Pengikut

SELAMAT DATANG

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara semua kerana melawati Blog kami yang tidak seberapanya ini.

Blog ini di hasilkan adalah untuk memberi sedikit info & berkongsi maklumat bersama penggemar burung terkukur khususnya bagi kaki pikat.

Blog ini juga di hasilkan bagi merapatkan dan bersilaturahim sesama.

Blog ini di hasilkan bagi meneruskan WARISAN seni tinggalan Nenek moyang kita dahulu sehinggalah sekarang ini.

Jika tiada siapa yang menengahkan warisan ini, maka ianya akan terbuku kubur tanpa ada sesiapa yang tahu hasil seni dahulu kala.Warisan ini merupakan warisan yang perlu di naik tarafkan hingga ke depan ke generasi baru.

Bak kata pepatah :

"Tidak Lapuk Dek Hujan "

"Tidak Hilang Warisan Melayu"

Di harapkan anda semua akan terhibur & gembira dengan melawati Blog PWSTM ini.

Selamat melayari blog TERKUKUR yang menjadi hiburan hasil tinggalan Nenek Moyang kita terdahulu sampai lah kepada kita hari ni.............

Akhir kata dari saya : MOTO PWSTM & MOTO KAMI :

"WARISAN SEJAGAT , WARISAN SELAMAN "

From :
PWSTM

SILA LAWATI & BERILAH SOKONGAN KEPADA FORUM KAMI :

SILA KLIK LINK DI BAWAH INI SEGERA :-

http://database1900.13.forumer.com

TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA dari PWSTM di atas sokongan semua pihak, semua sahabat yang mengenali PWSTM atau pun tidak.Khususnya warga TTF semua.

TERIMA KASIH juga kepada pihak MEDIA yang menengahkan seni warisan ini untuk di kongsi oleh semua khususnya SINAR HARIAN DLL.


Isnin, 8 Mac 2010

BURUNG SAKIT MATA


salam

Mari kita berkongsi cara yang selalu di gunakan untuk merawat bagi burung, pikat, denak yang mengalami sakit mata.

SAKIT MATA

Sakit mata ni berpunca daripada hama yang terdapat di takung sangkar layang.sakit mata boleh merebak menjadi seduan yakni sakit putih di dalam kerongkong, hidung dan seterusnya merebak ke mata.

Sakit ini di sebabkan oleh hama yang terdapat pada najis sangkar layang yg tidak di bersihkan.Sangkar layang perlu di bersihkan sekurang2nya 2 minggu sekali kalau berkesempatan.

Fokus kita , adalah bagaimana , apakah petua yang selalu di gunakan ?

Antara pencetus petua yg di gunakan adalah seperti berikut mengikut kaedah dulu-dulu dan ternyata 90 % berkesan.kadang-kadang 98 % berkesan.Namun kita perlu usaha dan tawakkal.Yang menyembuhkan adalah Allah snwt.

Antaranya :

1) Daun Peria katak hutan
2) Daun Ati-ati hitam
3) Daun Munggal
4) Daun ketumbit
5) daun cekur manis
6) kapor makan
7) Najis Kambing Kampung ( bukan biri-biri)
8) Tigerbam
9) Daun rumput taik babi
10) dll

Di atas yang saya sebutkan di atas adalah antara beberapa jenis tumbuhan tradisional dan cara moden yang sering di gunakan oleh kalangan pemikat.

Sebagai contoh kita boleh gunakan daun peria katak hutan & daun ati-ati hitam.Ambil 3 helai antaranya kedua jenis tersebut, gentel menjadi sebesar kepala mancis dan suapkan kpd burung yang sakit mata atau kerongkong.dan upar di tapak tangan dan air daripada daun tersebut sapukan di bahu kiri dan kanan burung.

2 ulasan:

CHILI DE' NGUKU berkata...

thanks for sharing Long...tapi x berapa knl la daun2 tu semua. tmpat kita panggil nama lain kot.

Unknown berkata...

Salam long saya nak tanya pokok ati ati warna hitam macam mana rupanya