Pengikut

SELAMAT DATANG

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara semua kerana melawati Blog kami yang tidak seberapanya ini.

Blog ini di hasilkan adalah untuk memberi sedikit info & berkongsi maklumat bersama penggemar burung terkukur khususnya bagi kaki pikat.

Blog ini juga di hasilkan bagi merapatkan dan bersilaturahim sesama.

Blog ini di hasilkan bagi meneruskan WARISAN seni tinggalan Nenek moyang kita dahulu sehinggalah sekarang ini.

Jika tiada siapa yang menengahkan warisan ini, maka ianya akan terbuku kubur tanpa ada sesiapa yang tahu hasil seni dahulu kala.Warisan ini merupakan warisan yang perlu di naik tarafkan hingga ke depan ke generasi baru.

Bak kata pepatah :

"Tidak Lapuk Dek Hujan "

"Tidak Hilang Warisan Melayu"

Di harapkan anda semua akan terhibur & gembira dengan melawati Blog PWSTM ini.

Selamat melayari blog TERKUKUR yang menjadi hiburan hasil tinggalan Nenek Moyang kita terdahulu sampai lah kepada kita hari ni.............

Akhir kata dari saya : MOTO PWSTM & MOTO KAMI :

"WARISAN SEJAGAT , WARISAN SELAMAN "

From :
PWSTM

SILA LAWATI & BERILAH SOKONGAN KEPADA FORUM KAMI :

SILA KLIK LINK DI BAWAH INI SEGERA :-

http://database1900.13.forumer.com

TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA dari PWSTM di atas sokongan semua pihak, semua sahabat yang mengenali PWSTM atau pun tidak.Khususnya warga TTF semua.

TERIMA KASIH juga kepada pihak MEDIA yang menengahkan seni warisan ini untuk di kongsi oleh semua khususnya SINAR HARIAN DLL.


Isnin, 5 Oktober 2009

MUSIM HELANG SUDAH MASUK

salam

Memandangkan bulan Oktober dah mula masuk maka bulan burung helang pun dah mula menampakkan diri.Setakat ni burung helang besar je baru nampak berlegar-legar di udara dan di pokok tinggi menunggu mangsa.musim helang akan masuk sekitar bulan Oktober hingga Januari pada setiap tahun.Mereka akan membiak dan mencari makan sekitar bulan tersebut yang mana jumlah mereka boleh di katakan di sekitar dan di seluruh Negeri ada.

Jadi kepada sahabat semua berhati-hati semasa memikat tu.kalau boleh duduk dekat dengan pikat.Gunakanlah apa-apa kaedah yg di fikirkan bersesuaian utk berada hampir dengan pikat atau denak.kerana malang tidak berbau.Apabila terdengar burung merbah riuh rendah tu berhati-hati kerana itu petanda Helang ada di sekitar kawasan tersebut.

Dan kita juga kena peka terhadap pikat , denak.lihat reaksinya seperti tengok leher dia.perangai dia.bila leher pikat , denak kecil memanjang ada pemangsa berdekatan.kena cepat2 peka.

Buat masa ni helang besar ( helang kuit) saja kelihatan.sewah atau sikap belum ada tanda masuk.mereka akan masuk tidak lama lg sekitar pertengahan Oktober.

Sikap @ sewah amat berbahaya daripada helang kuit.kerana dia memburu dengan laju.kehadirannya tanpa di duga.sepantas kilat.jadi aktiviti pada sekitar bulan ini slow sedikit berbanding bulan yang lain.

Hiraki bulan mereka seperti berikut :

1) Oktober masuk
2) Pertengahan Oktober mencari pasangan
3) November berpasangan
4) Disember mencari makanan utk anak
5) Januari Bawa anak keluar makan

maka rutin tersebut berlangsung sepanjang tahun di Negara kita ini.
Jadi kebanyakannya aktiviti memikat pda bulan-bulan tersebut di slowkan dgn aktiviti lain spt memancing dll lagi.tetapi boleh menjalankan aktiviti memikat seperti biasa.Cumanya burung hutan(terkukur) kurang galak kerana takut.kerana mereka pun sama aktiviti mereka untuk membiak.jadi sekitar bulan memikat antara hujung Januari - Oktober yang paling seronok.

3 ulasan:

azmi bin abdullah berkata...

Long..,
kat sini dah mula nampak sikap melintas terbang tinggi sekor-sekor.kejap lagi ia akan semakin banyak dan akan berlegar-legar macam helang.Nak mikat boleh,tapi baik janganlah sebab malang tak berbau.

PWSTM BLOG/LONGKEDAH berkata...

salam

tudia.kat somban dh masuk nooooo.bahaya tu.kena beringat tu.

xreal006 berkata...

long kat..semalam turun..sikap siap wat lintas langsung lagi atas kepala BB..mujur dia lalu saka tk perasan kot