
salam
27.2.2010
sabtu petang
teratak buruk saya
Hari ni merupakan hari sabtu yakni hari org mengadakan majlis kenduri kahwin di merata-rata tempat.Jadi saya juga tidak ketinggalan menghadiri majlis kenduri di rumah sifu saya iaitu pak usop.Pada pagi nya ke rumah adik beradik di j17 ni menolong apa yang patut untuk persiapan kenduri juga.lepas semuanya selesai saya bertolak pulak untuk memeriahkan kenduri adik beradik di j20 yakni rumah pak usop.Pukul 1 ptg saya bertolak ke sana.sampai kerumah pak usop terima panggilan telefon dari seseorang yakni tidak lain dan tidak bukan adalah warga dan sahabat TTF ALEME.
Long ada rumah tak petang ni ? tanya aleme
ada insyaallah.nk mai ka ?
insyaallah lepas kenduri kat j15 ni saya nk singgah ke rumah long.
beres.nanti apa2 hal call ye.
siap makan dan lepak2 tengok jam dh pukul 2 lebih.terus minta diri kat pak usop utk beredar pasai ada kawan dari klang nk singgah rumah.sampai rumah aleme call on the way.jam 3 ptg aleme dh sampai depan rumah.akhirnya bersua juga dengan org yg menggunakan nickname ALEME.selama ni dok tengok dalam gambar dan blog kohjai saja.sempoi orgnya dan friendly.
Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada sdr ALEME kerana sudi singgah ke teratak buruk saya bersama dengan abang dan keluarga nya.
Saya bagi pihak diri saya serta keluarga memohon kemaafan sekiranya ada sebarang kesilapan, terlanjur kata dan perbuatan semasa sdr aleme singgah ke teratak saya.
gambar di atas tu dari kiri sekali abg aleme, tengah : aleme, kemudian kanan ehem-ehem.
Semuga perhubungan ini berpanjangan hendaknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan