Pengikut

SELAMAT DATANG

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara semua kerana melawati Blog kami yang tidak seberapanya ini.

Blog ini di hasilkan adalah untuk memberi sedikit info & berkongsi maklumat bersama penggemar burung terkukur khususnya bagi kaki pikat.

Blog ini juga di hasilkan bagi merapatkan dan bersilaturahim sesama.

Blog ini di hasilkan bagi meneruskan WARISAN seni tinggalan Nenek moyang kita dahulu sehinggalah sekarang ini.

Jika tiada siapa yang menengahkan warisan ini, maka ianya akan terbuku kubur tanpa ada sesiapa yang tahu hasil seni dahulu kala.Warisan ini merupakan warisan yang perlu di naik tarafkan hingga ke depan ke generasi baru.

Bak kata pepatah :

"Tidak Lapuk Dek Hujan "

"Tidak Hilang Warisan Melayu"

Di harapkan anda semua akan terhibur & gembira dengan melawati Blog PWSTM ini.

Selamat melayari blog TERKUKUR yang menjadi hiburan hasil tinggalan Nenek Moyang kita terdahulu sampai lah kepada kita hari ni.............

Akhir kata dari saya : MOTO PWSTM & MOTO KAMI :

"WARISAN SEJAGAT , WARISAN SELAMAN "

From :
PWSTM

SILA LAWATI & BERILAH SOKONGAN KEPADA FORUM KAMI :

SILA KLIK LINK DI BAWAH INI SEGERA :-

http://database1900.13.forumer.com

TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA dari PWSTM di atas sokongan semua pihak, semua sahabat yang mengenali PWSTM atau pun tidak.Khususnya warga TTF semua.

TERIMA KASIH juga kepada pihak MEDIA yang menengahkan seni warisan ini untuk di kongsi oleh semua khususnya SINAR HARIAN DLL.


Jumaat, 8 Januari 2010

TRIP MIKAT 2010


Salam semua

Undian untuk buat TRIP MIKAT bg tahun 2010 telah di buka di TTF .Tuan-tuan boleh melayari forum kami di http://terkukur.10.forumer.com

Ada beberapa cadangan tempat dan Negeri bagi tahun ini antaranya :

1) JOHOR
2) SUNGKAI PERAK
3) BAHAU N9
4) PULAU CAREY KLANG

Undian Negeri terttinggi akan di kira tempat untuk kita buat trip untuk kali kedua ini.
tuan-tuan semua di jemput untuk sertai TTF khususnya sekiranya berminat di dalam warisan ini.

Tujuan Trip ini di buat bagi merapatkan silaturahim antara semua lapisan masyarakat.Tidak kira tua dan muda,bangsa dan agama.semua boleh sertai kita dalam hobi ini.

Tujuan kita buat trip ini juga bagi menengahkan warisan nenek moyang kita ini kepada lapisan masyarakat khususnya serta memberi pendedahan bahawa warisan mainan nenek moyang kita ini tidak lekang dek lapuk panas dan hujan.

Warisan mainan ini boleh kita namakan warisan rakyat kerana ianya di benarkan hamba rakyat untuk bermain.Oleh kerana itulah warisan ini merupakan warisan anak bangsa melayu yg mana sikit sebanyak mengeratkan tali persaudaraan sesama kita khususnya tali silaturahim sesama tanpa ada kekangan daripada pihak berwajib.kerana permainan warisan ini yakni TERKUKUR dan MERBOK di benarkan bermain tanpa lesen.

Bukan itu sahaja, spesis ini merupakan spesis yang paling banyak sekali di MALAYSIA ini, pembiakannya setiap tahun mencecah ribuan malah mungkin lebih lagi daripada statistik tersebut.

Apa yang boleh kita bayangkan adalah, Negeri di Malaysia kita ini ada 14 buah Negeri.1 Negeri keluasannya menjangkau ratusan ribu hektar.kiraan paling sedikit yang kita boleh buat pada setiap Negeri katakan mesti ada kawasan pembiakan spesis ini seperti ladang-ladang sawit, getah dan sebagainya.Jadi dengan itu spesis ini terus berkembang dan membiak dengan banyaknya pada setiap tahun.Jadi kita tidak perlu bimbang kepupusannya.kerana ianya terlampau banyak.

Jadi ianya hanya utk bermain , bukan untuk di makan.jd mana-mana yg tidak elok, akan kita lepaskan sebagai pembiakannya.

Jadi salah 1 cabang warisan ini dapat mengajak muda dan mudi menghargai persahabatan di samping boleh meninggalkan aktiviti yang tidak berfaedah.Dan juga aktiviti ini juga dapat mengurangkan tekanan bekerja , yang sudah pencen dapat menghilangkan keboringannya.seperti dapat mengeluarkan sedikit peluh dengan berjalan kaki sikit sebanyak mencari laman atau kawasan burung yang cantik suaranya dan sebagainya.Yang sudah berumur tu dapat juga exercise.Ini dapat menjadikan bangsa kita menjadi bangsa yang sihat.

Bukan itu saja, warisan ini sikit sebanyak mengajar diri kita sendiri sebenarnya.antaranya sikap sabar, tenang, bertanggungjawab.

saya akan simpulkan 1 persatu disini .Pertamanya :

1) sabar

Apa yang boleh kita kata kan sabar dalam warisan ini ?

Sabar dalam menghadapi situasi, hujan, panas , keluhan dapat kita hakis lama kelamaan.sabar menantikan seseekor burung yang kita latih untuk berbunyi.sabar dalam mengajarnya pula.dan lain-lain perihal sabar ini

2) tenang

Apa yang boleh kita katan tenang dalam warisan ini ?

Tenang menghadapi apa jua kutukan dan tohmahan mereka yg tidak mengerti.tidak ada kerja lah, menghabiskan beras lah , buang masa lah dan lain-lain cakap-cakap.namun mereka tetap tenang kerana warisan ini tidak mengajar membuat jahat seperti mencuri, merempit, menagih dadah dsbnya.

3) Tanggungjawab

Apa yang boleh kita katakan tanggungjawab dalam warisan ini ?

Tanggungjawab di dalam agama.Peminat warisan ini tidak mengabaikan tanggungjawabnya kepada agama.sebagai contoh ada setengah cakap-cakap bahawa , "apalah memikat x solat ke ? dakwaan tersebut salah sama sekali.

Peminat warisan ini tidak mengabaikannya.sampai waktu solat.di ladang sawit atau di ladang getah atau di laman sampai waktu tetap mengerjakan tanggungjawab kepada agama.Ada yang membawa kompas untuk menentukan arah kiblat, kain pelikat dan sebagainya.solat boleh di mana-mana bila sudah sampai waktunya.

Tanggungjawab kepada kebersihan rumah tangga.ada yang bercakap "apalah bulu burung berterabur di sana-sini.kotor rumah je.semua cakap2 tersebut salah sama sekali.Tanggungjawab disini adalah tanggungjawab peminat warisan ini sendiri.mereka akan membersihkan dan menyapu rumah mereka sendiri.bukan itu sahaja, di sapunya sekali ruangan di dalam rumah mana yang ada gantung burung mereka.jadi ini sudah menjadi tanggungjawab mereka terhadap keluarga.apalagi isteri pun senyum lebar.bagusnya suami aku ni he he he...

Tanggungjawab kepada masyarakat.Peminat warisan ini tidak pernah mengabaikan tanggungjawab kpd masyarakat khususnya.seperti kenduri kendara, sakit demam dan lain-lain lagi.Terima jemputan insyaallah mereka akan sampai.


Warisan ini juga dapat menengahkan kebudayaan mainan bangsa kita yakni bangsa melayu di mata dunia.Dunia akan terpanggil kerana keunikan dan keasyikannya bermain dengan warisan ini.Jadi salah 1 sumber ekonomi Malaysia dpt di jana dengan kemasukan pelancong yang suka melihat permainan warisan melayu ini.

Mereka akan terpegun melihat keunikan hasil-hasil seni buatan tangan rakyat Negara kita seperti hasil seni membuat tali ulat, jebak, sangkar dan sebagainya.Yang mana bukan nya mudah untuk membuatnya.Ini juga boleh kita kategori sebagai hasil seni kraftangan anak bangsa itu sendiri.

Oleh kerana itulah saya menubuhkan 1 forum dan blog berkaitan dengan warisan ini dengan kemudahan ICT yang ada.

Namun memandangkan forum dan blog tersebut secara percuma kita kuatiri apabila ianya berkembang pesat, menjadikan server forum dan blog yg percuma ini di berhentikan.

Namun apakan daya kita.kita hanya mampu begitu kerana.kerana kita tiada sumber untuk menampung laman web sendiri.

Harapan kita trip kali ini akan lebih bermakna bagi merapatkan silaturahim sesama kita tidak kira bangsa dan agama.inilah di namakan NATIONAL ONE ( betul ke idak ayat aku ni ? he he)

wassalam

WARISAN SEJAGAT WARISAN SELAMAN

3 ulasan:

2ez berkata...

den sokong idea nie.....mmg bernas dan ideal...moga ia jadi nyata

azmi bin abdullah berkata...

waduh...panjang lebar penerangan dari saudara Long kita.Semoga sapa2 yang baca dapat manafaat darinya.

PWSTM BLOG/LONGKEDAH berkata...

salam terima kasih semua.