
Pada kali ini kita berkongsi info berkaitan dengan burung hutan(bh) yang di panggil BERSAWAN atau BERTUAN.
Apa yang di maksudkan dengan bersawan ?
Bersawan ni merupakan 1 istilah BERTUAN.Atau kita boleh ringkaskan menjadi HAK milik.
Bertuan di sini bermaksud ada sesuatu hak milik sesuatu.
Bertuan disini adalah di lihat dari kacamata pemikat.Bertuan ni bukan sahaja TERKUKUR, malah Ayam Hutan, Merbok Dll juga bertuan.
Bertuan di sini adalah sesuatu benda yang kita main tersebut di ibaratkan kita sebagai tuan benda tersebut.Apabila di sebut tuan, bermakna tuan tadi berhak ke atas benda tersebut.
Jadi istilah bertuan tadi sama dengan istilah bersawan dan lain-lain istilah yang di gunakan di lain-lain Negeri di Malaysia kita ini.
Jadi perkataan paling mudah saya gunakan di sini adalah bertuan.
Bertuan ini adalah permainan benda hak milik bukan alam kita.Bertuan yg hendak kita kongsi di sini adalah hak milik alam ghaib.kerana itulah kadang-kadang kita pergi ke ladang-ladang, tepi hutan dan sebagainya kita merasa takjub melihat seekor ayam yang cantik yang mana kita tidak pernah melihat ayam secantik itu sebelum ini .Itu sebagai contoh untuk mendekatkan faham kita.Ayamnya berekor panjang meleret ke tanah.Warna nya putih seputih kapas.Balungnya besar berluk 7 atau 9.Taji bermata pisau.Kepak turun ketanah lingkungan 7-9 bulu kepak.
Contoh sahaja :

Jadi kita pun hairan.perkataan pertama yg terpacul keluar dari mulut kita atau hati kita adalah :
ALAMAK ! FUH ! MAK DATUK ! UMANG AIIII ! dan berbagai-bagai lagi perkataan yang timbul bila melihat sesuatu kecantikan dan kepelikan.Mata pulak tak tertumpu dah ketempat lain.Itulah di namakan RASA bagi ilmu TASAUF.
Tetapi itulah sebagai contoh ibarat yang boleh kita buat untuk memahamkan maksud bertuan tu tadi.Maka Ayam yang kita beri contoh tu tadi adalah hak milik makhluk Allah di alam lain.Maksud alam lain di sini adalah alam jin.
Alam jin ini adalah sama juga dengan kita cumanya kita saja tidak boleh nampak alam mereka dengan penglihatan kasar kita ini.Hanya mereka yang di beri kelebihan oleh Allah Snwt yang boleh melihat alam mereka.Kekuatan untuk melihat alam mereka adalah dengan Anugerah Zikir.pasal tu kita cerita lain kali lah he he he....
Alam jin ni sama dengan alam kita.maksud saya adalah mereka juga berpakaian seperti kita, berkahwin, beranak, berkeluarga.Pendek kata sama lah dengan kita.Mereka juga beragama.sama macam kita manusia.Ada agama islam, ada agama lain-lain.
Mereka juga memelihara ternakan seperti kita.Ada Ayam, ada burung dan sebagainya.
Oleh kerana itulah di namakan bersawan.Kebanyakannya peliharaan mereka adalah baik-baik.
Kita teruskan lagi.Bersawan ini atau bertuan ni , dia ada pembawa dia.seperti ular, burung lain, ayam dan lain-lain lagi.
Bh Bersawan ni adalah burung peliharaan alam sana yang di lepaskan bermain di alam kita.Atau burung hutan yang di lepaskan.Makna kata mereka sudah tidak berminat dengan burung peliharaan itu lagi contohnya.Apabila di lepaskan di alam kita, maka bh tersebut masih ada kelebihan yang telah sedia ada padanya.Dari segi suara, permainan dan sebagainya.
Kebanyakannya bh bertuan ini suka duduk seorang diri.kekadang tu berkawan.tetapi sekor dua saja.
Bh bersawan ni juga di lepaskan bermain di alam kita sementara waktu.Ada kawasan-kawasan yang di lepaskan tanpa kita duga.Kekadang satu tempat tu kita pergi tak pernah dengar pun bunyi bh.Tetapi entah macamana suatu hari tu kita pergi ,punya riuh bh berbunyi situ.
BH bersawan ni selalunya di lepaskan selepas waktu Asar.
Kadang datang tidak berbunyi,kadang pikat tarik kaki,pikat tak nak keluar dari cetok,pikat menyorok masuk semak.pikat jadi jem sementara.Itu antara tanda-tanda ada pemangsa atau bh yang ada pembawa nya sendiri.
Dan tanda lain seperti kehadiran burung wak-wak yang saya ceritakan, ayam sepasang, babi hutan dan ketiga maybank.minta di jauhkan dari ujian sedemikian.Namun kita perlu ingat dan yakini bahawa semua itu adalah kehendak dari ilahi.Tidak ada satu pun yang dpat memudaratkan dengan izin allah snwt yang maha tinggi.
Itulah serba sedikit yang boleh saya kongsikan dengan tuan-tuan , sahabat handai semua.Saya hanya boleh ceritakan asas sahaja di sini.Kerana ini adalah permainan orang tua dahulu tidak boleh secara umum sangat.kecuali sahabat-sahabat yang kita percayai.
Tambahan pulak orang mesti beranggapan bahawa ;
"Apalah cerita pasal alam jin pulak ni ? entah ye ke idak alam jin "
itulah yang kita perlu ambil kira.Tidak semua boleh di terima dek akal kita kan ?
semuanya ada pendapat dan pandangan masing-masing.
Cuma kita sendirilah yang menilainya.
Wallahualam
2 ulasan:
betul long.. memang ada .. tak kena tak tak rasa.. dah jumpa baru.. angpa TAWWW
hehehehe
Catat Ulasan