
Dengan Nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Segala puji bagi Allah , tuhan semesta alam.
Segala penciptaan adalah hak milik Allah snwt
Di beri sedikit buat hambanya sebagai ingatan kepadanya.
suara yg gemersik, suara yg lunak suara yg merdu adalah untuk hiburan hambanya agar sentiasa ingat akan kebesarannya.
Tiada 1 hak milik kita, melainkan hanyalah pinjaman semata

Dengan ini saya dengan rendah hati ingin membuka 1 sub forum bertajuk TERKUKUR.
Yakni 1 nama yang tidak asing lagi di tanah air kita ini.Tinggalan nenek moyang kita.permainan mereka.pada tajuk ini saya ingin berkongsi info serba sedikit berkaitan dengan terkukur ni.
Burung Tekukur merupakan burung pembiak tempatan di kawasan yang terbentang dari India dan Sri Lanka di Asia Selatan tropika hingga ke China selatan dan Asia Tenggara di timur. Ia merupakan spesies yang sebahagian besar taburannya terdiri daripada kawasan hutan jarang yang terbuka, dan tanah ladang.
Burung Tekukur telah dibawa masuk ke kawasan Los Angeles, California di Amerika Syarika, serta juga ke Indonesia utara, Australia, dan New Zealand. Di Australia, burung ini dibawa masuk ke Melbourne pada dekad 1860-an dan sejak dari masa itu, burung ini telah tersebar luas dan menggantikan burung-burung merpati asli.
Di benua tersebut, burung ini boleh didapati di jalan raya, taman, kebun bunga, kawasan pertanian, serta tanah semak samun dari Hobart, Tasmania ke Cooktown, Queensland sehingga Pelabuhan Lincoln, Australia Selatan. Burung Tekukur juga dapat dilihat di Perth, Pemberton, Kalgoorlie, dan Esperance di Australia Barat, dengan taburan spesies ini semakin berkembang sehinggalah merebak ke tanah air kita ini MALAYSIA.
Burung Tekukur ialah burung merpati yang tirus, dengan ekor yang panjang. Panjangnya burung ini antara 28 hingga 32 sentimeter (11.2 - 12.8 inci). Bahagian belakang, sayap, dan ekornya berwarna perang pucat, dengan banyak bintik kuning pucat. Dalam penerbangan, burung ini menonjolkan bulu hitam yang dibatasi oleh tepi dalaman yang berwarna kelabu pucat. Warna kedua-dua jantina adalah serupa, tetapi anak-anak burung lebih suram warnanya, berbanding dengan burung-burung dewasa dan sering tidak mempunyai jalur leher yang bercapuk-capuk ketika amat muda. Kepala dan bahagian bawah burung ini merah muda warnanya, dan beransur-ansur berubah menjadi kelabu pucat pada muka dan perut bawahnya. Lehernya mempunyai tompok hitam yang mempunyai bintik-bintik putih yang halus yang di gelar MANIK. Warna kakinya merah.
Burung Tekukur makan biji-biji rumput, biji-bijian dan tumbuh-tumbuhan yang lain. Ia burung daratan dan mencari makanannya di padang rumput dan ladang.
Burung Tekukur membiak pada sepanjang tahun, dengan sarang-sarang rantingnya biasa didapati di atas pokok, tepi bangunan, atau juga di atas tanah. Burung ini mengeluarkan dua biji telur yang putih dan licau. Di Australia Selatan, burung ini membiak, khususnya pada bulan September hingga bulan Januari, dan di kawasan utara, pada musim luruh.
Seperti dengan burung-burung merpati yang lain dalam genus ini, Burung Tekukur tidak begitu suka berkelompok, dan biasanya hidup bersendirian atau dalam pasangan. Burung ini jinak dan bunyi-bunyi yang tiba-tiba menyebabkannya terbang. Penerbangannya pantas, dengan pukulan kepak yang tetap, dengan sentakan sekali sekala yang mendadak yang pada umumnya merupakan ciri burung merpati. Pola-pola penerbangannya serupa dengan Burung Merpati Jambul, Ocyphaps lophotes (bahasa Inggeris: Crested Pigeon). Apabila mendarat, ekor burung ini menyenget ke atas. Semasa musim pembiakan, burung-burung jantan akan menyenget ekornya dengan sudut yang lebih curam dan mengelilingi burung bentina serta mengembangkan sayap dan ekornya.
Kicauannya terr ku ku kuk yang rendah dan lembut, dengan penekanan pada nota yang terakhir. Kekadangannya, kicauan burung ini juga berbunyi ku ku ku ku.
NAMA
1) Nama saintifik nya Streptopelia chinensis
2) Nama englishnya Spotted Dove
3) Nama Melayunya Terkukur
Tiada ulasan:
Catat Ulasan