Pengikut

SELAMAT DATANG

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara semua kerana melawati Blog kami yang tidak seberapanya ini.

Blog ini di hasilkan adalah untuk memberi sedikit info & berkongsi maklumat bersama penggemar burung terkukur khususnya bagi kaki pikat.

Blog ini juga di hasilkan bagi merapatkan dan bersilaturahim sesama.

Blog ini di hasilkan bagi meneruskan WARISAN seni tinggalan Nenek moyang kita dahulu sehinggalah sekarang ini.

Jika tiada siapa yang menengahkan warisan ini, maka ianya akan terbuku kubur tanpa ada sesiapa yang tahu hasil seni dahulu kala.Warisan ini merupakan warisan yang perlu di naik tarafkan hingga ke depan ke generasi baru.

Bak kata pepatah :

"Tidak Lapuk Dek Hujan "

"Tidak Hilang Warisan Melayu"

Di harapkan anda semua akan terhibur & gembira dengan melawati Blog PWSTM ini.

Selamat melayari blog TERKUKUR yang menjadi hiburan hasil tinggalan Nenek Moyang kita terdahulu sampai lah kepada kita hari ni.............

Akhir kata dari saya : MOTO PWSTM & MOTO KAMI :

"WARISAN SEJAGAT , WARISAN SELAMAN "

From :
PWSTM

SILA LAWATI & BERILAH SOKONGAN KEPADA FORUM KAMI :

SILA KLIK LINK DI BAWAH INI SEGERA :-

http://database1900.13.forumer.com

TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA dari PWSTM di atas sokongan semua pihak, semua sahabat yang mengenali PWSTM atau pun tidak.Khususnya warga TTF semua.

TERIMA KASIH juga kepada pihak MEDIA yang menengahkan seni warisan ini untuk di kongsi oleh semua khususnya SINAR HARIAN DLL.


Isnin, 28 September 2009

Patern Laga

Salam

Di sini saya ingin berkongsi bersama sahabat semua berkenaan pikat atau denak yg jenis pattern laga.memang tidak dinafikan jenis inilah yg di cari oleh semua kaki pikat.

Apakah faktor pattern laga ni ?

pattern laga ni antaranya :

1) badan kecil
2) kaki ada pecah
3) sisik kaki di tepi macam belon kecil-kecil di tepi (sisi) kaki dari jari sampai atas kaki.
4) kuku halus mcm jarum
5) kaki tinggi sedang

itu antara rupa pattern laga.kebanyakannya pattern laga ni bulunya x cantik sangat.dan kadang-kadang bentuk badan kecik macam jantung pisang.kekadang tu kecik macam burung betina.pasai apa pattern laga badan kecik ? mudah untuk dia beraksi.kalau ayam laga kita nk tengok leher besar kepak jatuh kebawah.kalau terkukur ni pattern laga badan kecik.badan kecik dia lincah di laman.nk cari pikat badan jangan terlalu besar macam merpati atau punai.cumanya yang kita nak adalah dada nya saja mcm pattern merpati atau punai atau itik.kerana dada bulat kuat.pikat yang berbadan besar sangat mudah letih.

Kohjai mai rumah mlam raya kedua


ni gambaq ngan kohjai mlm raya kedua.dia mai kerumah ngan wife dia.

dari kiri adik ipaq saya
tengah malu naikmotor
kiri sekali kohjai (baju kuning)

prenggg

Lap Mikat & Mengajar Pikat Main Jebak Serentak

salam

selamat hari raya semua

Rasa malas nk tulis laporan.pasai sedih nangis rantau kuku sigiag(angguk angga),penguku, selangkuku ,sora kasaq saya mati nangis

hangpa tengok gambaq ja la nooooooo

25.9.09 – pg jumaat



27.9.09- pg ahad



Laman


_________________

Jumaat, 18 September 2009

Jebak












Salam

Saja nk berkongsi gambaq jebak

Khamis, 17 September 2009

Lap Mikat BERVIDEO - 13.9.09 (Pagi Ahad)

Lap Mikat
13.9.09
Ahad Pagi
Lokasi : Ldg Tinggal Group Jengka
Pikat : BB

Hari ni memang turun awal betul pasai ada laman target.iaitu laman tarik akar bergulung.turun pukul 7 pagi.alamak awai betul aku turun ni.sampai lama nada buah sawit pulak kat flatform.aduhhhhh mat indon kait buah pulak.tapi mungkin dah siap ni.Cuma belum angkut saja ni kot.terus masuk laman tengah .memang tarik akar ni suka main laman tengah.hari ni memang nk main pelepah.pasai tarik akar ni dah celir racik.dengar je denak terus x mau turun dan rapat.siap pasang semua terus menyorok.
Nin dia



Tapi peliknya sekor bh pun x bunyi .kenapa ni ? pelik bin ajaib ni.x pernah lg mcm ni.selalu kalau time pukul 7 mcm ni dah riuh pasai dah cerah.ini semua keliling x dak dengar.mogok ka apa hari ni.tunggu sampai pukul 8.namun x jugak ada.helang agaknya ni.mungkin sewah dah masuk laman ni.memang senyap sunyi.
Ambik keputusan angkat je la.penat aku hari ni.pelepah memang dah install semua cantik.

terus pindah laman.pusing sana ni di laman dada belah.jam dah pukul 9 pagi.letih pusing sana sini singgah jap kat laman lembu.tiba2 terdengar 1 suara idaman hati di pokok tinggi laman dada belah.biarkan dulu.memang sedap suara dia.terus pindah pi laman tinggal group jengka awal tahun 2009 dulu.pi himpit sora idaman td.namun dia cabut.nampak dia menuju ke seberang .dia hinggap atas sawit tinggi dok lambung guk kat situ.x sangka pulak kat sini ada jenis ni.dulu x dak jenis ni.terus masuk laman atas sawit rendah.dia biar dulu.sampai laman atas………..jeng……jeng…..jeng.terdengar seko dok menekan .saya dengar dulu sora dia.sora kasar,alamakkkkkkk lg kaw yg ni.terus cari laman himpit selang sepokok.



siap pacak tolak moto ke depan sikit.terus masuk mafla selang sepokok tepi jalan.harap x dak la org lalu tepi jalan ni.memang fuhhhh.terus bb buat kerja sat.bh td makin kuat menekan.tup-tup dengar dah bh yg td sampai dekat.tp x brani rapat pasai hat dok menekan ni lg taiko dari dia.dia dok jauh ja.tiba2 bb menguku angga.sah dh sampai.tengok dlm mafla memang sah dah sampai dah depan tu.setentang ngan bb.apa lg dia bantai kuku atas pelepah.cantikkkkk ada dah mainan.bb menguku keliling laman prufffff dia landing depan racik.masuk berlaga sat pruf sana sini sangkut dah

nin dia rakamannya

QUICK GRAB FOR VIDEO

http://www.sendspace.com/file/v6tjmo

nin dia gambaq dia



siap perbetoi semua terus dengar bh idaman yg mola 2 td.dok lambung guk atas sawit tinggi.terus masuk sawit tinggi sorok moto cari laman.laman memang cantik.terus pacak semua masuk sembunyi dlm semak depan bb ja.nampak clear la.
Bb buat kerja sat.dengar bh idaman dah makin kuat menekan.garang ni.tup-tup bb kecik kepala ,badan rapat ke tanah.alamak…helang ka.bh td x bunyi.tu yg suspek helang.ah sudah mampoih kalau helang pasai sawit tinggi.



sbb bh x bunyi.tau-tau bb menguku.pusing sana sini menguku.pujuk lg.tau2 pufffffff bh terjun di laman.laaaaaa bh rupanya.terus menguku sana –sini terus sangkut daaaaaa.

Nin dia

QUICK GRAB THE VIDEO 2

101_0085.MOV

nin gambaq dia



Tengok jam pukul 10.00 pg.

Mesej nasir
Woiiii respek sikit.tolong bukak racik sat…….prenggggggg (dok melawak ngan nasir)
Terus bungkus balik.

Prenggggg

p/s : saya sedang usahakan upload video rakaman bh turun dan kena racik .line tengah slow.kalau Berjaya semua buleh tengok rakaman video semasa bh masuk laman saja.
ada 2 rakaman akan di upload.

SELAMAT MENONTON salam/jabattangan
_________________
longkedah@yahoo.com
"WARISAN SEJAGAT WARISAN SELAMAN"

Selasa, 8 September 2009

Lap Mikat & Mengajar Serentak

Laporan Mikat & Mengajar Serentak
5.9.09 -7.9.09 ( sabtu, ahad, isnin)
Lokasi j17
BB –2 ekor

Hari ni turun lambat sikit pasai mlm td ujan sepanjang mlm.so pg ni nampak cantik.malas nk turun pukul 7.00 pg.cadangnya laman sj baru ni.sedang dlm perjalanan nk ke lokasi sj di sebelah kiri ternampak kelibat terkukur tengah melambung dan belayar cantik je.amboiiihhhhh …x turun lg tetapi melambung sekali lagi ke atas dan belayar lagi.fuhhhhh.cantik bh ni.terus saya masuk ke laman dia.jalan pulak licin kiri kanan motor berpusing.park motor terdengar dah riuh rendah bh dok bunyik.yg melambung td suara sedang kasar.bersih guk dia.cantik.mana angga dia ? nin dia

Angga



Mak datuk tinggi nya.dah la tinggi laman nk pacak x dak pulak tu.semak di depan angga dia.dok perati betul2 agak2 sikit dari angga dia jumpa laman selindung angga bawah sawit rendah.agak2 ni dia mesti sampai pasai x jauh sgt dari coverage dia. nin dia laman dia

Laman



Siap semua dok menyorok tepi bb ja di bawah pelepah jatuh ketanah.nk habaq kat hangpa kalau nk duduk dekat ngan denak ka bb ka yg guna mafla cari tempat pelepah jatuh ke tanah.dok la tang situ.walau sebelah denak,bh x perasan.memang jelas la saya nampak bb.hari ni bb ni cukup cantik mainan dia.nk pulak dia main ngan bh ni.sampai je terus tekan ,lambung x dak guk.pastu selang,pastu sulam.hang marah betoi ngan bh ni nooooo.bh dengar je lg kuat menekan.prapppp.prappp.praaapp melambung naik.amboih musim helang dh masuk ni ada lg bh garang dok melambung ? bh td ligan bh lain.nampak dia dok kejor yop kejor melintas atas kepala saya.x prasan la.memang syok la mafla ni.x lama kemudian bh naik atas angga dia balik perap lg.bb dlm cetok pulak bising dok menekan .prapppp bb di laman menguku angga.nk sampai dah tu kalau bb nguku angga.piunggggggg nampak bh landing belakang saya.tekan lg.suara cantik.sedang kasar.puas gak dok jolok lubang cetok jgn bg bb seko lg bunyi.bb di laman menguku lg.prapppp dia mai sepokok lg.tekan sulam bb di laman.prappp dia mai sepokok lg x dak angguk angga bh ni.bb menguku lg prufffff dia landing depan racik .menguku punya nguku sangkut.

Nin dia…….(bukak porch bag ambik tel msg nasir…..woi respek sikit..tolong bukak racik ni…preeenggggg ---ayat panaih tu)

Nin dia

Siap semua terus pindah pi laman sj.sampai laman mat indon pulak dok kait nyoqqqqqq.sawit laaaaaaahhh.terus kona moto masuk sempadan j16 &j17.laman ni laman tinggal masa first time remy sampai jengka 17.laman ni la saya bawak dia.sampai laman mati moto pasang telinga.suara tarik akar tu dok ada lg remy oiiiiii.terus masuk himpit.dia perasan pulak.terus cabut.pindah pi depan sikit dengar dia dok menekan dan lambung guk.pacak tepi perdu sawit.siap pacak sama juga menyorok depan sikit dari bb pelepah jatuh ke tanah.nampak jelas oooooo.bb ni hari ni dia memang nk main betul.pacak je terus buat keja.tarik akar x jugak sampai.prusssss landing sekor depan sawit.nampak dah mai.tp bukan tarik akar.ntah bh mana x tau.prap dia mai landing atas pelepah bb.apa lg kerja pun bermula.bh terjun laman luar menguku 6 layar.aikkkk x kan betina kot ?lepas nguku terus landing ataih tanah pulakkkk.sahih betina.dok lama dkt ½ jam.hantu betoi.pastu bb dok dlm cetok sakan dok pulun rupanya bh dok belakang saya.lantak hang la.malas dh nk jolok lubang cetok.dlm hati angkat la senang.tengok prufff hat atas belakang td mai hinggap atas pelepah bb.hat kat tanah td naik terus pukui yg mai td.yg tu lari dia turun.pusing sana sini terus masuk racik yg dok dlm rumput.
nin dia susuk nibung.

bukak poch bag sms nasir ngan snipers…..woiiiii respek sikit.tolong bukak racik ni sat..prengggggggg



Hari ni pun sama turun pukoi 8 jugak lepas beli ikan utk masak berbuka nanti terus masuk laman semalam.hari ni apa punya diam bh x tau la.semua senyap sunyi.mungkin helang dok ada.pusing sana sini cari bh yg baik x jugak kedengaran.patah balik dr j20 masuk balik dkt tempat ayam semalam.org kata kat situ ada sekor suara kecik sedap.try masuk.laman x pernah masuk saya masuk terjah.sampailah 1 laman jalan mati.matikan moto pasang telinga.senyap sunyi.bb dlm cetok pulun.dlm 3 minit bh sahut dari hujung sawit tinggi.saya dok sawit rendah.kira-kira jauh jugakla di seberang.dari ambank tempat nasir kerja sampai bus stand pekeliling jauh kwsn suara kecik tu.rasanya tu la kot yg depa dok kata sedap tu.saya bawak cetok ke depan.bb dlm cetok pulun lg.ni yg haru ni kalau bb lama x bawak sampai dah mangli nk berlaga.x kira masa manjang bunyi.addoiiii.sakit jugak kepala kalau lagu tu.lantak hang la.pulun la hang sementara x dak lg ni.bila dengar ja bb bunyi , bh di seberang sana prapppp-prappp-prapp melambung naik.sayup nampak dia naik kea wan.terus melayar ke tempat saya mencari .fuhhhhh..dlm hati memang hang marah betul suara bb ni.bila dia hinggap saja terus bh yg lain berbunyi.aikkk td aku dok sini x dak la pulak nk bunyi.suara kecik sampai hangpa pulun menguku sakan.saya apa lg terus himpit di perdu sawit rendah.tangan ketaq dh ni pacak racik.pasai apa x tau.hat dlm cetok ni x leh dengar bh bunyi.dia mula la buat gila.tangan kiri dok kocak cetok suruh dia brenti.sat lg bh cabut melopong.sedap tu.siap semua terus masuk dlm mafla bawah pelepah sawit turun depan bb je.bb buat kerja tekan angguk.pastu menguku.selalunya kalau menguku tu bh nk dekat.tengok betoi suara kecik sampai belakang sawit.memang betoi kata depa.bila dia hinggap saja terus menguku rapat.bb menguku terus dia mai ke sawit rendah tu.yg bestnya bh ni bila dia hinggap di pelepah belakang dia menguku.tu tanda ada angguk angga.pastu dia x lama.dia mcm main gimnastik pulak.lepas nguku pelepah ni dia cepat2 pindah pelepah sebelah dan nguku lagi.x lama dia pindah pelepah sebelah terus nguku lagi.fuhhhh banyak angguk idaman hati rupanya.patut la depa kata sedap.memang betoi.dia buleh main keliling pelepah.sampai pulak seko suara kasar atas kepala bb.suara kecik naik terus bedal suara kasar cabut.terus suara kecik turun laman.menguku sana sini prappp tarik kaki. pi ambik kena kedua2 belah kaki.

Nin dia.balik terus tanda kaki utk second generation.bukak poch bag sms nasir….woiiii respek sikit.tolong bukak racik ni…preeengggggggg



7.0.09 – pagi isnin.hari ni pulak saya bawak turun pulak bb saya sayang.

Siap beli ikan terus bawa 2 ekor .seko BB yg dok bunyi dlm cetok x brenti tu.kali ni saya tukar permainan depa pulak.bb mcm biasa tanah pasai dia dh nangkap 6.bb daya masuk jebak pulak.nk test samada dia ni jebak mai main ke idak.lokasi hari ni memang ladang org tua.memang laman dh lama x masuk.pasai bh dh x dak.semua kena gabuih ngan bb.tuan tanah simpan dulu.sambil ke sana terus park moto kat sebelah ladang org tua.hari ni memang terkjut pasai kemungkinan tuan tanah bukak ladang baru.riuh rendah bh dgn suara semua kasar-kasar dlm tempurung.alamak suara fuhhhhh.sah tuan tanah bukak ladang baru.kali ni saya x himpit.saya kebawah.bh di ldang atas.siap pacak bb di tanah berbukit sikit terus cari pelepah sawit nk ajar bb main jebak.x sempat nk pasang jebak.bb dah pulun di laman.bh makin marah.makin kasar suara menekan.cepat2 pasang dan terus menyorok selang sepokok.pasai dok cari pelepah jatuh ke tanah x dak.pokok sedang tinggi.belakang sawit la.jauh la sikit.duduk x lama.bb dlm jebak dia punya pulun la.x ingat dunia.bb pun sama dok menekan si nyaring dia.praap—prap-prap bh dari seberang melambugn naik.tiba2 bb menguku.mesti bh sampai.tapi x tau mana 1 yg sampai.pasai semua 3 ekor kasar2 belaka.x pa la janji kasar.tapi memang betul lah.bb nk main di ldg org tua.tengok bh dah duduk depan sawit dah.bb gerbang naik jatuh di belakang.aduhhhhh ke belakang pulak.x pa.bb ni pandai.terus dia berjalan naik atas pelepah.bh pulak x landing depan laman.dia landing belakang pasai dia nampak bb terjun belakang.x pa tengok apa reaksi dia.bb dok atas pelepah.saya keluarkan DC(digital camera) dan rakam aksi depa dua.ingat x nampak dlm mafla.memang nampak.tapi x leh dekat dgt pasai zoom 3x saja.tapi jelas la jugak.kalau boleh saya upload aksi depa dua.terkejut saya di buatnya 6 minit berlaga .dah la ni baru lagi.tapi insyaallah takat ni berlaga dia pandai.teruk jugak dia kena.bh x jugak masuk laman.padahal racik depan dia saja.berlaga sana-sini.saya berdehem kuat sekali.bh diam.berlaga lagi.saya berdehem kuat sekali lg.bh diam.berlaga lg.ahhh sudahhh kalau mcm ni.tapi kl tetap main lagi.bh x tahan terus masuk laman racik.tengok dah tarik kaki dah.pergi tengok 1 jari je kena.rupanya dah kena lama .bh x perasan ada racik di kaki kerana gila nk berlaga.kena kat pangkal isi dan kuku saja.tengok bh hang bedal kl noooooo.jaga hang aku tanda kaki.second generation berlaga kuat.

bukak poch bag sms nasir……woiiii respek sikit.tolong bukak racik ni sat.prenggggggggg.siap semua nasir call.tengok no tel ambank.aiiikkk hang kerja ka nasir ? hari ni kan cuti nuzul.hang x cuti ka ? dak aihhhh.aku cuti makan aircond opis aku..harrrammmmmm.

Nin dia



Laman




Jumaat, 4 September 2009

GAMBAR 10









lihat pada anak panah tu.

apa kita nk buat dgn bulu yg bertanda anak panah tu ?

bila dpt tangkap burung hutan cabut bulu yg bertanda anak panah tu 3 helai kiri dan kanan di bawah kepak tu.bulu tu ada sehelai yg panjang dan 2 helai pendek kiri dan kanan kepak.bila dpt bh cabut 3 helai tu dan tinggal kan di laman.
apa fungsi bulu tu ? bila tangkap bh cabut 3 helai bulu tu kiri dan kanan.tinggal sebagai kenangan tuan yang menjaga dia.Ada yg tinggal ekor.

GAMBAR 9



ni lagi seko pattern tanjak bulu segak sampai ke ekor.
cari ciri-ciri yang ada macam gamabr di atas.dpt sikit-sikit pun jadi lah.tu tanda ciri-ciri pikat yang baik dan segak

GAMBAR 8









gambaq kat atas tu pulak gambar

1) air sireh
2) warna mata
3)bulu temucut

**************************************************************************

1) air sireh ni org panggil pasai warna dia mcm air sireh yg org tua dok kunya makan tu.tu di panggil air sireh.lokasi dia di atas belakang pada manik yg menghala ke atas belakang tu.apa fungsi dia ? angguk angga

2) warna mata jenis ni di panggil mata saga.ini lah antara mata burung segak.kdg tu burung kita bela punya lama pun belum tentu ada warna mata mcm tu.kalau dpt warna mata masa mikat tu simpan.burung yg ada warna mata mcm ni adalah burung tanjak.taiko org kata



3) bulu temucut pulak adalah bulu yg mencucuk naik di atas dan bawah paruh tu.tu di namakan bulu temucut.

kalau kita perhatikan pada muka burung kata atas tu nampak ketara bulu jarum mencucuk naik .kalau ada tanda macam tu itu tanda dia lepas meluruh dan bulu tu baru nk tumbuh semula.jangan sesekali di bawa memikat jika nampak bulu jarum pada muka naik begitu.dia sakit tu

GAMBAR 7



gambar ini pulak kita panggil bulu kekabu.
bulu kekabu ni semua burung ada.tak kira betina ka, jantan ka semua ada.pasai apa kita panggil bulu kekabu ? pasai rupa dia berjerubu mcm kekabu yg kita dok buat bantal di kampung tu.pasai tu di panggil bulu kekabu.bulu kekabu mcm dlm gambar tu kita x nak utk di jadikan pikat.pasai apa ? pasai dia akan pilih laman sebab berserabut.cari yg kurang berserabut.

GAMBAR 6



yang ni pulak kita panggil namanya ekor kura.tanda anak panah tu lah di panggil ekor kura.

apa fungsi ekor kura ni ? fungsinya merubah perangainya.tetapi jgn risau.jika ada ekor kura pada guk 2 ok.tetapi kalau ada pada guk 1 kurang sikit.namun ada tempat2nya yg boleh di cover akan ekor kura tu pada guk 1

GAMBAR 5












yang ni pulak kita namakan pelapik atau penyambut ekor.

cuba amati betul-betul pelapik yg saya letak anak panah tu.nampak sebatang kan.jadi ekornya pun akan tersusun menjadi sebatang dan kemas.yg penting biar bercabang janji kemas

dan cuba perhatikan pelapik tu juga.panjangnya terlebih sampai mencecah bulu warna putih ekor kan ? mcmana kita nk tahu burung tu ? tu tandanya dia kuat menekan saja.lambung guk kurang

JANTAN & BETINA ?

mcmana pulak utk kita tahu samada burung tu jantan ke betina.
cuba kita kira ada berapa helai ekor yg panjang termasuk yg putih tu ? jgn di kira ekor lawi atau pelapik atas tu.kira yg panjang saja ada berapa helai ? sudah tentu 11 helai kan ?

11 helai adalah utk BETINA.dan 12 utk JANTAN.dan 13 ? agak2

13 nk tahu kena mai jengka.saya x leh crita di sin
i

pastu ada persoalan :

kalau ekor dia hancur lagu mana kita nk check long ? (ni soklan masa di hutan)

jawapannya : ada tempatnya utk tengok dan periksa samada betina atau jantan semasa dpt.

1) suaranya
2) sepit ketam (sepit udang)

3) lapis tulang ekor.mesti ada tinggal lapik ekor.






GAMBAR 3











gambar ni pulak adalah utk kita tengok samada sesekor burung tu rajin ke idak.lagi cengkung pipi dia lagi rajin.serta paruh nk kecik saja.

GAMBAR 2











gamabr di atas tu adalah gambar bulu pisang sikat.

di situlah kita boleh lihat serba sedikit permainan burung.samaada selang atau lainnya.bulu hujungnya pecah dan terdapat 5 helai bulu tersebut.itu burung yg baik

FIZIKAL TERKUKUR BERGAMBAR

salam

Atas permintaan warga TTF dan semua pembaca blogs ini maka dengan ini saya membuka 1 tajuk berkenaan perkara di atas.ini juga untuk memudahkan kengakawan baru mempelajari sifat dan fizikal terkukur bergambar.

amat praktikal dan mudah di fahami.

insyaallah.







kalau sahabat semua nk pilih burung utk di jadikan pikat.tengok ciri2 burung kat atas tu.gambarr tu antara ciri2 pikat yg baik.semua cukup sifat dia.

cari mcm tu dari segi celak, mata, paruh, dada,sisik ikan, batang bulu lipas,

roma sisik ikan tu adalah penurun yg baik.tetapi ada lagi yg lebih baik dari itu iaitu sisik kerang.Dan yang paling penting adalah suara nya yang memainkan peranan untuk membuatkan burung hutan cepat atau lambat sampai atau terjun ke laman.

_________________
longkedah@yahoo.com

BAB 4 -PEMILIHAN TERKUKUR

Pemilihan adalah amat penting bagi sesetengah pemikat.Kerana faktor pemikat adalah kesempurnaan dan keseronokan.Oleh kerana itulah timbul pelbagai-bagai pilihan dan pengistilahan yang diberi oleh orang tua terdahulu dan di praktikkan sehingga ke hari ini.Kerana pada saya kata begitu kerana orang terdahulu suka mengkaji denagn mendalam dan berpandukan pengalaman mereka maka boleh di anggap terpakai sehinggalah kehari ini.Gerak geri pikat boleh mereka rasa.boleh mereka tahu.boleh mereka elak dan berbagai-bagai lagi.

Sehinggalah mereka mengkaji sampai ke najis terkukur itu sendiri.hempedu terkukur tu sendiri.untuk pengetahuan semua bahawa terkukur tiada hempedu.itu lah di namakan pengkajian orang terdahulu amat teliti sekali.oleh kerana itulah pikat mereka hebat-hebat belaka.Dijaga dengan sebaiknya ibarat menatang air yang penuh agar tidak terjun ketanah air itu.begitulah ibarat nya penelitian orang terdahulu.

Jadi disini saya ingin memberitakan serba sedikit perihal pemilihan burung terkukur untuk di jadikan pemikat secara asasnya saja mengikut teori ,praktikal serta pengalaman mereka terdahulu.

Apa kah yang pertama sekali pada pemerhatian mereka ?

pada pemerhatian mereka adalah suara.bagi mereka suara amat bermakna sekali.kerana suara lah penentu segala untuk di jadikan pikat yang baik.tanpa suara tiadalah aktiviti memikat di namakan.Boleh dikatakan 90 % keutamaan adalah suara. dan 10% lagi adalah fizikalnya.
kenapa fizikal di berikan hanya 10 % ? timbul pula persoalan begitu.

jawapannya mudah :

kerana apa hanya 10 % saja di berikan pada fizikal kerana fizikal faktor penentu penarikan terkukur liar adalah suara bukannya fizikalnya.amat mudah sekali jawapannya.namun, namun walau fizikal hanya diberikan 10% kita tidak boleh pertikaikan 10 % tersebut.kerana ada faktor penentu juga pada pemilihan terkukur untuk dijadikan pikat atau pun denak yang baik.bagaimana ?

dalam pemilihan seseekor burung boleh dikatakan sebagai berikut :

1) celak mata

dalam pemilihan celak mata ni kebanyakannya memilih celak mata yg halus menikam ke mata.apakah maksudnya ? maksudnya celak yg menikam ke mata adalah seekor burung yang tidak mengolah di laman.selagi ada daya dia akan cuba untuk menarik burung hutan terjun ke laman nya.

2) paruh

pemilihan paruh adalah paruh yg berbentuk halus tajam se olah kayu yang di raut halus.

3) mata

pemilihan mata pula adalah kebanyakannya adalah memilih mata yang halus dan kecil seperti mata seekor ikan keli.jika kita lihat mata ikan keli maka mata terkukur juga di cari sedemikian rupa.

4) telinga

telinga adalah merupakan aspek penting bagi seekor terkukur.telinga yang selalu di pilih adalah telinga nipis.bulu yang menutui telinganya adalah jarang dan rapat ke telinga.bulu tutup telinga tidak mahu yang nampak seolah bercuping-cuping keluar.apa sebab telinga nipis ? adalah untuk memudahkanya menangkap bunyi burung hutan dari jauh.

5) kuku

kuku yang menjadi pilihan adalah kuku mati.
apakah yang dimaksudkan dengan kuku mati ?
kuku mati adalah kuku yang dari asal di tangkap sehinggalah menjadi pikat kukunya tetap pendek dan tajam berbentuk jarum.adakah kuku panjang tidak boleh ? jawapannya boleh tetapi kita kena kerat atau potong sedikit dari hujung warna putih.

6) ekor

pemilihan ekor pula bergantung kepada burung tersebut.ada ekor lembing, ada ekor keli, ada ekor tebal, ada ekor nipis dan sebagainya lagi.Yang mana menjadi pilihan pemikat ?
kebanyakannya yang menjadi pilihan pemikat adalah ekor pendek halus sebatang atau ekor berbentuk lembing atau sudu.

7) dada

dada yang menjadi pilihan pemikat adalah dada seperti dada itik nila.atau seperti dada burung punai.

8) leher

leher yang menjadi pilihan pemikat adalah leher besar dan pendek.seolah-olah tiada leher.

9) manik

manik yang menjadi pilihan pemikat adalah manik bintang, pecah , penuh, sebaris dan lain-lain lagi

10) bahu

bahu yang menjadi pilihan pemikat adalah bahu yang tebal.bulu bahu dalam keadaan tebal.

11) bulu pasak tepi

bulu pasak tepi yang menjadi pilihan pemikat adalah berbentuk halus an sekata keseluruhannya.tidak mengolah dan memilih laman

12) kaki

kaki yang menjadi pilihan pemikat adalah kaki bulat besar dan berbelah rotan semacam sisik kaki ayam hutan.yakni handal berlaga.

13) penyambut

penyambut yang menjadi pilihan pemikat adalah penyambut sebatang dan antara sampai dan tidak sampai kehujung sedikit sahaja.itu petanda burung rajin lambung guk.tidak hanya menekan sahaja.

Di atas itu adalah beberapa ciri yang serba sedikit saya cuba ketengahkan.itu cuma perkara asasnya sahaja.bukan secara detailnya.sebagai pengenalan pemilihan terkukur untuk di jadikan pemikat yang baik.

Tambahan daripada sdr zamri (snipers)

TANG KEPALA PUN LONG LUPA NAK BOHHH ,,, KEPALA YANG ELOK ADALAH SEPERTI BURUNG MERPATI / PUNAI ,,, KALAU MCM BIJI GAJUS SELALUNYA ADA MASALAH SIKIT,,

PELAPIK PUN LONG LUPA NAK BOH ,,, CARI PELAPIK YANG KURANG DARI 5 HELAI TU BURUNG YANG CUKUP BAGUS KALAU BURUNG YANG LEBIH DARI 5 SELALUNYA BURUNG BERANGIN,, WALAUPUN BULU KAPAIH DIA TAK TEBAI,, TU PASAI ORG PENING PALA NAPA BURUNG ELOK SEMUA TAPI BERANGIN,, LUPA NAK TENGOK BULU PELAPIK ADA BERAPA,,,

SEPIT UDANG SESEKOQ BURUNG PUN DIAMBIL KIRA JUGAK PASAI TU JANTAN KA BETINA,,, BUKAN MASALAH LUAS KA ATAU RAPAT,,, ADA JANTAN SEPIT UDANG DIA LUAS ADA BETINA SEPIT UDANG DIA RAPAT,, CUMA 1 AJA YANG BLEH DIBEZAKAN HANYA BAHAGIAN SEPIT UDANG TU KERAIH ATAU LEMBUT,,, KALAU SEPIT UDANG TU RAPAT TAPI LEMBUT MAKA BURUNG TU BETINA,,, KALAU SEPIT UDANG DIA LUAS TAPI KERAIH MAKA JANTAN,,, SELALUNYA BURUNG PESOM SAJA YANG AKAN BEGITU RUPA ,,

KEDUDUKAN BURUNG BERTENGEK JUGAK DIAMBIL KIRA,,, SEBAB ITU MENANDAKAN SESEKOQ BURUNG YANG RAJIN,,, JIKA BURUNG MELAMBUNG GUK KEDUDUKAN BADAN DIA BONGKOK IAITU EKOQ DIA CECAH KE LANTAI SANGKAQ LAYANG TU BURUNG YANG RAJIN DAN CEPAT MENJADI DENAK ,,, KALAU BADAN DIA TEGAK SEPERTI BIASA MAKA BURUNG TU LAMBAT SIKIT NAK MENJADI DENAK

BAB 3 - ISTILAH TERKUKUR

masuk pulak kita pada bab istilah terkukur dahulu.
istilah ini adalah merupakan penjemanaan atau penamaan yg di beri oleh org terdahulu dalam permainan terkukur ni.pelbagai istilah atau penjenamaan bagi terkukur ni mengikut daerah dan negeri masing-masing khususnya di MALAYSIA kita ini.

Oleh yang demikian lah muncul istilah yang di beri kpd burung terkukur ini.

isitilah suara

1)SELANG/SULAM
2) RANTAU/PERAP GUK
3)GUK
4)TEKAN/PERAP/MERATUS
5)TEMERANG/TEKAN LABUH/TARIK AKAR
6)GAGAP/TINDAN
7) ANGGOK/MENGUKU

istilah pada nama burung

1) SELADANGJATI/TONGKAT MATI
2)SELADANG GANTUNG/TONGKAT IDUP
3) DLL

Penerangan isitilah suara

1) SELANG / SULAM

selang adalah isitilah yg di beri oleh org terdahulu kpd suara terkukur yang membawa maksud berselang-selang pada sesuatu masa di kala burung tersebut menguku atau berlawan suara dengan lawannya.suara ini seolah berdouble pada tahan pertama.

2) RANTAU /PERAP GUK

rantau /perap guk ini adalah isitilah yang di beri org terdahulu kpd suara terkukur yang mana bila keadaan meratus atau menekan nya ada terkeluar GUK panggilan di hujungnya.

3) GUK

guk ini adalah isitilah yg diberi org terdahulu kpd suara burung terkukur pada tujuan memanggil.pada bab ini kita tidak membincangkan perihal isitlah negeri.seperti contoh TARIK GUK/ANGKAT GUK DLL.pada bab ini saya kemukakan hanya asas isitilah sahaja.guk ini juga terletak atau di isitilahkan kpd kepelbagaian pemanggilnya sendiri seperti ada suara pemanggil GUK 1, GUK 2, GUK 3 hatta GUK 4

4) TEKAN / PERAP / MERATUS

Tekan ini adalah isitilah yg diberi org terdahulu kpd suara burugn terkukur yang mana suaranya seakan menekan suara utk di ajak berlawan suara dengan pihak lawannya.

5) TEMERANG / TEKAN LABUH / TARIK AKAR

Temerang ini adalah isitilah yg di beri oleh org terdahulu kpd suara burung terkukur yg merupakan tone yang tinggi dgn jarak suara pertamanya semasa menekan atau GUK.

6) GAGAP / TINDAN

Gagap ini adalah istilah yg diberi oleh org terdahulu kpd burung terkukur yang mana suara begini berlapis-lapis tersekat-sekat di permulaan atau pertengahan atau keseluruhan jalan suara menguku atau anggok.

7) ANGGOK / MENGUKU

Anggok ini adalah isitilah yg diberikan org terdahulu kpd buurng terkukur yg mana situasi tekanan suara yg paling tinggi di masa atau di kala lawannya di lihat atau tidak dilihat

Penerangan isitilah pada nama burung

1) SELADANGJATI / TONGKAT MATI

Seladangjati adalah merupakan istilah nama pada burung terkukur yg diberi org terdahulu yg mana sejenis penjenamaan kpd terkukur yang tiada GUK.penjenamaan seladang jati ini adalah merupakan istilah kpd RAJA TERKUKUR.oleh keran itulah di sebabkan hatinya maka di namakan sempena seekor binatang yang ganas iaitu SELADANG yang berbentuk seperti kerbau tu.seekor seladang yg tinggal hanya dirinya sediri.

2)SELADANG GANTUNG / TONGKAT IDUP

Seladang gantung adalah merupakan istilah yg di beri org terdahulu kpd burung terkukur yang mana penjenamaan yg tiada GUK sesekali ada GUK.

itu semua adalah pada istilah.tapi itulah permainan buat terkukur.ada lagi yang lain cumanya saya tidak mahu tumpukan pada istilah.sekadar asasnya saja.

BAB 2 - PERMAINAN TERKUKUR

Pada bab yang lalu kita telah memperkenalkan jenis terkukur berpandukan jenis bulunya.pada bab ini saya ketengahkan perihal bab permainannya pula.

PERMAINAN

Permainan ini adalah merupakan hobi orang dahulu kala yakni datuk moyang kita dahulu.Pada masa dahulu terkukur ni merupakan permainan orang-orang berada(seperti dalam kisah-kisah filem-filem lama kita) juga di garapkan juga kepada orang-orang kampung dan umpamanya.Jadi permainan ini berkembang ke serata pelusuk kampung yang menjadi minat orang-o
rang kampung pada masa itu.Khususnya apabila habis masa-masa menuai padi dan sebagainya, maka masa senggang di isi dengan permainan warisan ini oleh kebanyakan orang-orang dedulu yang berminat.Oleh kerana itulah hobi ini khususnya permainan terkukur ini bebas dari segi undang-undang hidupan liar berbanding dengan spesis hidupan liar yang lain.Oleh kerana bebas daripada undan-undang maka bertambah ramailah orang-orang hamba rakyat berminat untuk turut serta bersama dengan permainan ini.maka apabila timbul keseronokan dan kebebasan serta dapat melupakan masalah , maka di panjangkanlah hobi ini untuk memikat.Pada masa dahulu hobi ini hanyalah sebagai hiburan suaranya sahaja.Sesiapa yang paling baik suaranya maka dialah menjadi tumpuan.maka berpusu-pusu orang menjadi tertarik dengan suara terkukur ini.Apabila menjadi tertarik , maka mulalah orang mencari dan berusaha mendapatkan sama burung terkukur ini.Sejak dari itulah timbullah permainan yang berupa memikat terkukur ini.

Bagaimana hendak memikat terkukur ini ?
Maka timbullah pertanyaan di kalangan ora
ng kampung bagaimana hendak mendapatkan terkukur ini.Pada saat itulah timbulnya corak , kaedah untuk mendapatkan terkukur yang berterbangan ini.Hendak membeli jaring pada masa dahulu maklumlah terlalu susah ketika itu.

Maka timbul berbagai-bagai idea yang di cipa u
ntuk mendapatkan terkukur ini.ada yang membuat jebak, getah terap dan racik.Pada masa dulu semua barang2 tersebut di perbuat daripada sumber asli.sebagai contoh jebak.Jebak dahulu di perbuat daripada akar daun ribu-ribu.racik di perbuat daripada ekor lembu dan daun nenas,dan menggetah pula di perbuat daripada getah pokok terap yang di masak.

Jadi lama kelamaan peralatan ini trsebar keseluruh pelusuk tanahair kita.Di perbaiki demi penambah baikan sehinggalah timbul berbagai-bagai bentuk peralatan yang serba seni sehinggalah kepada kita hari ni.

JENIS PERMAINAN / PERALATAN

1) JEBAK

2) RACIK
Di atas tersebut ,saya nyatakan antara peralatan yang paling utama dalam memikat terkukur.

1) JEBAK

Jebak di gunakan sebagai kaedah menangkap terkukur liar yang merupakan sejenis penangkap yang di ambil kaedahnya daripada orang terdahulu.Kaedah ini di gunakan dengan di letakkan di atas pokok.Tidak kiralah samada pokok renek dan sebagainya.Denak di gunakan sebagai umpan untuk memanggil terkukur liar.

2) RACIK


Racik di gunakan sebagai kaedah untuk menangkap terkukur liar yang merupakan sejenis alat menangkap yang di ambil kaedahnya daripada orang terdahulu yang menggunakan ekor lembu.Pada zaman kita yang serba canggih i
ni , maka di cipta daripada tangsi yang banyak terdapat di kedai-kedai.Kaedah meracik ini lah yang paling popular di masa kita ini.Racik dahulu kala di perbuat daripada ekor lembu yang di potong rerambut ekor yang halus yang tidak boleh terkena darahnya ketika di sembelih.jika terkena darahnya ekor lembu untuk membuat racik tersebut akan mereput.Perambut nya pula di perbuat daripada daun nenas yang di raut atau di titip menggunakan tempurung kelapa.Dan di pinta menjadi 7 helai dan di jadikan perambut racik.Berbanding di zaman kita sekarang ini perambut menggunakan benang yang berkualiti tinggi yang di import dari USA iaitu benang BRAIDED, POWER PRO.

Racik yang selalu di gunakan adalah mengikut kesesuaian tanah.Ada yang bewarna coklat, hijau, cerah dan sebagainya.Kebiasaannya racik yang di gunakan adalah mengikut jumlah bilangan mata serawan racik.Ada 7,9 ,11,17,19,21,25,32.

Itulah antara beberapa contoh bilangan mata bagi serawan racik.
sebagai contoh racik bermata 7,9 adalah di gunakan di atas dahan.manakan racik yang bilangan matanya banyak di main di atas tanah.

BAB 1 - PENERANGAN

KENAPA DI NAMAKAN TERKUKUR ?

Di namakan TERKUKUR kerana di ambil sempena suaranya, bunyinya yang dapat kita dengar.

bunyi nya : TER KU KU GUK

sempena dgn bunyi nya ituah di namakan dengan nama TERKUKUR.

SUARANYA

Suara terkukur berbilang-bilang jenis dan bentuk dan irama mengikut keadaaan burung itu sendiri.Seperti menekan-nekan suaranya, memanggil-manggil (rujuk pada babnya tersendiri nanti)

BENTUK BADANNYA

bentuk badan terkukur ni tidak besar dan tidak kecil.bentuk nya cantik,ada yg tegap, ada yang panjang dan lain-lain.

WARNANYA

warna nya adalah kelabu, kemerahan, gelap, kekuningan.kebanyakannya di Negara kita Malaysia ini warnanya adalah kelabu.kemungkinan persekitaran atau pun pemakanannya.Seperti contoh terkukur yang berada di tepi pantai sifat bulunya kebanyakannya bewarna kemerahan.

SIFAT HIDUPNYA

Sifat hidupnya adalah berkumpulan dan berseorangan.Memandangkan di Negara kita ini 80 % boleh di katakan di tanam dengan penanaman Kelapa Sawit dan juga Getah.Sifat hidupnya adalah di Ladang kelapa Sawit dan juga getah.Kerana di ladang kelapa sawit tempat tadahan yang amat sesuai sekali untukterkukur membiak.

JENIS TERKUKUR

terkukur ni terbahagi kpd beberapa jenis dan beberapa panggilannya tersendiri antaranya :

1) terkukur bulu air embun
2) terkukur bulu jerun
3) terkukur bulu tembaga
4)terkukur bulu merah
5)terkukur bulu putih


Diatas tersebut adalah beberapa jenis dan beberapa perbezaan terkukur mengikut isitilah panggilan dan perbezaan di setengah -tengah tempat.

TERKUKUR BULU AIR EMBUN



Terkukur bulu air embun ni adalah jenis yang paling banyak terdapat di Negara kita Malaysia Khususnya.

WARNA BULUNYA

Warna bulunya adalah bewarna kelabu jernis bersih.warna ini juga mempengaruhi faktor tempat dan kawasan di sesebuah Negeri.Tetapi ini lah antara jenis bulu dan jenis terkukur yang paling banyak terdapat di Negara kita ini.

TERKUKUR BULU JERUN



Terkukur bulu jerun ini adalah antara jenis dan nama terkukur yang begitu susah untuk mendapatinya.kerana faktor kawasan serta faktor bakanya.Specis ini suka bersendirian kerana itulah jenis nya agak susah di dapati.

WARNA BULUNYA

warna bulu nya adalah hitam keseluruhan.dari kepala hingga ke ekornya kesemuanya hitam.Maniknya pun hitam separuh.Di dadanya bertompok kecik.Di ekor penyambutnya bewarna kekuning-kuningan seakan coklat bertompok.

TERKUKUR BULU TEMBAGA



Terkukur bulu tembaga ini adalah sejenis specil yang khusus yang mana ianya juga jenis yang suka bersendirian.Specis ini juga agak susah di dapati di Negara kita.

WARNA BULUNYA

Warna bulu terkukur ini adalah kekuning-kuningan apabila terkena cahaya matahari.kakinya bewarna seakan burung merpati tiada berkuping.

TERKUKUR BULU TEMBAGA MERAH



Terkukur bulu merah adalah antara spesis yang ada di Negara kita dan juga Negara Africa.Kemungkinan faktor cuaca.Specis ini kebanyakannya berhijrah dari pantai ke pendalaman.mereka memakan siput-siput di tepi pantai yang terdampar di pantai sebagai makanan mereka.cuaca di tepi pantai dan juga faktor semulajadinya menyebabkan jenis ini berwarna merah.kebiasaannya mereka di pinggir-pinggir kawasan berangin kuat seperti laut.dan kawasan yang sama faktor dengannya.

WARNA BULUNYA

Warna bulunya adalah seakan-akan kemerahan dan coklat sedikit.

TERKUKUR BULU PUTIH



Terkukur bulu putih ini adalah antara spesis yang amat jarang berjumpa sekali.sekira terjumpa adalah merupakan satu rezeki yang tidak boleh di lepaskan.Terkukur bulu putih ini adalah antra namanya yg jarang kita mendengarnya.Dan sememangnya antara spesis yang amat susah untuk di dapati.

WARNA BULUNYA

Warna bulunya adalah putih seakan putihnya burung merpati.bermanik dana faktor fizikalnya adalah sama dengan terkukur biasa.

BUKU TERKUKUR-PENGENALAN

salam

Dengan Nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Segala puji bagi Allah , tuhan semesta alam.
Segala penciptaan adalah hak milik Allah snwt
Di beri sedikit buat hambanya sebagai ingatan kepadanya.
suara yg gemersik, suara yg lunak suara yg merdu adalah untuk hiburan hambanya agar sentiasa ingat akan kebesarannya.

Tiada 1 hak milik kita, melainkan hanyalah pinjaman semata



Dengan ini saya dengan rendah hati ingin membuka 1 sub forum bertajuk TERKUKUR.

Yakni 1 nama yang tidak asing lagi di tanah air kita ini.Tinggalan nenek moyang kita.permainan mereka.pada tajuk ini saya ingin berkongsi info serba sedikit berkaitan dengan terkukur ni.

Burung Tekukur merupakan burung pembiak tempatan di kawasan yang terbentang dari India dan Sri Lanka di Asia Selatan tropika hingga ke China selatan dan Asia Tenggara di timur. Ia merupakan spesies yang sebahagian besar taburannya terdiri daripada kawasan hutan jarang yang terbuka, dan tanah ladang.

Burung Tekukur telah dibawa masuk ke kawasan Los Angeles, California di Amerika Syarika, serta juga ke Indonesia utara, Australia, dan New Zealand. Di Australia, burung ini dibawa masuk ke Melbourne pada dekad 1860-an dan sejak dari masa itu, burung ini telah tersebar luas dan menggantikan burung-burung merpati asli.

Di benua tersebut, burung ini boleh didapati di jalan raya, taman, kebun bunga, kawasan pertanian, serta tanah semak samun dari Hobart, Tasmania ke Cooktown, Queensland sehingga Pelabuhan Lincoln, Australia Selatan. Burung Tekukur juga dapat dilihat di Perth, Pemberton, Kalgoorlie, dan Esperance di Australia Barat, dengan taburan spesies ini semakin berkembang sehinggalah merebak ke tanah air kita ini MALAYSIA.

Burung Tekukur ialah burung merpati yang tirus, dengan ekor yang panjang. Panjangnya burung ini antara 28 hingga 32 sentimeter (11.2 - 12.8 inci). Bahagian belakang, sayap, dan ekornya berwarna perang pucat, dengan banyak bintik kuning pucat. Dalam penerbangan, burung ini menonjolkan bulu hitam yang dibatasi oleh tepi dalaman yang berwarna kelabu pucat. Warna kedua-dua jantina adalah serupa, tetapi anak-anak burung lebih suram warnanya, berbanding dengan burung-burung dewasa dan sering tidak mempunyai jalur leher yang bercapuk-capuk ketika amat muda. Kepala dan bahagian bawah burung ini merah muda warnanya, dan beransur-ansur berubah menjadi kelabu pucat pada muka dan perut bawahnya. Lehernya mempunyai tompok hitam yang mempunyai bintik-bintik putih yang halus yang di gelar MANIK. Warna kakinya merah.

Burung Tekukur makan biji-biji rumput, biji-bijian dan tumbuh-tumbuhan yang lain. Ia burung daratan dan mencari makanannya di padang rumput dan ladang.

Burung Tekukur membiak pada sepanjang tahun, dengan sarang-sarang rantingnya biasa didapati di atas pokok, tepi bangunan, atau juga di atas tanah. Burung ini mengeluarkan dua biji telur yang putih dan licau. Di Australia Selatan, burung ini membiak, khususnya pada bulan September hingga bulan Januari, dan di kawasan utara, pada musim luruh.

Seperti dengan burung-burung merpati yang lain dalam genus ini, Burung Tekukur tidak begitu suka berkelompok, dan biasanya hidup bersendirian atau dalam pasangan. Burung ini jinak dan bunyi-bunyi yang tiba-tiba menyebabkannya terbang. Penerbangannya pantas, dengan pukulan kepak yang tetap, dengan sentakan sekali sekala yang mendadak yang pada umumnya merupakan ciri burung merpati. Pola-pola penerbangannya serupa dengan Burung Merpati Jambul, Ocyphaps lophotes (bahasa Inggeris: Crested Pigeon). Apabila mendarat, ekor burung ini menyenget ke atas. Semasa musim pembiakan, burung-burung jantan akan menyenget ekornya dengan sudut yang lebih curam dan mengelilingi burung bentina serta mengembangkan sayap dan ekornya.

Kicauannya terr ku ku kuk yang rendah dan lembut, dengan penekanan pada nota yang terakhir. Kekadangannya, kicauan burung ini juga berbunyi ku ku ku ku.

NAMA

1) Nama saintifik nya Streptopelia chinensis
2) Nama englishnya Spotted Dove
3) Nama Melayunya Terkukur

Jerun Dalam Kenangan 2009

salam

Inilah antara kenangan jerun saya.
jerun tanduk suara kecik.
mati akibat kaki krem kedua-dua belah x boleh di ubat lg.
bukan rezeki saya dia nk bertuan dgn saya

GANTUNG & GANTUNG LAGI

salam

SG - seladang gantung
gagap
selang
merapat
samnon

POKOK ATI-ATI HITAM

salam

Di sini saya sertakan gambar daun ati-ati hitam yang dok buat ubat burung tu.
pokok ni sesuai utk ubat dalam burung spt cacing, buang angin dan sebagainya.
ambil sehelai dan lumatkan di tapak tangan dan jadikan sebesar kepala manci dan suapkan kpd burung seperti pikat.