Pengikut

SELAMAT DATANG

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara semua kerana melawati Blog kami yang tidak seberapanya ini.

Blog ini di hasilkan adalah untuk memberi sedikit info & berkongsi maklumat bersama penggemar burung terkukur khususnya bagi kaki pikat.

Blog ini juga di hasilkan bagi merapatkan dan bersilaturahim sesama.

Blog ini di hasilkan bagi meneruskan WARISAN seni tinggalan Nenek moyang kita dahulu sehinggalah sekarang ini.

Jika tiada siapa yang menengahkan warisan ini, maka ianya akan terbuku kubur tanpa ada sesiapa yang tahu hasil seni dahulu kala.Warisan ini merupakan warisan yang perlu di naik tarafkan hingga ke depan ke generasi baru.

Bak kata pepatah :

"Tidak Lapuk Dek Hujan "

"Tidak Hilang Warisan Melayu"

Di harapkan anda semua akan terhibur & gembira dengan melawati Blog PWSTM ini.

Selamat melayari blog TERKUKUR yang menjadi hiburan hasil tinggalan Nenek Moyang kita terdahulu sampai lah kepada kita hari ni.............

Akhir kata dari saya : MOTO PWSTM & MOTO KAMI :

"WARISAN SEJAGAT , WARISAN SELAMAN "

From :
PWSTM

SILA LAWATI & BERILAH SOKONGAN KEPADA FORUM KAMI :

SILA KLIK LINK DI BAWAH INI SEGERA :-

http://database1900.13.forumer.com

TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA dari PWSTM di atas sokongan semua pihak, semua sahabat yang mengenali PWSTM atau pun tidak.Khususnya warga TTF semua.

TERIMA KASIH juga kepada pihak MEDIA yang menengahkan seni warisan ini untuk di kongsi oleh semua khususnya SINAR HARIAN DLL.


Jumaat, 4 September 2009

BAB 2 - PERMAINAN TERKUKUR

Pada bab yang lalu kita telah memperkenalkan jenis terkukur berpandukan jenis bulunya.pada bab ini saya ketengahkan perihal bab permainannya pula.

PERMAINAN

Permainan ini adalah merupakan hobi orang dahulu kala yakni datuk moyang kita dahulu.Pada masa dahulu terkukur ni merupakan permainan orang-orang berada(seperti dalam kisah-kisah filem-filem lama kita) juga di garapkan juga kepada orang-orang kampung dan umpamanya.Jadi permainan ini berkembang ke serata pelusuk kampung yang menjadi minat orang-o
rang kampung pada masa itu.Khususnya apabila habis masa-masa menuai padi dan sebagainya, maka masa senggang di isi dengan permainan warisan ini oleh kebanyakan orang-orang dedulu yang berminat.Oleh kerana itulah hobi ini khususnya permainan terkukur ini bebas dari segi undang-undang hidupan liar berbanding dengan spesis hidupan liar yang lain.Oleh kerana bebas daripada undan-undang maka bertambah ramailah orang-orang hamba rakyat berminat untuk turut serta bersama dengan permainan ini.maka apabila timbul keseronokan dan kebebasan serta dapat melupakan masalah , maka di panjangkanlah hobi ini untuk memikat.Pada masa dahulu hobi ini hanyalah sebagai hiburan suaranya sahaja.Sesiapa yang paling baik suaranya maka dialah menjadi tumpuan.maka berpusu-pusu orang menjadi tertarik dengan suara terkukur ini.Apabila menjadi tertarik , maka mulalah orang mencari dan berusaha mendapatkan sama burung terkukur ini.Sejak dari itulah timbullah permainan yang berupa memikat terkukur ini.

Bagaimana hendak memikat terkukur ini ?
Maka timbullah pertanyaan di kalangan ora
ng kampung bagaimana hendak mendapatkan terkukur ini.Pada saat itulah timbulnya corak , kaedah untuk mendapatkan terkukur yang berterbangan ini.Hendak membeli jaring pada masa dahulu maklumlah terlalu susah ketika itu.

Maka timbul berbagai-bagai idea yang di cipa u
ntuk mendapatkan terkukur ini.ada yang membuat jebak, getah terap dan racik.Pada masa dulu semua barang2 tersebut di perbuat daripada sumber asli.sebagai contoh jebak.Jebak dahulu di perbuat daripada akar daun ribu-ribu.racik di perbuat daripada ekor lembu dan daun nenas,dan menggetah pula di perbuat daripada getah pokok terap yang di masak.

Jadi lama kelamaan peralatan ini trsebar keseluruh pelusuk tanahair kita.Di perbaiki demi penambah baikan sehinggalah timbul berbagai-bagai bentuk peralatan yang serba seni sehinggalah kepada kita hari ni.

JENIS PERMAINAN / PERALATAN

1) JEBAK

2) RACIK
Di atas tersebut ,saya nyatakan antara peralatan yang paling utama dalam memikat terkukur.

1) JEBAK

Jebak di gunakan sebagai kaedah menangkap terkukur liar yang merupakan sejenis penangkap yang di ambil kaedahnya daripada orang terdahulu.Kaedah ini di gunakan dengan di letakkan di atas pokok.Tidak kiralah samada pokok renek dan sebagainya.Denak di gunakan sebagai umpan untuk memanggil terkukur liar.

2) RACIK


Racik di gunakan sebagai kaedah untuk menangkap terkukur liar yang merupakan sejenis alat menangkap yang di ambil kaedahnya daripada orang terdahulu yang menggunakan ekor lembu.Pada zaman kita yang serba canggih i
ni , maka di cipta daripada tangsi yang banyak terdapat di kedai-kedai.Kaedah meracik ini lah yang paling popular di masa kita ini.Racik dahulu kala di perbuat daripada ekor lembu yang di potong rerambut ekor yang halus yang tidak boleh terkena darahnya ketika di sembelih.jika terkena darahnya ekor lembu untuk membuat racik tersebut akan mereput.Perambut nya pula di perbuat daripada daun nenas yang di raut atau di titip menggunakan tempurung kelapa.Dan di pinta menjadi 7 helai dan di jadikan perambut racik.Berbanding di zaman kita sekarang ini perambut menggunakan benang yang berkualiti tinggi yang di import dari USA iaitu benang BRAIDED, POWER PRO.

Racik yang selalu di gunakan adalah mengikut kesesuaian tanah.Ada yang bewarna coklat, hijau, cerah dan sebagainya.Kebiasaannya racik yang di gunakan adalah mengikut jumlah bilangan mata serawan racik.Ada 7,9 ,11,17,19,21,25,32.

Itulah antara beberapa contoh bilangan mata bagi serawan racik.
sebagai contoh racik bermata 7,9 adalah di gunakan di atas dahan.manakan racik yang bilangan matanya banyak di main di atas tanah.

Tiada ulasan: