Pengikut

SELAMAT DATANG

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara semua kerana melawati Blog kami yang tidak seberapanya ini.

Blog ini di hasilkan adalah untuk memberi sedikit info & berkongsi maklumat bersama penggemar burung terkukur khususnya bagi kaki pikat.

Blog ini juga di hasilkan bagi merapatkan dan bersilaturahim sesama.

Blog ini di hasilkan bagi meneruskan WARISAN seni tinggalan Nenek moyang kita dahulu sehinggalah sekarang ini.

Jika tiada siapa yang menengahkan warisan ini, maka ianya akan terbuku kubur tanpa ada sesiapa yang tahu hasil seni dahulu kala.Warisan ini merupakan warisan yang perlu di naik tarafkan hingga ke depan ke generasi baru.

Bak kata pepatah :

"Tidak Lapuk Dek Hujan "

"Tidak Hilang Warisan Melayu"

Di harapkan anda semua akan terhibur & gembira dengan melawati Blog PWSTM ini.

Selamat melayari blog TERKUKUR yang menjadi hiburan hasil tinggalan Nenek Moyang kita terdahulu sampai lah kepada kita hari ni.............

Akhir kata dari saya : MOTO PWSTM & MOTO KAMI :

"WARISAN SEJAGAT , WARISAN SELAMAN "

From :
PWSTM

SILA LAWATI & BERILAH SOKONGAN KEPADA FORUM KAMI :

SILA KLIK LINK DI BAWAH INI SEGERA :-

http://database1900.13.forumer.com

TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA dari PWSTM di atas sokongan semua pihak, semua sahabat yang mengenali PWSTM atau pun tidak.Khususnya warga TTF semua.

TERIMA KASIH juga kepada pihak MEDIA yang menengahkan seni warisan ini untuk di kongsi oleh semua khususnya SINAR HARIAN DLL.


Isnin, 28 Disember 2009

24.12.09 - LAMAN BARU




salam

laman ni sebenarnya dekat ngan laman rahsia org2 lama.lama agak nya depa nk masuk sini.jd jln punya jln jumpa laman ni.x pernah main laman ni.

hari ni khamis bersamaan dgn 24.12.09.esok nk buat persediaan utk gathering.
maka aku ambil cuti awal.hari jumaat cuti krismas.

sampai laman terus pacak depan angga.mola2 senyap.hanya burung wak2 je yg dok pulun.tunggu je lah.lama kelamaan bh mula riuh rendah.melambung sana sini.namun x dak yg dtg ke angga ni.semua melambung ke angga lain.pindah laman.dengar sora kasar kendur dok menekan seko.terus pacak racik main laman curi.terus menyorok selang sepokok.riuh rendah bh bunyik.bb menguku.menekan.x lama bh td pruf sampai.bb menguku angga.nguku laman.selang sulam nguku balik.x tahan agaknya terus terjun.menguku2 terus tarik kaki.prengggg nin dia.badan todiaaaa punya besar.



masuk dlm jut bergerak ke atas pulak.riuh rendah kwsn sini.berjalan kaki naik atas bukit sikit.terdengar suara kasar tarik akar dok berlawan sesama dia.guk 2 dok lambung guk.mana laman mau pacak ni.tengok laman ada cantik punya.terus pacak.dan menyorok bawah pelepah jatuh depan bb.bb buat kerja panggil.menekan.angguk.prufff tarik akar sampai atas pelepah.bb angguk angga,menguku laman,menekan.

betul2 bh landing atas depan jerumun.jelas dpt tengok dan dengar sora dia.selang.pastu menekan lg tarik akar.bb pujuk lg.bh x senang duduk prufff dlm laman racik.sangkut dh.terus keluar masuk dlm jut.perbetoi racik.anta msg kat zamri ngan cikgu nizal tolong bukak racik sat naikmotor

pastu msg zamri masuk tolong bukak racik bh palong sat.harrammmm ejek
dia pun tapau gak.anta msg kat nasir tolong bukak racik sat.nasir reply .woiii tinggal kat kami sama harrammm guling tu guling

siap perbetoi racik guk 2 sampai belakang angga durian.pacak balik racik di laman yg sama.sora kasar dok pokok tinggi dok pulun menguku sesama dia.terus menyorok.x lama kemudian pruffff sora kasar mai depan bb.bb buat x tau.adoooiii ada semut la pulak.bb dok patuk kaki buang semut.bh sampai rapat pelepah.terus angguk.todia dh la kasar.ada angguk angga.siap menguku atas pelepah terus bh diam.dok perati ke arah 1 benda dekat dia warna kuning sikit.pruf patah balik bh td ke tempat dia.laaaaaaaa bengang bh nampak cetok aku la pulakkkkk.lupa nk masuk dlm jerumun.terus keluar pasai bb dh patuk kaki.tengok ada semut sikit di laman.tengok jam pukul 10 pg terus angkat balik.jd la 2 ekoq sudah la.hari lain la repeat sulam nagn guk jatuh prengggggg

nin dia

LAPORAN GATHERING TTF 2009

25.12.09

Jumaat malam

Sniper dh sampai rumah

Apa lagi pulun la aku mintak dia ajaq skilling dia buat tali kaki



Gambar di bawah ni pulak adalah gambar 2ez dan membernye.depa sampai rumah saya pukul 4 pagi.landing sat.ni masa sarapan pagi sabtu tu.sambil dok tunggu geng lain sampai



Nin dia geng nasir.otai tu.tapau 2 ekoq bh jengka tu .dok tengah belek cetok baru naneng.prengggg.sebelah tu adik nasir



Ni pun geng nasir.nama dia halim.mata pun dh kecik tu.kecik pun x pa pasai dh tapau sekoq bh jengka.



Nin dia chop.nama dia ucop.otai panggil chop.hat dok sembang di handphone tu prengggg



Hat ni pulak geng kapal.geng keempat sampai jengka.



Hai abg saufi ? ada minat ka ? gabuih la parang tu.bukan mahai tu prengggg.matlan pulak sakan dok pulun pakar terkukur perturun ilmu tu prenggggg.



Todiaaaa geng ni ajak turun laman.bukan ada anjuran mikat pun.just depa nk tengok laman sambil testing pikat depa tu.bak kata pepatah x lekang denak di tangan…prenggggg



Ni pulak sesi bergambar di laman….prengggg



Waaaa ni acara yg di tunggu-tunggu.perut dh senak masuk angin.apa lg santappppppp…



Hai halim….x lalu ja tu.dok teringat bh di laman apa ? prengggg.matlan sampai lupa basuh tangan tu.laaaaa lupa basuh tangan dok pegang cacing td di laman ngan zamri.prenggggg




Todiaaa naneng ngan rahim.hangpa pulun sampai x nampak pak mertua lalu noooo.pulun kedah pulunnnnn



Iskhhh awat gambaq chot ni x clear.addoiiii.sakan pulun gak ni…



Pulun jai jangan x pulun.hangpa x bg ayaq kat engku rahim noooo.tecekik org tua tu..prenggg



Ni acara yg di tunggu-tunggu..jeng-jeng jeng….acara membuat tali kaki oleh pakar kita sdr sniper.semua dok tunggu tu.sapa nk blajaq ni ? tu hat no.2 dari kiri tu.berpinau mata kih-kih kih.x sabau nk start dh tu..



Acara tolak menolak.sniper suruh nasir.nasir suruh sniper ajaq.eh silap..chop(nama baru nasir tu) prengggggg…..



Hantu punya chop.aku jugak kena(dialog zamri) prengggg….haaa tengok elok-elok nooo.nk mola dh ni.



Dan pelajaran pun bermula.tunggu sat aku nk cucuh rokok sat.kalau x cucuh rokok mata x nampak(dialog zamri) prengggg

Woii chop.tepi la sikit.abg saufi nk blajaq tu.hang pulak dok depan.harrammmm…prengggg



Tu hangpa tengok tu cara nk jalin macamana tu….prenggg



Buat tali kaki sudah, racik pun sudah, sembang pun sudah, makan pun sudah.maka setiap pertemuan ada perpisahan.todiaaaa sekali madah daaaa.jam 5 seorang demi seorang bergerak pulang.maka.insyaallah di lain masa berjumpa lg.

Tinggal lah zamri ngan family nya di rumah saya.rehat dulu.ahad baru balik.

Mlm ahad aku Tanya lg pakar kita lagu mana nk buat jaring jebak.mlm mola2 sampai dh tunjuk.mlm penutup ni aku mintak tunjuk lg.bukan apa sat lg lupa haru…..

Mata aku dh tak leh tahan pasai malm kemarin tidoq sejam ja kih kih kih.zamri dok pulun lg buat racik.terkejut aku tengok beg besaq zamri.aku ingat beg baju, ropanya beg peralatan membuat peralatan memikat.sakan sungguh.semua ada dlm tu.respek akuuuu…

Mlm ahad ni aku landing awai.pukoi 12 mlm dh masuk dh.x tahan mengantuk dh.mata dh kecik2.

Hari ahad lepas sarapan pulun lg Tanya apa hat patut.maklumlah bila lg nk jumpa pakar terkukur TTF ni.prengggg.tanya la apa yg patut.

Sampai la detik perpisahan antara keluarga aku ngan keluarga zamri.depa pun nk bergerak balik kelumut dh.jd sempatlah abadikan kenangan di sini.



Dialog last :
Zamri :“hang nak dak jebak ni ? hang tak mau aku nk bawak balik lumut “

Long :”iskhhh tok sah la susah-susah…kalau nk bagi tinggai la “ prengggggggggggg

Maka tinggai la jebak mai dari lumut dok di jengka bersama si cincang.

Sebut pasai cincang ni, fuhhhhh.mak datukkkk dia punya manikkkkkk.meleleh ayaq lioq.pening kepala nk baca permainan diaa ooooooo.x dpt tangkap habih mainan dia .betoi la nama dia cincang.

Dialog akhir :

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA SAHABAT, RAKAN TAULAN TTF YG HADIR GATHERING TTF 2009.

ADA JODOH , DI PANJANGKAN USIA BERSUA LAGI DI LAIN MASA INSYAALLAH.
HANGPA SEMUA TETAP DI INGATAN AKU.

WASSALAM

Isnin, 21 Disember 2009

APA NAMA DIA NI ?

18.12.09
9 pagi


hari ni saya turun laman mengajar sekali lg.memang tujuan nk mengajar dan naikkan garok.garok saya ajar main jebak saja dulu.nk kasi dia naik perfom.nampaknya dia memang suka main jebak.tak pa lah.saya mengajar depan angga.memang banyak bh depan angga ni.selalu hinggap bh atas angga ni.bertambah naik la potensi garok.pantang ada bh landing mesti di sahut oleh garok dahulu.ada harapan nampaknya ni.hari ni hujan renyai2 sikit.namun saya tutup atas jebak dengan pelepah.saya menyorok dekat saja depan angga.dok ralit tengok garok dok bertaki ngan bh tup-tup pruffff hinggap seko di tepi saya.kira sawit sebelah saja.x lari pun.pasai saya dok dlm jerumun baik punya.terus teringat camera dlm poch bag prap..ambik gambar ni.

apa nama dia ni ?
rupanya punai tanah.susah nk tangkap gambaq punai tanah ni.pasai nampa ja org piunggggg 200 km/jam.ini kira pasai ujan.dia pun lapaq agaknya.lepas turun tanah terus naik pokok sat.

Khamis, 17 Disember 2009

KEPALA SELADANGJATI

Salam

Di sini saya poskan sekeping gambar kategori SELADANGJATI.
seladangjati kepalanya bulat tegak atau bulat terus macam bola pingpong.Kemaafan di minta kerana gambar ini di ambil ketika bulu sedang naik.Lagi pun burung ni baru tambat.Insyaallah jika ada gambar yang lain saya akan pos kan di sini untuk tatapan semua.

TELINGA

Telinga

Dalam bab pemilihan terkukur utk di jadikan denak salah 1 nya adalah telinga.Telinga ni adalah merupakan faktor penting juga di dalam pemilihan tersebut.Telinga perlu nipis seolah-olah nampak lubang telinga.telinga mesti rapat.Telinga tidak mahu tebal.Bulu-bulu yang menutupi telinga tu nipis sahaja.

ISTILAH 8 - TARIK AKAR

salam

Berkenaan dengan istilah tarik akar ni rasanya semua dah tahu apa itu istilah tarik akar ni.Pasai apa di namakan tarik akar ? apa kena mengena dengan tarik akar ?

tarik akar ni merupakan 1 istilah suara bagi terkukur yang mana suaranya menekan, menguku, lambung guk jarak yang perit dan panjang.

Tarik akar ni selalunya ada pada guk 1 dan guk 2.yang paling banyak guk 2.
Kenapa istilah akar ? suaranya ibarat menggunakan kedrat yg banyak seperti menarik akar tongkat ali.Tekanan tone nya pun panjang dan tinggi bukan C tetapi B

BULAT



salam

Ini adalah BULAT.saya namakan BULAT kerana bentuk badan dia besar bulat.kalau pegang badan dia x cukup tapak tangan.Tu yang di panggil bulat.Ni adalah BB juga.tangkap ujung tahun lepas.baru 2 kali bawa ke laman mengajar.Dalam jebak bunyi 2-3 patah dan tanah pun dh bunyi 3-4 patah dan dalam labu bunyi 5-6 patah dan teradap dengan bh sekali.La ni saya simpan bg dia lagi panas dulu.Dan tengah tunggu tengok samada suara dia bh marah atau tidak.Buat masa ni suara dia buleh la.Burung x cantik mana pun.cuma bulat je lebih.

Isnin, 14 Disember 2009

TERIMA KASIH MD_ & FAMILY


salam

13.12.09 ahad
12 tghari

sampai rumah daripada kenduri .........Tit-tit, tit-tit......sms masuk.check tengok sapa hantaq.tengok MD_..............
"long ada rumah x petang ni ? saya nk mai rumah kebetulan nak balik ke shah alam petang ni "
"beres mai la.saya ada di j17.x jd pi j18...lepas zohor baring tengok citer tamil tv2 ngan anak.terlelap pulak sampai pukul 4.lepas asar tunggu MD_ sampai.terima sms baru keluar j4.ok x pa x dak hal.jam 6 ptg nampak dah iswara itam sampai.ingat lagi jalan ke rumah saya noooo.mudah sgt rumah saya .masuk je dari simpang j17 tu terus jgn belok sampai jumpa padang bola.kat padang bola tu ada simpang kiri masuk je simpang tu.terus lagi sikit dlm 30 saat sampai le kerumah saya di sekitar kedai mara je saya duduk.

Ini merupakan kali kedua MD_ sampai ke teratak buruk saya.sembang gebang lebih kurang , dan bertukar-tukar idea, MD_ pun minta izin utk bergerak.kerana perjalanan masih jauh lg tu.

Jam 7.55 mlm MD_ bergerak meninggalkan perkarangan teratak buruk saya.

Terima kasih kepada sdr MD_ & Family kerana sudi singgah ke teratak buruk saya.Saya dan keluarga memohon kemaafan sekiranya ada terkasar bahasa, tersalah kata dan apa-apa sahaja semasa bersama tu.

semuga hubungan ini kekal hingga ke akhir hayat.

SEPAGI BERSAMA GAROK

Salam
13.12.09
8.00 pagi

Semalam dah bawa turun garok, maka hari ni saya bawa lagi turun garok.semalam turun tanah, hari ni saya naik jebak.Niat memang nk mengajar sahaja.

laman pulak adalah laman lama saya tinggal.terus je lah.

sampai laman terus pasang jebak depan angga.di pendekkan cerita 4-5 ekor bh sampai angga tersebut.Alhamdulillah potensi garok dh naik sikit.permainan pun dh mula naik sikit dari biasa.dulu tak ada selang, sudah keluar selang bila teradap dgn bh.dulu x ada sulam, sudah ada sikit saja.biar kan dia.asalkan dia mau sudah.terus angkat berangkat ke laman lain.tengok jam dh pukul 10 pagi.terus gantung je lah.pasal bh dah mula turun tanah makan.

gantung je la kat sini sat.

memandangkan hari ni ada kenduri jadi saya balik awallah.azmi dok sms tanya dok mana he he he.snipers sms suruh perbetoi racik,cikgu nizal hadiah kredit pulak.alhamdulillah.kengkawan semua murah hati.terima kasih pada cikgu nizal.

terus angkat start cup buruk prengggg balik.

sekian utk tatapan semua.

cukuplah dia mau bunyi tu kira tak pe dah la tu.

SEPETANG BERSAMA GAROK

Salam

12.12.09
petang sabtu
6.00 petang

Ini bukan lah merupakan laporan memikat.Ini adalah laporan berjalan-jalan sahaja sambi bawa turun sekor burung baru yg di namakan garok.

Di rehatkan selama 6 bulan sudah mula memekak atas sangkar layang.terus capai garok terus bertolak perlahan-lahan dengan cup buruk saya.

sampai lokasi ni je lah.malas nk masuk jauh pasal dah petang sgt.

lokasi ni adalah lokasi sura kasar tarik akar musim lepas.suasana senyap sunyi saja.namun x mengapa bukan nk menangkap.cuma nk bawa turun si garok jalan-jalan dan makan batu sikit-sikit.
terus pacak dan dok la rilaek tengok reaksi dia mcmana.dok patuk sana sini maklumlah lama dah x turun tanah.lantak hang la .bukan nk mikat pun.tengok jam dah pukul 6.30ptg.hari dah nk gelap.start motor prenggggg balik.

sekian untuk tatapan sahaja.

JENIS APA NI ?





salam Manik api atau manik air sireh naik ke atas.manik pulak seketoi-seketoi naik. untuk tatapan sahaja kerana sudah ada pemiliknya.

Jumaat, 11 Disember 2009

TUMANG HADIAH DARI JOHOR



Salam

10 hb Disember 2009, telah sampai 1 bungkusan pos laju daripada johor.bila buka di dapati sepasang tumang berada di dalam bungkusan tersebut.Alangkah gembira nya hati mendapat sepasang tumang yg begitu cantik dan kemas buatan nya.

Terima kasih yang tidak terhingga dari saya khas buat saudara Najib Tumang dari johor telah menghadiahkan hasil buatan tangannya sendiri untuk di hadiahkan kepada saya.

Terima kasih sekali lagi kpd sdr Najib.

Rabu, 2 Disember 2009

GAGAP

"GAGAP"

Gagap adalah istilah suara terkukur yang tersangkut-sangkut semasa angguk.atau semasa menekan( perap / merap) pun boleh terjadi.

Gagap ini adalah suara tersekat-sekat seolah-olah VCD lekat.Gagap original di panggil apabila Gagapnya di permulaan.itu di panggil gagap original.

Gagap ini juga ada tingkat-tingkatnya seperti ada gagapnya sangkut sekali, dua kali dan seterusnya dan ada gagap keseluruhan nya.Apabila gagap keseluruhannya itu di namakan GAGAP HABIS.

Gagap habis ni sepanjang angguk nya tersekat2 sampai dia berhenti angguk.

SULAM

"SULAM"

Sulam ada istilah kpd suara terkukur yang berlapis-lapis mainannya.dan ada pelbagai rentak cara jalan mainan istilah sulam ini contohnya suara sulam ini :

1) jalannya 1,2,2,2,1,2,2,2,2,1
2) atau 2,2,2,2,1,1,1,2,1,2,1,2

dan berbalik-balik.itu cara jalan suara sulam.

Maksudnya yang terperinci :

1) jalannya tekan, angguk,angguk,angguk, tekan ...................................
2) atau angguk,angguk,angguk, angguk, tekan, tekan,tekan, angguk ..........................

Suara sulam lah paling di gemari oleh pemikat.jadi tidak hairanlah harga pikat atau denak yang banyak sulam TINGGI

SELANG

"SELANG"adalah 1 istilah terkukur yang suaranya TEKAN kemudian ANGGUK.
ada setengah orang dan Negeri memanggil SELANGKUKU.Istilah ini juga menjadi tarikan peminat terkukur khususnya.