Pengikut

SELAMAT DATANG

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara semua kerana melawati Blog kami yang tidak seberapanya ini.

Blog ini di hasilkan adalah untuk memberi sedikit info & berkongsi maklumat bersama penggemar burung terkukur khususnya bagi kaki pikat.

Blog ini juga di hasilkan bagi merapatkan dan bersilaturahim sesama.

Blog ini di hasilkan bagi meneruskan WARISAN seni tinggalan Nenek moyang kita dahulu sehinggalah sekarang ini.

Jika tiada siapa yang menengahkan warisan ini, maka ianya akan terbuku kubur tanpa ada sesiapa yang tahu hasil seni dahulu kala.Warisan ini merupakan warisan yang perlu di naik tarafkan hingga ke depan ke generasi baru.

Bak kata pepatah :

"Tidak Lapuk Dek Hujan "

"Tidak Hilang Warisan Melayu"

Di harapkan anda semua akan terhibur & gembira dengan melawati Blog PWSTM ini.

Selamat melayari blog TERKUKUR yang menjadi hiburan hasil tinggalan Nenek Moyang kita terdahulu sampai lah kepada kita hari ni.............

Akhir kata dari saya : MOTO PWSTM & MOTO KAMI :

"WARISAN SEJAGAT , WARISAN SELAMAN "

From :
PWSTM

SILA LAWATI & BERILAH SOKONGAN KEPADA FORUM KAMI :

SILA KLIK LINK DI BAWAH INI SEGERA :-

http://database1900.13.forumer.com

TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA dari PWSTM di atas sokongan semua pihak, semua sahabat yang mengenali PWSTM atau pun tidak.Khususnya warga TTF semua.

TERIMA KASIH juga kepada pihak MEDIA yang menengahkan seni warisan ini untuk di kongsi oleh semua khususnya SINAR HARIAN DLL.


Rabu, 4 Mac 2015

TRIP FELDA GUNUNG BESOUT 02, PERAK MERIAH

Assalamualaikum & salam sejahtera

Alhamdulillah trip silaturahim pwstm pada 28.2.2015 bertempat di Felda Gunung Besout 02, Perak berjalan dengan lancar dan meriah sekali.

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga di ucapkan kepada semua ajk dan urusetia yang terlibat bagi menjayakan trip ini.

Penghargaan yang amat tinggi di ucapkan kepada semua rakan-rakan yang menyumbang hadiah kepada pwstm untuk bersama-sama memeriahkan trip ini.Hanya Allah SNWT sahaja yang dapat membalasnya

Program pada hari ini telah di rasmikan oleh Encik Shukeriradzi bin Md Said, Penguasa Kanan RELA, merangkap JKKK kuala Slim.Jutaan terima kasih kepada perasmi kerana sudi meluangkan masa beliau bersama PWSTM

Terima kasih juga kepada pengurusan Felda Gunung Besout 02, penduduk kampung, Pihak berkuasa dan seumpamanya kerana sudi bekerjasama dengan PWSTM

dan akhirnya terima kasih kepada semua rakan-rakan ahli yang hadir untuk bersama memeriahkan trip.

Jumlah kehadiran adalah seramai 300 orang
Jumlah ahli bari yang mendaftar seramai 138 orang

Sekian

































Jumaat, 10 Oktober 2014

ISTILAH KELAS BURUNG

Salam
10.10.2014
Jumaat
3.15pm

Per: ISTILAH KELAS-KELAS BURUNG 

Sudah lama tak update blog ini memandangkan terlalu sibuk dengan tugas-tugas hakiki dan komitmen yang lain.Jadi pada hari yang mulia ini saya ingin berkongsi dengan semua di blog PWSTM ini beberapa jenis Istilah Kelas-kelas burung yang selalu kita guna pakai dalam hobi perburungan ini.

Ada beberapa jenis kelas istilah burung Terkukur yang sering diguna pakai oleh semua peminat hobi ini antarnya sebagaimana berikut :

1) BURUNG HUTAN - BH
2) BURUNG LADUNG - BL
3) BURUNG BARU-BB
4) PIKAT @ DENAK
5) DLL

Inilah beberapa Istilah yang sering digunakan oleh pemikat dalam permainan hobi ini yang akan saya terangkan satu persatu di bawah ini

1) BURUNG HUTAN -BH ;
Burung Hutan istilah singkatnya adalah BH.Yakni burung yang ditangkap di kawasan permainan seperti ladang sawit,getah,kebun dan seumpamanya.

2) BURUNG LADUNG -BL;
Burung Ladung istilah singkatnya adalah BL.Yakni burung yang telah di bela yang ditangkap dari istilah 1 diatas di simpan di dalam Ladung atau bahasa biasanya adalah REBAN.

3) BURUNG BARU-BB;
Burung Baru istilah singkatnya adalah BB.Yakni burung yang telah dipilih dari istilah 2 diatas dan ditambat di atas sangkar layang dengan beberapa ketika masa nya dan mula galak ,di bawa mengajar ,menangkap kurang daripada 40 kebawah.Dalam istilah inilah ramai yang baru dalam hobi ini keliru berkaitan istilah ini.Dalam istilah ini belum boleh di panggil istilah Pikat atau pun Denak kerana istilah Burung Baru-BB ini ianya akan naik dan turun.Maksud naik dan turun disini adalah permainannya tidak tetap dan tidak stabil 70%.Kadang bunyi dan kadang tidak.Jadi dalam perkara ini jenis istilah ini perlu latihan lagi agar ianya menjadi tetap.Namun ada yang terus naik menjadi seperti seekor Pikat atau Denak yang baik.

4) PIKAT @ DENAK;
Pikat @ Denak istilah nya adalah TETAP.Yakni burung yang telah berjaya di asuh dan dilatih di peringkat istilah ketiga diatas yang mana permainannya telah tetap 90-100%.Nilaian kredit yang boleh kita beri pada istilah ini adalah tangkapan adalah 40 ekor ke atas dari istilah satu di atas.Ini baru lah boleh di panggil dengan istilah PIKAT @ DENAK.Permainannya adalah tetap dan berbeza setiap kali menghadapi lawan.Maksud berbeza disini kadang berbunyi di atas sangkar layang dan kadang tidak, kadang berbunyi di dalam Cetok atau bakul atau jebak ,kadang tidak.Hanya ingin bermain di laman sahaja.Maksud kata disini adalah bawa lah kemana sahaja dan di mana sahaja ianya akan berbunyi seperti biasa.Kerana ianya telah tetap.

Jadi kesimpulannya istilah ini kita perlu ketahui serba sedikit walau tidak semua agar kita dapat kenali apa itu permainan dalam seni Terkukur ini.

Di harapkan info yang serba kekurangan ini dapat memberi sedikit panduan bersama.
Sekian, wassalam
Longkedah

Rabu, 28 Mei 2014

BORANG KEAHLIAN PERSATUAN WARISAN SENI TERKUKUR MALAYSIA

Salam
Dilampirkan Borang keahlian bagi Persatuan Warisan Seni Terkukur MALAYSI (PWSTM)

Tuan-tuan perlu printkan borang dan ikut arahan yang terdapat pada borang.Dan poskan beserta sampul surat bersetem sendiri ke alamat Setiausaha yang tertera pada borang





Terima kasih 
wassalam
longkedah

Isnin, 5 Mei 2014

TRIP PARIT YAANI, BT PAHAT JOHOR 3.5.2014 MERIAH

Assalamualaikum dan salam sejatera
Syukur kita kehadrat ilahi dengan limpah kurnia darinya sekali lagi kita diberi ruang untuk bersama dalam mrnjayakan majlis kita dibawah anjuran persatuan warisan seni terkukur malaysia(pwstm).
Alhamdulillah majlis kita berjalan dengan lancar dan amat meriah sekali dengan sambutan yang begitu diluar jangkaan kita.
Sekalong tahniah kpd rakan-rakan diatas sokongan padu kepada pwstm yg mana kehadiran seramai 360 org dan ahli baru yg mrndaftar adalah seramai 180 org.satu sambutan yang diluar jangkaan.
Dan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kpd semua pemenang bagi 2 kategori yakni kategori terkukur dan kategori merbok.
Jumlah tangkapan terkukur keseluruhan adalah sebanyak 400± ekor.dan merbuk adalah sebanyak 100± ekor.ini bermakna jika nk memikat di parit yaani kena tunggu lagi 6 bulan.kikiki.habis semua burung telah dilarikan oleh pemikat dari seluruh pelusuk tanahair.
Inilah satu wadah yg bakal kita kenang dan sematkan didalam memori kita bahwa sebuah kenangan telah tercipta di paritbyaani yongpeng daerah bt pahat pd 3hb mei tahun 2014 telah tersemat didlm lipatan memori kita utk ditunjukkan kpd anak cucu kita dimasa depan.
Coretan itulah terpatri dlm coretan silaturahim besar bagi pwstm selepas trip sungkai pd tahun 2010 yg lalu.ini bermakna telah menjadi dan direkodkan sebagai guiness book of pwstm records hehe.
INilah silaturahim yg kita inginkan tanpa mengira kaum dan bangsa dlm satu seni warisan.
Jutaan terima kasih pihak pwstm ucpkan kpd semua ahli jawatankuasa yg membanting tulang siang dan malam tanpa mengira penat dan lelah membantu pwstm bg menjayakan majlis kita ini tanpa gaji ditangan mrk.kerana keikhlasan mrk utk menaikkan silaturahim itulah mrk kuat memberi sokongan kpd pwstm ketahap sekarang ini.terima kasih kpd ajk pwstm.dan tidak dilupakan terima kasih kpd srmua para penyumbang yg sudi berkorban wang dan ringgit membeli hadiah-hadiah utk dihulurkn kpd kita.pihak pwstm mendoakan keluasan rezeki kpd mrk semua.
Dan kd ketua kg parit yaani yg sudi bekerjasama dgn kita dari awal hingga akhir majlis.juga kpd group-group yg sudi hadir memberi sokongan padu kpd kita yakni group lc lagend,gml,gpc,gmp,gmm,gmt,ppmdtm,dll yg tidak sempat saya sebutkan disini.tidak dilupakan rakan kita dari singapore yg sudi bersama-sama kita untuk memeriahkan lg majlis kita.
Trima kasih juga kepada pihak sinar harian johor yg sudi bersama kita yg menerbitkan keratan artikel pd 3.5.2014 dan laoran penuh pada 4.5.2014.org johor cpt dptkan sinar harian hari ini 4.5.2014 sebelum kehabisan.
Akhirkata saya mewakili pwstm menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf andai sepanjang majlis terdapat kekurangan dari pihak kami.insyaallah pihak kami akan memperbaikinya dimasa-masa akan dtg.
Ada rezeki insyaallah kita akan bersua lagi dan kita akan cuba menciptakn lg sejarah pwstm books of heritage records.you all the best.
Sekian,wassalam
Yg benar
Longkedah