Pengikut

SELAMAT DATANG

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara semua kerana melawati Blog kami yang tidak seberapanya ini.

Blog ini di hasilkan adalah untuk memberi sedikit info & berkongsi maklumat bersama penggemar burung terkukur khususnya bagi kaki pikat.

Blog ini juga di hasilkan bagi merapatkan dan bersilaturahim sesama.

Blog ini di hasilkan bagi meneruskan WARISAN seni tinggalan Nenek moyang kita dahulu sehinggalah sekarang ini.

Jika tiada siapa yang menengahkan warisan ini, maka ianya akan terbuku kubur tanpa ada sesiapa yang tahu hasil seni dahulu kala.Warisan ini merupakan warisan yang perlu di naik tarafkan hingga ke depan ke generasi baru.

Bak kata pepatah :

"Tidak Lapuk Dek Hujan "

"Tidak Hilang Warisan Melayu"

Di harapkan anda semua akan terhibur & gembira dengan melawati Blog PWSTM ini.

Selamat melayari blog TERKUKUR yang menjadi hiburan hasil tinggalan Nenek Moyang kita terdahulu sampai lah kepada kita hari ni.............

Akhir kata dari saya : MOTO PWSTM & MOTO KAMI :

"WARISAN SEJAGAT , WARISAN SELAMAN "

From :
PWSTM

SILA LAWATI & BERILAH SOKONGAN KEPADA FORUM KAMI :

SILA KLIK LINK DI BAWAH INI SEGERA :-

http://database1900.13.forumer.com

TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA dari PWSTM di atas sokongan semua pihak, semua sahabat yang mengenali PWSTM atau pun tidak.Khususnya warga TTF semua.

TERIMA KASIH juga kepada pihak MEDIA yang menengahkan seni warisan ini untuk di kongsi oleh semua khususnya SINAR HARIAN DLL.


Isnin, 30 November 2009

AIR TAMBAHAN KEKUATAN FIZIKAL



salam

Air minuman tambahan ini adalah altenatif yg boleh kita gunakan utk menyihatkan burung.air ini di titikkan kedalam bekas air minuman burung kita sebanyak lebih kurang 7-8 titik sahaja.

MATLAN,ADIK_84 & THE GANG COME RAYA AIDIL ADHA AT JENGKA


salam

Di kesempatan ini saya serta keluarga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kpd sdr matlan kerana sudi hadir kerumah saya pada hari raya aidil adha baru ni.

Saya bagi pihak diri saya serta family memohon maaf sekiranya ada kesilapan atau terkurang semasa matlan & the gang mai beraya di rumah.

Terim kasih sekali lagi

Selamat hari raya aidil adha maaf zahir dan batin

KILI DARI TANDUK DLL




Salam

Di sini saya ingin berkongsi dengan semua berkaitan dengan kili atau otek-otek.kili ni adalah 1 nama yg di gunakan untuk menghadkan atau menyambung antara tali ulat dan tali kajau(tali kaki)
ianya di buat turun temurun sehinggalah kehari ini.pada ketika dahulu kili ini di perbuat dengan pelbagai jenis benda.yang paling utama di ketika dulu adalah tanduk.tanduk kerbau yang paling utama di gunakan di zaman nenek moyang kita dulu.namun generasi hari ni juga gemar menggunakan kili yg di perbuat daripada tanduk kerbau ini.kerana tanduk mudah didapati.

Tanduk yang paling cantik adalah tanduk kerbau balar.atau tanduk kerbau kampung yang betina.kerana tanduk betina tiada ruangan kosong pada tanduknya yakni berbentuk padu.

jadinya tanduk kerbau betina di ambil yang telah di sembelih dan tanduknya di simpan untuk di keringkan agar keluar atau luruh dgn sendirinya kelongsong tanduk dari kepala nya.

Itulah hasil seni datuk kita dahulu dalam permainan terkukur ini.semua benda yang ada pada masa itu di hasilkan untuk apa-apa kegunaan.kerana pada masa dahulu susah nk beli kerana masalah kewangan dan sebagainya.Jadi inisiatif di cipta dengan menggunakan tanduk kerbau.malau kalau kit lihat seni kraftangan di NEgara kita ini juga ada yg menggunakan tanduk seperti hsil seni burung yang di perbuat daripada tanduk yang pernah di siarkan oleh TV1 atau TV2 pada zaman 80an dahulu.

Sampai lah kegenerasi kini pun masih ada penggemar yang gemar menggunakan tanduk untuk membuat kili atau otek-otek ini.kerana ianya seni.

Di sini saya ingin berkongsi gambar kili hasil daripada tanduk dan tembaga pada zaman ini

TALI ULAT BELAH ROTAN





Salam

Di sini saya ingin berkongsi gambar berkenaan tali ulat jenis papan dan jenis belah rotan.
jenis papan ni selalu kita jumpa dan di jual di kedai2 burung atau ikan.namun jenis belah rotan agak susah di dapati di kedai2 kerana orang yang membuat jarang menjual hasil belah rotan tersebut.kecuali ada kedai2 tertentu sahaja yang mana pembuat menghantar jenis tersebut di kedai.

jenis belah rotan kombinasi 5 tali tak kiralah samada jenis braided atau nylon.cumanya utk ketahanan kita akan gunakan jenis braided power pro utk zaman sekarang ini kerana kualiti dan ketahanannya.jalinan nya sama sahaja dengan tali ulat jenis biasa.cumanya jalinan di papannya berlainan dan lambat sikit dari jenis papan biasa.dan di dalam nya pulak berjalin seperti rotan.mempunyai longkang 4.

lihat gambar di atas

Laporan RAYA KETIGA

salam

alhamdulillah hari ni cuaca cantik .cerah dari sebelumnya pasai musim ujan la ni.

hari : ahad
jam : 8.00 pagi
muatan : 2 ja ( bb & BB)

di pendekkan cerita terusss kelaman yg di set kan dlm kepala.laman penguku.sampai laman senyap sunyi la pulak.terus ke depan lg laman guk 2 sora kecik.sampai laman terdengar guk 2 lambung guk.park motor terus masuk sawit tinggi.tengok laman mana nk pacak.tunggu dulu pasai musim la adalah musim helang.pekena rokok sebatang.mata pusing sana sini.x berani pacak trus oooooo.habih sebatang tengok line clear terus pacak laman depan sawit mati.siap pacak masuk dlm jerumun.guk 2 lambung guk sora sedang dan kasar sahut.bb pun sahut.dlm cetok pun sahut.syyyyyyyhhhhhhh.dok la diam.sat lg depa mai ataih kepala.tiba2 bb menguku .sah bb nampak bh.mmg sungguh bh landing atas sawit tinggi.keluar habih kopi o terus patuk tanah.bh x jugak rapat.tiba2 melayang 2 ekor benda besar di hujung sana.habih semua burung mynah bertempiaran lari.ahh sudah sewah ka ? terus bukak jerumun keluar sat.agak lama jugak bh bunyi balik.bb menguku lagi tengok tarik akar dh sampai depan.pulun lg di lman.bb dlm cetok pun sama.hang nanti la dulu.dok diam.kwan x sabaq nk main di laman x bawak keluar.menguku lagi di laman.prufff bh landing atas sawit tinggi depan bb je.puas dh dok pulun bb buat x tau ja.bh ada bini rupanya harraammmm.dok sisik bulu la.jam dh pukul 10 pagi.naik kematu punggung.rokok dh berapa batang lincin .tunggu je la.pasai malas dh nk pindah2 .masa dh habih.tunggu punya tunggu bh yg ada bini td prenggggg turun sawit rendah di sebelah saya.saya x bergerak dah.tiba2 pruffff turun seko di laman.dok makan.betina.pruffff bh dgn bini dia mai pelepah mati sebelah bb.pastu mai lagi 3 ekor prufff di laman.ah sudah 6 ekor di laman.ni kalau semua masuk mampoihhh bb aku.tiba2 tarik akar menguku hat lain dlm laman.menuju ke bb.bb apa lg menguku kopi o terus prap.prap berlaga.bh masuk balik.awat x kena lagi ni.masuk lagi prap.prap berlaga lagi.tengok dh tarik kaki.cantikkkk.tunggu lagi kot ada lag hat nk masuk.nampaknya semua dh takut nampak bh tarik kaki.terus saya keluar pelan2 pruffffff ke lima 5 ekor dh cabut.masuk jut terus pindah laman naikmotor

nin dia



sampai laman kedua laman selang kuku sora sedang.park moto pekena rokok sebatang atas motor.tak lama kemudian terdenagr sora dok menekan atas bukit sikit.trus berjalan kedapan sikit masuk selang sepokok.main himpit.pacak racik dlm rumput.terus masuk jerumun.bb buat kerja lg.menguku lg.sah dia nampak bh.tengok ya sungguh bh dh sampai atas sawit sebelah dia je.bh ni fuhhhh menguku saja.dgn selang dia.tekan rapat.mmg idaman mat79.kalau dpt mmg rezeki dia la tu.sora sedang tinggi nk kasar.mmg sedap bagus

bb pulun lagi.hat dlmcetok x jugak saya keluarkan.biar dia panas.dkt 10 minit bb menguku pruffff bh turun laman.pusing sana sini addduhhhhh celir la pulakkkkkkk harraammmm geram bengang

leher bh dh panjang terus naik pokok.msg nasir tolong bukak racik sat tu naikmotor tunggu lg.org rumah anta msg nk pi kenduri tak ? tunggu la sat.tengok jam dh pukul 11.30.bh x jugak turun.bh pindah pelepah gelisah nk turun tp takut pasai nampak racik apa.bb x tau nk buat apa diam je la.patuk rumput , kembang bulu.harrammm tak dak tanda nk turun.dok menekan atas sawit tu.tiba2 bb dlm cetok menegur wuuuuuuu.ahhh sudah helang apa.tengok sewah lalu depa mata aku daaaaaa.buka jerumun tengok bb di laman.sib baik sewah terus 2 pokok.apa lg dekat dh tu 2 pokok keluar masuk bb cepat2 dlm cetok.kasi balik rumahhhhhhh nk pi kenduri pulak.

sekian laporan utk kali ini prenggggggg

Isnin, 23 November 2009

SALAM AIDIL ADHA

salam

Salam aidil adha buat semua umat islam khususnya.
Semuga dengan kehadiran aidil adha nanti, memberi sinar baru kepada kita di dalam pengorbanan kepada ilahi serta tanggungjawab sebagai hamba.
Salam aidil adha ini juga saya tujukan kepada jemaah haji yang berada di tanah suci mekah, semuga memperoleh haji yang mabrur insyaallah amin.

Di kesempatan ini , saya dan juga keluarga saya, menyusun jari sepuluh memohon kemaafan daripada semua samada yang kenal atau yang tidak kenal sekiranya ada salah dan silap dari segi perkataan, perbuatan dan sebagainya harap di maafkanlah.

Yang mulia itu dari sisi allah dan yang buruk itu dari khilaf dan salah saya sendiri

Ilahi anta maqsudi waridhoka mathlubi

Isnin, 16 November 2009

SEHARI BERSAMA PAK USOP

salam

hari jumaat pak usop call , amboihhh lama x dengaq sora ni malu
bz la pak usop .buah pelepas guling
esok mai la kot ni belakang rumah ada sekoq bagus
isnyaallah.

14.11.09 hari sabtu jam 9 pagi terus bergegas ke rumah pak usop.cuaca mendung dan sejuk saja.mau ada ka bh cuaca mcm ni.x pa la.sampai simpang tengok pak usop dh tunggu kat kedai kopi.lepak sat minum dulu.jam 10 terus ke rumah pak usop.mana kita nk pi ni ? belakang rumah dah la kot pak usop.pasai cuaca x berapa cantik ni.terus kami ke belakang rumah.terdengar bh dok lawan menekan di belakang rumah jiran pak usop kira2 selang sebuah.kwsn belakang rumah kwsn ank getah kecil sekitar 2 tahun.sawit pun sekitar 4 tahun.terus saya pacak pelepah.racik 2 kepala di hayun.terus kami menyorok di belakang pokok pisang blakang rumah pak usop je.suasana senyap sunyi.bb bunyi sepatah dua saja.lantak la kita tunggu je la kata saya.tunggu punya tunggu sekor burung wak2 naik atas pelepah sebelah.dok meniti atas tu.dlm hati jgn la hang naik pelepah burung aku.sib baik dia turun.x lama kemudian mai sekor prufffff melayang atas racik.habisssssss.kena dahhhhh. iskhhhhhhhh awat la hang turun ni geram



pelepas racik terus masuk balik belakang pisang.x lama kemudian bb menguku, selang, sulam,ada dh tu .pak usop kata sampai dh.tiba-tiba :

segala kasut-kasut yang letak lah di tangga
pakat la kena ingat ,pakat la kena jaga.......

guling telepon berbunyi.tengok screen cikgu azmi taiping call.bh dok berlawan lagi.sembang lg ngan cikgu.ckp pun pelan2 ja.bh dh mai cikgu.cikgu mie pun dok dengaq bh dok menekan.tiba-tiba prufffff bh landing tepi bb.ahhh sudahhhhh awat dia x landing belakang.menguku punya nguku bh dh nampak racik.panjang je leher.bh nampak racik dh cikgu ooiiiii.pruffff bh naik pelepah atas.dok menekan kat situ.mai pulak sekor lagi.cissss betina dia.terus dia naik atas pokok getah depan pasai dia nampak pak usop dah guling

x pa la.x dak rezeki la pak usop.kalau tanah td insyaallah.tapi nk pacak kat tanah basah.laman pun semut banyak.

terus angkat pekena kopi kat rumah pak usop..... ya betoi
_________________

Selasa, 10 November 2009

BURUNG BARU NEXT YEARS



salam

Minta pandangan dan komen dari sahabat semua berkenaan burung baru saya ni.burung biasa saja.

Isnin, 9 November 2009

7.11.09 - MIKAT WITH TTF MEMBERS

lap mikat
7.11.09 - sabtu
RPR (research plantation resort)
BB

Alhamdulillah hari ni planning ngan kohjai dpt bersua sekali lgi ngan TTF MEMBER.kali ni di RPR.pusat penyelidikan terbesar di pahang.lokasi di bawa oleh geng kohjai kelaman.kami di sediakan motor.saya naik ngan malek.di pendekkan cerita pusing punya pusing sampai laman kami.geng lain entah kemana hilang.kami redah ajelah berdua.jalan pun main hentam je masuk malu

sampai laman 1st bh teradap ngan pikat malek.sakan pikat malek bagus namun bh x terjun.helang pun banyak.jadi kami pindah laman lain.di pendekkan lagi cerita kami sampai laman lain.mat indok pulak potong sawit.lantak la.kita dengar dulu.saya cuba tiup 3-4 kali terdengar sora bh sahut.malek kata ok jom .malek naik atas saya pacak tepi perdu sawit tepi jalan udah.park moto ke tepi selang sepokok.siap pacak terus ambik tempat selang sepokok pelepah turun tanah.nampak jelas dok dlm kelambu.bh di sebelah atas dok lawan ngan pikat malek.sebelah saya x dak langsung.tunggu lagi.jam dh pukui 10.00 pagi.tiba-tiba bb saya menguku dan menekan.sah ada bh ni.tapi entah di mana.x dengar pun bh bunyik.tunggu lagi.bb saya pulun lagi.aiiii dok tang mana agak2

pasai bb saya tak leh dengar bunyi bh terbang.dia mesti nk bunyi malu
saya dok intai punya intai rupanya bh dok sepokok di depan bb saya.nampak dh dia dok panjang leher pusing kiri kanan.pasai apa ? pasai dia nampak moto saya park di tepi jalan.moto pulak warna merah.

bb menguku laman.prufffff bh mai landing depan racik.menguku kiri kanan.pusing sana sini.todiaaaaa bh celir.dh nampak racik geram

alamakkkkk sora diaaaaaaa..........iskkkhhhh harap masuk la .hati x sedap dah ni.menguku lagi.turun dlm longkang kecik.naik balik.melilau ja depan racik.sudah dah ni.x dak harapan nampaknya ni.bb ajak masuk laman.bb menguku arah tumang supaya bh masuk.namun dia x masuk jugak.dok pusing ja depan racik.entah mcmana dia nak masuk jugak terus kena racik tersembunyi 1 di ujung rumput.tengok dh tarik kaki.dlm hati tersenyum lebar.terus keluar.dan tengok bh ni lah rupanya



perbetul racik tengok malek dh mai dah.kami pindah laman lain.pusing sana sini sampai laman lain.jam dh 10.30 pagi.terdengar bh dok lambung duk.saya habaq kat malek pi la himpit.malek kata dia nk ke depan.x pa aku nk makan sat nooooo.perut dh berkeriok bunyi.pasai pg td minum ja.dok makan pastu simpan separuh pasai tengahari x keluar dh nampk gayanya ni.simpan separuh dan dok rehat sat pekena rokok sebatang terus himpit bh yg lambung guk td.malek dok pasang pelepah.saya berjalan pelan2 ke depan.mat indon pulak dok kait sawit belah atas dekat bh bunyi.himpit lg.kali ni himpit rapat betul.siap pacak masuk kelambu sepokok je.pasai laman x dak nk pcak.pck tepi rumput dkt perdu sawit je.risau gak dok jauh musim helang banyak ni.bh senyap.ah sudah .dia nampak ka.lantak la.tunggu sat bh bunyi balik.bb saya tekan .pruffff mcm moto hat nasir naik punya laju bh mai .pruffff atas pelepah bb.bb menguku.namun bg senyap saja.dok pusing sana sini atas pelepah sambil panjang leher.awat pulak.dia nampak racik ka.bb pujuk lg.dia x senang duduk.pruffff ke pokok atas bukit.sudahhhhh.dia nampak la kot ni.mat indon makin hampir dok kait buah .tau2 bh terjun ke tanah di sebelah sawit .tengok dia berjalan mai dah.ada chan bh ni.terus dia masuk menguku dlm laman.pusing sana sini.bb pujuk masuk laman.dia masuk terus tarik kaki.menguku lg tersungkur.bb menguku lg.bh bangun menguku lg.terus saya keluar.masuk bh dlm jut trus bawak racik perbetoi kat motor.....
nin diaaaa



pastu kami pindah ke laman lain............itulah hasil di sebelah pagi.sebelah ptg bh cabut saja .helang dekat 7-8 ekor dok melilau kat atas.burung merbah dok bsing x henti2 geram

sekian laporan.petang hujan sikit.kami tunggu juga dengan malek.pikat malek berapa kali teradap ngan bh sedap2, tapi bh x masuk.hujan berhenti kami masuk laman sekali lagi.namun bh senyap pulak lepas hujan tu.tengok jam dh pukul 6.abg saufi call tanya x keluar lagi ke ? dia org dh siap karaoke dh kat kedai padi td guling
amboihhh awainya depa keluaq.terus kami keluar........

sekian

7.11.09 - RESEARCH ON LIVE

salam

Alhamdulillah syukur pertemuan yg di atur oleh sdr kohjai selaku organizer kali ini.pertemuan kali ini adalah sebagai pertemuan kecil2an sahaja.

research tekam plantation resort menjadi pilihan sdr kohjai n the gang nya.1 kwsn yg sukar melepasi pintu gate.namun dgn mudahnya kami semua dpt masuk atas organise oleh sdr kohjai n the gang.

Alhamdulillah pada hari ini yakni 17.11.09 bersamaan hari sabtu cuaca cukup cantik.cerah tanpa hujan.

walaupun mlm sebelumnya hujan , ingatkan sama membawa ke hari sabtu.alhamdulillah hari sabtu cerah utk memberi ruang kpd kami berjumpa.

cubaan memikat dan melepaskan lelah bekerja akhirnya di lepaskan di research.dengan keadaan jalan yg licin tidak melemahkan semangat kami semua.

di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga kpd sdr kohjai dan gangnya kerana budi baik sanggup menyediakan kami moto sehingga 7 buah moto utk kami masuk ke laman.

timakacih yg tidak terhingga kpd sdr kohjai.bukan sediakan moto saja, malah siap isi minyak moto lagi.bukan itu saja siap tapau nasik lemak lg.memang terharu atas layanan yg di berikan oleh sdr kohjai bagus

jam 8 pagi berkumpul semua di gerai tepi jalan kg kohjai n the gang.seramai 14 org masuk kelaman dgn motor.berbagai-bagai gelagat yg dpt dilihat sepanjang perjalanan masuk kelaman.ada yg pecut mcm f1.ada yg jadikan jalan licin selicin nasir dan harry seumpama rally sepang guling

ada yg tergolek, tertunggin, tertomoih dan sebagainya dpt di lihat sepanjang perjalanan kelaman guling ada yg terlampau laju sampai silap jalan.

sampai di laman alangkah terkejutnya kami apabila melihat suasana yg cukup cantik sekali.laman yg cukup cantik bagus

semua kawsan cuku cantik utk melaman.pergi ke mana-mana laman semua cantik lokasinya.memang sesuai utk trip ya betoi

jadi pertemuan kali ini saya sekali lagi mengucapkan timakacih kpd sdr kohjai dan kpd semua yg hadir antaranya :

1) kohjai & the gang
2) abg din lips & the gang
3) abg saufi
4) nasir
5) harry botak
6) parjoe
7) malek

timakacih kpd sdr malek yg tolong mengontrol motor agar tidak terhumbang ke parit guling rilek malek.hang control motor kita elok2 nooooooo.jgn bagi kita malu kat nasir campions of tertomoih gelaksakan todia

timakacih kpd nasir,parjoe,harry botak & malek yg sudi mai lena di rumah saya yg tidak seberapanya ,walau pun nasir & harry x lena..harrammmmmm.aku ingat dh tidoq rupanya dok kik,kik,kik.

saya bagi pihak diri saya serta keluarga memohon beribu kemaafan seandainya layanan kami tidak memuaskan.

namun hangpa semua memang
bagus respek (alamak ...terlebih emoticons pulak...sorry la webmaster noooooo.x sengaja) prenggggggg

utk tatapan semua ini lah beberapa gambar yg sempat di rakam.

berkumpul



Tenung apa tu harry



Hang dok korek apa tu botak



Amboih lapaq sungguh harry ngan parjoe ni.sampai 3 hangpa balun



Laman


_________________