "

"Tidak Hilang Warisan Melayu"

Di harapkan anda semua akan terhibur & gembira dengan melawati Blog PWSTM ini.

Selamat melayari blog TERKUKUR yang menjadi hiburan hasil tinggalan Nenek Moyang kita terdahulu sampai lah kepada kita hari ni.............

Akhir kata dari saya : MOTO PWSTM & MOTO KAMI :

"WARISAN SEJAGAT , WARISAN SELAMAN "

From :
PWSTM

SILA LAWATI & BERILAH SOKONGAN KEPADA FORUM KAMI :

SILA KLIK LINK DI BAWAH INI SEGERA :-

http://database1900.13.forumer.com

TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA dari PWSTM di atas sokongan semua pihak, semua sahabat yang mengenali PWSTM atau pun tidak.Khususnya warga TTF semua.

TERIMA KASIH juga kepada pihak MEDIA yang menengahkan seni warisan ini untuk di kongsi oleh semua khususnya SINAR HARIAN DLL.


Jumaat, 10 Oktober 2014

ISTILAH KELAS BURUNG

Salam
10.10.2014
Jumaat
3.15pm

Per: ISTILAH KELAS-KELAS BURUNG 

Sudah lama tak update blog ini memandangkan terlalu sibuk dengan tugas-tugas hakiki dan komitmen yang lain.Jadi pada hari yang mulia ini saya ingin berkongsi dengan semua di blog PWSTM ini beberapa jenis Istilah Kelas-kelas burung yang selalu kita guna pakai dalam hobi perburungan ini.

Ada beberapa jenis kelas istilah burung Terkukur yang sering diguna pakai oleh semua peminat hobi ini antarnya sebagaimana berikut :

1) BURUNG HUTAN - BH
2) BURUNG LADUNG - BL
3) BURUNG BARU-BB
4) PIKAT @ DENAK
5) DLL

Inilah beberapa Istilah yang sering digunakan oleh pemikat dalam permainan hobi ini yang akan saya terangkan satu persatu di bawah ini

1) BURUNG HUTAN -BH ;
Burung Hutan istilah singkatnya adalah BH.Yakni burung yang ditangkap di kawasan permainan seperti ladang sawit,getah,kebun dan seumpamanya.

2) BURUNG LADUNG -BL;
Burung Ladung istilah singkatnya adalah BL.Yakni burung yang telah di bela yang ditangkap dari istilah 1 diatas di simpan di dalam Ladung atau bahasa biasanya adalah REBAN.

3) BURUNG BARU-BB;
Burung Baru istilah singkatnya adalah BB.Yakni burung yang telah dipilih dari istilah 2 diatas dan ditambat di atas sangkar layang dengan beberapa ketika masa nya dan mula galak ,di bawa mengajar ,menangkap kurang daripada 40 kebawah.Dalam istilah inilah ramai yang baru dalam hobi ini keliru berkaitan istilah ini.Dalam istilah ini belum boleh di panggil istilah Pikat atau pun Denak kerana istilah Burung Baru-BB ini ianya akan naik dan turun.Maksud naik dan turun disini adalah permainannya tidak tetap dan tidak stabil 70%.Kadang bunyi dan kadang tidak.Jadi dalam perkara ini jenis istilah ini perlu latihan lagi agar ianya menjadi tetap.Namun ada yang terus naik menjadi seperti seekor Pikat atau Denak yang baik.

4) PIKAT @ DENAK;
Pikat @ Denak istilah nya adalah TETAP.Yakni burung yang telah berjaya di asuh dan dilatih di peringkat istilah ketiga diatas yang mana permainannya telah tetap 90-100%.Nilaian kredit yang boleh kita beri pada istilah ini adalah tangkapan adalah 40 ekor ke atas dari istilah satu di atas.Ini baru lah boleh di panggil dengan istilah PIKAT @ DENAK.Permainannya adalah tetap dan berbeza setiap kali menghadapi lawan.Maksud berbeza disini kadang berbunyi di atas sangkar layang dan kadang tidak, kadang berbunyi di dalam Cetok atau bakul atau jebak ,kadang tidak.Hanya ingin bermain di laman sahaja.Maksud kata disini adalah bawa lah kemana sahaja dan di mana sahaja ianya akan berbunyi seperti biasa.Kerana ianya telah tetap.

Jadi kesimpulannya istilah ini kita perlu ketahui serba sedikit walau tidak semua agar kita dapat kenali apa itu permainan dalam seni Terkukur ini.

Di harapkan info yang serba kekurangan ini dapat memberi sedikit panduan bersama.
Sekian, wassalam
Longkedah