Pengikut

SELAMAT DATANG

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara semua kerana melawati Blog kami yang tidak seberapanya ini.

Blog ini di hasilkan adalah untuk memberi sedikit info & berkongsi maklumat bersama penggemar burung terkukur khususnya bagi kaki pikat.

Blog ini juga di hasilkan bagi merapatkan dan bersilaturahim sesama.

Blog ini di hasilkan bagi meneruskan WARISAN seni tinggalan Nenek moyang kita dahulu sehinggalah sekarang ini.

Jika tiada siapa yang menengahkan warisan ini, maka ianya akan terbuku kubur tanpa ada sesiapa yang tahu hasil seni dahulu kala.Warisan ini merupakan warisan yang perlu di naik tarafkan hingga ke depan ke generasi baru.

Bak kata pepatah :

"Tidak Lapuk Dek Hujan "

"Tidak Hilang Warisan Melayu"

Di harapkan anda semua akan terhibur & gembira dengan melawati Blog PWSTM ini.

Selamat melayari blog TERKUKUR yang menjadi hiburan hasil tinggalan Nenek Moyang kita terdahulu sampai lah kepada kita hari ni.............

Akhir kata dari saya : MOTO PWSTM & MOTO KAMI :

"WARISAN SEJAGAT , WARISAN SELAMAN "

From :
PWSTM

SILA LAWATI & BERILAH SOKONGAN KEPADA FORUM KAMI :

SILA KLIK LINK DI BAWAH INI SEGERA :-

http://database1900.13.forumer.com

TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA dari PWSTM di atas sokongan semua pihak, semua sahabat yang mengenali PWSTM atau pun tidak.Khususnya warga TTF semua.

TERIMA KASIH juga kepada pihak MEDIA yang menengahkan seni warisan ini untuk di kongsi oleh semua khususnya SINAR HARIAN DLL.


Khamis, 28 Januari 2010

KOLEKSI GAMBAR


GAMBAR 2

GAMBAR 3
GAMBAR 4

GAMBAR 5
GAMBAR 6

GAMBAR 7
GAMBAR 8

GAMBAR 9
GAMBAR 10

GAMBAR 11

GAMBAR 12

GAMBAR 13

GAMBAR 14

GAMBAR 15

GAMBAR 16

GAMBAR 17

GAMBAR 18

GAMBAR 19

GAMBAR 20

GAMBAR 21

GAMBAR 22

GAMBAR 23

GAMBAR 24

GAMBAR 25

GAMBAR 26

GAMBAR 27

Jumaat, 22 Januari 2010

ISTILAH 10 - ANGGA


ANGGA

Istilah angga ini adalah 1 istilah yang sudah biasa kita dengar di mana-mana.Istilah ini tidak asing lagi kepada pemikat.

Angga ini ada pokok yang menjadi taklukan burung terkukur atau burung hutan.Yakni 1 kawasan jajahan yang mana ia boleh kita ibaratkan sebagai tempat pemerintahannya.Jadi burung hutan menandakan kawasan nya dengan 1 pokok di sesuatu laman atau di mana-mana dia duduk.

ISTILAH 9 - DAUN KERING


DAUN KERING

Istilah daun kering ini adalah istilah bagi seseekor burung terkukur turun dari atas pokok menuju ke arah denak atau pikat melayang-layang seperti daun kering.
Jenis yang turun seperti ini adalah burung yang baik.Lagak turunnya seperti seekor kelawar di waktu malam.

Khamis, 21 Januari 2010

ISTILAH BERSAWAN @ BERTUAN

Salam

Pada kali ini kita berkongsi info berkaitan dengan burung hutan(bh) yang di panggil BERSAWAN atau BERTUAN.

Apa yang di maksudkan dengan bersawan ?

Bersawan ni merupakan 1 istilah BERTUAN.Atau kita boleh ringkaskan menjadi HAK milik.
Bertuan di sini bermaksud ada sesuatu hak milik sesuatu.

Bertuan disini adalah di lihat dari kacamata pemikat.Bertuan ni bukan sahaja TERKUKUR, malah Ayam Hutan, Merbok Dll juga bertuan.

Bertuan di sini adalah sesuatu benda yang kita main tersebut di ibaratkan kita sebagai tuan benda tersebut.Apabila di sebut tuan, bermakna tuan tadi berhak ke atas benda tersebut.

Jadi istilah bertuan tadi sama dengan istilah bersawan dan lain-lain istilah yang di gunakan di lain-lain Negeri di Malaysia kita ini.

Jadi perkataan paling mudah saya gunakan di sini adalah bertuan.

Bertuan ini adalah permainan benda hak milik bukan alam kita.Bertuan yg hendak kita kongsi di sini adalah hak milik alam ghaib.kerana itulah kadang-kadang kita pergi ke ladang-ladang, tepi hutan dan sebagainya kita merasa takjub melihat seekor ayam yang cantik yang mana kita tidak pernah melihat ayam secantik itu sebelum ini .Itu sebagai contoh untuk mendekatkan faham kita.Ayamnya berekor panjang meleret ke tanah.Warna nya putih seputih kapas.Balungnya besar berluk 7 atau 9.Taji bermata pisau.Kepak turun ketanah lingkungan 7-9 bulu kepak.
Contoh sahaja :

Jadi kita pun hairan.perkataan pertama yg terpacul keluar dari mulut kita atau hati kita adalah :

ALAMAK ! FUH ! MAK DATUK ! UMANG AIIII ! dan berbagai-bagai lagi perkataan yang timbul bila melihat sesuatu kecantikan dan kepelikan.Mata pulak tak tertumpu dah ketempat lain.Itulah di namakan RASA bagi ilmu TASAUF.

Tetapi itulah sebagai contoh ibarat yang boleh kita buat untuk memahamkan maksud bertuan tu tadi.Maka Ayam yang kita beri contoh tu tadi adalah hak milik makhluk Allah di alam lain.Maksud alam lain di sini adalah alam jin.

Alam jin ini adalah sama juga dengan kita cumanya kita saja tidak boleh nampak alam mereka dengan penglihatan kasar kita ini.Hanya mereka yang di beri kelebihan oleh Allah Snwt yang boleh melihat alam mereka.Kekuatan untuk melihat alam mereka adalah dengan Anugerah Zikir.pasal tu kita cerita lain kali lah he he he....

Alam jin ni sama dengan alam kita.maksud saya adalah mereka juga berpakaian seperti kita, berkahwin, beranak, berkeluarga.Pendek kata sama lah dengan kita.Mereka juga beragama.sama macam kita manusia.Ada agama islam, ada agama lain-lain.

Mereka juga memelihara ternakan seperti kita.Ada Ayam, ada burung dan sebagainya.
Oleh kerana itulah di namakan bersawan.Kebanyakannya peliharaan mereka adalah baik-baik.

Kita teruskan lagi.Bersawan ini atau bertuan ni , dia ada pembawa dia.seperti ular, burung lain, ayam dan lain-lain lagi.

Bh Bersawan ni adalah burung peliharaan alam sana yang di lepaskan bermain di alam kita.Atau burung hutan yang di lepaskan.Makna kata mereka sudah tidak berminat dengan burung peliharaan itu lagi contohnya.Apabila di lepaskan di alam kita, maka bh tersebut masih ada kelebihan yang telah sedia ada padanya.Dari segi suara, permainan dan sebagainya.

Kebanyakannya bh bertuan ini suka duduk seorang diri.kekadang tu berkawan.tetapi sekor dua saja.

Bh bersawan ni juga di lepaskan bermain di alam kita sementara waktu.Ada kawasan-kawasan yang di lepaskan tanpa kita duga.Kekadang satu tempat tu kita pergi tak pernah dengar pun bunyi bh.Tetapi entah macamana suatu hari tu kita pergi ,punya riuh bh berbunyi situ.

BH bersawan ni selalunya di lepaskan selepas waktu Asar.

Kadang datang tidak berbunyi,kadang pikat tarik kaki,pikat tak nak keluar dari cetok,pikat menyorok masuk semak.pikat jadi jem sementara.Itu antara tanda-tanda ada pemangsa atau bh yang ada pembawa nya sendiri.

Dan tanda lain seperti kehadiran burung wak-wak yang saya ceritakan, ayam sepasang, babi hutan dan ketiga maybank.minta di jauhkan dari ujian sedemikian.Namun kita perlu ingat dan yakini bahawa semua itu adalah kehendak dari ilahi.Tidak ada satu pun yang dpat memudaratkan dengan izin allah snwt yang maha tinggi.

Itulah serba sedikit yang boleh saya kongsikan dengan tuan-tuan , sahabat handai semua.Saya hanya boleh ceritakan asas sahaja di sini.Kerana ini adalah permainan orang tua dahulu tidak boleh secara umum sangat.kecuali sahabat-sahabat yang kita percayai.

Tambahan pulak orang mesti beranggapan bahawa ;

"Apalah cerita pasal alam jin pulak ni ? entah ye ke idak alam jin "

itulah yang kita perlu ambil kira.Tidak semua boleh di terima dek akal kita kan ?
semuanya ada pendapat dan pandangan masing-masing.

Cuma kita sendirilah yang menilainya.

Wallahualam

19.1.2010-ADIE SINGGAH KE TERATAK SAYA

19.1.2010
selasa
9.00 mlm

salam
timakacih kepada sdr adie kerana sudi mai ke teratak buruk saya pada malam 19.1.2010.saya mendapat msg ptg tu mengatakan adie nk mai kerumah.sya balas mesej ke adie mai la.insyaallah x pi mana mlm ni .pasai kendu
ri pun x dak.jam 9 sebuah kereta gen2 plate johor masuk kerumah.adie seorang yg peramah.bnyk jugaklah saya berkongsi cerita ngan dia pasai system ni.tapi sikit2 je la.pasai adie pakar system pc ni.hangpa nk buat system buleh tanya adie bagus

sembang punya sembang tengok jam dah 11.30 mlm kot.adie pun minta diri nk beransur ke temerloh pulak.pasai esok ada meeting.

insyaallah ada masa bersua lagi pasai bukan jauh pun temerloh ngan jengka tu.adie kata x sampai 1/2 jam.

saya bagi pihak diri saya dan keluarga memohon kemaafan sekiranya ada yg terkurang dan ada yg tersalah kata noooo.

semuga hubungan ini berpanjangan insyaallah.

ni sedikit tatapan buat semua malu

TINGGI NYA ANGGA DIA 19.1.2010

19.1.2010
selasa
6 ptg
jentera : BB & KA

petang semalam iaitu hari isnin dh ronda2 kot2 ada hat baik.memang ada ya betoi dh tau lokasi maka hari ni iaitu hari selasa saya turun.lepas balik keja terus ke laman sekitar jam 6 ptg.sampai laman yg telah di kenal pasti .namun semua laman sejuk.clear.x dengar langsung bh berbunyi.bh hat dok nk attack pun sepi.aduuhhh...awat pulak bengang helang x nampak pun.x pa la pekena rokok sat.masih x jugak bunyi.terus pindah laman.start moto cabuk terus ke bawah berdekatan laman tinggal tahun 2007 dulu.tetapi laman ni di bawah.tahun 2007 dulu saya main di laman atas.betul2 laman ni setentang ngan angga durian tinggi ni.



todiaaaa tingginya.ni kalau helang hinggap cukup suka la helang.harrammmm.tengok punya tengok nampak 1 laman mengadap angga durian ni.nin dia laman dia

terus pacak BB.KA tak pacak.tup2 terdengar sekor bh dari laman atas dok perap.yg ni ka sora yg dok nk attack ? agak2 iskhhh bukan ni.hat baru ni lain.ni lain ni.ni tarik akar ada tomakninah.hari tu tak dak .tapi kasar jugak.BB tembak sekali terus bh melayang naik atas angga durian.bh senyap.bb hantam kuku angga.selang,sulam.sulam lagi.selang lagi.sulam balik.purffffff bh melayang mai tepi sawit BB.cantik perapppppp.temerang sikit.namun x jugak terjun.td garang sgt geram bb habih x tau nk buat mcmana dah.patuk ranting sudah.menguku sudah.berjalan sudah.namun x jugak turun.tiba2 prufffff sekor lg melayang mai atas sawit yg sama.hat baru sampai senyap.hat td masih menekan lg.tengok jam dh pukul 6.44 ptg.sms masuk adie kata mlm ni dia mai.saya reply ok.prufffff bh turun.pusing sana sini menguku sana sini patuk sana sini tarik kaki.terus saya keluar.bila dia nampak saya, dia punya pencut F1 tak ingat sampai sangkut atas ni



terus turun bukit tarik pelepah ambik.racik habih kusut masai pening kepala nampak gaya ni.bukak kat rumah la.x sempat dh ni.sat lg gelap naya.dah la lampu moto x dak.ambik bh terus prap gambaq .nin diaaa



tengok punya tengok.check punya check , bh ni hati dia kurengggggg sikit.tapi suara ok

terus atas motor angkat phone sms ke sahabat2 tolong bukak racik sat.prengggggg tu naikmotor

Selasa, 19 Januari 2010

BELAKANG KANDANG LEMBU - 16/1/2010


Belakang kandang lembu

16.1.10

6 ptg

Jentera : GR & BB

Hari ni mmg nk bawak GR & BB yg dok mintak suruh bawak kot.pasai atas sangkar lyg dok pulun nampaknya.masukkan GR dlm jebak & BB dlm cetok.hari ni memang niat nk ke laman belakang kandang lembu org tua saya.sambil tengok kambing , buleh jugak melaman.

Sampai laman suasana senyap sunyi.duduk kejap sambil tengok kambing.maish sunyi lg.x mengapalah.mmg tujuan nk mengajar saja.

Terus bergerak kebelakang kandang lembu dan terus cari lokasi pasang jebak.ternampak sebatang pokok kecil di tengah sawit rendah.terus gantung jebak di ranting kecik.siap pasang jebak terus pacak BB di busut sikit.siap semua terus menyorok sepokok dari GR & BB.

Tak lama kemudian GR menekan dan lambung guk.tiba2 bunyi GR di sahut oleh 2 ekor tarik akar.dlm hati apasai ada 2 plak ni ? selalu sekor je dok bunyi belakang kandang lembu ni ? mungkin anak dia.GR makin menekan dan lambung guk.tarik akar x jugak sampai.dok bunyi saja setempat.BB atas busut dok patuk2 je.tak lama kemudian prufff nampak 2 ekor bh hinggap 2 pokok dari bb.BB menekan 2 patah.kira ok la tu dh nk menyahut.garok masih pulun dlm jebak.tengok pruffff sekor melayang sampai tepi sawit GR.GR menekan lg.bh menekan terus angguk dan turun pelepah rendah.dh setentang dengan GR.bh di pelepah bawah, jebak di atas.bh menguku, GR pun menguku.x tahan agaknya terus naik ke jebak.prap ! rapun jebak tertutup.namun bh masih dok menekan lg dlm jebak.iskhhhh dah kena ka belum ? masih dok berlawan lagi ni ? pergi dekat2 tengok rapun dh tutup, bh dok dlm rapun tetapi dok menekan lagi.risau takut terlepas pasai tarik akar, terus kea rah jebak.sekor lg dh cabut.pegi tengok rupanya muda lagi.anak tarik akar ni.

Terus sms nasir, azmi, appai, reseli,cikgu nizal tolong bukak jarring jebak sat……prengggggggggg

Isnin, 11 Januari 2010

DI KESEMPATAN YANG ADA




Salam.

Di kesempatan yang ada di waktu rehat ni , saya cuba2 dok buat racik tanah mono kecik.nk cuba menggunakan di laman dengan mono yg kecik iaitu mono sesar sikit dari racik pelepah.
Oleh yang demikian , ada beberapa step gambar yang saya dpt masukkan di sini untuk tontonan semua sahabat yang melawati BLOG saya yang tidak seberapanya ini.

1) Gambar KILI no 8 bengkok dengan menggunakan tembaga.

2) Gambar mono dan perambut serta kili yang sudh siap di masukkan dan di pintal perambutnya.

3) Gambar hasil racik tanah bermono kecil.

LAPORAN MIKAT LAMAN BARU JUMPA 9 & 10 JANUARI 2010





9.1.2010
Sabtu
J20
Laman baru jumpa

Hari ni mmg nk turun awal.awal taklah awal dlm pukul 8 lebih saya turun ke laman ini.laman ni pulak kebetulan singgah nk cari bh yg baik.sampai laman masih berkabus lg.cuaca cantik dh sekarang ni.habis muka basah dgn air embun.awet muda la aku…..mati kan moto lepak jap.tiba2 teghotowwwwww…fuhhhhh garok .sora B tinggi.mak datuk dia punya air suara.terus park moto depan sikit.jln pelan2 cari angga.angga pulak banyak.x tau mana 1 angga dia ni.pusing sana pusing sini x dpt laman stratergik.last dpt laman depan angga ni.
ANGGA



terus pacak laman ni

Laman



Siap pacak terus menyorok bawah pelepah jatuh tepi pokok durian.kira dekat la.buleh nampak denak.bb saya gantungkan di ranting pokok durian atas kepala saya.bukak kain penutup bg dia biasa.tiba2 riuh rendah dgn bunyi bh.mcm pesta la pulak.x sia-sia singgah sini.depan pokok getah.tempat laman saya sawit.bh prap2 prap2 melambung sana sini.garok makin menekan sora dia.dia punya lambung guk fuhhhh.menyentap darah.bersih,licin, jatuh guknya cantik.mmg idaman di hati.bh hinggap tepi pokok durian x terjun.dok menguku sesama dia saja.denak x berenti dok buat kerja.bb dlm jebak menyahut.alhamdulillah.ada potensi bb ni.bb lambung guk, menekan lambung guk.denak dok pulun .namun garok x sampai jugak.sah salah angga ni.tiba2 sampai sekor depan pokok durian.menguku sakan.lompat sana sini menguku.denak buat kerja .tak tahan agaknya pruf naik pelepah terus terjun di laman.apa lagi tarik kaki.

Nin dia….

Bh



10.1.2010
Ahad
8 pg
Laman 2 baru jumpa

Laman ni pulak adalah laman sora kasar.tetapi laman ni laman semalam tu(sabtu) semalam saya main di laman sawit.hari ni saya ke seberang pulak.laman getah.sampai laman terus install jebak utk GAROK saya.terus pacak denak atas laman ni.



Bh sahut menyahut.kedengaran garok semalam dok pulu di seberang sawit sana.biarkan.tup2 ada lg sekor sora kasar di getah ni.garok saya did lm jebak terus pulun.alhamdulillah,garok ada potensi dh nampaknya.semalam bawa hat lain juga ada potensi aminnn.

Bh sampai depan pokok getah.denak pulun sekali ngan garok .namun bh tak turun jugak.bh cabut.tengok denak melambung sana sini.tarik kaki masuk semak.kenapa pulak ni ? helang ke ? cepat2 saya keluar tengok apa jd.risau jugak kerana musim helang belum habis.tengok semut penuh di laman.masa pcak x de pun semut.terus angkat denak pindah .turun ke bawah.siap semua terus masuk jerumun balik.tiba1 purffff sora kasar melintas naik dari ujung pokok getah.garok sakan pulun.denak pun sakan pulun.sora kasar duduk selang sepokok dgn tmpt saya menyorok.prufff terus dia kejar bh lain.denak angguk dia patah balik.kali nil g dekat.depan saya saja.denak buat patuk rumput.terus bh terjun mcm sehelai daun.menguku sana sini terus tarik kaki.

Nin dia

Bh



2 jari



Siap angkat semua pindah balik ke laman sawit utk tackle garok.pacak denak main pelepah.mana tau dia mau sebab semalam garok dah lucut racik.rugi betulllllll…..hari ni try pelepah.jam dh pukul 11 tghari.time ni la helang keluar berlegar.siap pacak terus menyorok.garok bunyi balik.agak lama juga habis sebatang rokok garok landing depan sawit.denak angguk dan pulun semua sekali.langsung dia buat x tau.dia ch cam agaknya suara denak.pasai semalam dia dh terasa kaki ada benda.mungkin semalam kena kuku agaknya.prap-prap garok tembak terus hilang senyap sunyi.kena bg dia lupa dulu.