Pengikut

SELAMAT DATANG

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara semua kerana melawati Blog kami yang tidak seberapanya ini.

Blog ini di hasilkan adalah untuk memberi sedikit info & berkongsi maklumat bersama penggemar burung terkukur khususnya bagi kaki pikat.

Blog ini juga di hasilkan bagi merapatkan dan bersilaturahim sesama.

Blog ini di hasilkan bagi meneruskan WARISAN seni tinggalan Nenek moyang kita dahulu sehinggalah sekarang ini.

Jika tiada siapa yang menengahkan warisan ini, maka ianya akan terbuku kubur tanpa ada sesiapa yang tahu hasil seni dahulu kala.Warisan ini merupakan warisan yang perlu di naik tarafkan hingga ke depan ke generasi baru.

Bak kata pepatah :

"Tidak Lapuk Dek Hujan "

"Tidak Hilang Warisan Melayu"

Di harapkan anda semua akan terhibur & gembira dengan melawati Blog PWSTM ini.

Selamat melayari blog TERKUKUR yang menjadi hiburan hasil tinggalan Nenek Moyang kita terdahulu sampai lah kepada kita hari ni.............

Akhir kata dari saya : MOTO PWSTM & MOTO KAMI :

"WARISAN SEJAGAT , WARISAN SELAMAN "

From :
PWSTM

SILA LAWATI & BERILAH SOKONGAN KEPADA FORUM KAMI :

SILA KLIK LINK DI BAWAH INI SEGERA :-

http://database1900.13.forumer.com

TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA dari PWSTM di atas sokongan semua pihak, semua sahabat yang mengenali PWSTM atau pun tidak.Khususnya warga TTF semua.

TERIMA KASIH juga kepada pihak MEDIA yang menengahkan seni warisan ini untuk di kongsi oleh semua khususnya SINAR HARIAN DLL.


Jumaat, 4 September 2009

BAB 3 - ISTILAH TERKUKUR

masuk pulak kita pada bab istilah terkukur dahulu.
istilah ini adalah merupakan penjemanaan atau penamaan yg di beri oleh org terdahulu dalam permainan terkukur ni.pelbagai istilah atau penjenamaan bagi terkukur ni mengikut daerah dan negeri masing-masing khususnya di MALAYSIA kita ini.

Oleh yang demikian lah muncul istilah yang di beri kpd burung terkukur ini.

isitilah suara

1)SELANG/SULAM
2) RANTAU/PERAP GUK
3)GUK
4)TEKAN/PERAP/MERATUS
5)TEMERANG/TEKAN LABUH/TARIK AKAR
6)GAGAP/TINDAN
7) ANGGOK/MENGUKU

istilah pada nama burung

1) SELADANGJATI/TONGKAT MATI
2)SELADANG GANTUNG/TONGKAT IDUP
3) DLL

Penerangan isitilah suara

1) SELANG / SULAM

selang adalah isitilah yg di beri oleh org terdahulu kpd suara terkukur yang membawa maksud berselang-selang pada sesuatu masa di kala burung tersebut menguku atau berlawan suara dengan lawannya.suara ini seolah berdouble pada tahan pertama.

2) RANTAU /PERAP GUK

rantau /perap guk ini adalah isitilah yang di beri org terdahulu kpd suara terkukur yang mana bila keadaan meratus atau menekan nya ada terkeluar GUK panggilan di hujungnya.

3) GUK

guk ini adalah isitilah yg diberi org terdahulu kpd suara burung terkukur pada tujuan memanggil.pada bab ini kita tidak membincangkan perihal isitlah negeri.seperti contoh TARIK GUK/ANGKAT GUK DLL.pada bab ini saya kemukakan hanya asas isitilah sahaja.guk ini juga terletak atau di isitilahkan kpd kepelbagaian pemanggilnya sendiri seperti ada suara pemanggil GUK 1, GUK 2, GUK 3 hatta GUK 4

4) TEKAN / PERAP / MERATUS

Tekan ini adalah isitilah yg diberi org terdahulu kpd suara burugn terkukur yang mana suaranya seakan menekan suara utk di ajak berlawan suara dengan pihak lawannya.

5) TEMERANG / TEKAN LABUH / TARIK AKAR

Temerang ini adalah isitilah yg di beri oleh org terdahulu kpd suara burung terkukur yg merupakan tone yang tinggi dgn jarak suara pertamanya semasa menekan atau GUK.

6) GAGAP / TINDAN

Gagap ini adalah istilah yg diberi oleh org terdahulu kpd burung terkukur yang mana suara begini berlapis-lapis tersekat-sekat di permulaan atau pertengahan atau keseluruhan jalan suara menguku atau anggok.

7) ANGGOK / MENGUKU

Anggok ini adalah isitilah yg diberikan org terdahulu kpd buurng terkukur yg mana situasi tekanan suara yg paling tinggi di masa atau di kala lawannya di lihat atau tidak dilihat

Penerangan isitilah pada nama burung

1) SELADANGJATI / TONGKAT MATI

Seladangjati adalah merupakan istilah nama pada burung terkukur yg diberi org terdahulu yg mana sejenis penjenamaan kpd terkukur yang tiada GUK.penjenamaan seladang jati ini adalah merupakan istilah kpd RAJA TERKUKUR.oleh keran itulah di sebabkan hatinya maka di namakan sempena seekor binatang yang ganas iaitu SELADANG yang berbentuk seperti kerbau tu.seekor seladang yg tinggal hanya dirinya sediri.

2)SELADANG GANTUNG / TONGKAT IDUP

Seladang gantung adalah merupakan istilah yg di beri org terdahulu kpd burung terkukur yang mana penjenamaan yg tiada GUK sesekali ada GUK.

itu semua adalah pada istilah.tapi itulah permainan buat terkukur.ada lagi yang lain cumanya saya tidak mahu tumpukan pada istilah.sekadar asasnya saja.

Tiada ulasan: