Pengikut

SELAMAT DATANG

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara semua kerana melawati Blog kami yang tidak seberapanya ini.

Blog ini di hasilkan adalah untuk memberi sedikit info & berkongsi maklumat bersama penggemar burung terkukur khususnya bagi kaki pikat.

Blog ini juga di hasilkan bagi merapatkan dan bersilaturahim sesama.

Blog ini di hasilkan bagi meneruskan WARISAN seni tinggalan Nenek moyang kita dahulu sehinggalah sekarang ini.

Jika tiada siapa yang menengahkan warisan ini, maka ianya akan terbuku kubur tanpa ada sesiapa yang tahu hasil seni dahulu kala.Warisan ini merupakan warisan yang perlu di naik tarafkan hingga ke depan ke generasi baru.

Bak kata pepatah :

"Tidak Lapuk Dek Hujan "

"Tidak Hilang Warisan Melayu"

Di harapkan anda semua akan terhibur & gembira dengan melawati Blog PWSTM ini.

Selamat melayari blog TERKUKUR yang menjadi hiburan hasil tinggalan Nenek Moyang kita terdahulu sampai lah kepada kita hari ni.............

Akhir kata dari saya : MOTO PWSTM & MOTO KAMI :

"WARISAN SEJAGAT , WARISAN SELAMAN "

From :
PWSTM

SILA LAWATI & BERILAH SOKONGAN KEPADA FORUM KAMI :

SILA KLIK LINK DI BAWAH INI SEGERA :-

http://database1900.13.forumer.com

TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA dari PWSTM di atas sokongan semua pihak, semua sahabat yang mengenali PWSTM atau pun tidak.Khususnya warga TTF semua.

TERIMA KASIH juga kepada pihak MEDIA yang menengahkan seni warisan ini untuk di kongsi oleh semua khususnya SINAR HARIAN DLL.


Rabu, 22 September 2010

SALAM LEBARAN SEMUA

Salam lebaran untuk sahabat semua

Alhamdulillah sebulan kita telah menjalani ibadah puasa, maka dengan rahmat dari ilahi kita menempuh bulan kemeriahan yakni syawal.

Kemeriahan syawal dengan kemundang takbir raya mengagungkan ilahi di pelusuk dunia mensyukuri segala nikmat yang telah di berikan kepada hambanya.

kemeriahan ini di nikmati bersama.Jadi di kemeriahan ini saya sekeluarga ingin mengambil kesempatan ini memohon kemaafan kepada sahabat handai semuanya di seluruh tanahair yang mengenali saya atau yang sentiasa yang menyokong saya di blog saya ini atau di forum saya selama ini sepuluh jari di hulurkan andai ada salah dan silap.

Kelemahan itu daripada diri saya sendiri, dan hanya kebesaran dan kemuliaan itu milik ALLAH pencipta semesta alam.

SELAMAT HARI RAYA

MAAF ZAHIR & BATIN

Ikhlas

longkedah

2 ulasan:

ayamskudai@yahoo.com berkata...

slamat hari raya buat long skeluarga..maaf zahir batin dipohon andai ada silap kata terkasar bahasa...

Zul berkata...

Salam Kembali