Pengikut

SELAMAT DATANG

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara semua kerana melawati Blog kami yang tidak seberapanya ini.

Blog ini di hasilkan adalah untuk memberi sedikit info & berkongsi maklumat bersama penggemar burung terkukur khususnya bagi kaki pikat.

Blog ini juga di hasilkan bagi merapatkan dan bersilaturahim sesama.

Blog ini di hasilkan bagi meneruskan WARISAN seni tinggalan Nenek moyang kita dahulu sehinggalah sekarang ini.

Jika tiada siapa yang menengahkan warisan ini, maka ianya akan terbuku kubur tanpa ada sesiapa yang tahu hasil seni dahulu kala.Warisan ini merupakan warisan yang perlu di naik tarafkan hingga ke depan ke generasi baru.

Bak kata pepatah :

"Tidak Lapuk Dek Hujan "

"Tidak Hilang Warisan Melayu"

Di harapkan anda semua akan terhibur & gembira dengan melawati Blog PWSTM ini.

Selamat melayari blog TERKUKUR yang menjadi hiburan hasil tinggalan Nenek Moyang kita terdahulu sampai lah kepada kita hari ni.............

Akhir kata dari saya : MOTO PWSTM & MOTO KAMI :

"WARISAN SEJAGAT , WARISAN SELAMAN "

From :
PWSTM

SILA LAWATI & BERILAH SOKONGAN KEPADA FORUM KAMI :

SILA KLIK LINK DI BAWAH INI SEGERA :-

http://database1900.13.forumer.com

TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA dari PWSTM di atas sokongan semua pihak, semua sahabat yang mengenali PWSTM atau pun tidak.Khususnya warga TTF semua.

TERIMA KASIH juga kepada pihak MEDIA yang menengahkan seni warisan ini untuk di kongsi oleh semua khususnya SINAR HARIAN DLL.


Isnin, 5 Julai 2010

DAUN PERIA KATAK

Salam
Daun peria kataK

NOTE:GAMBAR HASIL NUKILAN CIKGU NON PANTAI REMIS


Daun peria katak sudah semestinya ramai yang mengenalinya.daun dan buahnya sama dengan peria yang kita buat ulam, buat goreng telur.Rasanya yang pahit amat selalu di amalkan oleh kita bagi mengurangkan tekanan darah tinggi khususnya.Bukan itu sahaja, keadaannya yg pahit dapat mengurangkan gigitan nyamuk.

sama juga dengan peria katak.fungsi rasanya yg pahit boleh kita membuat ulam sebagai makanan tambahan.itu berdasarkan buahnya.
pada kali ini kita menggunakan daunnya.Pokoknya yang menjalar dan berbuah seperti peria biasa.namun peria katak berbentuk pendek.kita boleh dapatinya di ladang-ladang.

Daunnnya (peria katak) amat sesuai untuk kesihatan pikat atau terkukur khususnya.

Kebanyakannya banyak menggunakannya bagi tujuan :

1) kecacingan
2) sakit tekak
3) sakit mata

Petik pucuk peria katak atau daunnya sebanyak 3 helai gentel menjadi sebesar kepala mancis dan suapkan kepada pikat atau terkukur khususnya.

Bagi pikat atau terkukur yang sakit mata , ambil daun peria katak tadi uparkan di telapak tangan kita dan air yang keluar daripada daun tersebut kita sapukan di kepala bahu pikat atau terkukur di sebelah bahagian mata yang sakit seperti berair atau sebagainya.

Burung akan menggeselkan mata tersebut pada bahagian bulu bahu khususnya .jadi air peria katak yang ada pada bulu bahu tersebut akan menyerap ke dalam mata sebagai ubat alternatif.

Sekian

Tiada ulasan: