Pengikut

SELAMAT DATANG

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara semua kerana melawati Blog kami yang tidak seberapanya ini.

Blog ini di hasilkan adalah untuk memberi sedikit info & berkongsi maklumat bersama penggemar burung terkukur khususnya bagi kaki pikat.

Blog ini juga di hasilkan bagi merapatkan dan bersilaturahim sesama.

Blog ini di hasilkan bagi meneruskan WARISAN seni tinggalan Nenek moyang kita dahulu sehinggalah sekarang ini.

Jika tiada siapa yang menengahkan warisan ini, maka ianya akan terbuku kubur tanpa ada sesiapa yang tahu hasil seni dahulu kala.Warisan ini merupakan warisan yang perlu di naik tarafkan hingga ke depan ke generasi baru.

Bak kata pepatah :

"Tidak Lapuk Dek Hujan "

"Tidak Hilang Warisan Melayu"

Di harapkan anda semua akan terhibur & gembira dengan melawati Blog PWSTM ini.

Selamat melayari blog TERKUKUR yang menjadi hiburan hasil tinggalan Nenek Moyang kita terdahulu sampai lah kepada kita hari ni.............

Akhir kata dari saya : MOTO PWSTM & MOTO KAMI :

"WARISAN SEJAGAT , WARISAN SELAMAN "

From :
PWSTM

SILA LAWATI & BERILAH SOKONGAN KEPADA FORUM KAMI :

SILA KLIK LINK DI BAWAH INI SEGERA :-

http://database1900.13.forumer.com

TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA dari PWSTM di atas sokongan semua pihak, semua sahabat yang mengenali PWSTM atau pun tidak.Khususnya warga TTF semua.

TERIMA KASIH juga kepada pihak MEDIA yang menengahkan seni warisan ini untuk di kongsi oleh semua khususnya SINAR HARIAN DLL.


Selasa, 19 September 2017

TRIP KG KEPAYANG BOTA PERAK 16.9.2017 MERIAH

Assalamualaikum & salam sejahtera kepada semua .

Alhamdulillah syukur dengan limpah kurnia ilahi Trip kali ke 15 dan trip kali kedua bagi tahun 2017 yang di adakan di Kg Kepayang Bota Perak Darul Ridzuan , pada 16 September 2017, bersamaan hari Sabtu telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.Dan sambutan amatlah amat menggalakkan dengan kehadiran rakan-rakan seramai 500 lebih yang hadir.

Dan saya mewakili pihak PWSTM mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua rakan2 ahli yg hadir bagi memeriahkan trip kedua pwstm bg tahun 2017 ini di kg kepayang bota perak darul ridzuan .

Ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua AHLI JAWATANKUASA ,URUSETIA dan semua yang terlibat dalam menjayakan TRIP SILATURAHIM ini khususnya kepada rakan2 AJK PWSTM & AJK KERJASAMA DARI RAKAN2 DI PERAK yang sama2 turut membantu bagi menjayakan hingga terlaksananya aktiviti PWSTM dengan cemerlangnya.

Ucapan tahniah & syabas juga kepada semua pemenang kategori terkukur dan merbok diatas usaha tuan2 sekelian.

Ucapan tahniah juga kepada semua penerima hadiah2 cabutan bertuah yg sama2 turut menyumbang bg memrriahkan lagi trip pwstm.

Terima kasih juga kepada YB yg sudi bersama pwstm dan sudi membantu serba sedikit utk memudahkan perjalanan aktiviti yg diadakan.

Sekalung terima kasih jua kpd JKKK kg kepayang bota perak dan seluruh ajk nya dan kerajaan negeri perak diatas kesudian kerjasama dengan pwstm bg memeriahkan warisan seni ini.

Akhir kata dari saya, kemaafan dipinta seandainya ada kekurangan daripada pihak pwstm semasa melaksanakan aktiviti ini.

Insyaallah ada masa dan ruang kita bersua lagi ditrip2 yang akan datang.

Sekian terima kasih, Wassalam

Yang benar

Longkedah
Pemangku pengerusi

Persatuan warisan seni terkukur Malaysia(pwstm)