Di namakan TERKUKUR kerana di ambil sempena suaranya, bunyinya yang dapat kita dengar.
bunyi nya : TER KU KU GUK
sempena dgn bunyi nya ituah di namakan dengan nama TERKUKUR.
SUARANYA
Suara terkukur berbilang-bilang jenis dan bentuk dan irama mengikut keadaaan burung itu sendiri.Seperti menekan-nekan suaranya, memanggil-manggil (rujuk pada babnya tersendiri nanti)
BENTUK BADANNYA
bentuk badan terkukur ni tidak besar dan tidak kecil.bentuk nya cantik,ada yg tegap, ada yang panjang dan lain-lain.
WARNANYA
warna nya adalah kelabu, kemerahan, gelap, kekuningan.kebanyakannya di Negara kita Malaysia ini warnanya adalah kelabu.kemungkinan persekitaran atau pun pemakanannya.Seperti contoh terkukur yang berada di tepi pantai sifat bulunya kebanyakannya bewarna kemerahan.
SIFAT HIDUPNYA
Sifat hidupnya adalah berkumpulan dan berseorangan.Memandangkan di Negara kita ini 80 % boleh di katakan di tanam dengan penanaman Kelapa Sawit dan juga Getah.Sifat hidupnya adalah di Ladang kelapa Sawit dan juga getah.Kerana di ladang kelapa sawit tempat tadahan yang amat sesuai sekali untukterkukur membiak.
JENIS TERKUKUR
terkukur ni terbahagi kpd beberapa jenis dan beberapa panggilannya tersendiri antaranya :
1) terkukur bulu air embun
2) terkukur bulu jerun
3) terkukur bulu tembaga
4)terkukur bulu merah
5)terkukur bulu putih
Diatas tersebut adalah beberapa jenis dan beberapa perbezaan terkukur mengikut isitilah panggilan dan perbezaan di setengah -tengah tempat.
TERKUKUR BULU AIR EMBUN

Terkukur bulu air embun ni adalah jenis yang paling banyak terdapat di Negara kita Malaysia Khususnya.
WARNA BULUNYA
Warna bulunya adalah bewarna kelabu jernis bersih.warna ini juga mempengaruhi faktor tempat dan kawasan di sesebuah Negeri.Tetapi ini lah antara jenis bulu dan jenis terkukur yang paling banyak terdapat di Negara kita ini.
TERKUKUR BULU JERUN

Terkukur bulu jerun ini adalah antara jenis dan nama terkukur yang begitu susah untuk mendapatinya.kerana faktor kawasan serta faktor bakanya.Specis ini suka bersendirian kerana itulah jenis nya agak susah di dapati.
WARNA BULUNYA
warna bulu nya adalah hitam keseluruhan.dari kepala hingga ke ekornya kesemuanya hitam.Maniknya pun hitam separuh.Di dadanya bertompok kecik.Di ekor penyambutnya bewarna kekuning-kuningan seakan coklat bertompok.
TERKUKUR BULU TEMBAGA

Terkukur bulu tembaga ini adalah sejenis specil yang khusus yang mana ianya juga jenis yang suka bersendirian.Specis ini juga agak susah di dapati di Negara kita.
WARNA BULUNYA
Warna bulu terkukur ini adalah kekuning-kuningan apabila terkena cahaya matahari.kakinya bewarna seakan burung merpati tiada berkuping.
TERKUKUR BULU TEMBAGA MERAH

Terkukur bulu merah adalah antara spesis yang ada di Negara kita dan juga Negara Africa.Kemungkinan faktor cuaca.Specis ini kebanyakannya berhijrah dari pantai ke pendalaman.mereka memakan siput-siput di tepi pantai yang terdampar di pantai sebagai makanan mereka.cuaca di tepi pantai dan juga faktor semulajadinya menyebabkan jenis ini berwarna merah.kebiasaannya mereka di pinggir-pinggir kawasan berangin kuat seperti laut.dan kawasan yang sama faktor dengannya.
WARNA BULUNYA
Warna bulunya adalah seakan-akan kemerahan dan coklat sedikit.
TERKUKUR BULU PUTIH

Terkukur bulu putih ini adalah antara spesis yang amat jarang berjumpa sekali.sekira terjumpa adalah merupakan satu rezeki yang tidak boleh di lepaskan.Terkukur bulu putih ini adalah antra namanya yg jarang kita mendengarnya.Dan sememangnya antara spesis yang amat susah untuk di dapati.
WARNA BULUNYA
Warna bulunya adalah putih seakan putihnya burung merpati.bermanik dana faktor fizikalnya adalah sama dengan terkukur biasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan