Pengikut

SELAMAT DATANG

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara semua kerana melawati Blog kami yang tidak seberapanya ini.

Blog ini di hasilkan adalah untuk memberi sedikit info & berkongsi maklumat bersama penggemar burung terkukur khususnya bagi kaki pikat.

Blog ini juga di hasilkan bagi merapatkan dan bersilaturahim sesama.

Blog ini di hasilkan bagi meneruskan WARISAN seni tinggalan Nenek moyang kita dahulu sehinggalah sekarang ini.

Jika tiada siapa yang menengahkan warisan ini, maka ianya akan terbuku kubur tanpa ada sesiapa yang tahu hasil seni dahulu kala.Warisan ini merupakan warisan yang perlu di naik tarafkan hingga ke depan ke generasi baru.

Bak kata pepatah :

"Tidak Lapuk Dek Hujan "

"Tidak Hilang Warisan Melayu"

Di harapkan anda semua akan terhibur & gembira dengan melawati Blog PWSTM ini.

Selamat melayari blog TERKUKUR yang menjadi hiburan hasil tinggalan Nenek Moyang kita terdahulu sampai lah kepada kita hari ni.............

Akhir kata dari saya : MOTO PWSTM & MOTO KAMI :

"WARISAN SEJAGAT , WARISAN SELAMAN "

From :
PWSTM

SILA LAWATI & BERILAH SOKONGAN KEPADA FORUM KAMI :

SILA KLIK LINK DI BAWAH INI SEGERA :-

http://database1900.13.forumer.com

TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA dari PWSTM di atas sokongan semua pihak, semua sahabat yang mengenali PWSTM atau pun tidak.Khususnya warga TTF semua.

TERIMA KASIH juga kepada pihak MEDIA yang menengahkan seni warisan ini untuk di kongsi oleh semua khususnya SINAR HARIAN DLL.


Isnin, 30 November 2009

KILI DARI TANDUK DLL




Salam

Di sini saya ingin berkongsi dengan semua berkaitan dengan kili atau otek-otek.kili ni adalah 1 nama yg di gunakan untuk menghadkan atau menyambung antara tali ulat dan tali kajau(tali kaki)
ianya di buat turun temurun sehinggalah kehari ini.pada ketika dahulu kili ini di perbuat dengan pelbagai jenis benda.yang paling utama di ketika dulu adalah tanduk.tanduk kerbau yang paling utama di gunakan di zaman nenek moyang kita dulu.namun generasi hari ni juga gemar menggunakan kili yg di perbuat daripada tanduk kerbau ini.kerana tanduk mudah didapati.

Tanduk yang paling cantik adalah tanduk kerbau balar.atau tanduk kerbau kampung yang betina.kerana tanduk betina tiada ruangan kosong pada tanduknya yakni berbentuk padu.

jadinya tanduk kerbau betina di ambil yang telah di sembelih dan tanduknya di simpan untuk di keringkan agar keluar atau luruh dgn sendirinya kelongsong tanduk dari kepala nya.

Itulah hasil seni datuk kita dahulu dalam permainan terkukur ini.semua benda yang ada pada masa itu di hasilkan untuk apa-apa kegunaan.kerana pada masa dahulu susah nk beli kerana masalah kewangan dan sebagainya.Jadi inisiatif di cipta dengan menggunakan tanduk kerbau.malau kalau kit lihat seni kraftangan di NEgara kita ini juga ada yg menggunakan tanduk seperti hsil seni burung yang di perbuat daripada tanduk yang pernah di siarkan oleh TV1 atau TV2 pada zaman 80an dahulu.

Sampai lah kegenerasi kini pun masih ada penggemar yang gemar menggunakan tanduk untuk membuat kili atau otek-otek ini.kerana ianya seni.

Di sini saya ingin berkongsi gambar kili hasil daripada tanduk dan tembaga pada zaman ini

Tiada ulasan: