Pengikut

SELAMAT DATANG

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara semua kerana melawati Blog kami yang tidak seberapanya ini.

Blog ini di hasilkan adalah untuk memberi sedikit info & berkongsi maklumat bersama penggemar burung terkukur khususnya bagi kaki pikat.

Blog ini juga di hasilkan bagi merapatkan dan bersilaturahim sesama.

Blog ini di hasilkan bagi meneruskan WARISAN seni tinggalan Nenek moyang kita dahulu sehinggalah sekarang ini.

Jika tiada siapa yang menengahkan warisan ini, maka ianya akan terbuku kubur tanpa ada sesiapa yang tahu hasil seni dahulu kala.Warisan ini merupakan warisan yang perlu di naik tarafkan hingga ke depan ke generasi baru.

Bak kata pepatah :

"Tidak Lapuk Dek Hujan "

"Tidak Hilang Warisan Melayu"

Di harapkan anda semua akan terhibur & gembira dengan melawati Blog PWSTM ini.

Selamat melayari blog TERKUKUR yang menjadi hiburan hasil tinggalan Nenek Moyang kita terdahulu sampai lah kepada kita hari ni.............

Akhir kata dari saya : MOTO PWSTM & MOTO KAMI :

"WARISAN SEJAGAT , WARISAN SELAMAN "

From :
PWSTM

SILA LAWATI & BERILAH SOKONGAN KEPADA FORUM KAMI :

SILA KLIK LINK DI BAWAH INI SEGERA :-

http://database1900.13.forumer.com

TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA dari PWSTM di atas sokongan semua pihak, semua sahabat yang mengenali PWSTM atau pun tidak.Khususnya warga TTF semua.

TERIMA KASIH juga kepada pihak MEDIA yang menengahkan seni warisan ini untuk di kongsi oleh semua khususnya SINAR HARIAN DLL.


Rabu, 19 Ogos 2009

SUARA DI PANGGIL SELANG

video

Salam

Isitilah selang

Selang boleh juga di panggil perap kuku, tekan angguk dll.tu semua adalah istilah selang.

Video di atas adalah salah 1 contoh suara berupa selang atau istilah selang yang kami namakan.itulah di namakan selang.

maaf kerana tidak nampak burung.hanya suaranya sahaja.kerana pikat tengah berlawan suara dengan burung hutan

LAMAN PELEPAH


salam


Main pelepah ni antara salah 1 kaedah yg boleh menangkap burung hutan.ada pelbagai-bagai jenais laman yg boleh kita buat.antaranya laman sulam seperti gambar di atas.pikat di letakkan di atas laman yg di sulam spt gambar di atas.tetapi harus diingat.laman seperti di atas perlu racik 1 baris dari batang pelepah dan tabur di dekat laman.kerana burung hutan buleh terjun ke alaman.sulaman di buat di hujung pelepah yg berdaun lembut.yakni arah pelepah nk berjuntai .baru senang kita nk sulam.dan ada beberapa lagi kaedah gambar main pelepah insyaallah akan saya upload kemudian.

Selasa, 18 Ogos 2009

TRIP TTF GROUPS TERBESAR-15.8.09




Assalamualaikum & salam sejahtera 15hb Ogos 2009 bersamaan hari sabtu maka terpatrilah 1 pertemuan yang di rancang yang mana menggamit seramai 22 orang pemikat dari berbilang Negeri. Lokasi di rancang di Lepar Utara ,Pahang yakni lokasi yang di rancang oleh sdr kohjai & the gang nya.




















Alhamdulillah maka bersualah semua di Lokasi yang telah di tetapkan yakni lepar utara 11.Pertemuan yang boleh di katakan pertemuan terbesar TTF setakat ini. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kpd sdr kohjai & the gang yang melayan kami semua serta persiapan makanan yang sungguh banyak. Ucapan terima kasih kpd sdr Ijoy & tokmo(remi) yang sudi datang ke pahang dari penang dengan menaiki bas.




  1. Ucapan terima kasih kpd sdr GMK & The gang yang sudi bersama kami.



  2. Ucapan terima kasih kpd abg din , lipis & the gang yang sudi bersama kami



  3. Ucapan terima kasih kpd abg saufi , bt balai yang datang sorang diri untuk bersama kami.



  4. Ucapan terima kasih kpd geng educated jin, nasir, remy, azli & jiji yang sudi bersama kami


Kepada semua saya memohon maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki sekiranya sepanjang bersama ada tersalah kata, perbuatan yang tidak di sengajakan atau di sengajakan.Dan juga saya memohon beribu kemaafan bagi pihak keluarga saya seandainya ada kesalahan dan terkurang semasa berada di teratak buruk saya. Alhamdulillah trip kali ini amat berjaya dengan pelbagai-bagai aktiviti memikat.Bukan setakat memikat terkukur malah merbok pun ada.serta penyampaian cenderahati kepada penangkap terbanyak sebagai hiburan untuk semua bagi mengeratkan silaturahim antara warga TTF dan juga bukan warga TTF.

Rabu, 12 Ogos 2009

Kambing kepunyaan anakku selamat beranak




4.8.09 hari rabu putih yakni seekor kambing peliharaan anak saya selamat beranak di kandang org tua.




putih melahirkan seekor anak jantan yang di beri nama ogos.pasai dia beranak bulan ogos.


anak saya cukup seronok kerana ini merupakan anak kambing pertama peliharaannya beranak.


5.8.09 kami sekeluarga ke kandang yang di bina di tengah ladang orang tua sambil nk tengok juga anak kambing kepunyaan org tua yg selamat beranak 2 ekor.




sambil nk tengok anak kambing tu, boleh juga saya bawa BB(burung baru) saya masuk labu untuk di gantung saja.bagi dia biasa di ladang.kebetulan di ladang org tua ni memang ada bh dok main.






Selasa, 4 Ogos 2009

DIDIK- BAGI YANG BARU BERJINAK-JINAK

salam

memandangkan ada yang bertanya perihal terkukur maka saya buka tajuk ini khusus untuk mereka yang baru nk menceburi dan berjinak-jinak dengan hobi ini. saya syorkan bagi yg baru nak main terkukur tu, sebaik-baiknya ambil tahu dari mula. 1) dari hutan 2) dari reban @ ladung 3) proses-proses menjadikan pikat pertama sekali cuba-cubalah baca perihal terkukur pada tajuk BUKU TERKUKUR tu.bagi yg baru berjinak tu saya syorkan baca kat situ dulu.tetapi kemaafan di minta kerana BUKU tersebut belum tamat sepenuhnya.cumanya ambik tahu asas terkukur tu dulu.sekurang2nya serba sedikit. baiklah saya teruskan dgn langkah pertama yg perlu ada pada org baru yg mula nk berjinak dengan hobi ini. pertamanya ada minat.ada suka. lawannya : bukan niat belajaq main terkukur ni pasai nk jd hebat.jangan begitu.nk lebih hebat dari org lain.nak bagoih dari org lain.jangan ! ini hanya sekadar hobi dan melepaskan penat lelah dan merasa ketenangan lupa segala masalah sebentar.ingat kebesaran allah beri pada anak adam bahawa terbitnya bunyian tersebut maka akan ingat kebesaran yg allah berikan kpd anak adam.agar kita menilai akanbetapa hebatnya allah menciptakan permainan anak adam dgn berbilang-bilang suara.amati betul-betul betapa ilmu allah tu amat luas sekali x terbilang oleh kita. kalau kita amati betul-betul apa yg allah titiskan pada suara burung terkukur tersebut khususnya tidak akan sama yg kita dengar.ada beza.x kan sama antara seekor dgn seekor yg lain.perhatikan.bunyi nya memang sama tetapi tone atau nadanya x kan sama antara satu sama lain.itulah kebesaran allah yg kita ambil tahu di samping apa yg allah turunkan utk hiburan anak adam dlm menghayati kebesaran allah snwt yg maha hebat ini. jadi berbalik kepada langkah pertama bagi tajuk ini kita mula dari burung ladung atau reban. apa yg perlu ada adalah pemerhatian.pemerhatian yang mana betul-betul berkenan di hati dan mata kita.pap ! dah nampak sekor antara yang banyak dok ada di dalam reban tersebut.dah cop sekor maka : allo tokey ! angkat ini burung.saya mau sekor. :lu mau yang mana 1 ? :alamak tokey.sudah bercampur la pulak tokey.tadi dia duduk diam-diam dlm tu senang saya tengok. :memang itu maciam maaaaaa. :haaaah ! yang tu tokey.yang tu.saya dah nampak dah. :mana 1 ? yang cantik sikit tu. :wokehhhh ! amma ! betul yang ni ? :betul tokey yang tu itu antara dialog kita dan tokey kedai burung.pasai apa kita dpt tangkap atau target burung reban atau ladung yang bercampur aduk dalm tu ? sedangkan semuanya sama ? jawapannya adalah pasai minat tu tadi. ok , bila dah dpt sekor dan tokey pun bungkus dlm kertas burung tu yg di tebuk lubang, kita pun senyum lebar dah dpt sekor burung idaman td.ini sudah masuk step pertama dalam menilai burung sebenarnya.cam kan.kita dh dpt 1 step memilih burung.di situ kita dah ada 1 ilmu memilih burung walau kita pilih main hentam saja.x mengapa itu langkah awal ilmu.train and praktikal. kita pun coner keta ke kedai sangkar layang harga murah.pasai kedai td tu harga mahai sikit berbanding kedai td.step kedua kita dah dpt 1 lg ilmu menilai harga sesuatu benda. syok x terkira ni pasai dh dpt sangkar layang walau harga RM12.x mengapa.di nasihatkan yg murah pun x pa dahulu kerana inilah permulaan kita.kalau ada inisiatif atau kekreativiti sendri buat sendiri.lg baik.kalau x nak buat beli je lah yg murah tu.semua alat dah cukup kita pun balik kerumah dgn hati yg bertambah girang ni.alamak ? mcmana aku nk tambat ni ? 1 apa pun x tahu ni.inisiatif ketiga cari kengkawan atau mana-mana info berkaitan gambar atau cara ikat tali kaki di sangkar layang.dlm 1 kwsn mesti ada salah seorang yg mempunyai hobi tersebut.tidak boleh lari.kerana ini merupakan hobi warisan.sentiasa ada org bawak.jd dah dpt cara tambat dan sebagainya langkah keempat teruskan mandi kan burung tersebut. bagaimana nk mandikan dia ? semburkan dgn penyembur bunga tu yg ada botol utk di isi air di bawahnya tu.sembur lah sehingga basah kuyup.apa tujuan nya ? tujuannya adalah utk mengelakkan dan mengurangkan burung tersebut yg baru kena tali kaki menggelupur.apabila sayap nya basah dia menjadi berat utk terbang.siap sembur sehingga basah kuyup urut badan dia perlahan-lahan utk mengurangkan stressnya. dah siap semua dgn makanan dan minumannya terus gantung di tempat sunyi.hanya tengok sesekali sahaja bg memastikan makanan dan minumannya tidak habis. biarkan dia selama seminggu di tempat sunyi tersebut.dari situ kita telah tahu betapa rumit jugak nk menjadikan burung tersebut pikat. cukup seminggu atau lebih keluarkan dia dan mandikan sekali lagi.dan step nya sama juga.lepas mandi urut badan dia.dan kali ini gantung di tempat kita lalu lalang.tak kiralah di bilik air ka, di garaj keta ka atau di ruang mana-mana lah.tujuannnya utk membiasakannya sesuai dgn persekitaran baru yakni dgn org baru macm kita ni yakni bergelar tuan ni. langkah seterusnya biarkan dia begitu sampai dia sihat sepenuhnya dari segi kaki dan lain2.jgn jemu menunggu.baru lah kita tahu betapa peritnya mendidik burung menjadi baik. buat masa ini najisnya akan bertukar menjadi hijau cair.itu tanda burung takut.x lama lepas itu apabila dia sudah stabil najis nya akan bertukar menjadi hijau berketul.yakni tidak cair dah mcm mula-mula tambat dulu.namun masih hijau.kerana masih takut lg.biarkan dia yg penting dia sihat dan makan sepenuhnya makanan yg kita sediakan tu.

lepas kita dah asingkan dia td dan lepas seminggu ke atau lbih sikit dari seminggu.kita letakkan di kwsn kita dok lalu lalang.apa tujuan dia ? utk membiasakan dia dgn situasi kita.jgn di sentuh sangkar tu kecuali makan dan minum dia saja.pasai apa x bg pegang atau usik sangkar tu ? supaya tidak mengejutkan dia.kerana dia baru saja keluar dari tempat gelap ke tempat org lalu lalang.hanya tengok je kalau rindu sgt kat dia pasai excited dan berjaya ada terkukur.di samping itu jgn lupa mandikan dia waktu malam.pasai apa kena mandikan waktu malam ? kerana nk cepatkan proses dia jatuh bulu dan cepat jinak.bila cepat jatuh bulu dan tukar bulu baru dia akan hilang terkejut dia sikit demi sedikit.dan biasakan diri diatas sangkar layang.bila dah jatuh bulu dia akan naik sikit demi sedikit seolah-olah kanak-kanak atau bayi tu.ada step demi step.anak kecik bila demam ada nk tumbuh gigi.pastu nk pandai berdiri.pastu pandai bertatih.bila usia meningkat perubahan tu akan turut berubah.sama dgn burung.bila sekali jatuh bulu makan dia akan naik suaranya.oleh kerana itu kalau kita ada dengar org dok bercerita ada bh di kwsn tu cukup baik suaranya.dah dekat 4-5 tahun org dok pulun tapi x dapat.kalau hangpa la(soklan ni) agak-agak hangpa pi try tak ? x kiralah mcmana kaedahnya .pinjam pikat kengkawan yg handal ke atau sebagainya ? terpulang.agak-agak hangpa berminat x nk pi ambik ? bh tu cukup dengan isi permainannya, rantau, gagap, sulam, selang, penguku semua cukup.terpulang pada diri sendiri ya.tetapi kalau saya, bila bh tu sudah sampai 4-5 musim di situ saya x kan ambil bh tu.pasai apa ? dia sudah tua.dia berada di situ telah 4-5 lahun.dari anak sawit kecik sampai anak sawit dah keluar hasil.misal kata dia berjaya di tangkap oleh kita.agak2 bila nk jd ? kurang pun bh usia mcm tu paling tidak 1 tahun atau pergi 2 tahun baru nk bunyik.sudah 7 tahun disitu.kemudian proses nk mengajar pulak.jd nya tempoh nya menjadi pikat x lama. itu hanya selingan saja. berbalik kepada proses td.bila bulu jatuh kali pertama bersama kita, maka di situ sudah ada pertalian kita antara pikat.masa ni kalau betul2 teliti kita sikit sebanyak sudah mengenali dia.pasai apa saya kata kita sudah kenal dia ? kita tahu proses dia.bila dia meluruh apa yg terjadi pada dia.dia suka mcmana ? suka bertenggek saja ke, atau senyap saja ka, atau sikat bulu saja ka.itulah org panggil kenal pikat.apa tujuan kita kenal pikat @ burung ? kenal pikat @ burung ni cukup baik bg kita sebenarnya.kita tahu reaksi dia bila bersama kita.ada pemangsa kita tahu pikat atau burung tu mcmana, ada bh mcmana dll.itulah dinamakan pikat di kenal. ok ! bila dah jatuh bulu prosesnya jgn di mandikan.walau di waktu malam.pasai apa ? pasai dia bukan atau belum jd pikat lg.kalau pikat x mengapa mandikan dgn air beras.bb jgn di mandikan.perit dia nanti.dia akan jatuh suatu hari nanti.kita pun pelik pasai apa buurng ni.dah tangkap banyak , tapi dok mcm bb ada perangai lg ? perit di sini bermaksud serik, sesak, dll istilah dia. biarkan dia disitu dulu.kerana bila meluruh dia tidak suka kita pegang dia.proses naik bulu amat sakit bagi dia.kita kalau sakit gigi org berlari pun kita dah angin.sakit kepala bunyi motor kat luar pun dah geram.kalau boleh nk bertenang-tenang.org akan kata.alaahhhhhhh....biarla kita ajar bg dia lasak.tahan sakit.tak pe x kisah.itu pendapat masing-masing kan ? cuba kita sakit gigi kita ajak dia bercakap, ajak dia memancing, membeli belah ? nk pelasak kononnya agar bg lupa sakit tu.tetapi fikiran ke lain.fikiran ke arah sakit tu. ok lah berbalik kepada meluruh semula.tempoh meluruh bg burung bb selalunya selama 2 bulan cukup naik bulunya.bila dah siap semua bulunya maka bolehlah nk jamah badannya.tetapi jgn kerap.cukup utk menjinakkan dia dan kenal kita sebagai tuannya.pada tahap ini bb kdg cepat bunyi dan kdg lambat bunyi.x pe sabar.tunggu dan lihat.pasal proses nk belajar adalah SABAR.ini baru permulaan sebagai pemikat.itu belum pemikat lg baru asas nya.kenali burung.misal kata dia dah jinak bilakah waktu yg sesuai selalu dia bunyi ? waktunya pagi dan malam atau petang. pasal apa pagi dan petang ? atau malam ? kerana proses bb berani bunyi adalah waktu matahari terbit dan waktu nk tidur.itu memang lumrah mereka.burung anak akan mula berbunyi adalah di waktu pagi dan petang bila ibu pulang ke sarang. dia akan berbunyi sekali sekala pada waktu itu.biarkan.hati kita dah mula syok.pasal inilah kali pertama kita dengar suaranya.penat lelah kita menunggu selama ini berbaloi.akhirnya............ akhirnya............ dengar suaranya.suka sangat kita.mana tidaknya.air tanya dan usaha kita berhasil dlm melatih bb dari ladung sampai buka suaranya.itu proses ilmu.ilmu dan praktikal.praktikal dan teori.lebih utama. bila dia dah berbunyi begitu biarkan dia di tempatnya dulu.jgn di ubah-ubah tempat gantung nya buat masa ini...............

sampai kita pd burung yg kita didik tu dah mula bunyi di tempatnya.yakni tempat gantung sangkar layang dia tu.setelah kita biarkan selama seminggu di situ dan dia tetap bunyi di situ , maka kaedah kedua kita angkar sangkar layang bersama burung kita tu tadi kasi turunkan dan sembur untuk di mandikan.semburkan sehingga basah sikit bulu dia meresap air.kemudian urut sekejap saja.pasai apa kita sembur dia kali ni ? mandikan la maksudnya tu.bila waktu dia ? waktu dia adalah waktu petang nk ke malam.lebih kurang pukul 6-7 lebih kurang.kira-kira time utk dia berbunyi.pasai dia masih baru lagi.bila dah siap sembur dia terus kita ubah tempat gantungnya.yakni kita ubah ke tempat lain di sekitar situ jugak.apa tujuannya ? tujuannya adalah kita nk biasakan dia tidak disatu tempat saja dia berbunyi.sbb tu tujuan mandi sebelum gantung ke tempat baru tu agar beri dia lupa tempat gantung lama dia tu.jd bila kita ajar begitu bila di laman dia tidak akan pilih laman.kalau istilah di sebelah kami di panggil CAM KASAU.cam kasau ni adalah dia suka bunyi dan berani di situ saja.bermakna burung kita tu pilih laman.di situ kita buleh tahu dah burung yg kita didik tu mcmana. insyaallah teruskan lg.biarkan disitu (tempat gantung baru) selama seminggu pulak.nampak bukan mudah kan ? tetapi yg susah itulah menambahkan ilmu yg kita ada insyaallah.biar org kata : apa la hang ni..........lambat buat mcm tu.hang beli ja pikat atau denak sekor abih cerita buleh terus main.kan senang.apa susah-susahkan diri hang. biarkan.itu pandangan masing-masing.jangan kita nafikan.itu hak dia kan.tetapi kita telah dpt apa yg dia tidak dpt melalui ilmu +praktikal + teori = fakta. beza dari tadika terus ke darjah 1 ada beza. tak pe teruskan lg.nampak letih kan ? terpulang kpd individu masing-masing.bila burung yg kita didik itu mula berbunyi mcm di tempat gantung yg lama , bermakna dia telah serasi dgn suasana dan serasi dgn kita.insyaallah dia akan naik di tangan kita.itu di namakan AIR BASUH TANGAN. air basuh tangan ni lah ibaratnya kalau di siram pokok bunga insyaallah segar dia. bila dia tetap berbunyi seperti biasa maka pada saat inilah kita boleh lihat najis dia sudah bertukar menjadi padu dan bulat2 tidak semacam mula-mula dulu.najis dia pun berketul-ketul tanpa ada warna hijau.itu bermakna dia telah mengambil suasananya.dia tidak lg takut.cumanya sikit-sikit dia takut biasalah.x sepenuhnya burung nk jinak mcm kita pelihara kucing tu.buleh di buat gurau . bila dah tengok najis dia bersih dan elok , maka pada saat ini boleh lah kerap jemur.bila waktu sesuai utk jemur ? waktu nya adalah sekitar pukul 9-12 tengahari. ini waktu paling sesuai untuk jemur burung hatta denak sekalipun.matahari menenggelamkan embun lebih segar.pada masa ini bolehlah kita cuci najis dia tu.buang najis dia yang lama tu.siap bersihkan jemurkan talam tu dulu.sehingga habis proses menjemur baru pasang balik kerana hama pada talam habis lari.bila dah siap jemur naikkan semula ke tempat gantung dia.biarkan dia.bila nampak dia sudah lepas suara takutnya maka pada masa ini kita bolehlah pindahkan lg tempat gantung nya .buat mcm proses memula td.mandikan kemudian gantungkan di tempat yg baru.kalau di kawsn kampung kita boleh gantung dia di bawh-bawah pokok.sama juga prosesnya.gantung berbeza-beza pokok.sama juga kaedahnya dgn rumah yg di bandar atau taman tu.sama saja prosesnya.itu tujuan kita pindah lain-lain tempat di dlm rumah kita tu.bila dia dah agak rajin berbunyi dari pagi sehingga ke petang tiu tandanya dia sudah biasa dgn keadaan rumah.pada masa inilah proses nk galak bermula. apa tanda kita nk tengok burung kita tu dah nk galak ? mudah saja.tengok paruh dan kakinya. paruh mula berdebu, kaki mula berdebu.bulu di dada mula bergulung sehelai.bulu tu x kisah sgt.yg penting lihat lah paruh dia seakan berdebu itu tanda burung nk mula galak.biarkan dia.jgn di usik. pada masa galak inilah kita rajinkan jemur dia insyaallah dia akan lg bertambah buka suaranya. sampailah waktunya utk proses suapkan vitamin buatnya agar bertambah sihat lg. apakah vitamin nya ? mudah saja vitamin dia.ini saya boleh beri sikit info buat semua yg baru insyaallah ; 1) anai-anai tanah 2) cacing tanah tidak di galakkan 3) kacang hijau itu antara beberapa kategori utk burung baru nk naik.anai-anai kalau dpt la.jgn di beli di kedai.di kuatiri anai-anai ternak dari kayu.kalau terjumpa la , anai-anai kat busut-busuut tu selalu ada.yg tu amat baik utk vitamin burung baru.beri makan anai-anai.kemudian kacang hijau utk burung baru perlu di rendam dan di embun semalaman.jgn sampai pecah kulit dia.suapkan yg kulit tidak pecah .berapa biji nk beri ? buat permulaan suap kacang hijau sebanyak 20 biji berselawat.berselawat atas nabi dalam apa jua perbuatan insyaallah nabi akan balas selawat atas pemberi salawat.bermakna inilah keberkatan. sebelum suap mandikan dgn sembur sikit2 je.pada masa ini tekan belakang badannya dan kepak dia akan terbuka naik keatas.sembur di bawah kepak tu.jgn di pegang kepak tu.biar dia angkat sendiri.tak percaya cubalah.bila kita tekan perlahan-lahan atas belakang bruung kita tu dgn sendirinya dia akan angkat kepaknya.buat di kedua-dua belah kepak.lepas tu barulah suapkan kacang hijau tu.bila sudah selesai suap kacang hijau dengan sekali suap sebanyak 20 biji tu terus gantung kan dia di tempat gelap. biarkan dia tidak bunyi beberapa ketika.itu kerana dia tidak pernah di suap dan di pegang.biarkan dia bunyi sendiri.sehingga dia bunyi sendiri semula. bila dia berbunyi lihat lah hasilnya setelah dia bunyi semula.suaranya akan terbuka dan lancar sekali.pada masa ini dan ketikanya mulalah dia menekan suara tanda matang. bila dia dah mula menekan suara kita kena amati samada burung tu menekan kerana nk turun laman atau tidak dengan lihat dia akan duduk menekan di lantai sangkar layang atau bukan.kalau dia menekan setempat saja jgn di bawa lg ke laman.bermakna dia baru saja naik proses matang berani. bila kita tengok dia bertukar2 tempat semasa menekan dan rajin guk di waktu pg itu tanda dia sudah nk di turunkan ke laman. proses ini boleh cuba masukkan dia ke dalam jebak, labu, cetok. cuba masukkan dalm tu.tetapi harus diingat.jgn terus bawa kelaman.cukup masukkan saja.pada permulaan dia memang tak nak masuk.paksakan sedikit.paksa di sini bukan dengan cara genggam badan dia.cuma paksa disini ikut saja kemana muka dia menghala.maka kita halakan saja muka pintu depan muka dia.dia tetap akan masuk.tali kaki mesti di pegang dan di tarik pendek sehingga ke lubang angga sangkar layang agar burung tidak terbang,bila tali kaki pendek senang kita nk halakan muka pintu jebak, labu atau cetok pada mukanya agar dia masuk.insyaallah dia akan masuk.bila dia dah masuk jgn terus di bawa ke laman.just gantung kan sahaja selama sehari.pastikan makan dan minum ada didalam tu cukup.tujuannya utk kita biasakan dia keluar masuk jebak, labu dan cetok tu.kemudian keluarkan dia naik atas sangkar layang semula.prosesnya sampai lah bila kita halakan pintu jebak dia akan masuk sendiri.itu tanda dah boleh di bawa ke laman.. insyaallah bersambung ..................

Isnin, 3 Ogos 2009

Lap. Mikat 2.8.09 (AHAD PAGI)

Lap mikat
2.8.09 (ahd pagi)
lokasi : jengka 20
pikat : BB je

hari ni nk try tempat bh yg nguku i minit 40 kali tu.kot dia mau ngan bb ni.
sampai laman jam 8.30pg pasai jumpa ngan otai dok sembang kat kedai kopi.

sampai situ terus pacak bb depan angga bh tu.nampak dh dia dok bwh pokok durian.prappp melambung ke tempat lain.tunggu punya tunggu sampai sudah x mai.jam dah pukul 10.30 pg.pusing sana sini jumpa 1 laman.suara kecik sedang atas.memang bagus

naik atas bukit pacak bb depan pokok rambutan.x rapat jugak yg ni pun.jam dh pukul 11.00.tau2 dia mai kot sebelah saya menyorok.alamakkk dia punya suara fuhhhh .selang sepokok ja.bb pulun sakan la.tau-tau bb menguku laman.aikkk mana pulak ni ? tengok suara kasar dah sampai depan sawit.prappppp.terjun. geram laaaaaa awat hang terjun dulu.nguku naik bukit.terus betul laman racik .terus sangkut.x sempat berlaga.ok la.selamat bb.bila sangkut je terus tersungkur diam x bergerak.bb punya nk marah pasal tali kaki pendek nk bedal jugak.x puas hati nk tibai lg.menguku lagi.terus marah perap lg.say dok tunggu kalau2 bh suara kecik terjun.tp terus dia cabut.terus keluar......

nin dia



dekat 20 minit gak duduk situ perbetul racik bersimpul mati .aduhhhhhh nangis

siap semua bergerak nk balik la konon pasai perut dah kriok.jam pun dah pukul 12 tgh.pasai pg td makan kuih ja sebijik malu

bergerak ikut jlan dalam nk balik terjumpa angga ni



berhenti betul angga ni.dlm hati selalu angga mcm ni bh akan sampai kat situ nk jemur.memang betul.terdengar suara sedang selang 3 pokok dok menekan suara.suara menekan tinggi cukup sedap.park moto terus naik kat lereng bukit betul2 depan angga.siap pacak terus menyorok.bb do patuk tanah.kwsn batu lada pulak saya pacak di bawah sawit.pasal dah panas.biar bb dok bawah teduh.bh dok perap lg kat atas.bb bunyi 3-4 patah.bh makin marah.lg kuat tekan dia.nin dia bh idaman dah melekat di hati.bb tekan dan lambung guk pasai dia ada SAMNON ya betoi

bh memang garang betul.pap.pap.pap.pap naik mencucuk ke atas wiuuuuuuuuuu.berpusing ke situ balik.aikkkkk agak2 apasai dia x mai atas angga ? x pa tunggu dan lihat.kalau rezeki insyaallah.dlm hati dah berdebar.pasal bh ni memang cun suaranya.bila nampak bh lambung bb menekan.pasai dia x dak angguk angga lg masih baru.tekan demi tekan dia buat.bh x tahan himpit sepokok lg.saya nampak dah dia hinggap pokok sawit rendah.alamakkkk ada kuku sigiag.cantikkkkk mmg itulah pilihan ku.pastu menguku pulak tu.juga piliha hatiku.
terus dia melonpat kedepan.dan ke depan lg mencari bb.betul2 sampai sini



amboihhhhh kuku sigiag lagi noooooo.rezeki tgh kot.
menguku punya nguku prufffff terjun kesini



sakan menguku.pusing sana sini.sana dan sini.alamak hang punya penguku buleh tahan.pusing dan tengok dah sangkut .prap berlaga dan berlaga.naik atas belakang bb nk bedal.tp bb angkat kepak prap sekali dia keluar.kaki dan nampak dah kajau menegang namun dia dok nk berlaga jugak lagi.dia masuk berlaga lg.ahhh sudah sat lg hanyut bb aku ni.biarkan.kedua2 tercungap-cungap menarik nafas panjang.cukup oksigen masuk lg berlaga.saya dah mula jd kompius dah kena ka belum ni ? tengok kajau makin menegang.terus bh berhenti dan mematuk kaki.sah kena.terus saya keluar perlahan2.nin dia.................maaf lah ya pasal camera saya ni screen dia rosak.main tangkap saja.mana yg clear tu clearlah.nin la dianya......



terus pack semua balik masuk ladung halimunan dan tanda kaki tunggu hang makan.

sekian