Di sini saya ingin berkongsi dengan pengunjung semua berkenaan rentak diri (suara) denak kita.
Adakah kita sudah mengenali denak kita sendiri ?
Jika ya tahniah.kerana kita telah sama-sama bezakan permainan silam denak kita.
ini cuma nk berkongsi saja berkenaan permainan yg sering ada pada denak kita yang kita kadang perasan dan kadang kita tidak perasan.
1) kadar suara di atas sangkar layang
2) kadar suara di dalam cetok
3) kadar suara di laman
ketiga-tiga phase (fasa) yg saya letakkan di atas tu adalah permainan setiap denak kita akan ada.
Di sini saya .hanya kongsi bab mainan asal denak kita utk makluman sahaja moga kita selidik dan peka denak kita.
semua itu berdasarkan apa ?
jawapannya berdasarkan pemerhatian dan dengar

kita hari-hari tentu dok tengok ,perhati denak kita kan.
dan saya pecahkan lagi ,ada denak bila cukup haul sebagai denak ,dia akan bekerja di laman sahaja.di rumah dia diam sahaja.
ada setengah denak kita dilaman sama dengan di rumah.selalunya, bila denak dh cukup haul (org kata penuh) dia kembang saja bulu atas sangkar layang.ini boleh dikatakan baik.
berbalik kepada phasa ketiga di atas, suara denak kita buleh cam agak nye ye.
keadaan bunyi dia di sangkar lain, di dlm cetok lain dan di laman lain ?
cuba perhatikan.kalau denak berbunyi di rumah suara dia lain, di dlm cetok lain atau jebak di laman pula lain.
apa yg saya ceritakan di atas itu adalah merupakan ini lah dia PERMAINAN SILAM.
cara berbunyi di sangkar agak mudah banyak guk ke atau banyak angguk atau banyak menekan ?
cara berbunyi di dlm cetok atau jebak sebelum memacak mcmana pulak ? banyak guk, banyak angguk atau banyak menekan ? bunyi nya lain sikit berbeza dari rumah
dan cara berbunyi dilaman bila di keluarkan dari cetok atau memsang jebak lain pulak.
cuba camkan.
ini adalah mainan silam burung terkukur.kerana itulah orang2 dedulu sebelum keluar memikat, mereka duduk di serambi rumah tu sambil dok balut rokok daun pekena kopi o tu depa dengar bunyi denak di sangkar layang depa dah denak tu boleh di bawa turun ke laman ,memikat atau sebagainya.
sebagai contoh : mat, jom ! ada sekor profesion 99% di kampung seberang.mai pekena kopi dulu.depa tak terus turun.depa sembang sat lebih kurang,sambil dok jeling ke arah denak utk tengok feel denak agak2 buleh turun ke dak he he he.
selalunya sebelum sehari pun depa dh tau dah nada suara denak utk turun memikat.
jadi perkara tu kita tak yah kaji la ye.kena ayam golek motokar sekor la kot prengggggggg.
sekarang ni kita nk kongsi bab suara sahaja.
nada dan irama denak yg berada di berbeza tempt spt ketiga-tiga phasa di atas.
dan sama juga bila sampai di laman depa akan perhati dan amati bh mana menjadi target ? tidak terus memacak.
denak di dlm cetok akan sahut bh dgn nada suara berlainan pulak dari atas sangkar layang.cara menekan dia lain atau lambung guk dia lain atau angguk dia pun lain.
cara denak menegur bh di dlm cetok agak sikit berbeza.......ibarat bahasa burung : selamat datang kawan ku.
bila pacak saja, tuan kalih belakang sembunyi, denak pukul suara berbeza dari dlm cetok contoh nya : membujur lalu melintang patah.
bahasa bh : siapakah gerangan.
bahasa denak : hamba di sini menumpang laman.
bahasa bh:tunggu sat, aku nk bg susu kat anak aku sat

cuba cam kan setiap keadaan bunyi mula dari sangkar layang, cetok atau jebak dan di laman .suara denak akan berubah-rubah.
itulah di namakan permainan silam.yakni mainan seni bahasa dan keadaan burung hutan.
p/s : Nak tahu lebih lanjut join lah forum kami dengan mendaftar sebagai ahli sekarang.Banyak info-info, pengalaman sahabat-sahabat di http://database1900.13.forumer.com
........

Tiada ulasan:
Catat Ulasan