Pengikut

SELAMAT DATANG

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara semua kerana melawati Blog kami yang tidak seberapanya ini.

Blog ini di hasilkan adalah untuk memberi sedikit info & berkongsi maklumat bersama penggemar burung terkukur khususnya bagi kaki pikat.

Blog ini juga di hasilkan bagi merapatkan dan bersilaturahim sesama.

Blog ini di hasilkan bagi meneruskan WARISAN seni tinggalan Nenek moyang kita dahulu sehinggalah sekarang ini.

Jika tiada siapa yang menengahkan warisan ini, maka ianya akan terbuku kubur tanpa ada sesiapa yang tahu hasil seni dahulu kala.Warisan ini merupakan warisan yang perlu di naik tarafkan hingga ke depan ke generasi baru.

Bak kata pepatah :

"Tidak Lapuk Dek Hujan "

"Tidak Hilang Warisan Melayu"

Di harapkan anda semua akan terhibur & gembira dengan melawati Blog PWSTM ini.

Selamat melayari blog TERKUKUR yang menjadi hiburan hasil tinggalan Nenek Moyang kita terdahulu sampai lah kepada kita hari ni.............

Akhir kata dari saya : MOTO PWSTM & MOTO KAMI :

"WARISAN SEJAGAT , WARISAN SELAMAN "

From :
PWSTM

SILA LAWATI & BERILAH SOKONGAN KEPADA FORUM KAMI :

SILA KLIK LINK DI BAWAH INI SEGERA :-

http://database1900.13.forumer.com

TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA dari PWSTM di atas sokongan semua pihak, semua sahabat yang mengenali PWSTM atau pun tidak.Khususnya warga TTF semua.

TERIMA KASIH juga kepada pihak MEDIA yang menengahkan seni warisan ini untuk di kongsi oleh semua khususnya SINAR HARIAN DLL.


Selasa, 15 Jun 2010

ISTILAH 11 - CAM KASAU

Salam
Pada hari ini saya cuba menengahkan 1 lagi istilah yang selalu orang belah utara gunakan yakni istilah CAM KASAU.

Apa tu cam kasau ?
cam kasau ni adalah boleh di maksudkan begini

1) CAM = kenal
2) KASAU = angga,tempat, kawasan

jadi di satu kan menjadi kesinambungan ayat = CAM KASAU = kenal angga, tempat

Cam kasau ni merupakan istilah bg burung yg hanya suka tempat dia sahaja.dia tidak suka berada di tempat lain.sebagai contoh burung yang di gantung kan pada satu-satu tempat di rumah kita.dia memang suka berbunyi di situ sahaja.Apabila kita pindah tempat gantungannya dia tidak akan berbunyi sampai sudah.Ini kita kategorikan sebagai cam kasau.

Dengan cara begini kita akan dapat tahu burung tersebut tidak boleh main banyak kawasan.

1 ulasan:

CHILI DE' NGUKU berkata...

addoiii long...mcm sasau la tuan dia yek..