Pengikut

SELAMAT DATANG

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara semua kerana melawati Blog kami yang tidak seberapanya ini.

Blog ini di hasilkan adalah untuk memberi sedikit info & berkongsi maklumat bersama penggemar burung terkukur khususnya bagi kaki pikat.

Blog ini juga di hasilkan bagi merapatkan dan bersilaturahim sesama.

Blog ini di hasilkan bagi meneruskan WARISAN seni tinggalan Nenek moyang kita dahulu sehinggalah sekarang ini.

Jika tiada siapa yang menengahkan warisan ini, maka ianya akan terbuku kubur tanpa ada sesiapa yang tahu hasil seni dahulu kala.Warisan ini merupakan warisan yang perlu di naik tarafkan hingga ke depan ke generasi baru.

Bak kata pepatah :

"Tidak Lapuk Dek Hujan "

"Tidak Hilang Warisan Melayu"

Di harapkan anda semua akan terhibur & gembira dengan melawati Blog PWSTM ini.

Selamat melayari blog TERKUKUR yang menjadi hiburan hasil tinggalan Nenek Moyang kita terdahulu sampai lah kepada kita hari ni.............

Akhir kata dari saya : MOTO PWSTM & MOTO KAMI :

"WARISAN SEJAGAT , WARISAN SELAMAN "

From :
PWSTM

SILA LAWATI & BERILAH SOKONGAN KEPADA FORUM KAMI :

SILA KLIK LINK DI BAWAH INI SEGERA :-

http://database1900.13.forumer.com

TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA dari PWSTM di atas sokongan semua pihak, semua sahabat yang mengenali PWSTM atau pun tidak.Khususnya warga TTF semua.

TERIMA KASIH juga kepada pihak MEDIA yang menengahkan seni warisan ini untuk di kongsi oleh semua khususnya SINAR HARIAN DLL.


Isnin, 23 November 2009

SALAM AIDIL ADHA

salam

Salam aidil adha buat semua umat islam khususnya.
Semuga dengan kehadiran aidil adha nanti, memberi sinar baru kepada kita di dalam pengorbanan kepada ilahi serta tanggungjawab sebagai hamba.
Salam aidil adha ini juga saya tujukan kepada jemaah haji yang berada di tanah suci mekah, semuga memperoleh haji yang mabrur insyaallah amin.

Di kesempatan ini , saya dan juga keluarga saya, menyusun jari sepuluh memohon kemaafan daripada semua samada yang kenal atau yang tidak kenal sekiranya ada salah dan silap dari segi perkataan, perbuatan dan sebagainya harap di maafkanlah.

Yang mulia itu dari sisi allah dan yang buruk itu dari khilaf dan salah saya sendiri

Ilahi anta maqsudi waridhoka mathlubi

5 ulasan:

ayamskudai@yahoo.com berkata...

salam aidil adha long,
ni le time nak keluar parang cantik...jom melapah..

layangmas berkata...

Ilahi anta maqsudi waridhoka mathlubi aqtini mahabbataq...

salam aidil adha long dan kawan2 geng mikat semua...

PWSTM BLOG/LONGKEDAH berkata...

salam

ayam : ya betul tu .malam khamis ni buleh kasi kilat golok tu he he he.

azrul : sama-sama

DinZafiz berkata...

salam long...
aku pon nk ucapkan selamat hari raya aidil adha.
salah silap minta maap nooo....
raya mai jalan umah....
bukan jauh pon....
keloi pon boleh dengaq.... hehehe

PWSTM BLOG/LONGKEDAH berkata...

salam

insyaallah.raya ni kat 18