Pengikut

SELAMAT DATANG

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara semua kerana melawati Blog kami yang tidak seberapanya ini.

Blog ini di hasilkan adalah untuk memberi sedikit info & berkongsi maklumat bersama penggemar burung terkukur khususnya bagi kaki pikat.

Blog ini juga di hasilkan bagi merapatkan dan bersilaturahim sesama.

Blog ini di hasilkan bagi meneruskan WARISAN seni tinggalan Nenek moyang kita dahulu sehinggalah sekarang ini.

Jika tiada siapa yang menengahkan warisan ini, maka ianya akan terbuku kubur tanpa ada sesiapa yang tahu hasil seni dahulu kala.Warisan ini merupakan warisan yang perlu di naik tarafkan hingga ke depan ke generasi baru.

Bak kata pepatah :

"Tidak Lapuk Dek Hujan "

"Tidak Hilang Warisan Melayu"

Di harapkan anda semua akan terhibur & gembira dengan melawati Blog PWSTM ini.

Selamat melayari blog TERKUKUR yang menjadi hiburan hasil tinggalan Nenek Moyang kita terdahulu sampai lah kepada kita hari ni.............

Akhir kata dari saya : MOTO PWSTM & MOTO KAMI :

"WARISAN SEJAGAT , WARISAN SELAMAN "

From :
PWSTM

SILA LAWATI & BERILAH SOKONGAN KEPADA FORUM KAMI :

SILA KLIK LINK DI BAWAH INI SEGERA :-

http://database1900.13.forumer.com

TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA dari PWSTM di atas sokongan semua pihak, semua sahabat yang mengenali PWSTM atau pun tidak.Khususnya warga TTF semua.

TERIMA KASIH juga kepada pihak MEDIA yang menengahkan seni warisan ini untuk di kongsi oleh semua khususnya SINAR HARIAN DLL.


Selasa, 2 Mac 2010

MINTA DI JAUH KAN


Salam

Di sini saya ingin berkongsi bersama sahabat semua berkenaan specis yang kita amat bimbang , risau dan takut iaitu specis TEDUNG SELAR.

Spesis inilah amat di geruni oleh kita , kerana spesis ini adalah spesis yg berbisa sekali dan cerdik.

Dengar saja nama itu , kita sudah dapat bayangkan bahawa ianya binatang paling di geruni.

Oleh demikian saya ingin berkongsi sedikit info berkenaan spesis ini.

Di mana kita boleh cam kedudukan nya di sesuatu kawasan ?

Spesis ini sikit sebanyak kita boleh camkan kawasannya dengan melihat biawak.kerana spesis ini antara makanan dia adalah biawak.

Macamana kita nk cam kan ?

Apabila kita terjumpa biawak ekornya kontot bermakna spesis tersebut ada di lingkungan kawasan tersebut.Kerana biawak yang ekornya kontot atau kudung akibat terkena bisa TEDUNG SELAR yang berada di lubang2.

Ekornya akan menjadi buruk akibat sengatan atau patukan di ekor biawak.itu salah satu kita boleh camkan.

keduanya di rumput buluh besar di tepi sungai.Yang jenis duduk di rumput buluh di tepi sungai inilah yang paling bahaya dan berbisa sekali dari yg mula-mula saya sebutkan di atas tu.Jenis ini di panggil TEDUNG SELAR RAYA.

Spesis ini apabila marah ianya akan berbunyi seakan bunyi burung hantu sedang marah.berdesing telingan.bentuk kepalanya berketak-ketak atau bersegi-segi.semasa dia memanggungkan kepalanya kita akan ternampak garisan merah di tepi kiri dan kanan dari leher membawa ke kepala.itu menunjukkan ianya amat berbisa sekali.Dan jenis ini mudah mengejar.Jangan lihat ke matanya, kerana ada setengah pendapat orang-orang lama, matanya saja boleh melemahkan semangat lawan.

Spesis yg di sebutkan kedua-dua jenis tadi, jika terjumpa jangan kita lari.duduk diam jangan bergerak kerana pergerakannya amat pantas.

Walau ada pikat berdekatan biarkan.jangan di selamatkan pikat tu.ingat diri kita dahulu.

Selain tu ada ayat Al Auran yakni surah Al Baqarah yang menceritakan Iblis yang menyerupai ular untuk menipu Nabi Allah Adam dan Siti Hawa,dan ayat Nabi Allah Sulaiman a.s.

Sesungguhnya kita memohon agar Allah Snwt melindungi dan menjauhkan diri kita dari semua bahaya.

Semuga Allah jauhkan benda-benda tersebut daripada kita.

2 ulasan:

Zul berkata...

Amin

cikgu peja ladang berkata...

takutla..ada cara tak nak kalahkan benda nie..orang kater gune buluh..betul ker..