Pengikut

SELAMAT DATANG

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara semua kerana melawati Blog kami yang tidak seberapanya ini.

Blog ini di hasilkan adalah untuk memberi sedikit info & berkongsi maklumat bersama penggemar burung terkukur khususnya bagi kaki pikat.

Blog ini juga di hasilkan bagi merapatkan dan bersilaturahim sesama.

Blog ini di hasilkan bagi meneruskan WARISAN seni tinggalan Nenek moyang kita dahulu sehinggalah sekarang ini.

Jika tiada siapa yang menengahkan warisan ini, maka ianya akan terbuku kubur tanpa ada sesiapa yang tahu hasil seni dahulu kala.Warisan ini merupakan warisan yang perlu di naik tarafkan hingga ke depan ke generasi baru.

Bak kata pepatah :

"Tidak Lapuk Dek Hujan "

"Tidak Hilang Warisan Melayu"

Di harapkan anda semua akan terhibur & gembira dengan melawati Blog PWSTM ini.

Selamat melayari blog TERKUKUR yang menjadi hiburan hasil tinggalan Nenek Moyang kita terdahulu sampai lah kepada kita hari ni.............

Akhir kata dari saya : MOTO PWSTM & MOTO KAMI :

"WARISAN SEJAGAT , WARISAN SELAMAN "

From :
PWSTM

SILA LAWATI & BERILAH SOKONGAN KEPADA FORUM KAMI :

SILA KLIK LINK DI BAWAH INI SEGERA :-

http://database1900.13.forumer.com

TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA dari PWSTM di atas sokongan semua pihak, semua sahabat yang mengenali PWSTM atau pun tidak.Khususnya warga TTF semua.

TERIMA KASIH juga kepada pihak MEDIA yang menengahkan seni warisan ini untuk di kongsi oleh semua khususnya SINAR HARIAN DLL.


Jumaat, 4 September 2009

BAB 4 -PEMILIHAN TERKUKUR

Pemilihan adalah amat penting bagi sesetengah pemikat.Kerana faktor pemikat adalah kesempurnaan dan keseronokan.Oleh kerana itulah timbul pelbagai-bagai pilihan dan pengistilahan yang diberi oleh orang tua terdahulu dan di praktikkan sehingga ke hari ini.Kerana pada saya kata begitu kerana orang terdahulu suka mengkaji denagn mendalam dan berpandukan pengalaman mereka maka boleh di anggap terpakai sehinggalah kehari ini.Gerak geri pikat boleh mereka rasa.boleh mereka tahu.boleh mereka elak dan berbagai-bagai lagi.

Sehinggalah mereka mengkaji sampai ke najis terkukur itu sendiri.hempedu terkukur tu sendiri.untuk pengetahuan semua bahawa terkukur tiada hempedu.itu lah di namakan pengkajian orang terdahulu amat teliti sekali.oleh kerana itulah pikat mereka hebat-hebat belaka.Dijaga dengan sebaiknya ibarat menatang air yang penuh agar tidak terjun ketanah air itu.begitulah ibarat nya penelitian orang terdahulu.

Jadi disini saya ingin memberitakan serba sedikit perihal pemilihan burung terkukur untuk di jadikan pemikat secara asasnya saja mengikut teori ,praktikal serta pengalaman mereka terdahulu.

Apa kah yang pertama sekali pada pemerhatian mereka ?

pada pemerhatian mereka adalah suara.bagi mereka suara amat bermakna sekali.kerana suara lah penentu segala untuk di jadikan pikat yang baik.tanpa suara tiadalah aktiviti memikat di namakan.Boleh dikatakan 90 % keutamaan adalah suara. dan 10% lagi adalah fizikalnya.
kenapa fizikal di berikan hanya 10 % ? timbul pula persoalan begitu.

jawapannya mudah :

kerana apa hanya 10 % saja di berikan pada fizikal kerana fizikal faktor penentu penarikan terkukur liar adalah suara bukannya fizikalnya.amat mudah sekali jawapannya.namun, namun walau fizikal hanya diberikan 10% kita tidak boleh pertikaikan 10 % tersebut.kerana ada faktor penentu juga pada pemilihan terkukur untuk dijadikan pikat atau pun denak yang baik.bagaimana ?

dalam pemilihan seseekor burung boleh dikatakan sebagai berikut :

1) celak mata

dalam pemilihan celak mata ni kebanyakannya memilih celak mata yg halus menikam ke mata.apakah maksudnya ? maksudnya celak yg menikam ke mata adalah seekor burung yang tidak mengolah di laman.selagi ada daya dia akan cuba untuk menarik burung hutan terjun ke laman nya.

2) paruh

pemilihan paruh adalah paruh yg berbentuk halus tajam se olah kayu yang di raut halus.

3) mata

pemilihan mata pula adalah kebanyakannya adalah memilih mata yang halus dan kecil seperti mata seekor ikan keli.jika kita lihat mata ikan keli maka mata terkukur juga di cari sedemikian rupa.

4) telinga

telinga adalah merupakan aspek penting bagi seekor terkukur.telinga yang selalu di pilih adalah telinga nipis.bulu yang menutui telinganya adalah jarang dan rapat ke telinga.bulu tutup telinga tidak mahu yang nampak seolah bercuping-cuping keluar.apa sebab telinga nipis ? adalah untuk memudahkanya menangkap bunyi burung hutan dari jauh.

5) kuku

kuku yang menjadi pilihan adalah kuku mati.
apakah yang dimaksudkan dengan kuku mati ?
kuku mati adalah kuku yang dari asal di tangkap sehinggalah menjadi pikat kukunya tetap pendek dan tajam berbentuk jarum.adakah kuku panjang tidak boleh ? jawapannya boleh tetapi kita kena kerat atau potong sedikit dari hujung warna putih.

6) ekor

pemilihan ekor pula bergantung kepada burung tersebut.ada ekor lembing, ada ekor keli, ada ekor tebal, ada ekor nipis dan sebagainya lagi.Yang mana menjadi pilihan pemikat ?
kebanyakannya yang menjadi pilihan pemikat adalah ekor pendek halus sebatang atau ekor berbentuk lembing atau sudu.

7) dada

dada yang menjadi pilihan pemikat adalah dada seperti dada itik nila.atau seperti dada burung punai.

8) leher

leher yang menjadi pilihan pemikat adalah leher besar dan pendek.seolah-olah tiada leher.

9) manik

manik yang menjadi pilihan pemikat adalah manik bintang, pecah , penuh, sebaris dan lain-lain lagi

10) bahu

bahu yang menjadi pilihan pemikat adalah bahu yang tebal.bulu bahu dalam keadaan tebal.

11) bulu pasak tepi

bulu pasak tepi yang menjadi pilihan pemikat adalah berbentuk halus an sekata keseluruhannya.tidak mengolah dan memilih laman

12) kaki

kaki yang menjadi pilihan pemikat adalah kaki bulat besar dan berbelah rotan semacam sisik kaki ayam hutan.yakni handal berlaga.

13) penyambut

penyambut yang menjadi pilihan pemikat adalah penyambut sebatang dan antara sampai dan tidak sampai kehujung sedikit sahaja.itu petanda burung rajin lambung guk.tidak hanya menekan sahaja.

Di atas itu adalah beberapa ciri yang serba sedikit saya cuba ketengahkan.itu cuma perkara asasnya sahaja.bukan secara detailnya.sebagai pengenalan pemilihan terkukur untuk di jadikan pemikat yang baik.

Tambahan daripada sdr zamri (snipers)

TANG KEPALA PUN LONG LUPA NAK BOHHH ,,, KEPALA YANG ELOK ADALAH SEPERTI BURUNG MERPATI / PUNAI ,,, KALAU MCM BIJI GAJUS SELALUNYA ADA MASALAH SIKIT,,

PELAPIK PUN LONG LUPA NAK BOH ,,, CARI PELAPIK YANG KURANG DARI 5 HELAI TU BURUNG YANG CUKUP BAGUS KALAU BURUNG YANG LEBIH DARI 5 SELALUNYA BURUNG BERANGIN,, WALAUPUN BULU KAPAIH DIA TAK TEBAI,, TU PASAI ORG PENING PALA NAPA BURUNG ELOK SEMUA TAPI BERANGIN,, LUPA NAK TENGOK BULU PELAPIK ADA BERAPA,,,

SEPIT UDANG SESEKOQ BURUNG PUN DIAMBIL KIRA JUGAK PASAI TU JANTAN KA BETINA,,, BUKAN MASALAH LUAS KA ATAU RAPAT,,, ADA JANTAN SEPIT UDANG DIA LUAS ADA BETINA SEPIT UDANG DIA RAPAT,, CUMA 1 AJA YANG BLEH DIBEZAKAN HANYA BAHAGIAN SEPIT UDANG TU KERAIH ATAU LEMBUT,,, KALAU SEPIT UDANG TU RAPAT TAPI LEMBUT MAKA BURUNG TU BETINA,,, KALAU SEPIT UDANG DIA LUAS TAPI KERAIH MAKA JANTAN,,, SELALUNYA BURUNG PESOM SAJA YANG AKAN BEGITU RUPA ,,

KEDUDUKAN BURUNG BERTENGEK JUGAK DIAMBIL KIRA,,, SEBAB ITU MENANDAKAN SESEKOQ BURUNG YANG RAJIN,,, JIKA BURUNG MELAMBUNG GUK KEDUDUKAN BADAN DIA BONGKOK IAITU EKOQ DIA CECAH KE LANTAI SANGKAQ LAYANG TU BURUNG YANG RAJIN DAN CEPAT MENJADI DENAK ,,, KALAU BADAN DIA TEGAK SEPERTI BIASA MAKA BURUNG TU LAMBAT SIKIT NAK MENJADI DENAK

9 ulasan:

mohd_khairul83 berkata...

9) manik

manik yang menjadi pilihan pemikat adalah manik bintang, pecah , penuh, sebaris dan lain-lain lagi

11) bulu pasak tepi

bulu pasak tepi yang menjadi pilihan pemikat adalah berbentuk halus an sekata keseluruhannya.tidak mengolah dan memilih laman

xde gambaq detail ka long.?

Tanpa Nama berkata...

Bulu pasak tepi tu bulu mn satu long saya tk knal.?

Tanpa Nama berkata...

Plapik pun saya tak Kenal jugak boys.?

pencinta seni warisan berkata...

Haah r long..adui...fenink kpala koi fk...koi ni budak baru dlam hobi ni long...kalo ada gambar n trangkn sket cun gak long...sbab pe yg sy nk tanya kt long memg same ngan pe yg kwan2 kita tanya kt atas

pencinta seni warisan berkata...

Buat gmbr r long...

pencinta seni warisan berkata...

Haah r long..adui...fenink kpala koi fk...koi ni budak baru dlam hobi ni long...kalo ada gambar n trangkn sket cun gak long...sbab pe yg sy nk tanya kt long memg same ngan pe yg kwan2 kita tanya kt atas

Tanpa Nama berkata...

Burung x mau bunyi

Tanpa Nama berkata...

Salam. ..npew burung saya takut bila nampak burung

Unknown berkata...

Yang lain2 dh pham.. Yg blom faham lg sal warna bulu..sejak sy blajar sal terkukur bberapa bulan ni.. Bnyk calor sy dapati..ad calour merah keemasan,gelap mendung,putih kecerahan n lain2..adkah itu smua ad sifat yg brbeza2 or xde kna ngena tok jd pikat??? Mf..sy newbie lg sal ni