Pengikut

SELAMAT DATANG

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara semua kerana melawati Blog kami yang tidak seberapanya ini.

Blog ini di hasilkan adalah untuk memberi sedikit info & berkongsi maklumat bersama penggemar burung terkukur khususnya bagi kaki pikat.

Blog ini juga di hasilkan bagi merapatkan dan bersilaturahim sesama.

Blog ini di hasilkan bagi meneruskan WARISAN seni tinggalan Nenek moyang kita dahulu sehinggalah sekarang ini.

Jika tiada siapa yang menengahkan warisan ini, maka ianya akan terbuku kubur tanpa ada sesiapa yang tahu hasil seni dahulu kala.Warisan ini merupakan warisan yang perlu di naik tarafkan hingga ke depan ke generasi baru.

Bak kata pepatah :

"Tidak Lapuk Dek Hujan "

"Tidak Hilang Warisan Melayu"

Di harapkan anda semua akan terhibur & gembira dengan melawati Blog PWSTM ini.

Selamat melayari blog TERKUKUR yang menjadi hiburan hasil tinggalan Nenek Moyang kita terdahulu sampai lah kepada kita hari ni.............

Akhir kata dari saya : MOTO PWSTM & MOTO KAMI :

"WARISAN SEJAGAT , WARISAN SELAMAN "

From :
PWSTM

SILA LAWATI & BERILAH SOKONGAN KEPADA FORUM KAMI :

SILA KLIK LINK DI BAWAH INI SEGERA :-

http://database1900.13.forumer.com

TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA dari PWSTM di atas sokongan semua pihak, semua sahabat yang mengenali PWSTM atau pun tidak.Khususnya warga TTF semua.

TERIMA KASIH juga kepada pihak MEDIA yang menengahkan seni warisan ini untuk di kongsi oleh semua khususnya SINAR HARIAN DLL.


Jumaat, 11 Jun 2010

TEMBAGA

Salam semua

Di sini saya ingin berkongsi sedikit dengan rakan-rakan peminat terkukur semua berkenaan dengan jenis tembaga besar.

Tembaga besar adalah boleh di samakan juga dengan istilah tembaga arang kerana jika kita lihat pada sisik ikan (bulu) nya berbentuk seperti daun buluh dan halus-halus berlainan dengan sisik ikan terkukur biasa yang ada berbentuk bulat kuku, bujur sireh dan mata gergaji.

kesemua jenis sisik ikan yang saya sebutkan di atas merupakan pendek-pendek sahaja kecuali sisik ikan Tembaga besar , tembaga arang, tembaga daun pisang kering.

namun pada gambar ini merupakan jenis tembaga merah.Tembaga besar berwarna gelap seakan-akan Jerun seperti warna daun pisang kering.
pada gambar ini hanyalah sekadar berkongsi jenis dan pattern bulu Tembaga arang, tembaga besar untuk tontonan peminat hobi ini.

Spesis tembaga ini kesemua bulu nya seakan-akan berminyak apabila terkena cahaya matahari walaupun warna bulunya gelap.Bulunya jenis lembut dan seakan-akan halus tetapi agak keras.

Warna kakinya jernih seakan kaki burung Merpati.Karakternya amat liar dan susah untuk jinak.Kehidupannya adalah bersendiri di tepi-tepi pinggir hutan dan pokok tinggi.

Itulah serba sedikit perkongsian jenis atau bangsa Tembaga.
Sekian, wassalam



Note : Gambar burung ini adalah di sunting daripada gambar burung milik  sdr nasir BENDAHARI PWSTM

5 ulasan:

CHILI DE' NGUKU berkata...

uishhh...tembaga noo..la ni baru tgk...thanks Long for sharing..

Adib_jb berkata...

salam long....xpnah lg kwn nengok tekukur jenis tembaga mcm ni....dpt nengok gambo pn jd le...hehe...tq.....

satoko_youici berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Unknown berkata...

Ada lagi ke pikat terkukur tembaga...Lau ada nk try beli nak main

Unknown berkata...

apakah burung tembaga jenis itu layak untuk di jadikan pikat, mohon penjelasan ny hu