Pengikut

SELAMAT DATANG

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara semua kerana melawati Blog kami yang tidak seberapanya ini.

Blog ini di hasilkan adalah untuk memberi sedikit info & berkongsi maklumat bersama penggemar burung terkukur khususnya bagi kaki pikat.

Blog ini juga di hasilkan bagi merapatkan dan bersilaturahim sesama.

Blog ini di hasilkan bagi meneruskan WARISAN seni tinggalan Nenek moyang kita dahulu sehinggalah sekarang ini.

Jika tiada siapa yang menengahkan warisan ini, maka ianya akan terbuku kubur tanpa ada sesiapa yang tahu hasil seni dahulu kala.Warisan ini merupakan warisan yang perlu di naik tarafkan hingga ke depan ke generasi baru.

Bak kata pepatah :

"Tidak Lapuk Dek Hujan "

"Tidak Hilang Warisan Melayu"

Di harapkan anda semua akan terhibur & gembira dengan melawati Blog PWSTM ini.

Selamat melayari blog TERKUKUR yang menjadi hiburan hasil tinggalan Nenek Moyang kita terdahulu sampai lah kepada kita hari ni.............

Akhir kata dari saya : MOTO PWSTM & MOTO KAMI :

"WARISAN SEJAGAT , WARISAN SELAMAN "

From :
PWSTM

SILA LAWATI & BERILAH SOKONGAN KEPADA FORUM KAMI :

SILA KLIK LINK DI BAWAH INI SEGERA :-

http://database1900.13.forumer.com

TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA dari PWSTM di atas sokongan semua pihak, semua sahabat yang mengenali PWSTM atau pun tidak.Khususnya warga TTF semua.

TERIMA KASIH juga kepada pihak MEDIA yang menengahkan seni warisan ini untuk di kongsi oleh semua khususnya SINAR HARIAN DLL.


Selasa, 13 September 2011

PERMAINAN SILAM - SENI ITU SENDIRI

Salam semua

Di sini saya ingin berkongsi dengan pengunjung semua berkenaan rentak diri (suara) denak kita.

Adakah kita sudah mengenali denak kita sendiri ?
Jika ya tahniah.kerana kita telah sama-sama bezakan permainan silam denak kita.

ini cuma nk berkongsi saja berkenaan permainan yg sering ada pada denak kita yang kita kadang perasan dan kadang kita tidak perasan.

1) kadar suara di atas sangkar layang
2) kadar suara di dalam cetok
3) kadar suara di laman

ketiga-tiga phase (fasa) yg saya letakkan di atas tu adalah permainan setiap denak kita akan ada.

Di sini saya .hanya  kongsi bab mainan asal denak kita utk makluman sahaja moga kita selidik dan peka denak kita.

semua itu berdasarkan apa ?

Khamis, 8 September 2011

JALINAN RINGKAS HASIL SENI ORANG-ORANG TERDAHULU

Salam Sejahtera.

JARING

Jaring adalah merupakan pilihan sesiapa di dalam industri pengkomersilan hatta hobi atau kraf.
Jaring yang sering kita dengan antaranya adalah sebagaimana berikut :
  1. Jala
  2. Penyauk
  3. Jaring ikan
  4. Jaring Jebak
  5. Dan lain-lain
Pada ruangan ini ,saya ingin berkongsi dengan pengunjung semua berkenaan membuat jaring khususnya bagi pembuatan berbentuk seperti JALA.Tetapi yang ingin saya kongsikan di sini bukanlah kaedah sebenar membuat JALA.Pembuatan Jala memerlukan kepakaran khusus di dalam bidang tersebut.Tetapi di sini adalah cara pembuatan bentuk Jala ringkas sebagai perkongsian info sahaja.Kaedah pembuatan Jaring memerlukan kesabaran kerana ianya merupakan 1 kraftangan yang menggunakan pemerhatian yang perlu di beri tumpuan untuk membina sesebuah Jaring.

Yang di maksudkan dengan JARING di sini bukanlah kaedah pembuatan Jaring bidang seperti pukat-pukat menangkap ikan itu.Proses pukat itu memerlukan masa yang panjang dalam proses pembuatannnya.seperti pembuatan dari kilang-kilang dan seumpamanya.
Walaupun kita tidaklah sepakar pembuat Jaring yang hebat, namun sekurang-kurangnya kita boleh lah belajar untuk mencuba seni membina Jaring ini menggunakan kaedah Tradisional seperti orang-orang terdahulu membinanya.Orang kata sekurang-kurangnya generasi depan akan tahu juga kaedah dan  bentuk nya agar tidak di telan oleh zaman. Kerana ini juga merupakan hasil seni datuk dan nenek kita dahulu kala.Jasa mereka amat banyak untuk kita rekodkan untuk tatapan anak bangsa akan datang.Kerana itulah saya cuba juga ketengahkan sikit-sikit walau pun saya bukanlah duduk di dalam bidang tersebut.Cuma sebagai mengenangkan kebolehan, kepakaran tok nenek terdahulu menghasilkan HASIL SENI yang begitu unik dan cantik sekali.

Jadi di sini saya ingin berkongsi sedikit peralatan, dan bentuk Jaring yang di bina untuk perkongsian info di Blog ini.

Moga ianya akan menancapkan kreativiti kita sendiri di dalam bidang seni malahan di bidang kraftangan itu sendiri.

Membina Jaring memerlukan tumpuan khusus jika kita baru ingin belajar membinanya.
Dan disini saya akan kongsikan serba sdikit berkenaan perkara itu.Antara peralatan yang sering digunakan untuk membina sesebuah Jaring ringkas seperti gambar yang akan saya paparkan di sini kita memerlukan beberapa peralatan antaranya ialah :

Rabu, 24 Ogos 2011

BARANG LAMA - EDISI MAJALAH 4

Salam

BARANG LAMA ?
APAKAH ITU ?


RAKAN DARI KL TURUN PAHANG 2009

Salam.
Koleksi simpanan gambar-gambar kenangan sahabat-sahabat saya.
Gambar pertama dari kiri sahabat saya Allahyarham pakdin (moga rohnya dicucuri rahmat oleh allah SNWT) dan sorang lagi sahabat baik saya pak usop langkawi (atau pak usop burung)
 Nin dia geng-geng kuala lumpur turun mencuba melaman di Pahang kot2 ada hasil.Dari kiri cikgu, tengah sahabat yang pernah bertugas rasmi di kediaman Tun Mahathir dan kanan sekali tu sahabat PWSTM kita yakni sdr pacdien.Tukang pesum.

BAKUL KAYU JATI PINTU BAWAH

Salam
Bakul rotan dengan tapak dan pemegang daripada kayu jati ini adalah di panggil bakul songkok.Kerana bentuk nya seakan-akan songkok.
Mungkin buatannya daripada Johor atau Terengganu saya tak pasti.
nak lihat gambar dengan lebih lanjut sila klik seterusnya lagi......


JOM TENGOK TUKANG BUAT SANGKAR LAYANG

 Salam.
Jom kita jalan-jalan tengok tukang sangkar buat design sangkar ringkas.Ha inilah dia abg sopi, orang yang baik hati merupakan penyumbang tetap sangkar layang pada setiap tahun jika ada trip.Orangnya peramah dan mudah berkawan dan baik hati.
Jom kita siasat he he he.Bulan 4 saya ke rumah beliau yg mana saya ke bengkel dia buat kerja.Jadi kebetulan selepas berhenti rehat memikat kami berehat di rumah beliau.Jadi ada chan lah tengok mcmana dia buat tu.
Ok , mula-mula kita ambil kayu ni ,kita grind dia menjadi mcm ni.....he he he.

 Lepas tu jadi lah mcm gambar atas tu.Nak tahu apa jadi seterusnya ? sila klik seterusnya......

BATU BALAI SEASON 2009

 Salam
Gambar-gambar kenangan semasa memikat di batu balai jerantut pahang bersama dengan abg sopi,abg helmi nasir dan adik nasir.
kasi depa buka racik sat dulu he he he

JERUN LAGI 2


Saya masukkan lagi beberapa keping gambar terkukur jenis jerun tanduk untuk tatapan peminat blog saya ini.Tiada tujuan untuk berbangga-bangga.cuma sekadar menambahkan lagi info dan maklumat di dalam blog ini di samping memberi pendedahan kepada semua yang belum mengenali terkukur jenis ini.
Anda nak tengok lagi ? sila ke seterusnya..............

Isnin, 22 Ogos 2011

SELANGKUKU JATI


SELANGKUKU JATI

Istilah suara kali ini adalah SELANGKUKU JATI.
Apa itu SELANGKUKU JATI ?
Saya yakin ada di antara kita yang tahu dan mengerti bagaimanakah yang di namakan dengan istilah ini.
Istilah SELANGKUKU JATI ini istilahnya adalah sebagaimana beikut ;

Kita akan dapat amati istilah ini samada kita sedang mendengar bunyi kokokan burung Terkukur di hutan ataupun denak / pikat di rumah milik kita.
Selangkuku Jati ini apabila burung Terkukur berkokok memanggil guk lantas terus mengangguk ataupun menguku.
Itulah istilah SELANGKUKU JATI.
Cuba camkan.

SALAM AIDIL FITRI 2011 UNTUK SEMUA


Salam Sejahtera
Di Kesempatan ini, saya serta keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2011 kepada semua sahabat handai, rakan taulan yang ber Agama Islam khususnya semua penyokong Persatuan Warisan Seni Terkukur MALAYSIA (PWSTM) dan seluruhnya.
Kami sekeluarga menyusun jari sepuluh memohon Ampun & kemaafan daripada anda semua yang mengenali ataupun tidak samada kami ada melakukan kesalahan mahupun kesilapan.

 Semoga Hari Raya Aidil Fitri pada tahun 2011 ini akan mengundang RAHMAT dan limpahan kasih sayang dari ALLAH SNWT kepada kita semua.


Jika ada kelapangan jemputlah bertandang ke teratak buruk kami di 
C68 Felda Seri Pagi Jengka 17,
26400 Bandar Jengka 
Pahang Darul Makmur
Contact Number : +6019-9454303
Ikhlas daripada : longkedah













Jumaat, 19 Ogos 2011

Khamis, 11 Ogos 2011

CILI BURUNG-EDISI MAJALAH


MAJALAH EDISI WEB TERBITAN PWSTM
TAJUK : CILI BURUNG & MADU LEBAH
TARIKH ONLINE : 11.8.2011



Selasa, 9 Ogos 2011

MAJALAH PWSTM EDISI WEB SEDANG TERBIT 2011

 
RUNNING TEST SESI PERTAMA 

 Salam semua warga PWSTM

Buat masa ini saya sedang merangka proses penyediaan beberapa artikel dan perkara yang boleh di ketengahkan yang di kutip-kutip hasil info, maklumat dan pengalaman sahabat-sahabat semua di FORUM khususnya sebagai penghargaan sumbangan anda bersama PWSTM dari dahulu hingga sekarang dan seterusnya insyaallah.

Jadi Majalah edisi web ini saya terbitkan sedikit demi sedikit jika berkemampuan dalam bentuk publisher newspaper untuk memudahkan lagi untuk anda.Bukan di sini sahaja, saya juga ingin mempromosikan juga di FORUM PWSTM sendiri serta sekarang laman web PWSTM sedang rangka pembikinan.penat wehhhhhh.pasai tu nak berhenti memikat tu.

Selepas ini , jika kita nak terbitkan buku atau majalah bolehlah berbuat demikian khususnya bagi ahli dan warga PWSTM sahaja.


Insyaallah kami akan terbitkan dari masa ke semasa dengan pelbagai kategori info & maklumat berkaitan warisan seni ini.Jadi anda jangan ketinggalan untuk menambah info anda dengan memberi sokongan padu dan sentiasa menceriakan forum kami tanpa jemu

Hakcipta terbitan adalah menjadi hak milik PWSTM sepenuhnya.
Tidak di benarkan ulang cetak tanpa keizinan pihak pengurusan PWSTM sepenuhnya.


 INGIN TAHU LEBIH BANYAK LAGI INFO-INFO DAN PETUA-PETUA ? SILA LAYARI FORUM KAMI DI :
 

http://database1900.13.forumer.com/viewtopic.php?t=1047

 
 

Jumaat, 5 Ogos 2011

KELADI HITAM


Keladi Hitam

Bila sebut saja nama keladi hitam , maka kebanyakan orang-orang di perkampungan akan mengetahui bentuk, fikizal dan rupa nya bagaimana.
Bentuk fizikalnya adalah sama sahaja dengan bentuk fizikal keladi biasa cumanya keladi hitam ini berbeza warna pada batangnya yakni berwarna hitam dan isinya berwarna kehitam-hitaman.

Kebanyakannya di kampung-kampung penduduk menjadikan keladi hitam ini sebagai tanaman di dalam pasu di rumah-rumah sebagai perhiasan di luar rumah atau sebagai ubatan tradisional.
Jadi pada blog ini ,keladi hitam di jadikan rawatan tradisional untuk burung

Apa khasiatnya ?

Khamis, 4 Ogos 2011

SULAM


salam
Pada tajuk ini saya ingin kongsikan bersama anda semua berkenaan dengan suara sulam ini.Saya pasti semua tahu jenis istilah perkataan sulam ini.Sulam ini adalah merupakan permainan burung terkukur untuk asakan kepada pihak lawan.

Di sebelah utara perkataan sulam ini sudah tidak asing lagi penggunaannya kerana ianya memang dari dahulu lagi telah di gunakan.

Kemungkinan di Negeri lain ada panggilan istilah nya tersendiri.Mungkin pada pendapat saya di Negeri lain di panggil dengan nama istilah asak .Agak saya lah.Wallahualam.


Namun apa yang saya ingin kongsikan di sini adalah perkataan sulam yang di gunakan.

Sulam ini merupakan 1 istilah berlapis-lapis suara menekan sambil menguku atau angguk.kita boleh klasifikasikan rentak tone nya seperti ini;

1,2,2
1,2,2,2,2,1,1,2,2

itu sebagai contoh rentak tone yang boleh di beri pada irama sulam.

saya detailakan lagi nombor di atas menjadi bentuk nama;

1 itu menjelaskan kepada tekan atau menekan
2 itu menjelaskan kepada angguk atau menguku

jadi boleh lah kita bandingkan irama nya itu.
Peranan sulam ini merupakan asakan tinggi kepada lawan terkukur itu sendiri.Ini juga akan membuatkan burung terkukur hutan menjadi marah kepada pikat atau denak kita.Untuk membuatkan burung hutan turun dengan mudah carilah pikat atau denak yang mana sulam nya adalah secara teratur dan lembut.Tidak dengan sulam yang merupakan asak terus menerus tanpa kata.Sehinggakan burung terkukur hutan kadang-kadang tidak berani hendak berdepan dengan pikat yang ada sulam rapat yang mana membuatkan burung terkukur hutan larikan diri nya.

Permainan sulam ini memang cukup di gemari oleh semua pemikat khususnya kerana sedap di dengar dan akan membuatkan si pemikat tersenyum lebar jika pikat atau denak nya memainkan irama sulam ini.

Jadi kesimpulannya diharapkan rakan-rakan pemikat dapat sikit kefahaman apa itu sulam yang sering di perkatakan.Bagi orang-orang lama memang tidak asing lagi perkataan ini bagi mereka.Untuk rakan-rakan yang baru ingin menceburi bidang hobi ini diharapkan dapatlah sedikit info yang dapat saya kongsikan bersama di sini insyaallah.

sekian,wassalam            




                                                

              
         

ALBUM 17 - TRIP SEPANG DALAM KENANGAN ( 1.5.2011)

Salam
Kelewatan memasukkan gambar-gambar sekitar trip di sepang pada 1.5.2011 yang lalu.

Gambar menceritakan segala.

Terima kasih semua.I love all of you.

(Segala kelewatan amatlah dikesali)

Geng tempur yang baru tiba di Hotel Sri Malaysia Sepang Jam 4.00 petang
Geng tempur sedang mendaftarkan diri untuk mendapatkan bilik masing-masing


Welcome to Seri Malaysia Hotels
Lunch Time.Alamak lunch pukul 4.30 petang kerana jalan jem dari kl.apa nak buat.janji soru ada lagi.sib baik orang hotel safe untuk kita orang.kalau tak kena soru kat luar la jawabnya he he he.Hangpa nampak tu, depa punya la lapar tak angkat kepala dahhhhhhh........ha ha ha ha.....mana tak nya pukul AMPATTTTTTTTTT....
Waaaaa..mana buleh tahan ni.diaorang pergi aku pun nak ikut jugaklah jalan-jalan tengok laman ganchong darat yang di marshal kan oleh saudara zul kopi tenang.prengggg....ini sesi petang saja tengok-tengok tempat untuk panaskan pikat masing-masing.
Nak tengok gambar-gambar apa agenda seterusnya ? lihat seterusnya......>

Isnin, 1 Ogos 2011

31.7.2011 - TEONG & SAHABAT SINGGAH KE RUMAH

Salam

31.7.2011
Ahad Pagi

Tengah dok pacak tiang untuk dirikan penyidai, terima calling dari sdr teong.
selamat pagi long.
pagi
teong ttf ni
dok mana ?
dok kat jengka 19 ni.kami dok melaman sini.
berapa org mai ?
kami bertiga aja
mai bila dah ?
kemarin kami dh mai.
tang mana bh ada ? mai jengka 20.tapi la ni saya ada kerja nk buat sat.nanti kalau dh siap saya bgtau noooo.
siap semua tengok jerubu mai hujan ..sudahhhh depa nk mai sat lg hujan x leh melaman la depa.dah la mai jauh dari kedah nun.
siap semua lebih kurang pukui 10 pagi pi beli ikan sat.calling masuk.long kami dok depan jengka 17 ni hujan.mai terus masuk sampai jumpa padang bola ada simpang kiri masuk.dekat ja dari padang bole ruma saya tu.terus saya pi tunggu kat padang bola.tak dan5 minit nampak van putih masuk dekat apdang bola.terus bawa depa mai rumah.
sembang punya sembang prufffff turun hujan dengan lebatnya.depa pun kata nk try pi tempat lain la.saya cadangkan pi triang.siap bagi plan kat depa depa pun mintak diri unutk berangkat walau hujan dok lebat lagi.

walauapa pun terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada sdr teong dan sahabat nya kerana sudi singgah ke teratak buruk saya walau sebenar.
jumpa juga dengan teong .selama ni dok dalam cyber saja.
peramah orangnya.kawan2nya pun baik2 belaka bagus weh respek

gambar sebagai kenangan 


RAMADHAN KEMBALI LAGI PADA TAHUN INI (2011 /1432H) -SALAM RAMADHAN BUAT SEMUA UMAT ISLAM

SALAM

Alhamdulillah syukur dan puji kepada Allah snwt kerana dengan rahmatnya kita dapat lagi menempuh bulan yang mulia yakni bulan ramadhan khas untuk hambanya.

Dengan rahmatnya juga kita dapat menarik dan melepaskan nafas di atas muka bumi ini.

Dengan rahmatnya juga di beri keberkatan pada bulan ini khusus untuk hamba-hambanya.

SALAM RAMADHAN DI UCAPKAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DI SELURUH PELUSUK TANAHAIR.

SEMUGGA DENGAN KEHADIRAN BULAN YANG MULIA PADA TAHUN INI AKAN MEMBUKAKAN LAUTAN RAHMAT DARI ALLAH SNWT UNTUK KITA SEMUA.


DI SEMPENA BULAN KEMULIAAN INI, SAYA SERTA KELUARGA MENYUSUN JARI SEPULUH MEMOHON KEMAAFAN KEPADA SEMUA PENGUNJUNG BLOG SAYA INI ATAU DI MANA SAHAJA BERADA SEANDAINYA KAMI SEKELUARGA ADA TERSALAH KATA,TERSILAP BICARA ,MAKA MAAFKAN LAH KAMI HENDAKNYA.

DAN MARILAH SAMA-SAMA KITA PANJATKAN  DOA MOHON KEPADA ALLAH SNWT AGAR SEMUA MUSLIM DAN MUSLIMAN, MUKMIN DAN MUKMINAT DI BERI KESIHATAN YANG SEMPURNA, REZEKI YANG BERLIMPAH RUAH, KEBAHGIAAN DI DUNIA DAN DI AKHIRAT KHUSUSNYA.

IKHLAS 
LONGKEDAH

Selasa, 5 Julai 2011

SELAMAT TINGGAL SEMUA KENANGAN - PENCEN

Assalamualaikum wrmth & Salam sejahtera 
sahabat sekelian pencinta warisan seni ini.

Saya dengan rendah diri ingin memohon beribu-ribu kemaafan buat semua sahabat,kawan-kawan, baik jauh atau dekat, yang mengenali atau tidak, yang pernah bersama atau tidak.

Berjuta-juta kemaafan saya pinta daripada anda semua, jika ada terguris hati, perkataan, perbuatan dan sebagainya harap di maafkan lah saya seorang hamba allah yang tidak terlepas daripada semua kesalahan.Di harapkan sahabat semua sedia memaafkan saya zahir dan batin.halalkan makan minum saya samada sengaja atau pun tidak.

Dan juga saya bagi pihak keluarga saya ingin memohon kemaafan daripada sahabat semua anda kami ada tersalah kepada anda semua.harap di maafkan dunia dan akhirat.
Dengan rendah hati, saya dengan ini memberhentikan semua aktiviti sebagaimana tajuk blog ini iaitu TERKUKUR atas sebab-sebab tertentu.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua sahabat yang banyak membantu, memberi  sokongan yang tidak berbelah bagi kepada saya agar warisan seni ini dapat di naikkan di mata dunia khususnya.

Saya amat bersyukur kepada ilahi di atas kurnianya saya dapat bertemu dengan sahabat semua di seluruh malaysia ini , yang jauh dapat di rapatkan, yang tidak kenal di kenalkan, jadi silaturahim itu telah tertaut.

Dan terima kasih yang tidak terhingga kepada sahabat-sahabat yang banyak memberi sumbangan bila ada apa-apa aktiviti .Dan terima kasih juga kepada semua sahabat-sahabat yang sudi memberi buah tangan kepada saya semasa bersama.Jasa tuan-tuan semua hanya allah taala sahaja yang dapat membalas.

Saya doa kan agar tuan-tuan semua ingatlah saya selalu dan doakan diri saya dan saya sentiasa doakan tuan-tuan semua agar tuan-tuan sahabat semua berjaya di mana juga berada.

Walau pun saya sudah pencen dalam aktiviti ini, harapan saya tuan-tuan juga boleh teruskan warisan nenek moyang kita ini agar warisan seni ini menaikkan seni yang sihat di mata dunia bahwa permainan tradisional ini masih kekal bertahan sehingga ke hari ini.Dan ini sebanyak akan menerbitkan iltizam yang baik kepada ekonomi anak bangsa khususnya pelancong yang datang ingin tahu dan tahu.

KENANG DAKU DALAM DOA KALIAN

INGATLAH MOTTO DAN TEMA KITA

"WARISAN SEJAGAT WARISAN SELAMAN"

WARISAN SENI INI UNTUK SEMUA WARISAN BANGSA SATU PERMAINAN
PERPADUAN HARI INI MEMACU HARI ESOK

SALAM SAYANG DARI SAHABAT MU

LONGKEDAH

Isnin, 7 Februari 2011

5.2.2011 - PAGI SABTU

5.2.2011-Sabtu pagi


lokasi laman entah di mana

Hari ini memikat pun x berapa senang hati kerana kejap lagi ada kenduri pulak,malam td pun kenduri juga sampai pukul 11 mlm saya dh cabut , pasai esoknya kenduri lagi.jadi kesempatan ini kerana hari ini kurang kerja sikit pasai tuan rumah pakai mentara jadi hari ni pi lambat sikit lah.

hari ni hairan bh semua x galak,cuti raya ka apa lagi.bh senyap sunyi.sampai jalan nk balik berhenti sekejap kerana di sini ada sekor buleh tahan.bh ni x mau pasai ada betina haraammmm himpit bh sekor lagi sora sedang.mana nk pacak ? sini lah



terus menyorok

pikat buat kerja purffff bh sampai angga sini



pikat menguku sana sini bh sudah tarik kaki...selesai

nin dia

_________________

"Warisan Sejagat Warisan Selaman"

TERUSKAN WARISAN INI SELAGI BERUPAYA

http://terkukur.blogspot.com

019-9454303 - long

4.2.2011 CUTI RAYA CINA

4.2.2011


Pagi Jumaat

laman ulangan

pikat SJ


Laman ni adalah laman lama saya.hari khamis pagi sebelum pergi kenduri ke sini dulu.ada sekor x masuk.salah angga.jadi hari ini hari jumaat pagi sebelum pergi kenduri masuk sekejap di sini.kali ni masuk hampir angga dia.angga bh ni adalah sawit juga,dia duduk di situ saja.nk pacak laman basah,risau jugak,dengan ayam hutan banyak.helang pun banyak.jadi tengok punya tengok hentam pelepah lah.

nin dia




siap pacak sembunyi.SJ buat kerja, menguku ,tekan.kemudian panggil.bh x juga sampai.x lama SJ menekan dan menguku,nampak mcm bh sampai pokok depan.SJ menguku lagi.prufff bh naik pelepah atas.bh diam aje.SJ menguku prufff bh terjun dlm laman racik pelepah.menguku sana sini nk pukul tapi dh tarik kaki,kompom lekat terus saya keluar perlahan-lahan ............selesai.cabut balik.prenggggggggg


sangkut


bh

_________________

"Warisan Sejagat Warisan Selaman"

TERUSKAN WARISAN INI SELAGI BERUPAYA

http://terkukur.blogspot.com

019-9454303 - long

Rabu, 2 Februari 2011

MARI LAWATI FORUM BARU KAMI

Salam semua

Anda inginkan info dan maklumat berkenaan permainan seni terkukur sila lah kunjungi forum baru kami di

http://database1900.13.forumer.com

Berbagai-bagai info dan maklumat serta perkongsian pengalaman bersama-sama sahabat-sahabat kita yang lama di dalam seni ini.

Namun anda perlu mendaftar terlebih dahulu untuk masuk membaca info dan maklumat pada tajuk-tajuk khusus.

Jika anda ingin mendaftar sila klik register dan ikutilah panduan yang di kehendaki.serta makluman untuk bagi mereka yang baru mendaftar sila hantar biodata peribadi anda ke alamat email saya longkedah@yahoo.com atau sms di talian 019-9454303 untuk akaun anda di aktifkan.selagi anda belum berbuat demikian , pihak PWSTM/TTF tidak akan mengaktifkan akaun anda.Tujuan pihak kami berbuat demikian adalah untuk menjaga nama baik semua pihak.

segala bioadata yang anda berikan adalah sulit dan akan di simpan di PWSTM.

Sila mari kita serikan warisan seni terkukur ini

"warisan sejagat warisan selaman

yang benar

longkedah
PWSTM/TTF Admin

Khamis, 27 Januari 2011

TRIP MIKAT 2011 - PWSTM/TTF


Salam sejahtera semua sahabat dan warga PWSTM/TTF khususnya

TRIP MIKAT 2011 AKAN BERMULA TIDAK LAMA LAGI
LOKASI : SEPANG
TARIKH : 1.5.2011
HARI : AHAD (CUTI HARI PEKERJA)

Makluman kepada semua sahabat ,bahawa PWST/TTF akan mengadakan TRIP MIKAT TAHUNAN 2011

Seperti TRIP MIKAT di tahun-tahun lepas kita punya misi dan matlamat adalah silaturahim antara semua pemikat TERKUKUR seluruh MALAYSIA khususnya.

Pertemuan bagi mengenali antara sama satu dengan lebih dekat lagi.Bukan hanya di laman memikat sahaja.

Namun pada kali ini kita adakan aktiviti ini lebih awal yakni pada 30.4.2011 (sabtu) yang mana di galakkan semua sahabat hadir menginap di HOTEL SRI MALAYSIA SEPANG bagi kita mengenali dengan lebih dekat lagi.Bukan itu sahaja, kita adakan beberapa aktiviti pada sebelah malam tersebut(sabtu) seperti adakan AGM(annual general meeting) bagi melantik dan membina organisasi dan membentuk hala tuju Persatuan khususnya.

Bagi sahabat yang ingin menginap sila beri nama pada saya melalui sms, call di talian 019-9454303 (long).

Kadar bayaran menginap,lunch(sabtu check in), BBQ (malam) serta breakfast (pagi ahad) adalah sebanyak RM110 seorang.Kos ini adalah kos terendah sekali yg boleh Hotel berikan.

Insyaallah kita akan jemput Datuk Pengarah Kraftangan Malaysia bagi sama-sama merealisasikan program ini.

Di harapkan sahabat yang ingin hadir bermalam dapat berbuat demikian (hantar maklumat) kepada saya melalui forum kita database1900.13.forumer.com atau sms atau call sebelum raya cina kerana kita perlu set dengan pihak hotel segera.

Dan pada TRIP kali ini juga, sesiapa yang ingin hadir membawa rakan atau sahabatnya perlu memberi nama kepada saya seawal mungkin.Jika tiada memberi nama rakan nya yang akan hadir bersama pada trip pihak kami tidak menerima pendaftaran semasa 1.5.2011 (hari trip).

Harap maklum.

Kepada sahabat-sahabat PWSTM/TTF sumbangan hadiah seikhlas hati amatlah kami alu-alukan sepbagaimana TRIP yang lepas-lepas insyaallah.

Dan seperti TRIP di tahun-tahun lepas , jika juga akan membuat sedikit kutipan seikhlas hati daripada warga PWSTM/TTF untuk kita sumbangkan kepada ANAK-ANAK YATIM di kawasan SEPANG yang kita pilih.

Inilah tujuan kita, selain memikat, kita membuat amal jariah kepada anak-anak yang amat memerlukan.

Matlamat kita bukanlah untuk memikat sangat, niat murni kita untuk mempertemukan dan menguatkan tali silaturahim antara semua pemikat di tanahair khususnya.

Yang tua kita hormati, yang muda kita sayangi, yang kenal kita dekati, yang jauh kita rapati.

untuk maklumat lanjut sila lawati forum kami :

http://database1900.13.forumer.com/

sekian

Wassalam

warisan sejagat warisan selaman

longkedah
ADMIN PWSTM/TTF