Pengikut

SELAMAT DATANG

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara semua kerana melawati Blog kami yang tidak seberapanya ini.

Blog ini di hasilkan adalah untuk memberi sedikit info & berkongsi maklumat bersama penggemar burung terkukur khususnya bagi kaki pikat.

Blog ini juga di hasilkan bagi merapatkan dan bersilaturahim sesama.

Blog ini di hasilkan bagi meneruskan WARISAN seni tinggalan Nenek moyang kita dahulu sehinggalah sekarang ini.

Jika tiada siapa yang menengahkan warisan ini, maka ianya akan terbuku kubur tanpa ada sesiapa yang tahu hasil seni dahulu kala.Warisan ini merupakan warisan yang perlu di naik tarafkan hingga ke depan ke generasi baru.

Bak kata pepatah :

"Tidak Lapuk Dek Hujan "

"Tidak Hilang Warisan Melayu"

Di harapkan anda semua akan terhibur & gembira dengan melawati Blog PWSTM ini.

Selamat melayari blog TERKUKUR yang menjadi hiburan hasil tinggalan Nenek Moyang kita terdahulu sampai lah kepada kita hari ni.............

Akhir kata dari saya : MOTO PWSTM & MOTO KAMI :

"WARISAN SEJAGAT , WARISAN SELAMAN "

From :
PWSTM

SILA LAWATI & BERILAH SOKONGAN KEPADA FORUM KAMI :

SILA KLIK LINK DI BAWAH INI SEGERA :-

http://database1900.13.forumer.com

TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA dari PWSTM di atas sokongan semua pihak, semua sahabat yang mengenali PWSTM atau pun tidak.Khususnya warga TTF semua.

TERIMA KASIH juga kepada pihak MEDIA yang menengahkan seni warisan ini untuk di kongsi oleh semua khususnya SINAR HARIAN DLL.


Sabtu, 5 Oktober 2013

TIP PENJAGAAN BURUNG

Salam selaman

Pada posting kali ini saya ingin berkongsi sedikit info atau maklumat berkenaan tip-tip penjagaan burung terkukur khususnya

Penjagaan amatlah perlu khususnya denak atau pikat kita agar ianya menjadi sihat dan baik selalu.Antaranya ialah :

1) kebersihan sangkar
2) kebersihan makanan dan minuman
3) dll

penerangan

1) kebersihan sangkar
kebersihan sangkar amatlah perlu di jaga dengan rapi agar buurng yang dipelihari menjadi sihat sentiasa.

Tips nya
sangkar layang atau sangkar bulat perlulah di bersihkan sekurang-kurangnya seminggu sekali.Ini kerana keadaan faktor cuaca memperngaruhi burung khususnya.Jika cuaca panas selalu, burung kerap buang najis ada masa nya cair.cairan tersebut melekat pada lantai najis sangkar dan hama akan masuk ke dalam najis .Ini akan membuatkan hama atau unggas kecil berterbangan di sangkar.Pada musim sejuk burung kerap mengembangkan bulu dan habuk-habuk putih bulu akan jatuh ke lantai sangkar.Ini akan mengakibatkan burung mudah terkena penyakit seperti seduan atau selsema.

langkah nya
perlu di cuci dengan air bersih sekurang-kurangnya seminggu sekali.Pindahkan dahulu denak atau pikat kita itu ke dalam bekas pemikat yakni cetok,bakul,jebak atau sebagainya untuk proses pembersihan sangkar.sembur dengan air paip khususnya kerana zaman moden ini kita menggunakan air paip sahaja.Mudah untuk mencuci sangkar.Buangkan dahulu najis-najis yang terdapat pada lantai sangkar dan gosok menggunakan berus sabut, atau sabut kelapa atau apa sahaja bagi membersihkan nya.Cuci sebersih-bersihnya kesemua sangkar khususnya sangkar layang itu dari tangkai sehingga ke semua sangkar bersih .Apabila telah siap di bersihkan , sangkar tersebut perlulah di jemur di bawah terik matahari untuk mematikan hama-hama yang terdapat pada sangkar layang itu.Dan apabila telah kering bolehlah di simpan dan di letakkan surat khabar atau kertas pada lantai sangkar layang agar mudah kita membuang dan mencuci najis di hari-hari lainnya.

2) kebersihan makanan dan minuman
makanan dan minuman yang bersih amatlah baik sekali untuk pemakanan burung terkukur.Penjagaan yang baik dan pemakanan yang baik menjadikan denak atau pikat sihat selalu

Antara pemakanan yang selalu di berikan oleh pemikat kepada denak dan pikat antaranya adalah :
a) kambu,sambau atau sekoi
b) padi burung
c) dedak
d) dll

Di atas itu adalah contoh-contoh makanan yang sering di beri kepada buurng terkukur khususnya.Antara pemakanan kebiasaan yang popular adalah pilihan (a).Kerana ianya mudah di dapati dimana-mana kedai jualan burung.Dan harga nya pula amat berpatutan.Jadi pemilihannya adalah makanan yang mudah di dapati di mana-mana.

Tips
Makanan yang di import seperti sambau.kambu atau sekoi ini selalu di import daripada US atau China.Bermakna tempoh jarak perjalanannya dari negara pengeluar itu untuk sampai ke negara kita malaysia memakan masa juga.Sehubungan itu, ada juga habuk-habuk kepingan kulit atau habuk-habuk dari tanah kutipan asal nya bercampur dengan makanan itu.Langkah terbaik bagi kita pemelihara buurng,apabila selesai pembelian makanan tersebut, sebaik-baiknya sebelum di beri kepada burung ,perlu di bersihkan terlebih dahulu, prosesnya sebagaimana kaedah berikut :

i) basuh - pilih - jemur - simpan
ii) tampi-pilih-simpan

Di antara kedua-dua proses itu kita boleh lakukan mana-mana sahaja yang difikirkan sesuai dengan kita.Boleh menggunakan di kedua-dua proses di atas itu.

Kaedah proses tersebut adalah untuk mengasingkan habuk-habuk atau anasir asing yang terdapat pada makanan buurng tersebut agar ianya menepati kebersihan sebelum di berikan kepada burung peliharaan kita.

Makanan yang bersih akan memberi inpak yang baik dari segi mutu suara burung peliharaan kita nanti.
Selain itu juga penukaran makanan seperti sambau, kambu atau sekoi perlu di periksa sekurang-kurangnya 3 hari sekali .Kerana sambau,kambu atau sekoi apabila ada bahang panas makanan tersebut akan menjadi kecut dan berhampas.Isi di dalamnya menjadi kering dan ini tidak sesuai untuk pemakanan buurng untuk menjadikannya sihat.Setiap 3 hari sekali adalah rutin harian kita sebagai pemelihara buurng.Bukan setakat itu sahaja, di kuatiri jika kita membiarkan terlalu lama, habuk-habuk bulu burung seandainya burung sedang meluruhkan bulu atau molting maka habuk-habuk dari badan burung akan masuk ke dalam bekas makanan ,Jadi burung tiada pilihan daripada memakan sambau,kambu atau sekoi yang diselaputi habuk itu.Ini akan mengakibatkan burung manjadi tidak sihat.

Bukan pada makanan sahaja, dari segi minuman burung juga kita perlu mengambil berat juga.Kerana air merupakan bahan galian untuk melancarkan proses sistem pencernaan.Air juga perlu di periksa dan perlu di bersihkan sekurang-kurangnya 3 hari sekali.Dan air yang di sarankan adalah air masak, air hujan, air perigi, air sungai,air jeram, air bukit, air mataair,air tapisan dan lain-lain punca semula jadi.Air yang tidak di galakkan sebagai minuman buurng peliharaan adalah air paip.Kerana aip paip terdapat campuran klorin yang tinggi kecuali ianya telah dimasak.Air papip memang punca nya daripada air sungai ,tetapi proses untuk menjernihkan air bersih itu bercampur dengan klorin.Ini tidak bagus untuk pencernaan burung peliharaan.Namun tiada masalah jika kita tiada punca air bersih untuk diberikan kepada burung peliharaan kita.Cuma nya saranan nya tidak di galakkan.

Itulah serba sedikit tips-tips yang dapat saya kongsikan di sini buat kali ini.
Apa yang baik jadikan pengalaman, yang buruk jadikan sempadan.
sekian,wassalam

ikhlas
longkedah

Rabu, 25 September 2013

BELAJAR TANDA BURUNG PENGUKU-(SPEK 1)

Salam
Memandangkan saya berehat menulis di Facebook, maka saya berpindah menulis di blog ini pula bag memberi perkongsian infi pada rakan-rakan semua.

25.9.2013(rabu), saya buka tajuk bergambar bagaimana hendak mengenal salah 1 spek burung penguku @ banyak angguk.Banyak spek kita dapat lihat untuk jenis penguku ni.Pada gambar ini adalah pada sisik ikan salah 1 nya.


Ahad, 22 September 2013

OKTOBER-JANUARI MUSIM HELANG BERLELUASA(HATI-HATI)

SALAM SEJAHTERA WARGA PWSTM SEMUA.


KEPADA SEMUA PEMIKAT KHUSUSNYA BAGI MEREKA YANG BARU INGIN MENCEBUR BIDANG INI PERLU BERHATI-HATILAH KERANA MUSIM HELANG SUDAH MASUK.TERMASUK HELANG TIKUS, HELANG SEWAH,HELANG SIKAP.ITU SEMUA NAMA-NAMA HELANG YANG KEBANYAKANNYA TERDAPAT DI MALAYSIA.
KEBANJIRAN HELNG PADA PENGHUJUNG MUSIM AKAN MENGAKIBATKAN HELANG MASUK BERSARANG DAN MEMBESARKAN ANAK.KHUSUSNYA SEWAH ATAU SIKAP AKAN MASUK KE BUMI MALAYSIA DARI PERSISIRAN PANTAI MENUJU KE BELUKAR UTK BERTELUR DAN MEMBESARKAN ANAK SEPANJANG ANGIN MONSUN TIBA.PADA MASA KESEJUKAN ANGIN KUAT INILAH MEREKA AKAN MEMBESARKAN ANAK DALAM KEADAAN SEJUK DAN LAPAR.KELUAR MASUK KE KAWASAN BELUKAR, HUTAN, RIMBUNAN ,LADANG,KEBUN UTNUK MENCARI MAKAN UTK MEMBESARKAN ANAK.

PEMBIAKAN SPESIS INI ADALAH ANTARA OKTOBER HINGGA JANUARI.
JADI PARA PEMIKAT PERLU BERHATI2 DI MASA INI JIKA TURUN MEMIKAT.JANGAN TERLALU LEKA KERANA MEREKA ADA DI MANA-MANA DENGAN DIAM MEMERHATI DAHULU SEBELUM MELARIKAN DIRI.KECUALI DI TEMPAT MEREKA BERSARANG.
OLEH YG DEMIKIAN AKTIVITI MEMIKAT ATAU PUN TRIP KHAS PWSTM TIDAK AKAN DI BUAT DI MANA-MANA NEGERI ATAU TEMPAT KERANA FAKTOR INI.
KERANA KITA TIDAK MAHU FAKTOR PENYEBAB PIKAT DI SAMBAR HELANG TINGGI KERANA APABILA PWSTM MENGADAKAN TRIP RAMAI PEMIKAT MASUK KELAMAN-LAMAN DENGAN PIKAT YANG BANYAK.
JADI ITU PUNCA ANTARA FAKTOR PWSTM TIDAK MAHU AMBIL RISIKO MENGADAKAN TRIP.
NAMUN WALAUBAGAIMANA PUN BOLEH MEMIKAT TIADA MASALAH.CUMA PERLU BERHATI-HATI LAH YE.
SEKIAN TERIMA KASIH
— at BUKU TERKUKUR PWSTM (1986).
 
nota: TULISAN DAN INFO INI TIADA KENA MENGENA DENGAN SESIAPA JUA.HARAP MAKLUM.TIADA HALANGAN UNTUK SESIAPA JUA UNTUK MEMIKAT.TETAPI PERLUU BERHATI-HATI.SAYANGILAH PIKAT ANDA.AJAR BB AJE LAH MUSIM NI TIBA.

FACEBOOK "PERSATUAN WARISAN SENI TERKUKUR MALAYSIA" (PWSTM)

Salam

Sila kunjungi kami di Facebook PWSTM untuk berkongsi info dan maklumat

https://www.facebook.com/groups/PWSTM/

Terima kasih

Selasa, 17 September 2013

18 SEPTEMBER 2013 - PWSTM CIPTA SEJARAH BERSAMA RTM

Salam semua
18 September 2013 PWSTM melakar sejarah bersama RTM kerana berjaya membuat rakaman perihal terkukur di siaran Panorama TV1 pada jam 9.30 malam

Pwstm menghantar wakil yakni Sdr Nasir Hussin, Ayie Mustafa, Engkau Ujud,Amat Terkukur dan Appu untuk bersama membuat rakaman tersebut.

Pwstm juga mengucapkan berbanyak ribuan terima kasih kepada sdr erie khuzairie sebagai pencetus kepada rakaman tersebut.Dan juga Pwstm merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada pihak RTM dan Krew rancang panorama yang sudi bersama wakil pwstm utk bersama-sama membuat rakaman di seremban.

Pwstm juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada sdr amat terkukur kerana sudi bersama pwstm menjayakan rakaman ini.

sokongan daripada tuan-tuan semua pihak pwstm mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.

jangan lupa saksikan rancangan panorama di TV1 pada jam 9.30 malam pada 18 September 2013.



Jumaat, 30 Ogos 2013

PWSTM TELAH MASUK KE DUNIA PENYIARAN - TERIMA KASIH RTM

Salam dan selamat sejahtera pada semua warga ahli pwstm khususnya.
Alhamdulillah syukur kita kepada allah snwt kerana telah menjadikan impian kita menjadi kenyataan jika di izinkan tidak lama lagi.

Menjadi titik tolak silaturahim sesama kita, mengibaratkan satu wadah perjuangan seni anak bangsa tanpa mengira kaum,agama dan warna kulit kita dapat bersama pada hari ini di bawah satu bumbung.

Dengan wadah itulah , maka pada hari ini 28 Ogos 2013 bersamaan dengan hari Rabu tinggal 1 hari lagi menjelangnya Ulang tahun penubuhan pwstm yakni pada tanggal 29 Ogos 2013 mencipta sejarah permulaan bagi warisan ini yang mana telah berjaya memasuki ruang lingku penyiaran.

Alhamdulillah pada tarikh itu juga pihak RTM telah meminta pihak pwstm membuat rakaman berkenaan warisan seni ini untuk di siarkan di dalam program bertajuk panorama yang insyaallah akan di siarkan pada 11 September 2013 jam 8.30-9.00 malam selama setengah jam siaran khusus untuk PWSTM.

Dengan wakil yang kita hantar yakni sdr bendahari kita iaitu encik nasir hussin, en ayie mustafa, en Engkau Ujud ,en Appu yang di bantu oleh rakan kita en Amat Terkukur, dan rakan beliau yang bertempat di Seremban.

Rakaman ini di buat di Kg Peladang Seremban dari pagi hingga menjelang ke petang.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada wakil kita dan terima kasih pada rakan2 kita yang membantu pwstm serta tidak di lupakan jutaan ribuan terima kasih kepada pihak RTM kerana sudi membuat rakaman perihal warisan seni ini untuk di ketengahkan kepada masyarakat dan generasi akan datang.

wassalam
 

Khamis, 15 Ogos 2013

ANNUAL GENERAL MEETING & TRIP MEMIKAT TERKUKUR & MERBOK(TERTUTUP) PWSTM MERDEKA RAYA 2013 KEMBALI

salam semua warga pwstm khususnya.
Yang di tunggu telah pun tiba.
trip tertutup khusus untuk semua ahli pwstm seluruh malaysia.
marilah sama-sama memeriahkan suasana program kita ini di sempena syawal dan Hari kemerdekaan Malaysia 2013 ini.
Bersua kita di TRIP SILATURAHIM MERDEKA RAYA 2013

seperti biasa SUMBANGAN HADIAH SEIKHLAS HATI AMATLAH DI ALU-ALUKAN

Selasa, 9 Julai 2013

SALAM RAMADHAN 1434H DARI PWSTM

Assalamualaikum wrmth wkth

Di kesempatan ini Saya dengan rendah diri ingin mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa Ramadhan 1434H kepada semua warga-warga,Peminat Setia dan rakan-rakan ahli Persatuan Warisan Seni Terkukur MALAYSIA (PWSTM) yang beragama Islam khususnya moga kehadiran ramadhan pada kali ini meraih lautan rahmat Allah Snwt di bulan baik ini.Moga Allah snwt mengampunkan segala kesilapan ,dosa ,khilaf kita selama ini dan di angkat segala doa dan permohonan, di terima segala amal ibadah kita Insyaallah Amiin.

PWSTM juga menyusun jari sepuluh memohon beribu kemaafan seandainya selama kita bersama-sama di sini andai ada salah dan silap yang PWSTM lakukan sengaja mahupun tidak kepada semua.Baik di dalam gurau senda mahupun secara peribadi.

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA RAMADHAN 1434H
 
 
 

Rabu, 3 Julai 2013

HASIL SENI ANAK TEMPATAN-SANGKAR LAYANG SEREMBAN



Salam.
Di masukkan juga hasil seni anak tempatan dari Selatan Tanahair kita yakni Seremban.
Hasil seni yang cukup menarik dan kemas dengan ukiran yang amat cantik sekali.Menurut kata tukang sangkar layang ini ,sangkar layang ini di perbuat daripada Kayu jati dengan harga yang padan dengan seni tersebut.
Karya seni ini sememangnya di perbuat untuk di komersilkan sekiranya mendapat tempahan daripada peminat-peminat sekelian.
Berkenaan harga nya pula, pembaca sekelian bolehlah berhubung dengan saudara Paklang Sangkar melalui akaun facebook nya paklang sangkar.
Sesungguhnya ramai pakar-pakar seni di tanahair kita Malaysia ini yang sememangnya pakar dalam bidang ukiran ini.
Wassalam
by 
longkedah

HASIL SENI ANAK TEMPATAN -SANGKAR LAYANG LANGKAWI


Hasil seni rakan dari Utara tanahair Malaysia yakni Langkawi.
Hasil seni yang memang kita tidak nafikan lagi keunikan dan kecantikan ukiran dan bentuk sangkar layang ini.
Inilah antara hasil karya seni dari pemikat sendiri yang mana amat unik dan boleh di peragakan didalam bidang Kraftangan Malaysia.
Menurut kata tukang ini, beliau hanya membina Sangkar Layang ini hanya untuk kepuasan diri nya sendiri, tidak di komersil kan di pasaran.Hanya untuk kegunaan sendiri sahaja.
Sekian, Wassalam
by
longkedah

APA YANG TIDAK KENA DENGAN BURUNG INI ?

 Gambarajah 1

Salam semua pembaca yang dikasihi sekelian.
Di sini saya ingin kongsikan lagi perihal gambarajah 1 diatas.Apa yang kita lihat burung pada gambarajah 1 diatas cukup cantik kan ? sememangnya dia cukup cantik.dari paruh hingga ke ekor nya memang cukup cantik dan menawan hehehe.Tetapi apa yang tidak kena pada gambar burung ini ? lihat leher nya.Lehernya patah ke bawah.Kenapa begitu ? ini menunjukkan bahawa secantik mana burung tersebut dia akan ada kekurangannya.Sama macam kita manusia.Tidak sempurna semuanya.masing-masing ada kelebihan dan kekurangan masing-masing kan.

Timbul persoalan apa pulak kena mengena dengan leher ? kan dia bunyi ? memang dia bunyi.tidak dinafikan.semua burung di hutan berbunyi.Tetapi cuba kita perhatikan dan bandingkan burung rakan kita dengan buurng yang berleher patah seperti didalam gambar tersebut.Burung rakan kita steady saja di laman.Burung kita kadang mahu kadang tidak mahu main dilaman.Hanya mematuk saja kerja nya di laman.tidak mahu berbunyi.Kena nampak burung hutan dulu baru nak berbunyi.Itu pun kadang buat tidak tahu saja.Itulah kelemahan nya jika ada burung yang leher patah seperti dalam gambarajah 1 diatas itu.Burung yang jenis leher patah begini walau menangkap burung hutan dah banyak dia akan turun permainan nya di laman sikit demi sedikit.
Nanti kita jugak yang demam dan sakit hati hehehehehe......namun main burung kena sabar ye.

Itulah serba sedikit perkongsian dari saya untuk para pembaca sekelian.Anggaplah ini sebagai perkongsian biasa sahaja.Belum tentu betul apa yang saya tuliskan di atas itu.Ada yang jenis begini jadi pikat/denak yang terbaik.tidak dinafikan ,kerana burung dia akan bunyi.sekian,

wassalam
 by
longkedah    

BAB KELAS SUARA

 

Salam

Pada bab ini saya akan kongsikan berkenaan perihal bab suara pula.Sudah semestinya semua pembaca amat peka dan mengetahui jika kita sebut suara ini.Rata-rata kita mesti tahu apa itu suara pada ruangan ini.
Paling peka dalam bab ini adalah pemikat.Mereka lebih memahaminya.Cuma disini saya ingin kongsikan sedikit dengan pembaca khususnya bagi mereka yang baru ingin berjinak-jinak dengan hobi ini.Dan bukan itu sahaja, kemungkinan ini boleh diimbas kembali oleh pemikat-pemikat diluar sana.

Saya detailkan sedikit 1 persatu berkenan perkara ini.Ada beberapa kategori yang boleh saya kongsikan di sini antaranya ;

1) Suara A
2) Suara B
3) Suara C

Pada 3 kategori diatas minat sesorang tidak sama pada kategori diatas.Ada pemikat yang suka 1.Ada pemikat yang suka 2.Dan ada pemikat yang suka 3.Jadi begitulah lumrah kita sebagai insan ini.Tidak sama minat masing-masing.jadi kita tidak boleh memaksa sesiapa pun mengkut minat kita.

Jadi saya huraikan begini

1) Suara A

Suara A ini boleh kita kategorikan sebagai suara besar.Jarang terdapat suara A ini kecuali burung kacukan atau burung tanding yang mementingkan air suara yang cantik.Namun tidak dinafikan memang ada suara burung hutan kategori A.Ada orang panggil suara kasar.Itu adalah kategori suara kelas A.
Suara jenis A ini selalu nya orang akan simpan untuk dengar di rumah sebagai halwa telinga kerana air suara nya cukup lembut dan cantik jatuh guk dan menekannya.Orang kata suara makan tanah yakni bergema bila berbunyi dengan tone bass E major yakni tali keenam gitar.(jika salah maafkan saya pasal mana 1 tali gitar di  hehehehehe) saya kira dari atas.Kod E.

Burung jenis suara A ini selalu nya leher besar pendek dan ada yang sedang.Dan lubang hidup belakang besar untuk melepaskan nafas yang banyak.Selalu juga mereka tidak dapat bertahan permainan hingga ke petang kecuali ada yang begitu.Tidak semua.Hanya sebagai penyedap telinga dan di laman.

2) Suara B

Suara B ini boleh kita kata kan memang banyak pemikat memilikinya.Suara B ini kita boleh kelas kan sebagai suara sedang atas nak kasar.Boleh dikatakan suara B memang terlalu banyak sekali di seluruh tanahair kita ini.Ada orang istilah kan sebagai suara sedang.Namun suara B ini selalu nya ada pada istilah suara GAROK.Tarik akar dan umpamanya.Suara jenis ini boleh makan jauh suara nya dan boleh main sehari jika kena burung nya.Jadi suara jenis ini cukup sesuai untuk dijadikan sebagai pikat/denak dilaman.
Tone nya bolehlah kita katakan sebagai tone free tali gitar yakni tone A tali kedua pada gitar dari tali kelima.

3) Suara C

Suara C ini boleh kita katakan juga memang banyak terdapat di tanahair kita ini.Kerana rata-rata nya mempunyai suara jenis ini.Apa yang boleh kita kongsikan perihal suara kelas ini ? Suara ini boleh kita kelaskan sebagai suara kecil.Suara ini boleh main jauh dan boleh juga main hingga ke petang.Kerana Suara kelas ini tidak banyak menyimpan udara untuk dilepaskan kecuali suara C isi penuh.
Jenis ini ramai yang suka kerana suara nya kecil dan halus dan terik hinggakan ada pemikat yang menyimpan suara kelas ini kerana membingitkan telinga hehehe.Kalau tone jenis ini adalah tali pertama sekali dari gitar.mungkin kod E minor(maaf jika salah ye hehehe.maklumlah bukan pemain gitar).

Jadi mana 1 menjadi pilihan utama para pembaca ? terpulang pada minat masing-masing ye.pilihlah mana berkenan dari segi kategori kelas suara terkukur ini.Moga dengan sedikit perkongsian info ini dapat menyumbang 1 maklumat untuk para pembaca sekelian.

sekian

wassalam
longkedah

PERKONGSIAN ASAS PERMAINAN PELEPAH BERGAMBAR

Salam semua

Di sini saya bawakan 1 gambar untuk sama-sama kita mengetahui  asas pada permainan pelepah.
Gambar adalah ehsan daripada rakan saya yang membenarkan saya menggunakan untuk tujuan perkongsian info sahaja.Tidak ada maksud lain.Hanyalah sekadar perkongsian sahaja.

 Gambarajah 1

Pada gambarajah 1 kita dapat lihat 1 kaedah permainan pelepah.Permainan di laman pelepah ini adalah khususnya untuk menangkap burung hutan yang istilah nya kita panggil Celir @ Celih @ Chega.

Kebanyakkannya para pemikat gemar menggunakan kaedah ini untuk menangkap terkukur liar yang kita namakan dengan istilah di atas .

Pada gambarajah 1 di atas juga ada beberapa elemen penting yang perlu kita perhatikan dan amati betul-betul sebelum kita meneruskan permainan pelepah.antaranya adalah ;

1) Pikat / Denak
2) Pelepah
3) Laman racik

Saya akan huraikan 1 persatu insyaallah sebagaimana yang terdapat pada gambarajah 1.

1) Pikat / Denak

Untuk bermain laman pelepah pikat / denak perlu kepada yang jinak sedikit pada permulaannya.Kerana jika pikat/denak yang agak agresif agak susah sikit kita nk ajar main pelepah.Kemungkinan yang akan timbul adalah mudah menembak dan terbang.Dan mengakibatkan pikat/denak akan tergantung kebawah.Ini akan menyukarkan proses bermain pelepah.Pada tahap ini training perlu kerap di atas pelepah sahaja.Pada gambarajah 1 diatas ada beberapa kesilapan yang tidak disengajakan kerana untuk membuat proses perkongsian maklumat di sini.Gambarajah di atas itu memang sengaja di adakan sebegitu untuk menunjukkan proses bermain pelepah bagi mereka yang baru ingin menceburi bidang laman pelepah ini.

Jika kita lihat pada gambarajah 1 itu, lihat kedudukan tanda A dan tanda B.Pada tanda A adalah laman racik dan pada tanda B itulah kesilapan yang hendak di kongsikan.Kita abaikan tanda A kerana belum masuk pada bab nya.kita tumpukan pada tanda B dahulu.Jika kita perhatikan tanda B ada ruang agak sejengkal di biarkan kosong.Disitu sepatutnya adalah laman pikat/denak berada.tetapi terdapat ruang disitu.Ini akan mengkibatkan tanda B itu burung hutan boleh hinggap jika terdapat burung hutan yang kita panggil celir/celih/chega.Burung hutan yang cerdik, mereka akan cuba untuk terus berlaga dengan pikat./denak.Jadi ruangan itulah (tanda B) menjadi tempat burung hutan akan hinggap sepenuhnya untuk beradu dengan pikat/denak.Apabila pikat/denak di letak pada kedudukan pada gambarajah 1 maka kita akan mengakibatkan pikat./denak kalah.Sepatutnya kedudukan pikat/denak akan berada pada tanda B.Itu kesilapan pertama.Untuk bermain pelepah juga tali kaki pikat/denak untuk di letak adalah dalam lingkungan dlm sejengkal sahaja.Kecuali pikat/denak yang sudah biasa maka tak mengapa kita biarkan panjang sedikit dari biasa.

2) Pelepah

Untuk bermain pelepah juga laman atau pelepah boleh kita pelbagaikan dengan berbagai cara.Antaranya adalah pelepah sawit, pelepah pisang, pelepah kelapa(nyior) dan seumpamanya.Semua itu boleh kita pelbagaikan.Tidak terhad kepada pelepah sawit sahaja.Jadi cuba kita lihat pada gambarajah 1 diatas.Pelepah tersebut sudah okey pada dasar nya.Tetapi ada terdapat sedikit kesilapan pada pelepah di gambarajah 1 tersebut.Apa yang salah pada gambarajah 1 diatas ? Pelepah juga.Ya ! , memang pelepah juga.Tetapi cuba perhatikan betul-betul pelepah tersebut terlalu besar dan ini akan memberi ruang burung hutan nampak ruangan tanda A yakni laman racik yang akan kita bincangkan nanti.Pada permainan pelepah untuk mengajar burung baru bermain pelepah cukup sesuai menggunakan pelepah yang besar sebagaimana gambarajah 1 diatas.Kerana apa ? kerana untuk membiasakan burung baru(BB) lebih bersedia berada di atas pelepah.Namun jika untuk menangkap burung hutan baik, tidak digalakkan mengunakan batang pelepah besar sebegitu.Ruang terlalu banyak di situ.Memang sengaja kita guna gambar ini untuk memberi gambaran pada kita semua khususnya pemikat yang baru untuk berjinak-jinak dengan permainan pelepah ini.Dan jika kita lihat kesemua daun pelepah di kiri dan kanan kesemua nya jatuh @ turun kebawah.Ini akan memberi ruang burung hutan mengenal pasti ada perangkap di situ khususnya burung hutan yang cerdik.Jadi pelepah di gambarajah 1 tidak digalakkan.Pelepah perlu kepada pelepah sawit yang agak kecil atau sedang-sedang sahaja sebagaimana gambarajah di bawah ini .



Gambarajah 1.1

Maaf kualiti gambar pelepah kurang memuaskan(hehehe).
Cuba lihat gambarajah 1.1 di atas ini.Cuba perhatikan perbezaan gambarajah 1 dan gambarajah 1.1 yang di sediakan.Nampak perbezaannya kan.

p/s : Jangan perhatikan kualiti daun yang kena makan ulat tu hehehehehehe......

Perhatikan perbezaan bentuk pelepah diantara kedua-dua gambarajah tersebut.Pada gambarajah 1 pelepah nya besar,pada gambarajah 1.1 pelepahnya kecil.Jadi yang mana lebih fleksibel ? sudah tentu kita mendapat jawapannya kan.Gambarajah 1 kesemua daun pelepah turun dan jatuh kebawah.Dan gambarajah 1.1 daun pelepahnya banyak naik dan turun.Mana 1 menjadi pilihan ? sudah tentu yang lebih efisien penggunaanya adalah pada gambarajah 1.1 kerana kesemua jalan laman nya adalah tersembunyi dari pengetahuan burung hutan.

3) Laman racik

Untuk bermain pelepah kita perlu kepada laman.Sama juga dengan laman di tanah dan seumpamanya.Perlu kepada laman .Laman yang hendak kita utarakan disini adalah laman racik.Laman khusus dan utama sekali selepas yang lain-lain dalam permainan pelepah ini.Laman racik adalah laman khas untuk menipu dan memerangkap burung hutan agar mendapatkan hasil yang terbaik sekali.Jadi pengadaan laman racik amatlah penting sekali.

Sila rujuk pada gambarajah 1 di atas.

Tanda atau label merah bulat dan tanda A adalah merupakan laman racik.Saya telah tandakan dengan tanda A untuk menunjukkan bahawa kebiasaannya itulah laman racik yang selalu di guna pakai oleh semua pemain pelepah.Namun apa yang kita lihat pada gambarajah 1, terdapat kesilapan lagi yang perlu kita perbetulkan.Bukan gambar silap.Memang sengaja kita adakan gambar begitu.Cuba kita perhatikan tanda A.Apa yang menjadi kesilapan nya ? Jawapannya adalah kerana laman racik terlalu luas.Saya yakin pembaca akan bersetuju dengan saya.Laman seperti gambarajah 1 diatas tidak sesuai untuk menipu dan memerangkap burung hutan yang bernama celir/celih/chega.Kerana burung hutan tahap pemahaman C (celir/celih/chega) amat peka akan persekitaran laman.Mereka tidak terus hinggap diatas laman,Mereka akan hinggap di kiri kanan pelepah dahulu.Jadi pemerhatian mereka akan tertumpu kepada laman terbuka racik sebagaimana gambarajah 1 diatas itu.jadi laman seperti gambarajah 1 adalah tidak sesuai untuk menipu @ memerangkap burung hutan tahap C.Yang paling sesuai adalah gambarajah 1.1 untuk menipu@memerangkap burung hutan tahap C.

Namun apa yang saya sebutkan dan kongsikan diatas bukanlah 1 perkara wajib untuk bermain pelepah.Tidak semestinya ianya tepat dan bagus.Adakala nya tidak berjaya juga walau sebagus mana proses laman pelepah yang saya tunjukkan ini.Cuma nya ini hanya sebagai perkongsian info sahaja.Para pembaca diingatkan tidaklah mengikut cara yang saya terangkan diatas itu.Tidak semestinya.Ada pelbagai-bagai cara pemikat diluar sana yang lebih efisien dan hebat bermain pelepah.Saya pun masih dalam pembelajaran dan praktikal juga dalam bab permainan pelepah ini.Cuma nya hanya sekadar perkongsian pengalaman sahaja.Jika terdapat salah dan silap diharapkan para pembaca memafkan diri saya yang lemah dan kerdil dengan perkongsian ilmu ini .Apa yang penting adalah agar Warisan Seni ini dipelbagaikan oleh generasi agar ianya lebih bertambah info-info untuk semua.Dengan idea dan teknik-teknik yang di pelbagaikan maka muncullah 1 idea dalam diri pemikat untuk mengadakan cara permainan pelepah ini.
Bukan pengiktirafan yang saya inginkan, yang saya inginkan agar Warisan ini terus berkembang hingga ke generasi akan datang bahawa Warisan Seni ini menjadi Warisan yang hebat di Tanahair kita ini.Kerana Warisan ini masih bertapak dan kekal dari orang-orang dahulu kala entah ke berapa generasi hingga ke hari ini.
Wassalam
longkedah

Selasa, 2 Julai 2013

PENGENALAN

ASAS LAMAN PERMAINAN

Dengan Nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Segala puji bagi Allah , tuhan semesta alam.
Segala penciptaan adalah hak milik Allah snwt
Di beri sedikit buat hambanya sebagai ingatan kepadanya.
suara yg gemersik, suara yg lunak suara yg merdu adalah untuk hiburan hambanya agar sentiasa ingat akan kebesarannya.

Tiada 1 hak milik kita, melainkan hanyalah pinjaman semata

Dengan ini saya dengan rendah hati ingin membuka 1 sub forum bertajuk LAMAN PERMAINAN.

Yakni 1 nama yang tidak asing lagi di tanah air kita ini.Tinggalan nenek moyang kita.permainan mereka.pada tajuk ini saya ingin berkongsi info serba sedikit berkaitan dengan LAMAN PERMAINAN terkukur ni.

 

Secara asasnya banyak cara permainan aktiviti memikat di laman-laman yang sering di gunakan dari dahulu sehinggalah ke hari ini.Antaranya adalah sebagaimana berikut :

1) laman tanah
2) laman pelepah
3) laman jebak
4) laman ranting / dahan
5) laman tunggul /kayu mati
6) dll

Antara ke enam-enam elemen di atas adalah antara laman-laman yang selalu di guna pakai oleh pemikat untuk menangkap burung terkukur hutan khususnya.Kaedah -kaedah di atas amat popular di kalangan semua pemikat di tanahair kita ini.

Sekian

LEHER

Salam

Lama x update blog di keranakan terlalu sibuk dengan tugas hakiki dan komitmen lain.Jadi penulisan di blog di hentikan buat masa ini.Jadi di kesempatan ini dan ruang yang ada hari ini dapatlah saya menulis sedikit tambahan bagi mengisi info di blog ini.

Bab tajuk kali ini adalah berkenaan LEHER.

LEHER

Apa yang kita tahu perihal leher burung atau denak kita ? mungkin ramai rakan-rakan di luar sana amat mahir tentang leher ini.Di sini saya hanya ingin berkongsi sedikit saja info bab leher ini.

Leher terkukur merupakan elemen asas penting juga bagi terkukur selain elemen yang lain.Antara asas yang dapat saya kongsikan di sini leher memainkan peranan penting juga bg menetukan suara dan mainan sesekor pikat atau denak yg kita simpan.

Ada 2 kategori asas perihal bab leher ini yang dpt saya kongsikan di sini :

i) leher jinjang
ii) leher pendek @ singkat

Antara kedua-dua elemen leher ini manakah yang menjadi pilihan pemikat ? boleh saya katakan bahawa ada bermacam-macam pilihan mengikut kehendak dan keinginan pemikat itu sendiri.itu adalah hak empunya minat sendiri.kita tidak boleh dakwi dan sangka pilihan masing-masing.

Namun apa yang hendak saya utarakan di disini adalah perkongsian maklumat sahaja.Jika ada salah silap dan tidak kena dengan pemilihan masing-masing maka abaikanlah ye.

Saya akan kongsikan sedikit sahaja bab kedua-dua elemen leher tersebut.

i) leher jinjang

leher jinjang mudah mengecam pemangsa, suara makan jauh, kurang tahan berlaga.namun tidak semua begitu.ada spec begini yang tahan berlaga.Ada juga leher jinjang ini boleh main sehari.Suara nya stabil sampai ke petang.Ada juga begitu

ii) leher pendek
Leher pendek ini pula asas nya tahan berlaga, namun suara tidak makan jauh dan suara nya kadang di sebelah pagi konsisten dan di sebelah petang menurun sedikit.Namun tidak semua pikat atau denak yang begitu.

Jadi yang mana menjadi pilihan anda ? selalu nya pilihan itu bergantung kepada kesukaan pemikat itu sendiri.ada yang suka leher jinjang dan ada yang suka leher pendek.Semua itu terpulang kepada minat masing-masing.Saya hanya kongsikan asas sahaja.Namun yang selalu menjadi pemilihan pemikat adalah leher sedang bulat besar.

Sekian.wassalam
Longkedah

Khamis, 27 Jun 2013

ASAS PERMAINAN PELEPAH-TRANSKRIP DARI FORUM TTF LAMA(OTAI MALEK)

Atas permintaan kekawan, saya terangkan asas permainan racik pelepah yang dipraktikan oleh saya. Setakat hari ini Alhamdullillah permainan cara ini tiada masalah dan saya dapat rasakan pikat lebih selamat dan jarang sekali uncang saya kosong bila balik memikat.

PEMILIHAN PIKAT

Secara jujur saya nyatakan di sini saya tidak pandai memilih burung. Kaedah yang saya gunakan ialah memlilih suara dan permainan burung semasa memikat dan BH tersebut di simpan dalam ladung. Setelah BH tersebut menjadi taiko baru le saya tambat burung tu. Selagi tak jadi taiko jarang saya tambat.

Saya dapati kalau pikat tanah atau jebak yang dah jadi otai tak ade masalah langsung untuk dijadikan pikat pelepah.

KAEDAH SUSUNAN RACIK

Racik hendaklah disusun secara mengiring 45 darjah atau lebih rendah lagi di atas batang pelepah. Ia hendaklah dimulai dari pertengahan (kawasan rata yang pasti bh akan landing) pelepah sehingga hujung pelepah. Jarak antara racik dengan pikat lebih kurang sejengkal. Kedudukan gelungan racik (bulatan) sebaik-baiknya semuanya mengadap ke arah pangkal pelepah. Gunakan racik pelepah 9 mata dan dipasang rapat-rapat kerana bh jarang berjalan atas pelepah kecuali pelepah besar. Cuba lihat gambar link di bawah.

image

LAMAN PIKAT

Kaedah yang saya gunakan untuk laman pikat atas pelepah ialah membuat 2 lapisan iaitu dengan mengikat satu pelepah yang telah dipotong lebih kurang 2 jengkal. Jangan sekali-kali letak pikat kat pangkal pelepah kerana sifat semula jadi bh akan landing bermula di bahagian rata pelepah iaitu di bahagian pangkal. Laman pikat hendaklah dibuat di bahagian hampir hujung pelepah yang agak-agak ia melanduk ke bawah supaya bh tak ada ruang untuk landing. Kalau bh landing pun hanya sekejap je sebab pelepah melanduk ke bawah dan kebiasaanya bh akan melambung terus ke atas laman racik Cuba lihat gambar link di bawah.

image

image

CARA TAMBAT PIKAT DI ATAS PELEPAH
Cara nak tambat pikat atas pelepah ada bermacam-macam cara. Kaedah yang saya gunakan ialah mengikat terus tali kat batang pelepah atau masukan skru bulat bentuk telinga (pemegang langsir). Atau kekili pancing .Jarak tali penambat ke cincin nombor 8 adalah 1 cm saja untuk mengelakkan pikat melambung seterusnya tergantung. Walau bagaimanapun ia bergantung kepada pikat. Kalau pikat pandai bermain angin serta tali boleh panjangkan sedikit.

Peringatan kepada kekawan sebaik-baiknya jangan tanggalkan tumang dari tali kaki untuk keselamatan.

Itu le dia penerangan ringkas dari saya. Saya mohon maaf sekiranya kekawan masih tidak jelas tentang penerangan ringkas asas permainan pelepah.

*soalan ;

Racik tu kita cucuk kat daun sawit ke kat pelepah sawit?
racik nak cover ngan daun2 ke tak payah?
racik tanah buleh pakai?
kalau pikat tergantung kita pergi naikkan atau tunggu dia naik sendiri?
orang kata kalau pikat tergantung kaki buleh patah betul ke? pernah terjadi ke?
pelepah yang kita nak pasang tu ketinggian dia paras mana? paras dada cukup ke?
BB yang tak pernah turun tanah atau masuk jebak, kita terus ajar main pelepah buleh ke?

* jawapan :
 Tak perlu cover racik dengan daun. Elakkan mata racik kena silau matahari. Takut BH kenal racik. Pasang pikat dipokok sawit yang redup.

Tak ade masalah guna racik tanah. Kurangkan mata racik paling maksima 11 mata.

Kalau pikat tergantung elakkan pegang pikat untuk letak di atas laman semula. Sebaliknya biar pikat terletak di atas tapak tangan atau lengan dan gerakkan secara perlahan sehingga pikat bergerak sendiri ke laman pelepah.

Setakat ini tak pernah terjadi lagi pikat saya and the gang patah kaki. Jangan biarkan pikat tergantung agak lama.

Ketinggian pelepah tak masalah. Sesedap rasa hati kita.

Tentang BB untuk diajar main pelepah tak ada masalah. Cuma kaedah mengajar hendaklah dilakukan dengan cermat.

*soalan :
 Macamana cara kita nk keluarkn pikat dari dalam cetok ke pelepah...
adakah caranya sama dgn kita keluarkn pikat di tanah?

*jawapan :
 Ya...... Sama dengan di atas tanah. Sebaik-baiknya pintu cetok mengadap ke hujung pelepah bagi mengelakkan pikat rempoh racik apabila keluar cetok. Sesetengah pikat keluar cetok terus terbang.

 harap sdr malek dpt ambil gambar jelas berkenaan memacak racik atas pelepah.gambar racik yg sudah di pacak di atas pelepah saja.pikat x yah kot.sbb ramai yg nk tengok cara pacak racik :sh: ambil gambar dekat sikit noooooo

Ni dia gambar yang saya ambil secara dekat pagi tadi.



image 

*******************************************************************************

FLASHBACK !

 image


image

Malek,

Kalau tak silap pandangan sayalah...terdapat perbezaan teknik memasang racik pada pelepah sawit di antara gambar 1 dan 2.

Gambar pertama kelihatan racik dipasang memanjang (selari dgn pelepah) dan rapat².

Manakala gambar ke 2, racik mengadap kepada pangkal pelepah atau batang sawit.

Sekiranya betul, apakah kelebihannya dan masa bila sesuai digunakan kedua² teknik ini.

*KETERANGAN

Gambar pertama tu saya pacak tiang racik di tengah-tengah batang pelepah secara mata racik tegak. Saya dapati cara in kurang berkesan kerana BH lambat kena racik. Ini menyebabkan BH cepat perasan ada racik.

Manakala gambar kedua tu saya pacak tiang racik secara mengiring 45 darjah atau kurang dari 45 darjah dengan mata racik siap terbuka. Saya dapati cara ini paling berkesan kerana saya dapati bila BH landing kakinya terus masuk racik. Kalau BH landing tak bergerak (mengukur statik) pun dah sangkut.

Saya cadangkan kekawan gunakan kaedah pemasangan racik mengikut gambar kedua.

Khamis, 31 Januari 2013

TRIP MEMIKAT TERKUKUR & MERBOK (TERTUTUP) JELAJAH MELAKA 2013 MERIAH

Salam semua

Alhamdulillah Trip Memikat Terkukur & Merbok (Tertutup) Jelajah Melaka 2013 anjuran Persatuan Warisan Seni Terkukur MALAYSIA (PWSTM) pada 26 Januari 2013 bersamaan dengan hari Sabtu bertempat di Kg. Bukit Bulat Felda Tun Ghafar Machap, MELAKA telah selamat di laksanakan dengan jaya nya.

Matlamat Persatuan untuk merealisasikan silaturahim antara semua pemikat berjaya sepenuh nya dimana kita ketengahkan beberapa elemen penting seperti memikat berkumpulan yang digabungkan antara ahli-ahli dari Negeri dan Daerah yang berbeza.

Nampaknya sambutan begitu menggalakkan sempena penganjuran aktiviti tersebut.

Terima kasih yang tidak terhingga persatuan ucapkan kepada JKKK Kg Bukit Bulat Felda Tun Ghafar Machap , Melaka yang sudi memberi ruang kepada Persatuan untuk mengadakan aktiviti disini.

Terima kasih juga kepada Urusetia, AJK Penaja dan sahabat handai yang telah banyak membantu sepanjang perjalanan aktiviti.

Terima kasih juga kepada semua rakan-rakan yang menyumbang hadiah untuk merealisasikan aktiviti ini.segala budi baik tuan-tuan sekelian hanya allah snwt saja yg membalasnya

Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang hadir bersama kita pada hari tersebut.Dengan kehadiran semua telah memeriahkan aktiviti kita pada hari itu.

Di bawah ini saya kepilkan gambar-gambar sepanjang aktiviti untuk tatapan semua

Sekian terima kasih

wassalam












Sabtu, 19 Januari 2013

LAIN DI CARI LAIN YANG DAPAT

Salam
19.1.2013
Sabtu
5.55 petang
SG

Balik dari melawat anak di asrama terus balik ke rumah.jam menunjukkan pukul 4.43petang.Lepas asar terus masukkan SG kedalam cetok kononnya ingin bawa jalan2.Niat dihati ingin mencari pokok senduduk bersama adik ipar.cuaca tidak berapa cantik.sejuk dan suram macam nk hujan saja.pusing sana sini pokok yang di cari tidak berkenan di hati.berhenti kejap borak2 ngan adik ipar kot ada dengar bunyi burung hutan(bh).dngar lah seko dok bunyi di hujung jalan.adik ipar kata ada sekor kat situ garang guk 1 sora kecik.Jom kita kesana.dengar kot sedap.berhenti motor dengar bh bunyi.kami rapat cari laman.jumpa laman ni

alamak rumput 2 inci pulak.tarik-tarik sikit pacak racik 21 mata.terus menyorok ngan adik ipar 2 batang pokok.x sempat nk masuk mafla SG bunyi.Alamak.ni yang saya suka ni.orang kedah kata tak dan menyawa bunyi dah.kikikiki...........tiba-tiba SG menkan ,menguku,asak merapat.sah ada bh.nampak kelibat bh sampai laju ke sini

apa lagi SG menguku angga 5-6 round.Bh pindah pokok mengadap laman racik.ada can bh ni terjun.bh menguku sora kasar.terus terjun dlm laman.masuk laman racik nak berlaga dah sangkut.dah sangkut pun nak pukul lagi.selamat.......

senang nya dalam hati SG ...memang puas hati tak sampai 5 minit bungkus .kebetulan agaknya.lain di cari lain yang dapat.kasi adik ipar pasai bh x segak mana kasi lepas dalam ladung dia.SG pun pinjam apa kan daya.buat mengajar halwa telinga.

hampir setahun lebih tak menapau.....



Selasa, 8 Januari 2013

BAB 7 - PENJAGAAN & PEMILIHAN

Salam.

Pada tajuk ini saya ingin utarakan cara penjagaan terkukur yang spesifik yang selalu atau kebiasaan pemikat menitik beratkan .Yakni PENJAGAAN

Penjagaan ini terbahagi kepada beberapa perkara.dari mula peroleh burung hutan (bh) sehingga di atas sangkar layang (SL)

Saya spek kan bahagian pertama :

1) Tangkapan di laman.

Tangkapan di hutan di masukkan kedalam ladung atau sangkar makan atau sangkar kawan.Biarkan mereka belajar mengenali rakan-rakan dan cara rakan-rakannya makan di dalam sangkar atau reban atau ladung.Ini langkah pertama .kebersihan di dalam reban perlu di ambil kira.Cuci reban setiap minggu sekali jika burung di dalam reban terlalu banyak.

Pada zaman dulu orang tua-tua membahagi kan beberapa reban.Reban pertama reban makan atau reban kawan,kedua reban pengasingan atau pemilihan,reban ketiga adalah reban pemerhatian.

Ketiga-tiga reban ini memain peranannya tersendiri.saya boleh bahagi kan kategori reban begini :

TRIP TERTUTUP PWSTM