Pengikut

SELAMAT DATANG

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara semua kerana melawati Blog kami yang tidak seberapanya ini.

Blog ini di hasilkan adalah untuk memberi sedikit info & berkongsi maklumat bersama penggemar burung terkukur khususnya bagi kaki pikat.

Blog ini juga di hasilkan bagi merapatkan dan bersilaturahim sesama.

Blog ini di hasilkan bagi meneruskan WARISAN seni tinggalan Nenek moyang kita dahulu sehinggalah sekarang ini.

Jika tiada siapa yang menengahkan warisan ini, maka ianya akan terbuku kubur tanpa ada sesiapa yang tahu hasil seni dahulu kala.Warisan ini merupakan warisan yang perlu di naik tarafkan hingga ke depan ke generasi baru.

Bak kata pepatah :

"Tidak Lapuk Dek Hujan "

"Tidak Hilang Warisan Melayu"

Di harapkan anda semua akan terhibur & gembira dengan melawati Blog PWSTM ini.

Selamat melayari blog TERKUKUR yang menjadi hiburan hasil tinggalan Nenek Moyang kita terdahulu sampai lah kepada kita hari ni.............

Akhir kata dari saya : MOTO PWSTM & MOTO KAMI :

"WARISAN SEJAGAT , WARISAN SELAMAN "

From :
PWSTM

SILA LAWATI & BERILAH SOKONGAN KEPADA FORUM KAMI :

SILA KLIK LINK DI BAWAH INI SEGERA :-

http://database1900.13.forumer.com

TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA dari PWSTM di atas sokongan semua pihak, semua sahabat yang mengenali PWSTM atau pun tidak.Khususnya warga TTF semua.

TERIMA KASIH juga kepada pihak MEDIA yang menengahkan seni warisan ini untuk di kongsi oleh semua khususnya SINAR HARIAN DLL.


Rabu, 28 Julai 2010

25.7.2010 - AHAD - KG GAJAH TTF TRIP

25.7.2010
Ahad
Kg Gajah, Perak


Perangat punya perangat , racun punya racun, akhirnya lepas kenduri di rumah saya pesan kat adik ipaq tolong beli tiket mestrobus ke kl.bincang ngan nasir hang ambik aku di tol Gombak.tak payah hang pi ambik aku di pekeliling jauh.ambil tiket pukoi 5 ptg.lepas kenduri dan berehat sat terus suruh org rumah hantar di simpang.bus sampai jam 5.30 ptg.sampai tol Gombak jam 7.30 malam.harrammmm bus tak berenti kat depan simpang Gombak.drebar kata kalau nk turun kena turun kat tol ni.harrammm berjalan kaki dari tol Gombak.x pa janji sampai sudah.iskhhh mana pulak tie merah ni ? tidoq ka apa.tengok call masuk , weii long hang dok tang mana ? aku tertidoq x sat.harrammm.tunggu 10 minit aku sampai.tengok tie merah dh sampai.terus kerumah nasir.dok lepak sat sampai dah mee tiaw goreng.fuh sedappppp kena ngan ayaq milo.terima kasih kepada keluarga nasir.


Jam 9 mlm kami bertolak berdua ke perak.adik nasir ngan halim sebiji keta.HB aku x tau dia pi ngan sapa.dia kata nk naik moto.x lama HB call aku nk naik apa ni ? harrammmm..hang kan naik moto awat ?depa x jadi pi.pulakkkkkk…..kami dh jauh dh ni.hang tumpang la sapa2 dulu tengok .


Sampai di mana x tau , kuala selangoq kot kami berhenti makan ngan adik nasir dan halim.siap semua kami bertolak ke pantai remis.sampai pantai remis jam 2 pagi kalau x silap.tudiaaaa nampak dah cikgu non,cikgu mie,boy,kawan cikgu mie dok tunggu kami di depan rumah.boy dok hayun baju dia dengan perut boroi harrammmm….tudiaaaaa first time jumpa boy dan first time sampai rumah cikgu non.iskhhhh30x besaq punya rumah.keta pun besaq.sakannnnnn……tuan rumah pun besaq…prenggggg….dok sat kami pi lepak di belakang pasai nasir nk tumpang sangkaq layang kosong.bermulalah babak pertama siri bergambar ………


Cikgu mie tengah dok belek racik puaka sapa dia x tau masa kat belakang rumah cikgu non.nasir dok sengeh aja.boy makin rapat pasai dok tunggu cikgu mie pelawa aja.harrammm




Ceyyy…cikgu non dok merenyeh aja tengok cikgu mie muhung apa x tau tu.adik nasir pun sama,halim dok bersandaq tepi tiang pasai kenyang makan satey
Tudiaaa masuklah bab pulun sakan.rugi hangpa x mai rumah cikgu non.udang dia beli selori kalau hangpa nak tau.dia perangat sungguh.mak datuk besaq sungguh udang dia.2 pinggan besaq cikgu non bawak keluaq lincin boy dengan cikgu mie bedai.harrammmmm.aku dan sekoq aja.

Tu aku dah habaq hangpa x caya.awai dia duduk ngan boy tu..addoiiiiiiiiiii



Siap pekena nasik sapa semua , tudia pekana nasik nak sahur weiiii.pukoi 2 pagi sahur.bagoih sungguh cikgu non jamu kita pukoi 2 pagi untuk melatih kita bangkit sahur x lama lagi nanti.


Dok sat sampai pulak kaki pukoi TANJUNG…….lebih kurang pukoi 3-4 pagi.tu dia tengah dok pekena kopi tenang bg ilang mengantuk…



Ijoy dan tokmo penang pun mai.




Dok x lama depa dok sembang , mata pun x tahan dah aku x tau dah depa cerita apa lepaih tu.halim aku surung bantai teruih ghaib di alam nyata harrammm.laju hang tarik guk halim.nasir pun awai dh tarik guk.rahim pun sama.


Tengok jam pukoi 5 lebih org azan kat masjid.bangkit mandi apa semua terus bersiap.depa semua dh bersiap dh nk bergerak.tengok shaiful and the gang pun dh sampai.first time jugak jumpa ngan shaiful.tp mana gambaq shaiful x tau.


Terus kami bergerak ke laman.tunggu sat pasai ada sorang lagi x sampai.


Tudia shaiful tengah dok habaq lokasi kami berhenti







Siap semua sampai kami singgah minum pagi di satu kedai kopi.nin dia



Ceyyyy…tuan rumah dok merenyeh dalam tangis .dalam hati adddoiii..tudiaaaa depa ni pulun sungguh.sat lagi koyak paket aku ni.hangpa tengok la mini jaket dia tu.penuh ngan kertas kala ungu pasai dah standby tu ha ha ha ha



Halim kalau cerita keraih perut aku.harammmm ada saja idea dia.nasir pun sengeh dlm sepi pasai nampak tanda2 nk kalah.prengggggg



Ni pun sama adik nasir, senyum dalam sepi .ada tanda2 nk kalah






Tudiaaa..kelam kabut tokey roti canai nk tebar.adddoiiii puak mana pulak mai niiii…..lenguh tangan aku.ada aku tebaq roti ngan kaki pulak niiii……elehhhh penat dalam suka.sat lg masuk la RM………prengggg




Amboihhhh berasa lega aihhhh…sepuluh hari aku x makan.


Mak datuk ,halim,hang nk buat apa roti canai tu ? hang nk buat mafla ka apa.sakannnn




Kawan ni dok jelin aja.pasai kami punya sampai dulu.sapa suruh hang oda kat minah indon boy.tu yg roti hang lambat mai.dok jelin tu.harammmm aku oda dulu geng naset sampai dulu.




Siap makan apa semua berjalan menuju ke kereta sementara menunggu geng lain habih makan.

Pastu ada sorang otai keluaq dia punya labu ayaq.fuhhh pakai kulit pinang pipit.segak sungguh weiiii


Iskhhh muka sapa la pulak dok seberang belah sana labu tu.harrammmm.aku nk tangkap gambaq labu dia masuk pulak.mana labu pun aku x tau prenggggg




Tunggu geng lincin mai sesat jalan pi teluk sena.harrammm dok perak lama pun buleh sesat .berapa punya teruk hang zamri oiiiiii.siap semua teruih bergerak ke lokasi


Nin dia jeng-jeng

SILA BACA DAN LIHAT KISAH SELANJUTNYA DI SINI.....klik baca lagi 

Jumaat, 16 Julai 2010

GUT2, AZHA, & JIMI MAI PAHANG - 11 JULAI 2010

Salam
11 Julai 2010
Ahad



sms terima sudah 2 minggu gut2 kata nk mai pahang.saya kata ok tp nk mai sms dulu takut saya terlampau bz ngan kenduri.pastu tgok azha call kata nk mai jengka.tak pa mai la la.insyaallah minggu ni x pi mana kot.mungkin sabtu saya bz sikit nk menghantar anak tuisen ke luar kawasan.jadi takut mengganggu depa nk mai nanti.depa kata tak pa kami pi mikat di gelanggi dulu.


masa ni saya dh demam.batuk.iskhhh terfikir sat lagi depa ni nak tidoq tang mana ? kesian depa .takkan nk tidoq dlm keta sampai 3 org.sms ke azha mlm ni mai tidoq kat rumah saya.saya sms ke depa nk pi bandar jengka sat.pukui 10 mlm kami bertolak balik ke rumah.tak lama kemudian tgok keta waja dh sampai depan rumah.ngam-ngam depa sampai.tudiaaaaa.....buat pertama kali berjumpa dengan azha geng TTF dari setiawan dan buat pertama kali bertemu dengan jimi kwn gut2 yakni cikgu radi.cikgu radi dh jumpa 2 kali masa gathering tahun lepas dia ada mai.


sembang punya sembang jam dkt pukoi 12 lebih.suruh depa rehat pasai dari jauh kesian x rehat lagi.


esoknya saya bawa depa mikat di j20 aja.bh pun kurang pasal cuaca masa ni mendung dan redup saja.










pusing sana sini mencari laman sama juga.x tau kenapa suasana suram.


tengok jam pukoi 11.30.dpt emergency call dari kuantan pulak.tayar motor pulak pancit.pi pinjam pam terus pam tayar pecut balik.dalam keadaan kelam kabut saya terpaksa ke kuantan kerana tok org rumah dah tenat.jadi terpaksa ke sana.depa pun x dan nk makan nasik apa.


sebelum balik kenangan abadi di semat di sini










kepada azha,gut 2 dan jimi saya bagi pihak diri saya dan keluarga memohon beribu kemaafaan jika ada terkurang,tersilap bicara dan lain-lain.kemaafan di pinta juga kerana terpaksa bertolak ke kuantan atas urusan yg tidak dpt di elakkan.


terima kasih lagi di atas pemberian buah tangan tersebut.


walaupun sebentar bersama, hangpa semua memang best.


jangalah serik ke sini lagi ya

Jumaat, 9 Julai 2010

KACANG HIJAU

Salam
KACANG HIJAU


Di sini saya ingin berkongsi serba sedikit cara-cara nk suap kacang hijau, minyak ikan kod (cod) dan daun ati-ati



Untuk apa semua bahan tu ?
untuk kesihatan denak kita


bahan-bahan yang di perlukan :




1) kacang hijau - lebih kurang RM1 untuk buat simpanan stok


2) minyak ikan kod (COD) - beli 1 kotak jenama seven seas kotak kuning di farmasi ada jual harga sekotak RM20 kalau tidak silap.isi dalam ada lebih kurang 50 biji rasanya

GAMBARNYA :





3) Daun ati-ati hitam atau merah- yang baik hitam la.kalau tidak ada merah pun buleh guna.merah jangan yg berbulu di tepi daunnya.sebanyak 1 helai yg besar sedang.kalau kecil 3 helai


caranya


1) kacang hijau perlu di goreng lebih kurang.di kacau dan di kacau supaya rata.jangan sampai hangit warna nya.kita agak dia dh bertukar warna sedikit boleh sejukkan dan simpanlah di dalam bekas utk buat stok nanti.


2) COD sebiji


3) daun ati2 - sehelai besar 3 helai jika kecik


*******************************************************************************
cara nk suap ?

SILA KLIK "BACA LAGI" UNTUK MENDAPATKAN INFO SELANJUTNYA..........

BORING-BORING BAWA AJE LAH

Salam
8 Julai 2010 - Petang Khamis
Kandang Kambing org tua
RG1

Hari ini nak ronda-ronda mengajar bb je lah.Nak bawa RG1 lah.pasai apa boh nama RG1 ? pasai naik motor RG nombor plet 1 ha ha ha ha.

Sambil nk ke kandang tu saya pacak lah dulu di jalan utama tu.pacak lebih kurang bh 2 ekor sampai jantan dan betina.betina ada gagap yang jantan kosong.motor orang keladang dok lalu lalang.maklumlah jalan utama nak keladang.nampak motor org tua lalu, adik lalu kih kih kih.Terus angkat sampai kandang sambil tengok kambing try boh pelepah aje lah.... nin dia..boring-boring dok saja boh pi lah gambaq ni pun..........cabuttttt


sekian

Selasa, 6 Julai 2010

BUKAN RANTAU LA PULAK - 5 JULAI 2010

lam

5.7.2010 - PETANG ISNIN
lokasi : J16 - REFRESH Laman Rantau
Jentera: bb G2G 




Dok atas motor masa balik kerja lalu di kwsn rantau .Nampak dari atas jalanraya angga rantau.dok perati mana jalan nak masuk.terus balik rumah mandi dan makan terus masuk bb dalam cetok bertolak ke laman tersebut.10 minit sampai laman.pusing sana sini cari jalan.sampai angga rantau park motor naik ke arah pokok durian.




pusing sana sini mana nk pacak ni.tempat lain semua semak.tengok laman ni ok lah kot.






cabut rumput sikit2 pacak racik 19 mata.keluarkan bb terus menyorok belakang sawit depan bb je.kebetulan pelepah rendang sikit.risau jugak laman x pernah masuk ni.pasal merbah dok riuh rendah.bimbang kalau-kalau sewah dok senyap aja.


bb ni adalah bb jebak.turun tanah patuk tanah tarik kaki.dia ni memang suka tarik kaki.biarkan dia buat hal dia.pasal lama x turun tanah.ni nk ajar semula setelah sekian laman x turun tanah.pasal dok usung jebak saja.bb bunyi sepatah.tembak.bb ni yg syok nya dia suka tembak.bh x sampai dia tembak @ ngerbang.


patuk tanah lagi sambil tarik kaki.bunyi sepatah.bh sahut di bawah.ada 2 ekor dok lawan perap.tp bukan rantau.iskhhh mana pulak rantau ni pi ni ?


sekor suara kecik dan sekor suara kasar kendur.suara kendur tu betina.dok perap rapat.bb panggil.tembak prap jatuh tanah patuk tanah.perap slow.bh makin pindah pelepah.sedahan demi sedahan dia datang.bersebelahan dgn sawit saya menyorok.biarkan.bb perap lagi.bh pindah.pindah depan .terus angguk.ada angguk angga.tapi kosong.pindah sedahan terus prufffff turun laman.menguku sana sini.pusing sana .bb nk tarik kaki nk pukul saja.kerana inilah bb kesayangan saya yg setakat ini alhamdulillah berlaga kuat.betina terbang datang landing atas pelepah di atas kepala saya.lantak lah.terus dia terbang menuju ke angga durian.jantan dah tarik kaki.saya biarkan .amboi nk berlaga lagi walau dh kena kaki.




terus tarik kaki.saya terus keluar.nin dia suara kecik, angguk angga, kosong.x padan dengan badan punya kecik.
terus balik masukan dlm ladung adik.malas nk simpan.


nin dia


sekian

Isnin, 5 Julai 2010

DAUN KETUMBIT

Salam

DAUN KETUMBIT


Daun ketumbit ada yang tahu dan mungkin sedikit yang tidak tahu bagaimana pokoknya.

Pokok daun ketumbit ini tumbuh meliar di kawasan -kawasan tanah di kampung-kampung khususnya.namun ada yang perasan dan ada yang tidak perasan.kerana keadaan pokoknya seakan sama dengan pokok rumput yang biasa kita jumpa di ladang-ladang.

Pokoknya renek kecil agak-agak lebih kurang sejengkal selalunya.bunga berwarna putih.daunnya panjang sedikit agak dalam 2-3 inci.

Apakah khasiatnya pokok ini ? dulu-dulu orang menggunakan pokok ini untuk ubat anak-anak kecil yang asma, batuk.

Daunnya di petik dan di campurkan dengan sedikit kapur makan dan di upar di tapak tangan dan di sapukan ke dada anak-anak yang asma atau semput.sekurang-kurangnya itu merupakan ikhtiar.Yang menyembuhkan adalah Allah snwt.

Dan disini kita nak fokuskan kepada burung terkukur itu sendiri.
daun pokok ketumbit ini ada gunanya bagi pikat yang kurang sihat, sakit tekak, seduan dan seumpamanya juga boleh di gunakan juga.

Ambil daunnya lebih kurang 3 helai dan uparkan di tapak tangan bersama sedikit saja kapur makan dan gentelkan sebesar kepala mancis dan suapkan kepada pikat.

Dan ada juga daun lain (jika ada) yang kita perlu sekalikan seperti contoh :-

1) Daun gemunggal - buahnya yang orang india buat masak dal
2) cekur manis
3) daun ketumbit
4) kapur makan

keempat-empat perkara tersebut boleh di gunakan sekali.Namun sekiranya tiada yang selain di atas tu boleh kita gunakan hanya daun pokok ketumbit dan kapur makan sahaja.

Sekian

DAUN PERIA KATAK

Salam
Daun peria kataK

NOTE:GAMBAR HASIL NUKILAN CIKGU NON PANTAI REMIS


Daun peria katak sudah semestinya ramai yang mengenalinya.daun dan buahnya sama dengan peria yang kita buat ulam, buat goreng telur.Rasanya yang pahit amat selalu di amalkan oleh kita bagi mengurangkan tekanan darah tinggi khususnya.Bukan itu sahaja, keadaannya yg pahit dapat mengurangkan gigitan nyamuk.

sama juga dengan peria katak.fungsi rasanya yg pahit boleh kita membuat ulam sebagai makanan tambahan.itu berdasarkan buahnya.
pada kali ini kita menggunakan daunnya.Pokoknya yang menjalar dan berbuah seperti peria biasa.namun peria katak berbentuk pendek.kita boleh dapatinya di ladang-ladang.

Daunnnya (peria katak) amat sesuai untuk kesihatan pikat atau terkukur khususnya.

Kebanyakannya banyak menggunakannya bagi tujuan :

1) kecacingan
2) sakit tekak
3) sakit mata

Petik pucuk peria katak atau daunnya sebanyak 3 helai gentel menjadi sebesar kepala mancis dan suapkan kepada pikat atau terkukur khususnya.

Bagi pikat atau terkukur yang sakit mata , ambil daun peria katak tadi uparkan di telapak tangan kita dan air yang keluar daripada daun tersebut kita sapukan di kepala bahu pikat atau terkukur di sebelah bahagian mata yang sakit seperti berair atau sebagainya.

Burung akan menggeselkan mata tersebut pada bahagian bulu bahu khususnya .jadi air peria katak yang ada pada bulu bahu tersebut akan menyerap ke dalam mata sebagai ubat alternatif.

Sekian

HUJAN RENYAI-RENYAI BAWA BB SAMBIL REHAT DI KANDANG

salam
4 Julai 2010 - Ahad petang
Jam 5 ptg
Kandang kambing & lembu org tua

Hari ini hujan renyai-renyai aje.memandangkan tak ada apa-apa aktiviti di sebelah petang jadi kami semua turun ke ladang org tua sambil lepak-lepak di kandang kambing dan lembu bg rileks2 penat kenduri pagi tadi.Boleh juga bawa bb jalan-jalan beri biasa di dalam cetok dan motor.

Lepas asar terus bertolak ke ladang dengan orang rumah.adik beradik yg lain sudah pergi awal lagi.Orang rumah siap buat bubur kacang durian untuk di bawa kesana.masing-masing bawak bekal he he he.org tua siap bawa buah durian lagi.sampai ladang lepak aje lah sambil gantung bb di pelepah sawit tu.sambil menunggu kambing balik ke kandang tu buleh juga pusing-pusing ladang.Sekor bh pun tak kedengaran petang ni.maklumlah sejuk.


Sekian

JUN MELAWAT SITE SINGGAH DI J17 - 3 JULAI 2010

Salam
3 Julai 2010 - sabtu
J17

Terima sms dari junaidi @ roku katanya ada kerja di BP(bandar pusat) melawat site welding.cantik tu jun.hang mai la singgah di teratak buruk saya.sat lagi buleh kita turun laman sat.pasai pukoi 2 ptg depa nk pi kuantan pulak melawat tok org rumah.Jun sms hujan lebat di kl.x pa la mai la lambat sikit pun x pa x dak hal.di sini pun hujan renyai2 je.adik ipar cuti hari ni.mana nak pi ni ? sambil menunggu jun nk mai.kurang2 pun pukoi 10 baru sampai kot.kami turun laman dekat aja pasai nk ajar bb.kami pi j20 kwsn bh reward nk pastikan dia ada lg ke idak.memang ada.namun bawa bb .bh reward x turun jugak.dh celir pikat.x pa lah.tengok jam dkt pukui 10 pg.jun call dh sampai tol chenor.terus kami keluar sampai rumah tgok jun dh sampai.sembang lebih kurang , jom kita pi laman.kot hang nk tengok laman j20.kami pun bertolak ngan 2 biji moto.sampai laman bukan nk memikat sgt pun saja berjalan2.






nin dia....





amboiii laju ja hang jun .....


hai.....jampi dulu ka..prenggggg

lepak punya lepak tengok pikat jun di laman.fuhhhhh...sora punya sedap...... bagus respek

tengok jam dh pukoi 12.30 tgh.cuaca pun panas.bh pun senyap sunyi pasai semua tempat mat indon dok kait sawit.terus balik kerumah sembang-sembang.nasik pun dh siap masak.terus pekena apa yg patut.
jam 2 ptg jun minta diri nk bertolak pulang.

Terima kasih kepada jun yg sudi singgah ke teratak buruk saya walaupun sebentar.

saya bagi pihak diri dan keluarga memohon kemaafan seandainya ada tersalah kata, tersinggung hati dan ada yg terkurang .
sesungguhnya kami insan yg lemah, allah yg mulia.
semuga persahabatan berterusan.

sekian

Jumaat, 2 Julai 2010

DAUN ASIN-ASIN @ CEKUR MANIS

salam
Daun Asin-asin @ cekur manis





Tentu ramai di antara kita biasa mendengar nama tersebut.Nama pokok ini memang tidak asing lagi bagi penggemar makanan melayu rakyat malaysia dengan masak lemak campur ubi keledek atau masak air campur ubi keledek.

Namun di sebalik kita menyediakan sebagai makanan , ianya boleh juga di gunakan untuk kesihatan burung atau pikat kita.

Fungsinya adalah sebagai penyejuk badan.

Keguaaannya boleh pada daun dan akar pokok tu sendiri.

Bagaimana ?

ambil daunnya atau pucuk nya sebanyak 3 helai dan gentel menjadi sebesar kepala mancis dan suapkan sebanyak 3 ulas kepada pikat.

Akarnya pula ada setengah org di cabut anak2 yg kecil bersama akar pokoknya dan di masukkan sekali dengan pokoknya ke dalam bekas minuman burung.batangnya yg di ikat pada bingkai tepi sangkar layang.biarkan akarnya sahaja berada di dalam bekas minuman burung.

kebaikannya boleh menyejukkan badan pikat atau burung di masa cuaca yg panas.

Khamis, 1 Julai 2010

OTAI KENT, ZK & MIKE TIBA DI JENGKA

salam & salam sejahtera

30 Jun 2010
Rabu
J17



Jam 12 tgh terima PM.lets ym.terus buka ym(yahoo messenger) we will come to jengka today.i ask confirm ? wait ! incoming call.mungkin zk la call tu.ok we confirm go jengka together.with who ? zk and my old friend.good.what time are you come here ? i think maybe 5 pm guest.ok.im back at 5pm.and went house maybe arround 5.30pm.ok im waiting.bye.


adddoiiii.......pecah pala nak buat dialog kent


tengok jam dah pukoi 1 tgh.tup-tup......segala kasut-kasut yang leatklah di tangga...pakat lah kena ingat pakat lah kena jaga....................tengok zk call.kami on the way atas highway dh ni.harrammmmmmmmm.....hangpa pederaih awai nooooooo...ok sampai jengka bg tau noooo.iskhhhhh sah depa sampai pukoi 3 kalau bertolak masa ni.tengok kiri kanan terus isi borang keluar jam 3 hingga 5.prengggg naik motor balik.tau2 org rumah call atas motor diaorang dh sampai.harrammmm punya laju hangpa sampai.x dan aku nk bernyawa


sampai rumah tengok tudiaaaaa....... otai-otai sudah sampai.first time jumpa kent.makin sihat dia daripada gambar yang dia pos tahun lepas tu.makin handsome.zk dok sengeh apa x tau dok pederaih jaguar aku.


borak punya borak zk ajak turun laman.pukul 4 ptg kami berlima dengan adik ipar naik motor cabuk saya ke j20 aje.dekat senang sikit.


nin dia........

ceyyyyy....otai zk ngan kent rasmi dulu tu....




hat bawah ni pulak gambaq kenangan di laman bersama kent,zk,mike and adik ipar.




hat bawah ni pulak merenung jauh tu.hat mana paling sedap ni ? hat kecik ka hat besaq ni ? iskhhhhhh....harraaammmmm...bukan sedap burung.zk dok merenung buah durian tu.


 hat ni pulak.tudiaaaaaa........kent tengah tunjuk cara pacak racik kat mike tu.you aaaa mike.you pacak like this you know.when are the wild bird coming they will inside here.you look carefully.if you dont look carefully i think maybe you are lose wild bird..ha ha ha ha adddoiiiiiiiiiiiii



buat pertama kali kent mengimbas kembali detik memacak racik yang telah dia tinggal selama 18 tahun.namun dia masih ingat lagi respek


so tunggu punya tunggu bh semua x mau keluar angga.kami pun keluar dari laman pergi lepak di motor.jam dh pukul 6 lebih.zk dan kent himpit lagi bh suara kasar byk angguk.saya , adik ipar dan mike lepak di motor cerita pasal mancing.


jam 6.45 ptg kami semua keluar balik kerumah saya.sembang sana-sini sampailah masa sahabat TTF hendak undur diri.jam sudah pukul 9 mlm.siap makan dan berkongsi apa yang patut maka diaorang pun sudah nak pulang.


saya serta keluarga mengucapkan timakacih kepada kent,zk and mike kerana sudi datang ke teratak buruk saya ini.


Terima kasih yang tidak terhingga kpd kent kerana sudi datang kerumah setelah datang dari jauh untuk bertemu dengan sahabat TTF


bertemu akhirnya saya dengan kent yang selama ini hanya berhubung melalui telefon, email, ym dan TTF sahaja.


Kent seorang yang begitu friendly kalau hangpa nak tau.seorang kawan yang baik sekali


walau tidak pernah berjumpa di rasakan sudah lama kenal.you are remember in my heart.


terima kasih di atas buah tangan yang di bawa dari london.tq.


terima kasih kepada zk sahabat saya saya simple saja,masuk ni 2 kali dh bertemu dengan zk.first di sungkai .tu pun x sempat borak lama.seorang yg friendly dan baik. respek


terima kasih di atas kesudian mai kerumah buruk saya.jangan serik-serik mai lagi nooooo.


and then terima kasih kpd mike kawan kent yg sudi datang membawa kereta ke jengka.seronok berbual dengan you pasal memancing.alamak mike ikan apa besaq tayar lori ? agak2


ok lah di akhir ini saya serta keluarga memohon beribu kemaafan sekiranya ada terkasar bahasa, tutur kata yang menyinggung hati dan perasaan sahabat yg mai tu.


jika ada yang terkurang tu kami sekeluarga mohon kemaafan.yg lemah daripada diri kami dan yg mulia itu dtg dari allah.


semuga persahabatan kita ini kekal ke akhirnya.


sekian