Pengikut

SELAMAT DATANG

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara semua kerana melawati Blog kami yang tidak seberapanya ini.

Blog ini di hasilkan adalah untuk memberi sedikit info & berkongsi maklumat bersama penggemar burung terkukur khususnya bagi kaki pikat.

Blog ini juga di hasilkan bagi merapatkan dan bersilaturahim sesama.

Blog ini di hasilkan bagi meneruskan WARISAN seni tinggalan Nenek moyang kita dahulu sehinggalah sekarang ini.

Jika tiada siapa yang menengahkan warisan ini, maka ianya akan terbuku kubur tanpa ada sesiapa yang tahu hasil seni dahulu kala.Warisan ini merupakan warisan yang perlu di naik tarafkan hingga ke depan ke generasi baru.

Bak kata pepatah :

"Tidak Lapuk Dek Hujan "

"Tidak Hilang Warisan Melayu"

Di harapkan anda semua akan terhibur & gembira dengan melawati Blog PWSTM ini.

Selamat melayari blog TERKUKUR yang menjadi hiburan hasil tinggalan Nenek Moyang kita terdahulu sampai lah kepada kita hari ni.............

Akhir kata dari saya : MOTO PWSTM & MOTO KAMI :

"WARISAN SEJAGAT , WARISAN SELAMAN "

From :
PWSTM

SILA LAWATI & BERILAH SOKONGAN KEPADA FORUM KAMI :

SILA KLIK LINK DI BAWAH INI SEGERA :-

http://database1900.13.forumer.com

TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA dari PWSTM di atas sokongan semua pihak, semua sahabat yang mengenali PWSTM atau pun tidak.Khususnya warga TTF semua.

TERIMA KASIH juga kepada pihak MEDIA yang menengahkan seni warisan ini untuk di kongsi oleh semua khususnya SINAR HARIAN DLL.


Isnin, 5 Julai 2010

HUJAN RENYAI-RENYAI BAWA BB SAMBIL REHAT DI KANDANG

salam
4 Julai 2010 - Ahad petang
Jam 5 ptg
Kandang kambing & lembu org tua

Hari ini hujan renyai-renyai aje.memandangkan tak ada apa-apa aktiviti di sebelah petang jadi kami semua turun ke ladang org tua sambil lepak-lepak di kandang kambing dan lembu bg rileks2 penat kenduri pagi tadi.Boleh juga bawa bb jalan-jalan beri biasa di dalam cetok dan motor.

Lepas asar terus bertolak ke ladang dengan orang rumah.adik beradik yg lain sudah pergi awal lagi.Orang rumah siap buat bubur kacang durian untuk di bawa kesana.masing-masing bawak bekal he he he.org tua siap bawa buah durian lagi.sampai ladang lepak aje lah sambil gantung bb di pelepah sawit tu.sambil menunggu kambing balik ke kandang tu buleh juga pusing-pusing ladang.Sekor bh pun tak kedengaran petang ni.maklumlah sejuk.


Sekian

Tiada ulasan: