Pengikut

SELAMAT DATANG

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara semua kerana melawati Blog kami yang tidak seberapanya ini.

Blog ini di hasilkan adalah untuk memberi sedikit info & berkongsi maklumat bersama penggemar burung terkukur khususnya bagi kaki pikat.

Blog ini juga di hasilkan bagi merapatkan dan bersilaturahim sesama.

Blog ini di hasilkan bagi meneruskan WARISAN seni tinggalan Nenek moyang kita dahulu sehinggalah sekarang ini.

Jika tiada siapa yang menengahkan warisan ini, maka ianya akan terbuku kubur tanpa ada sesiapa yang tahu hasil seni dahulu kala.Warisan ini merupakan warisan yang perlu di naik tarafkan hingga ke depan ke generasi baru.

Bak kata pepatah :

"Tidak Lapuk Dek Hujan "

"Tidak Hilang Warisan Melayu"

Di harapkan anda semua akan terhibur & gembira dengan melawati Blog PWSTM ini.

Selamat melayari blog TERKUKUR yang menjadi hiburan hasil tinggalan Nenek Moyang kita terdahulu sampai lah kepada kita hari ni.............

Akhir kata dari saya : MOTO PWSTM & MOTO KAMI :

"WARISAN SEJAGAT , WARISAN SELAMAN "

From :
PWSTM

SILA LAWATI & BERILAH SOKONGAN KEPADA FORUM KAMI :

SILA KLIK LINK DI BAWAH INI SEGERA :-

http://database1900.13.forumer.com

TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA dari PWSTM di atas sokongan semua pihak, semua sahabat yang mengenali PWSTM atau pun tidak.Khususnya warga TTF semua.

TERIMA KASIH juga kepada pihak MEDIA yang menengahkan seni warisan ini untuk di kongsi oleh semua khususnya SINAR HARIAN DLL.


Selasa, 28 September 2010

24.9.2010- PETANG JUMAAT CIKGU YAZIR MAI RUMAH

24.9.2010
Petang Jumaat

Terima sms daripada cikgu yazir kata dok terengganu ,lepas ni berjalan ke pahang.tudiaaaa jalan sungguh nooooo.beres .cikgu mai petang buleh kot nooooo.pasai saya pagi x dak.jam 6 ptg cikgu dah sampai.pakai GPS memang sat ja sampai bagus

sembang punya sembang rancak , cikgu pun nk bergerak ke johor pulak.tudiaaa aihhh berjalan pusing sakan cikgu kali ni.bawak anak-anak lepas exam.

timakacih kepada cikgu yazir pasai sudi mai kerumah bawak family.cikgu yazir cukup friendly dan peramah ya betoi respek

saya serta keluarga memohon beribu kemaafan kepada cikgu sekeluarga sekiranya ada terkasar bahasa, terkurang dan sebagainya.

sebagai kenangan



ada jodoh kita jumpa lagi nooooooo..... ya betoi salam/jabattangan

LAMAN MUSIM RAYA - 25.9.2010 - SABTU

25.9.2010
Sabtu
Sehai
Triang
Jentera 9 org - 4 buah kereta
Tema : laman musim raya

Plan ni kami dok sembang gebang berdua ngan nasir.harrammmmmm.kelentong punya kelentong dan x jadi pi ganu ngan abg sopi maka kami pun bercadang ke Triang aje lah.pasai di sini bh memang banyak celih tahap guling laman.dari dulu memang bh sentiasa tak putus walau berzaman dan beratus-ratus pemikat masuk sini dan membawa balik bh sini.kebanyakannya yang mai sini adalah pemikat dari jauh.seperti penang, kedah, perlis dan lain-lain.

tudiaaaa ni musim raya aku bakaq lemang cantik ni kata nasier.ok gak tu.aku buat rendang.hat lain bawak kuih raya noooooo.pukul 6 bergerak ke tol temerloh pasai geng KL turun temerloh nak masuk jalan bera kena la ikut temerloh.saya park keta di tol temerloh.terus naik sekali dengan nasir dan abg ghani.cikgu nizal tunggu di kedai burung bawah jambatan temerloh.sampai semua terus kami bergerak ke triang.sampai triang soru dulu di kerayong.

Azli kira duit(mambang kira duit)


(dalam hati , alamak mampoih aku prengggggg)

sampai laman

Abg ghani otai selayang


Geng azli


Tudia (jentera)


kami masuk laman lebih kurang jam 9 pagi.berpecah semuanya.bh senyap sunyi .bermakna kurang.mungkin cuaca juga sama.kedengaran bh sayup-sayup aja yg otai.saya dengan cikgu nizal sekali lorong.cikgu nizal kedepan.saya pacak ajelah pasai malas nk berjalan.lepas pacak terus masuk jerumun.tau-tau harramm anjing dah terconggok dekat denak.apa lagi sepantas kilat keluaq.adddoiii.terus angkat patah balik ke kereta.jumpa abg ghani dok cari topi dia jatuh tang mana x tau agak2

abg ghani kata tunggu sat.kita pi sekali.terus kami berjalan sekali masuk lorong sawit tinggi.dok pusing sana sini tel berbunyi........alom mualom vesapa hj samad..tayar nya lincin macam piring ayaq hangat.....weiiii harrammmmmmm...hangpa dok pusing apa tang ni.ada bh ni harrammmm.cetttt nasir punya laman dok teradap ngan bh .sori daaaa aku mana tau .aku dok teman abg ghani ni.ok kami kona adddoiiiiiiiii.terus kami berdua berpecah.abg ghani ke depan, saya ke kiri.tup-tup jumpa mahaguru.haraaammmmm tapau nampak.cey sengih sampai masuk ayaq acaq harrammm.dok lepak sat ngan hb, terdengar sora kasaq kendur.ok la hb hang pi tengah aku pi tepi jalan aja.pacak denak tepi jalan.bh ada betina.angkat terus bergerak ke kereta.harrammmm.cikgu nizal sms denak dia pulak nyaris nk kena cekup ngan helang.nampak cikgu nizal dh dekat keta.kami borak ajalah sampai tengahari.bagi depa lah layan.tengok adik nasir mai.terus ke laman lain.pastu halim dengan ijam mai lepak.kami lepak sampai semua sampai.jam dh pukul 1 tghari.perut pun dah berkeroncong.sampai lah acara seterusnya.

Tudiaaaa acara mengoyak lemang oleh c.nizal dan abg ghani


Halim


Tudia ijam mersing x tahan lapaq dah tu.naset good nooooo


Jgn jeles weiii pulut kuning, tulur rubus, bilis panggang.duit pengeras banyak bos….


Chef bukit lada.potong lemang ada skill..harrammmmmmm


Jin lapaq


Anak sapa la ni sopan sungguh ….buleh buat menantu




tengah dok soru masuk call, long dok mana dah tu ? ada dok lepak ni.mai la.li n9 dok triang call kata nak mai.tudiaaaa x pernah jumpa jugak ni.li tambah lagi jamuan tghari kami dengan buah tembikai dan buah liman.tudiaaaa.x dan nk ambik gambaq.pruffff belah, pruffff lincin harrammmmmm.

nin dia

Otai triang


di sebelah petang kami masuk laman lain pulak.adddoiiii laman beracun pulakkkk.bh punya banyak tapi senyap sunyi tahan guling laman.pasai apa x tau ? mungkin pasal racun tu.di sebelah petang li n9 jamu kopi panas dengan kuih pulak siap bawak mai laman lagi.tudiaaaaa.makan saja.terima kasih li.hang memang friendly la.bincang punya bincang kami pindah laman akhir.bh sini banyak tp dah nk gelap.lagi pun anjing banyak.so sampai lah pulak masa nk balik dah.

tudiaaaa tukaq baju dah kawan tu
Nak balik dah weiii


sekian laporan daripada saya.kepada semua sahabat yg bersama kemaafan di pohon jika laman tidak baik, maaflah pasai bh celih tahap guling laman.pastu bh mungkin kurang.
dan
timakacih kepada sahabat yang mai utk bersama seronok -seronok aja.maklum lah dalam versi raya lagi.apa pun sekalung ucapan terima kasih kepada :

1) abg ghani
2) nasir
3) azli
4) ijam
5) cikgu nizal
6) rahim
7) azrul
8) hb
9) li n9

10)halim

salam/jabattangan

Rabu, 22 September 2010

SALAM LEBARAN SEMUA

Salam lebaran untuk sahabat semua

Alhamdulillah sebulan kita telah menjalani ibadah puasa, maka dengan rahmat dari ilahi kita menempuh bulan kemeriahan yakni syawal.

Kemeriahan syawal dengan kemundang takbir raya mengagungkan ilahi di pelusuk dunia mensyukuri segala nikmat yang telah di berikan kepada hambanya.

kemeriahan ini di nikmati bersama.Jadi di kemeriahan ini saya sekeluarga ingin mengambil kesempatan ini memohon kemaafan kepada sahabat handai semuanya di seluruh tanahair yang mengenali saya atau yang sentiasa yang menyokong saya di blog saya ini atau di forum saya selama ini sepuluh jari di hulurkan andai ada salah dan silap.

Kelemahan itu daripada diri saya sendiri, dan hanya kebesaran dan kemuliaan itu milik ALLAH pencipta semesta alam.

SELAMAT HARI RAYA

MAAF ZAHIR & BATIN

Ikhlas

longkedah

Khamis, 9 September 2010

SALAM LEBARAN

 

Salam Lembaran buat semua sahabat yang mengenali diri saya atau tidak.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR & BATIN

Dari saya Sekeluarga 

longkedah