Pengikut

SELAMAT DATANG

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara semua kerana melawati Blog kami yang tidak seberapanya ini.

Blog ini di hasilkan adalah untuk memberi sedikit info & berkongsi maklumat bersama penggemar burung terkukur khususnya bagi kaki pikat.

Blog ini juga di hasilkan bagi merapatkan dan bersilaturahim sesama.

Blog ini di hasilkan bagi meneruskan WARISAN seni tinggalan Nenek moyang kita dahulu sehinggalah sekarang ini.

Jika tiada siapa yang menengahkan warisan ini, maka ianya akan terbuku kubur tanpa ada sesiapa yang tahu hasil seni dahulu kala.Warisan ini merupakan warisan yang perlu di naik tarafkan hingga ke depan ke generasi baru.

Bak kata pepatah :

"Tidak Lapuk Dek Hujan "

"Tidak Hilang Warisan Melayu"

Di harapkan anda semua akan terhibur & gembira dengan melawati Blog PWSTM ini.

Selamat melayari blog TERKUKUR yang menjadi hiburan hasil tinggalan Nenek Moyang kita terdahulu sampai lah kepada kita hari ni.............

Akhir kata dari saya : MOTO PWSTM & MOTO KAMI :

"WARISAN SEJAGAT , WARISAN SELAMAN "

From :
PWSTM

SILA LAWATI & BERILAH SOKONGAN KEPADA FORUM KAMI :

SILA KLIK LINK DI BAWAH INI SEGERA :-

http://database1900.13.forumer.com

TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA dari PWSTM di atas sokongan semua pihak, semua sahabat yang mengenali PWSTM atau pun tidak.Khususnya warga TTF semua.

TERIMA KASIH juga kepada pihak MEDIA yang menengahkan seni warisan ini untuk di kongsi oleh semua khususnya SINAR HARIAN DLL.


Isnin, 26 April 2010

JALAN-JALAN MAKAN ANGIN

Salam

Lama dah tak kasi turun SJ.Asyik sibuk.Sj pun tak kasi turun tanah.manjang bawak jalan-jalan aje bila ke ladang tengok lembu.Lagi pun baru-baru ini sebulan dia meluruh (molting) teruk.jadi berilah dia rehat dulu.namun saya bawa juga bg dia hilang sakit naik bulu tu, pacak beri dia hilang stress dan ambil angin di laman walau meluruh.jadinya dia kuranglah tekanan.

Jadi hari Ahad pagi bawa lah dia jalan-jalan makan angin di laman.

Jumaat, 23 April 2010

LOKASI KE SUNGKAI

LIPAN MENJALAR

Salam

Di sini saya berkongsi gambar berkaitan dengan jalinan lipan.

Jalinan lipan ini adalah untuk membuat LEKAR @ sarang perumah R****.

Jalinan memerlukan apa jua jenis tali tangsi.Jalinan lipan ini berbentuk NO. 8 yang di jalin keluar masuk melalui tangsi ke tangsi sehinggalah habis mengikut kegemaran kita.

Begitulah juga warna mengikut kegemaran kita.

Apabila telah siap , maka kita akan jalin pemegang jalilan lipan pula.

Pemegaang perumah jalinan lipan, boleh menggunakan buluh cina, rotan yg di raut, tali brek motor dan sebagainya yang kita fikirkan sesuai mengikut kegemaran kita.

Rabu, 14 April 2010

GAROK

GAROK / KASAR
2 Tahun bersama
GUK 1
Gagap
Selang
Tekan Rapat
Tanah, Jebak , Pelepah ( sedang training)
Tangkap 2
sedang meluruh ( gambar ini)


HASIL SENI KRAFTANGAN DARIPADA LANGKAWI

Salam

Di sini saya kongsikan sedikit kraftangan daripada langkawi
Sungguh cantik hasil seni mereka.
kemas sungguh.


KRAFTANGAN LABU PIKAT / DENAK

PERALATAN KRAFTANGAN





Salam

Di sini adalah antara peralatan untuk membuat racik.
dan saya perkenalkan satu persatu peralatan di atas :

1) benang strongbow - benang jahit kusyen.terdapat di kedai-kedai menjahit khususnya atau kedai tertentu

2) plyer jenis crocodile - gunakan plyer yang ada spring.dan pemotong nya ada di tengah-tengah antara muncung crocodile.plyer jenis ni mahal sikit harganya.dan tahan lama.terdapat di kedai-kedai hardware atau kedai menjual mesin-mesin seperti grinder dll


3) braided power pro 8lbs - untuk buat perambut.jadi nya tak payah nk buka ,terus pintal saja.terdapat di kedai-kedai pancing

4)Tangsi jenama dupon - 6lbs cukup cantik.Made in USA.abaikan warna putihnya itu kerana kita boleh rebus dia dengan menggunakan kulit pokok bakau atau tea.Jika hendak menggunakan tangsi jenis maxima 12lb paling cantik.jika 10lb sesuai pelepah.Jika nak menggunakan tanah dengan 10lb boleh juga tetapi kili,cincin atau no.8 mesti menggunakan jenis steel.kalau tembaga berat.
Jika menggunakan tangsi jenis labi-labi made in france sesuai.gunakan 40lb cantik.

5)PIsau untuk memotong tangsi dan benang yg ada pada perambut.gunakan hujung mata pisau tu untuk memotong sambungan tangsi dan perambut.pisau ni cukup tajam di hujungnya-boleh didapati di kedai-kedai buku atau seumpamanya

6)Dawai tepi tayar motor terpakai-ini adalah untuk menjimatkan kos.dawai ini jenis dawai yg liat dan keras.-boleh mintak je kat kedai-kedai motor yang diaorang nk buang tu.dawai ni juga boleh di buat jebak.kerana warnanya sudah warna hitam.gunakan pisau tadi untuk membelah tayar motor tu.cukup tajam.kalau nk elok beli lg satu pisau seumpamanya tetapi besar sikit mudah kita nk pegang.tetapi model sama pisau tu.

7)Stainless steel jenama toman-untuk membuat kili, cincin atau no.8-kalau dapat yg warna gelap sikit.30lb cukup cantik.-boleh di dapati di kedai-kedai pancing

9)Pembaris.Boleh guna pembaris besi ke plastik ke kayu ke terpulang kpd kita .Yang penting ada ukuran sudah.Pinjam yang anak tu kejap.Kegunaan pembaris ni adalah untuk mengukur panjang keseluruhan tangsi dan perambut.panjang keseluruhan utk selesa membuat adalah 8 inci setelah perambut di ikat.

10) Dawai tayar motor - khusus membuat tumang.ukuran nya untuk tanah adalah 1 inci setengah.Untuk ukuran pelepah 1 inci.Untuk ukuran tungguk setengah inci atau 1 inci pun boleh.Untuk jerami 1 inci atau setengah inci pun boleh.

Selasa, 13 April 2010

CARA IKATAN TALI KAJAU PADA TUMANG RACIK

SALAM

Pada tajuk kali ini saya lampirkan beberapa keping gambar cara nak mengikat tali kajau pada tumang racik yang telah siap kita buat.
gambar di bawah adalah ehsan dari gambar matlan kukoo rakan TTF kita.

Saya rasa tuan-tuan mungkin dapat membina kaedah mengikat tali kajau ini.

Sekian

HADIAH UTAMA TRIP SUNGKAI PERAK 1 MEI 2010

Salam semua WARGA TTF

DI atas ini saya masukkan gambar HADIAH UTAMA bagi JUARA TRIP MIKAT 2010.

Hadiah sangkar layang ukiran ini adalah sumbangan daripada Abg Saufi kita.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada abg saufi serta penyumbang hadiah besar yang lain.

Kepada warga TTF yang menyumbang hadiah , pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga.


Hanya Allah snwt sahaja yang dapat membalas jasa tuan-tuan sahabat semua.


Trip pada kali ini, kita mengharapkan 100 % komitment kejururan dan keikhlasan dalam pertandingan.Bukan pertandingan sebenarnya.Ianya hanyalah sebagai intipati perhubungan silaturahim semua warga.

Sumbangan hadiah setakat hari ini terdapat sebanyak 18 item  sumbangan termasuk sangkar.

saya listkan beberapa hadiah di sini


1) sangkar layang
2) bakul pikat
3) sangkar layang
4) incubator
5) hamper
6) hamper
7) kambu 2 guni
8) racik pelepah
9) racik pelepah
10) racik tanah
11) racik tanah
12) beg
13) mafla
14) barang tradisional
15) burung pesum (bangsa angguk)
16)racik tanah
17)kerusi serbaguna mikat 
18)sumbangan sopi
19)racik 17 mata
20) racik 9 mata




sekian



ANAK SAUDARA




Isnin, 12 April 2010

UNTUK HIBURAN

Salam

Untuk hiburan sahabat semua

Maaf kualiti video kurang memuaskan

guna link di bawah ini untuk mendowload.

klik sini :

http://www.sendspace.com/file/ootmz5

11 APRIL 2010 - PANAS ENGINE

11.4.2010
Pagi Ahad
Lokasi J20
Laman tinggal setahun
Jentera : LUMAI












Sudah lama tak turun laman.sibuk dengan kenduri kendara saudara mara sahabat handai.pagi ini nampaknya ada kelapangan sedikit.memandangkan hari ni pun ada kenduri.tetapi bolehlah lari sekejap.cuma jemputan mai makan sahaja.Tengahari bolehlah cabut ke rumah kenduri.

Laman adalah laman lebih setahun saya tinggalkan bersama sahabat saya.memandangkan semua jalan sempadan di korek maka ada 1 lagi jalan shortcut utk motor lintas.

Sampai laman suasana boleh lah.tak meriah macam tahun-tahun sudah.namun tak mengapalah.Lagi pun lumai pun dah lama tak turun tanah.Lumai baru menangkap 11 ekor.back up saya selepas SJ.

Kedengaran suara kasar cukup cantik lambung guk atas bukit.bersih suaranya.lambung guk sama besar.jatuh pun cantik suaranya.kalau masuk pertandingan lambung guk burung kampung insyaallah kurang-kurang pun dapat lah hadiah kain tuala ha ha ha.

Saya himpit.namun susah jugak suara kasar ni.pasal nampak cabut.saya abaikan suara kasar.terus naik bukit himpit SG dan suara sedang selang sikit, sulam sikit.

pusing sana sini cari laman tepi sawit dan pokok getah 5 tahun.laman semua tak dak.laman berbatu.pacak je lah.racik 21 mata di turunkan.memandangkan racik tua saya tengah modified, maka racik muda di turunkan.entah lah racik ni buleh pakai ke idak.

siap semua , menyorok di belakang sawit depan lumai,pasai tempat menyorok pun x dak yang stratergik.bimbang juga kerana sekarang ni musim helang dan sewah masih banyak.musim tidak menentu.sepatutnya bulan april ni sewah dan helang batik, kuit sudah tiada.

Jadi menyorok dekat je lah.lumai panggil dan patuk tanah.maklumlah BB(burung baru).lumai tekan.BH(burung hutan) pun tekan .SG & SL bertekak sesama dia.lumai menekan.prap-prap-prap SG melambung pusing tinggi melayang betul-betul di atas kepala lumai.Lumai menekan dan angguk gagap kuku sigiag.prap SG landing atas pokok getah angga dia.menekan dan lambung guk dia.selang pun menekan.SG rapat dan menguku sesama SL.lumai panggil.tak juga datang.tengok SG cabut.SG takut dengan SL.

Lumai terpacak keras pasal terdengar riuhan bunyi burung merbah menandakan ada pemangsa seperti helang.dalam 5 minit suasana sunyi ,Lumai mula balik.menekan.tengok pruffffff melayang SL sampai depan laman.Saya cukup minat tengok cara SL ni landing di laman.Sampai laman depan racik, jatuh saja di tanah terus meluru ke lumai macam peluru.mak datuk punya laju.menguku sana sini terus sangkut.berlaga puk pak puk pak.BH naik atas belakang lumai.pap,pap,pap,pap,pap secara melintang.namum lumai tegakkan kepak bh tak dapat nak pukul secara melintang.lumai bagi sekali terus masuk laman racik sekali lagi.walau kaki sudah sangkut namun degil tahap gaban bh ni.terus saya keluar.

Ambil je BH , lumai masih geram.dok menekan dan marah.saya acukan bh ke tepi lumai terus di belasahnya bh.amboihhhh sakan sungguh hang marah nooooo.

terus masuk dalam jut beransur pulang.

Sekian

Rabu, 7 April 2010

KEPALA SELADANGJATI



Salam

  1. Ini adalah bentuk kepala terkukur jenis seladangjati atau tongkat mati.
  2. Kepala berbentuk bulat seakan bola pingpong
  3. Jenis ini adalah jenis yang liar dan lambat menjadi denak
  4. Hanya untuk tatapan.