Pengikut

SELAMAT DATANG

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara semua kerana melawati Blog kami yang tidak seberapanya ini.

Blog ini di hasilkan adalah untuk memberi sedikit info & berkongsi maklumat bersama penggemar burung terkukur khususnya bagi kaki pikat.

Blog ini juga di hasilkan bagi merapatkan dan bersilaturahim sesama.

Blog ini di hasilkan bagi meneruskan WARISAN seni tinggalan Nenek moyang kita dahulu sehinggalah sekarang ini.

Jika tiada siapa yang menengahkan warisan ini, maka ianya akan terbuku kubur tanpa ada sesiapa yang tahu hasil seni dahulu kala.Warisan ini merupakan warisan yang perlu di naik tarafkan hingga ke depan ke generasi baru.

Bak kata pepatah :

"Tidak Lapuk Dek Hujan "

"Tidak Hilang Warisan Melayu"

Di harapkan anda semua akan terhibur & gembira dengan melawati Blog PWSTM ini.

Selamat melayari blog TERKUKUR yang menjadi hiburan hasil tinggalan Nenek Moyang kita terdahulu sampai lah kepada kita hari ni.............

Akhir kata dari saya : MOTO PWSTM & MOTO KAMI :

"WARISAN SEJAGAT , WARISAN SELAMAN "

From :
PWSTM

SILA LAWATI & BERILAH SOKONGAN KEPADA FORUM KAMI :

SILA KLIK LINK DI BAWAH INI SEGERA :-

http://database1900.13.forumer.com

TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA dari PWSTM di atas sokongan semua pihak, semua sahabat yang mengenali PWSTM atau pun tidak.Khususnya warga TTF semua.

TERIMA KASIH juga kepada pihak MEDIA yang menengahkan seni warisan ini untuk di kongsi oleh semua khususnya SINAR HARIAN DLL.


Rabu, 3 Julai 2013

PERKONGSIAN ASAS PERMAINAN PELEPAH BERGAMBAR

Salam semua

Di sini saya bawakan 1 gambar untuk sama-sama kita mengetahui  asas pada permainan pelepah.
Gambar adalah ehsan daripada rakan saya yang membenarkan saya menggunakan untuk tujuan perkongsian info sahaja.Tidak ada maksud lain.Hanyalah sekadar perkongsian sahaja.

 Gambarajah 1

Pada gambarajah 1 kita dapat lihat 1 kaedah permainan pelepah.Permainan di laman pelepah ini adalah khususnya untuk menangkap burung hutan yang istilah nya kita panggil Celir @ Celih @ Chega.

Kebanyakkannya para pemikat gemar menggunakan kaedah ini untuk menangkap terkukur liar yang kita namakan dengan istilah di atas .

Pada gambarajah 1 di atas juga ada beberapa elemen penting yang perlu kita perhatikan dan amati betul-betul sebelum kita meneruskan permainan pelepah.antaranya adalah ;

1) Pikat / Denak
2) Pelepah
3) Laman racik

Saya akan huraikan 1 persatu insyaallah sebagaimana yang terdapat pada gambarajah 1.

1) Pikat / Denak

Untuk bermain laman pelepah pikat / denak perlu kepada yang jinak sedikit pada permulaannya.Kerana jika pikat/denak yang agak agresif agak susah sikit kita nk ajar main pelepah.Kemungkinan yang akan timbul adalah mudah menembak dan terbang.Dan mengakibatkan pikat/denak akan tergantung kebawah.Ini akan menyukarkan proses bermain pelepah.Pada tahap ini training perlu kerap di atas pelepah sahaja.Pada gambarajah 1 diatas ada beberapa kesilapan yang tidak disengajakan kerana untuk membuat proses perkongsian maklumat di sini.Gambarajah di atas itu memang sengaja di adakan sebegitu untuk menunjukkan proses bermain pelepah bagi mereka yang baru ingin menceburi bidang laman pelepah ini.

Jika kita lihat pada gambarajah 1 itu, lihat kedudukan tanda A dan tanda B.Pada tanda A adalah laman racik dan pada tanda B itulah kesilapan yang hendak di kongsikan.Kita abaikan tanda A kerana belum masuk pada bab nya.kita tumpukan pada tanda B dahulu.Jika kita perhatikan tanda B ada ruang agak sejengkal di biarkan kosong.Disitu sepatutnya adalah laman pikat/denak berada.tetapi terdapat ruang disitu.Ini akan mengkibatkan tanda B itu burung hutan boleh hinggap jika terdapat burung hutan yang kita panggil celir/celih/chega.Burung hutan yang cerdik, mereka akan cuba untuk terus berlaga dengan pikat./denak.Jadi ruangan itulah (tanda B) menjadi tempat burung hutan akan hinggap sepenuhnya untuk beradu dengan pikat/denak.Apabila pikat/denak di letak pada kedudukan pada gambarajah 1 maka kita akan mengakibatkan pikat./denak kalah.Sepatutnya kedudukan pikat/denak akan berada pada tanda B.Itu kesilapan pertama.Untuk bermain pelepah juga tali kaki pikat/denak untuk di letak adalah dalam lingkungan dlm sejengkal sahaja.Kecuali pikat/denak yang sudah biasa maka tak mengapa kita biarkan panjang sedikit dari biasa.

2) Pelepah

Untuk bermain pelepah juga laman atau pelepah boleh kita pelbagaikan dengan berbagai cara.Antaranya adalah pelepah sawit, pelepah pisang, pelepah kelapa(nyior) dan seumpamanya.Semua itu boleh kita pelbagaikan.Tidak terhad kepada pelepah sawit sahaja.Jadi cuba kita lihat pada gambarajah 1 diatas.Pelepah tersebut sudah okey pada dasar nya.Tetapi ada terdapat sedikit kesilapan pada pelepah di gambarajah 1 tersebut.Apa yang salah pada gambarajah 1 diatas ? Pelepah juga.Ya ! , memang pelepah juga.Tetapi cuba perhatikan betul-betul pelepah tersebut terlalu besar dan ini akan memberi ruang burung hutan nampak ruangan tanda A yakni laman racik yang akan kita bincangkan nanti.Pada permainan pelepah untuk mengajar burung baru bermain pelepah cukup sesuai menggunakan pelepah yang besar sebagaimana gambarajah 1 diatas.Kerana apa ? kerana untuk membiasakan burung baru(BB) lebih bersedia berada di atas pelepah.Namun jika untuk menangkap burung hutan baik, tidak digalakkan mengunakan batang pelepah besar sebegitu.Ruang terlalu banyak di situ.Memang sengaja kita guna gambar ini untuk memberi gambaran pada kita semua khususnya pemikat yang baru untuk berjinak-jinak dengan permainan pelepah ini.Dan jika kita lihat kesemua daun pelepah di kiri dan kanan kesemua nya jatuh @ turun kebawah.Ini akan memberi ruang burung hutan mengenal pasti ada perangkap di situ khususnya burung hutan yang cerdik.Jadi pelepah di gambarajah 1 tidak digalakkan.Pelepah perlu kepada pelepah sawit yang agak kecil atau sedang-sedang sahaja sebagaimana gambarajah di bawah ini .



Gambarajah 1.1

Maaf kualiti gambar pelepah kurang memuaskan(hehehe).
Cuba lihat gambarajah 1.1 di atas ini.Cuba perhatikan perbezaan gambarajah 1 dan gambarajah 1.1 yang di sediakan.Nampak perbezaannya kan.

p/s : Jangan perhatikan kualiti daun yang kena makan ulat tu hehehehehehe......

Perhatikan perbezaan bentuk pelepah diantara kedua-dua gambarajah tersebut.Pada gambarajah 1 pelepah nya besar,pada gambarajah 1.1 pelepahnya kecil.Jadi yang mana lebih fleksibel ? sudah tentu kita mendapat jawapannya kan.Gambarajah 1 kesemua daun pelepah turun dan jatuh kebawah.Dan gambarajah 1.1 daun pelepahnya banyak naik dan turun.Mana 1 menjadi pilihan ? sudah tentu yang lebih efisien penggunaanya adalah pada gambarajah 1.1 kerana kesemua jalan laman nya adalah tersembunyi dari pengetahuan burung hutan.

3) Laman racik

Untuk bermain pelepah kita perlu kepada laman.Sama juga dengan laman di tanah dan seumpamanya.Perlu kepada laman .Laman yang hendak kita utarakan disini adalah laman racik.Laman khusus dan utama sekali selepas yang lain-lain dalam permainan pelepah ini.Laman racik adalah laman khas untuk menipu dan memerangkap burung hutan agar mendapatkan hasil yang terbaik sekali.Jadi pengadaan laman racik amatlah penting sekali.

Sila rujuk pada gambarajah 1 di atas.

Tanda atau label merah bulat dan tanda A adalah merupakan laman racik.Saya telah tandakan dengan tanda A untuk menunjukkan bahawa kebiasaannya itulah laman racik yang selalu di guna pakai oleh semua pemain pelepah.Namun apa yang kita lihat pada gambarajah 1, terdapat kesilapan lagi yang perlu kita perbetulkan.Bukan gambar silap.Memang sengaja kita adakan gambar begitu.Cuba kita perhatikan tanda A.Apa yang menjadi kesilapan nya ? Jawapannya adalah kerana laman racik terlalu luas.Saya yakin pembaca akan bersetuju dengan saya.Laman seperti gambarajah 1 diatas tidak sesuai untuk menipu dan memerangkap burung hutan yang bernama celir/celih/chega.Kerana burung hutan tahap pemahaman C (celir/celih/chega) amat peka akan persekitaran laman.Mereka tidak terus hinggap diatas laman,Mereka akan hinggap di kiri kanan pelepah dahulu.Jadi pemerhatian mereka akan tertumpu kepada laman terbuka racik sebagaimana gambarajah 1 diatas itu.jadi laman seperti gambarajah 1 adalah tidak sesuai untuk menipu @ memerangkap burung hutan tahap C.Yang paling sesuai adalah gambarajah 1.1 untuk menipu@memerangkap burung hutan tahap C.

Namun apa yang saya sebutkan dan kongsikan diatas bukanlah 1 perkara wajib untuk bermain pelepah.Tidak semestinya ianya tepat dan bagus.Adakala nya tidak berjaya juga walau sebagus mana proses laman pelepah yang saya tunjukkan ini.Cuma nya ini hanya sebagai perkongsian info sahaja.Para pembaca diingatkan tidaklah mengikut cara yang saya terangkan diatas itu.Tidak semestinya.Ada pelbagai-bagai cara pemikat diluar sana yang lebih efisien dan hebat bermain pelepah.Saya pun masih dalam pembelajaran dan praktikal juga dalam bab permainan pelepah ini.Cuma nya hanya sekadar perkongsian pengalaman sahaja.Jika terdapat salah dan silap diharapkan para pembaca memafkan diri saya yang lemah dan kerdil dengan perkongsian ilmu ini .Apa yang penting adalah agar Warisan Seni ini dipelbagaikan oleh generasi agar ianya lebih bertambah info-info untuk semua.Dengan idea dan teknik-teknik yang di pelbagaikan maka muncullah 1 idea dalam diri pemikat untuk mengadakan cara permainan pelepah ini.
Bukan pengiktirafan yang saya inginkan, yang saya inginkan agar Warisan ini terus berkembang hingga ke generasi akan datang bahawa Warisan Seni ini menjadi Warisan yang hebat di Tanahair kita ini.Kerana Warisan ini masih bertapak dan kekal dari orang-orang dahulu kala entah ke berapa generasi hingga ke hari ini.
Wassalam
longkedah

Tiada ulasan: