Pengikut

SELAMAT DATANG

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara semua kerana melawati Blog kami yang tidak seberapanya ini.

Blog ini di hasilkan adalah untuk memberi sedikit info & berkongsi maklumat bersama penggemar burung terkukur khususnya bagi kaki pikat.

Blog ini juga di hasilkan bagi merapatkan dan bersilaturahim sesama.

Blog ini di hasilkan bagi meneruskan WARISAN seni tinggalan Nenek moyang kita dahulu sehinggalah sekarang ini.

Jika tiada siapa yang menengahkan warisan ini, maka ianya akan terbuku kubur tanpa ada sesiapa yang tahu hasil seni dahulu kala.Warisan ini merupakan warisan yang perlu di naik tarafkan hingga ke depan ke generasi baru.

Bak kata pepatah :

"Tidak Lapuk Dek Hujan "

"Tidak Hilang Warisan Melayu"

Di harapkan anda semua akan terhibur & gembira dengan melawati Blog PWSTM ini.

Selamat melayari blog TERKUKUR yang menjadi hiburan hasil tinggalan Nenek Moyang kita terdahulu sampai lah kepada kita hari ni.............

Akhir kata dari saya : MOTO PWSTM & MOTO KAMI :

"WARISAN SEJAGAT , WARISAN SELAMAN "

From :
PWSTM

SILA LAWATI & BERILAH SOKONGAN KEPADA FORUM KAMI :

SILA KLIK LINK DI BAWAH INI SEGERA :-

http://database1900.13.forumer.com

TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA dari PWSTM di atas sokongan semua pihak, semua sahabat yang mengenali PWSTM atau pun tidak.Khususnya warga TTF semua.

TERIMA KASIH juga kepada pihak MEDIA yang menengahkan seni warisan ini untuk di kongsi oleh semua khususnya SINAR HARIAN DLL.


Selasa, 8 Januari 2013

BAB 7 - PENJAGAAN & PEMILIHAN

Salam.

Pada tajuk ini saya ingin utarakan cara penjagaan terkukur yang spesifik yang selalu atau kebiasaan pemikat menitik beratkan .Yakni PENJAGAAN

Penjagaan ini terbahagi kepada beberapa perkara.dari mula peroleh burung hutan (bh) sehingga di atas sangkar layang (SL)

Saya spek kan bahagian pertama :

1) Tangkapan di laman.

Tangkapan di hutan di masukkan kedalam ladung atau sangkar makan atau sangkar kawan.Biarkan mereka belajar mengenali rakan-rakan dan cara rakan-rakannya makan di dalam sangkar atau reban atau ladung.Ini langkah pertama .kebersihan di dalam reban perlu di ambil kira.Cuci reban setiap minggu sekali jika burung di dalam reban terlalu banyak.

Pada zaman dulu orang tua-tua membahagi kan beberapa reban.Reban pertama reban makan atau reban kawan,kedua reban pengasingan atau pemilihan,reban ketiga adalah reban pemerhatian.

Ketiga-tiga reban ini memain peranannya tersendiri.saya boleh bahagi kan kategori reban begini :

UNTUK BACA SELANJUTNYA SILA KE SINI......


1) reban makan atau reban kawan bermaksud reban yang di gunakan untuk memasukkan BH baru masuk untuk mempelajari kaedah pemakanan baru selain di hutan.pemakanan baru ini adalah pemakanan yang kita beri pada BH di dalam reban pertama.Antara makanan yang sering di beri saya contoh kan di sini iaitu : padi ,jagung halus,gandum,dedak, atau sekoi atau kambu.itu adalah merupakan makanan rutin yang selalu kita dengar dan selalu kita beri kan.

2) reban pengasingan bermaksud reban yang kita asingkan mana-mana BH yang berkuasa di dalam reban.Yang mana kita panggil burung lama, burung raja, burung otai, burung taiko, burung garang dan seumpamanya yang di guna kan istilah.Jadi reban pengasingan ini perlu menitik berat kan burung lama yang berada di reban pertama.Jadi kita asingkan mana-mana burung pilihan yang kita fikirkan terbaik setelah proses pemerhatian daripada reban pertama.Pada reban ini kebersihan perlu di jaga agar burung yang dipilih mendapat proses pertukaran tempat baru sebelum di pindah ke reban ketiga.

3) reban pemerhatian dan reban akhir bermaksud reban yang akhir sekali untuk pemilihan buurng-burung dari reban kedua sebagai pilihan akhir sebelum di naikkan ke sangkar layang.pada reban ini burung tidak di masukkan terlalu banyak.Pada reban ini burung hanya sekor atau dua sahaja yang berada di sini....reban ini perlu bersih kawasannya untuk menjaga prestasi burung itu sendiri.agar apabila di keluarkan dari reban nanti ianya tetap dalam suasana bersih .Di dalam reban ini makanan rutin nya adalah sekoi atau kambu yang di beri.Kerana apa ? kerana untuk menyesuaikan diri,membaikkan suara nanti.namun itu bukan ukurannya.yang penting pemilihan yang telah kita buat dari ketiga-tiga reban adalah terbaik sekali.

pada reban ketiga-tiga langkah ini kalau boleh kita perlu memeriksa makanannya dan minumannnya agar sentiasa bersih selalu.air perlu di tukar sekerap mungkin kerana apabila bercampur najis atau habuk atau bulu burung akan menyebabkan burung menjadi tidak sihat dan dikuatiri akan mendatangkan penyakit.Khususnya penyakit mata atau seduan.

Jadi kebersihan dan penjagaan kita telah mula kan dari peringkat awal lagi.Oleh kerana itulah ada orang tua-tua dahulu akan menyediakan ketiga3 peringkat reban untuk mendidik diri atau mendidik anak cucu nya yang berminat menceburi hobi nya agar pembelajaran itu bermula.Jika kita fahami step by step nya insyaallah kita akan lebih mengerti akan permainan seni itu sendiri.Persoalannya kenapa mereka mencipta tau membina tiga reban atau 2 reban berasingan.Jika kita fahami itulah tahap pembelajaran awal dalam hobi memelihara burung ini.

Ada 3 langkah pelajaran tersebut, tangkap,simpan dan asing.tangkap bukan sebarang tangkap,simpan bukan sebarang simpan dan asing bukan sebarang asing.Jika kita perhatikan langkah itu insyaallah kita akan faham apa sebenarnya yang ingin orang dahulu ingin tonjolkan.Sebagai contoh yang boleh saya katakan disini,ada seorang sifu atau otai ada seorang cucu nya atau anak nya meminati hobi sama dengan nya.Jadi sebagai contoh yang boleh saya katakan adalah :atok!atok! boleh tak ajar saya bagaimana nak main burung ini ? boleh kata atok.kamu nampak tak ketiga-tiga reban tu ? nampak atok.kalau kamu nak belajar dengan atok ,kamu nampak tak reban pertama tu ? nampak atok.pergi cuci dan bersihkan reban tu sampai bersih.kamu kena bersihkan reban tu setiap hari boleh ? kalau kita bertanya balik dengan alasan.alaaaaaaa...atok kenapa nak belajar burung kena cuci reban pulak ? busuk dengan taik dia tu atok........kamu nak belajar tak ? yelah,yelah.......kenapa reban tu pulak kena cuci ? kenapa lagi 2 reban tu tak cuci ? aiiiii banyak pulak bertanya kamu ni.orang suruh tu buat aje lah...kalau kita nak jadi murid yang baik dari situlah jika kita faham kita akan dapat 1 ilmu dan pengalaman yang berkesan sekali.

Jangan bantah dan jangan dakwa dakwi lagi apa yang guru suruh itu hehehehe.Itu lah pesan dari atok saya dahulu.Dari bab penjagaan dan pemilihan itu lah permulaan langkah kita pada hal mainan seni itu sendiri.kerana pengalaman itu mengajar kita lebih dewasa kata pepatah.

Jadi pada pelajaran ini kita dapat simpulkan bahawa mula pelajaran itu adalah dari pengalaman dan pemerhatian.tetapi kalau kita tidak ingin ikut pun tidak mengapa kerana kita lebih mudah dengan cara mudah yakni buat apa buat reban banyak2.buat penat saja.satu reban pun cukup.jadi jugak pikat ye tak hehehehe.betul tu.cuma apa yang saya nak kongsikan disini adalah cara orang-orang dahulu saja.tiada apa-apa .semua sama saja.cuma saya nak ketengahkan cara dan kaedah mereka dulu saja dari segi penjagaan & pemilihan dalam pembelajaran hehehe.Jadi seterusnya penjagaan burung ini amat penting sekali dari mula reban sehinggalah ke atas sangkar layang.Bila kita telah terbiasa mencuci di reban,maka kita akan turut sama penjagaan di atas sangkar layang.kerana bila kawasan bersih pikat pun akan jadi sihat walafiat.Sama juga macam kita ,jika persekitaran kita bersih di dalam rumah maka keluarga pun sihat ceria juga.pakaian kita bersih,peralatan makan minum kita bersih maka insyaallah sihat kita ini.

Sampai pada kebersihan dan penjagaan di atas sangkar layang pastikan tempat najis di cuci selalu dan di jemur di tengah panas untuk menghindarkan bekas najis itu ada kuman pada nya.jemur sampai kering bekas najis itu barulah di pasangkan kembali pada sangkar.Cara pembersihan sangkar yang ada burung ,kita perlu pindahkan dahulu burung ke sangkar layang yang lain dan di cuci sangkar layang kepunyaan burung itu tadi.sama juga kaedah nya .siap cuci sebersih-bersihnya kemudian jemurlah sehingga kering betul di bawah panas terik matahari.bila dah pasti kering nya pindahkan kembali burung tadi ke sangkar layang asal nya.Begitu juga dengan bekas makan dan minum perlu di cuci.pasti kan bekas makanan perlu kering sebelum memasukkan kambu atau sekoi kedalam bekas nya kerana di kuatiri belum kering akan menyebabkan kulat menjangkiti kambu atau sekoi itu.

Makanan pula jika kita rajin jika kita beli dalam sekilo gram bila balik jangan terus masukkan kedalam bekas kamu atau sekoi.sebaiknya tampi dahulu di dalam talam kecil untuk membuang habuk-habuk yang terdapat pada kambu atau sekoi itu.kerana habuk-habuk di dalam kambu yang bercampur dengan batu dan tanah akan menyebabkan burung tidak sihat di sebabkan habuk2 kecil tu.

Minuman pula air terbaik adalah air hujan ,telaga, sungai,jeram.Ini antara air yang menjadi kesukaan burung kita dalam memberi kesihatan kepada pikat kita atau burung kita.Namun jika tiada air tersebut, air yang di tapis juga baik untuk burung.hindari air dari klorin kerana akan menyebabkan bulu burung akan mudah meluruh dan habuk bulu burung akan mudah keluar dan kerap berdebu.

INilah serba sedikit tips-tips penjagaan dan pemilihan yang dapat saya kongsikan bersama rakan-rakan sekelian buat kali ini.INsyaallah saya akan menulis lagi pada bab-bab yang lain pula.

sekian

4 ulasan:

PWSTM BLOG/LONGKEDAH berkata...

running test

Halim Said berkata...

lama aiih x masuk dlm ni .sekali sekali kena lawat blog long ni bg refresh blik kpla ni long....0292kingbroncho

Tanpa Nama berkata...

Askum,saya nak tnya,mcm mana nak goreng kambu,telur dan madu tu,tlg ajar sy.

Azri Terkukur berkata...

assalam.. kalau kita bgi air yg ditakung kepada burung boleh ka?