
Projek Labu
Memandangkan bulan November ni dah masuk musim hujan & musim helang, maka saya tidak akan turun memikat sampailah penghujung tahun.musim ini juga berbahaya bagi pikat kerana spesis helang berlegar-legar mencari mangsa.khususnya utk mencari makan untuk anak-anaknya.
Jadi memandangkan tiada apa-apa aktiviti memikat, hanyalah mendengar dan melihat burung-burung baru yang bakal di turunkan pada tahun depan (2009).
Jadi saya ambil peluang ini untuk menjalankan pembuatan projek labu manis.
Labu Manis ni adalah merupakan sangkar kecil untuk mengajar burung baru.tidak semestinya untuk mengajar burung baru.untuk di gunakan pikat kita pun boleh.kerana keluasan & keselesaannya.walaupun bentuknya agak besar sedikit, namun praktikal untuk mengajar burung baru.
Labu ni pun saya cuba buat menggunakan rotan-rotan yang lama.di sebabkan tidak ada masa untuk masuk kehutan mencari rotan maka yang mana ada je la
long
Tiada ulasan:
Catat Ulasan