Pengikut

SELAMAT DATANG

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara semua kerana melawati Blog kami yang tidak seberapanya ini.

Blog ini di hasilkan adalah untuk memberi sedikit info & berkongsi maklumat bersama penggemar burung terkukur khususnya bagi kaki pikat.

Blog ini juga di hasilkan bagi merapatkan dan bersilaturahim sesama.

Blog ini di hasilkan bagi meneruskan WARISAN seni tinggalan Nenek moyang kita dahulu sehinggalah sekarang ini.

Jika tiada siapa yang menengahkan warisan ini, maka ianya akan terbuku kubur tanpa ada sesiapa yang tahu hasil seni dahulu kala.Warisan ini merupakan warisan yang perlu di naik tarafkan hingga ke depan ke generasi baru.

Bak kata pepatah :

"Tidak Lapuk Dek Hujan "

"Tidak Hilang Warisan Melayu"

Di harapkan anda semua akan terhibur & gembira dengan melawati Blog PWSTM ini.

Selamat melayari blog TERKUKUR yang menjadi hiburan hasil tinggalan Nenek Moyang kita terdahulu sampai lah kepada kita hari ni.............

Akhir kata dari saya : MOTO PWSTM & MOTO KAMI :

"WARISAN SEJAGAT , WARISAN SELAMAN "

From :
PWSTM

SILA LAWATI & BERILAH SOKONGAN KEPADA FORUM KAMI :

SILA KLIK LINK DI BAWAH INI SEGERA :-

http://database1900.13.forumer.com

TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA dari PWSTM di atas sokongan semua pihak, semua sahabat yang mengenali PWSTM atau pun tidak.Khususnya warga TTF semua.

TERIMA KASIH juga kepada pihak MEDIA yang menengahkan seni warisan ini untuk di kongsi oleh semua khususnya SINAR HARIAN DLL.


Isnin, 28 Jun 2010

CABUT SEBENTAR

salam
26 Jun 2010 - sabtu
J20
Pikat : NY & BB

Hari ini ada kenduri lagi,siap semua terus cabut sebentar ke lokasi.lokasi baru x pernah sampai.malam tadi hujan.hari ini nampak cuaca baik sikit.terus naik moto cabuk kelaman.sampai laman suasana riuh rendah di seberang sawit tinggi.saya di laman sawit rendah.duduk kejap mengamati bunyi yang baik.ada sekor suara boleh lah di atas.sekor lagi bunyi di seberang sana.tengok sana tengok sini mana nak pacak.nampak angga ini



dalam hati angga ni cantik ni.nampak gaya ada potensi bh hinggap di sini.kerana tinggi dan sesuai utk bh hinggap.pusing kiri kanan laman mana nk pacak ni ? tengok punya tengok di sini lah...


siap pacak terus masuk jerumun belakang sawit rendah.pikat dok rileks kejap terus buat kerja.perap 2 -3 kali angguk.bh di atas dengar makin rapat.pikat buat kerja lagi sambil mematuk-matuk tanah.bh x juga sampai.pikat bunyi lagi.tiba-tiba pikat menekan rapat dan menguku.tengok bh dari seberang sana sudah sampai atas angga tadi.pulun punya pulun, bh dari atas tadi sampai atas angga tadi.menguku sesama dia.purfff bh dari atas cabut.kalah nampaknya.tinggal bh dari seberang.pikat buat kerja lagi.dalam lebih kurang 8 minit bh x juga turun.pikat tekan perlahan.x juga turun.dalam hati sabar menanti.bh lambung guk 3 patah.pap-pap-pap-pap bh melambung naik terus menuju ke seberang sana.adddoiiiii...x dak harapan nampaknya.mungkin sigiag(laman) dia di seberang.biarlah.bila bh melambung bh tadi pun sampai hampir semula di atas pokok durian di belakang saya.pikat buat kerja walau x nampak.tak kisahlah.harap masuk angga lah.

Tidak masuk juga.tiba-tiba bh dari seberang sampai semula atas angga ini.masing-masing buat kerja.pikat gerbang naik.tekan lagi.saya pun sudah rindu rendam di hati.adddoiiii bila la hang nak terjun ni ? bosan tunggu lebih kurang dlm 5 minit bukak telefon sms pada ZK.addoiiii....nampak gayanya kena bawak baygon mai sini zk oiiiiii...ha ha ha ha...tiba2 pruffffff..bh terjun betul2 depan laman racik.menguku 3 patah tarik kaki.terus berlari keluar di kuatiri bh ni terlepas .bukan apa takut pisang berbuah dua kali pada minggu lepas.nak pergi ambil terlepas.tu yg cepat2 keluar tu tanpa banyak bicara.nin dia tuan angga.....



siap masuk bh dalam jut terus sms ZK.Alhamdulillah zul, dh tapau yg tadi.bh kosong angin zul........

terus saya ubah laman di sebelah saja di hujung pelepah jatuh.
terus saya tebuk laman pasai berumput sikit.kerana nak ambik bh dari atas bukit tadi.siap pacak bh senyap sunyi.dalam hati insyaallah ada ni.pikat buat kerja sekejap.lambung guk.bh makin hampir.agaknya otai angga dah tak ada dia berani hampir.naik atas angga tadi.dok lawan suara pulak atas angga hampir 10 minit.hantar sms kat zk lagi pasai dh bosan.zul ada seko lagi tolong doa-doa sikit nooooo..prenggggg...tunggu punya tunggu bh x terjun depan atas jalan.dia landing di sawit depan saya menyorok.dia x nampak pasai saya dok dlm mafla.dok perap situ hampir 5 minit.pindah sawit dekat pikat.dok itu hampir 5 minit lagi.prufff hinggap atas pelepah jatuh.cantekkkk dalam hati saya.dia meniti atas tu .harapan saya insyaallah kot dia akan terjun mengikut pelepah dan ke laman racik.rupanya sangkaan saya meleset sama sekali.dia terjun di belakang.ada laman sikit utk dia terjun.pandai bh ni.menguku sana sini di belakang.berjalan masuk ikut belakang.masuk berlaga.adddoiiii x kena racik.terus dia duduk menguku situ je lah sampai sudahhhhh....nak keluar pun biar lah lagi.mana lah tahu dia masuk semula.namun tidak masuk dah.tak lama kemudian tuan tanah naik motor nak pergi tengok buah durian.bh terus cabut.terus saya keluar.pack semua cabut balik.tunggu hang aku nk repeat.

sekian

4 ulasan:

zat berkata...

tudia...long menapau sesaja...tahniah.

Long berkata...

salam
kebetulan bh tu naik angga tu cikgu.tu yg dia geram turun tu

Zul berkata...

Tahniah long......tah yah pakai bygong pakai ridset long je ha ha ha ...

Long berkata...

salam

tudia ridset pun buleh gak nooooo.simpan ka ridset tu ? ha ha ha ha prengggg