Salam
KACANG HIJAU
Di sini saya ingin berkongsi serba sedikit cara-cara nk suap kacang hijau, minyak ikan kod (cod) dan daun ati-ati
Untuk apa semua bahan tu ?
untuk kesihatan denak kita
bahan-bahan yang di perlukan :
1) kacang hijau - lebih kurang RM1 untuk buat simpanan stok
2) minyak ikan kod (COD) - beli 1 kotak jenama seven seas kotak kuning di farmasi ada jual harga sekotak RM20 kalau tidak silap.isi dalam ada lebih kurang 50 biji rasanya
GAMBARNYA :
3) Daun ati-ati hitam atau merah- yang baik hitam la.kalau tidak ada merah pun buleh guna.merah jangan yg berbulu di tepi daunnya.sebanyak 1 helai yg besar sedang.kalau kecil 3 helai
caranya
1) kacang hijau perlu di goreng lebih kurang.di kacau dan di kacau supaya rata.jangan sampai hangit warna nya.kita agak dia dh bertukar warna sedikit boleh sejukkan dan simpanlah di dalam bekas utk buat stok nanti.
2) COD sebiji
3) daun ati2 - sehelai besar 3 helai jika kecik
*******************************************************************************
cara nk suap ?
SILA KLIK "BACA LAGI" UNTUK MENDAPATKAN INFO SELANJUTNYA..........
sembur kan denak kita dengan air semburan botol tu ke arah badan denak secara berembun.agak-agak nampak mcm embun jatuh atas bulu cukup.kemudian usap sikit sebanyak dan cekup dari atas belakang.dan suapkan kacang hijau dahulu.
berapa biji kacang hijau ?
33 biji sekali suap.
maksudnya sekali jalan je 33 biji pada hari yg sama.
suap tu bukan maksud terus perabih 33 biji tu terus menerus.suap caranya begini.
suap 4-5 biji berhenti sebentar.urut leher dia.kemudian suap lagi 4-5 biji berhenti sampai lah habis 33 biji kacang hijau.yang mana denak tolak yakni kacang yg terjatuh biarkan jgn kutip.suap je lebihan yg ada pada jumlah 33 biji tu.dh habis suap 33 biji biarkan sebentar.kemudian nk suap minyak ikan kod(cod) pulak.
lepas suap kacang hijau sambil biar denak bertenang kita gentel minyak ikan kod sebiji tu perlahan-lahan.gentel je sampai dia agak lembut la sikit.pastu celup dalam air dan gentel kembali.sampailah jari kita licin dan terasa minyak ikan nk jatuh dari jari terus cekup denak dan suap minyak ikan kod.nampak besar tetapi bila licin terus je dia masuk.pastu usap leher dia perlahan-lahan.
lepas tu suap daun ati-ati tadi.daun ati2 mesti yg terakhir kerana daun ati2 kita nk buang angin.koyak dan gentel daun tu kecil2 dan gentellah sebesar kepala mancis dan suap sampai habis daun tu.kemudian simpan.kalau nk embun malam tu boleh.
khasiat 3 benda tu
1) kacang hijau sebagai penggalak dan kesihatan burung khususnya pikat
2) cod sebagai selera makan dan kesihatan denak
3) daun ati2 untuk buang angin dan kesihatan dan kurangkan cacing serta benda-benda yang lainnya
NOTA
selepas kita suapkan semua tu, esoknya jangan di bawa memikat.biarkan dahulu.lusa kalau nk bawa bolehlah.lepas kita suap malam ni contohnya esok jgn bawak.malam kita suap tu kalau rajin embun kan dia.waktu dan masa embun antara jam 11 - 12 malam.waktu tu embun jantan pertama turun.lepas tu angkat dan besoknya jemur panas.
jangkamasa suapan bg denak cukup sebulan sekali atau 2 bulan sekali.
selepas kita suapkan semua tu dan denak bermaian dengan baik semasa kita dok kat pangkal sawit tu perhatikan tanah tu kalau2kalau ada tahi cacing.korek dan cari telur cacing.telur cacing suapkan 3 biji kepada denak.
telur cacing kita beri, embun dan jemur insyaallah bulu denak akan jadi cantik dan kemas.
dan masa mikat tu kutip biji relai sawit dpt agak seplastik bawak balik perisi isi biji relai dari biji dia kemudian tumbuk sampai keluar minyak.minyak sawit tu kita ambik dan gaulkan dengan kambu / sambau yg telah kita bersihkan dengan air dan jemur.bila kering dan sebati dengan kambu/sambau beri makan denak saja.bulu denak akan lagi cantik insyaallah.
selamat mencuba
14 ulasan:
salam long...terima kasih atas info petua ni..kawan nk try le...hehe...tp daun ati-ati tu bentuknye mcmmane ye long?
tq..tq...long... boleh try petua ni..bukan tuan je yg nak sihat pikat pun nak sihat sama ..
TQc long
sama-sama.
adib : daun ati-ati itam tu rasanya dlam blog saya ni ada agaknya posting yg lama-lama tu.
kahar:bolehlah.utk sihat kan pikat kita tu.dalam pertandingan merbok pun org guna kacang hijau.so khasiat dia sama.
zul: sama-sama
tq long..bnyk maklumat yg bergune,,,pikat den dah tukar tahi hijau..knp yea long...
salam selaman..... long sy nak tanya kalau brg sakit mata nak bg ubat apa?
memang hebat lah long ni terima kasih banyak2 kerana bagi petua yer long. selamat berpuasa.
semenjak dua ni sya baca blog abg .sya berbanyak terimakasih sangat kerana dpt ilmu membela burung.pada aslnya sya lansung x tahu apa apa.walu hobi suka bela sahaja.tpi skrg bolehlah ajar jdi denak.terimakasih abg semoga allah merahmati dan si panjangkan umur
Salam long..saya dr l'kawi nk brtanya anak burung merbuk agak2 umur brapa blh di ajar utk menjadi denak long ??
Saya mempunyai seekor anak tunggal dr baka bapa bersuara merdu dn garang
Sy nak tnya tentang kambu,ada kata letak madu dan telur,mcm mana nak buat,blh ajar tk.
Bleh ganti x dngan daun lain kalau xdk daun ati2.
Tq long ni hebat la.....merbok kat umah ada brerepa ekor ....hihihih saje tanya
As'salmmulikum bng....sye nk tnye klau burung bersin2 mcmmne nk hilngkn?...
Aslmkm...nk tny kaki burung merbok sy cacat dri dlm teloq lg...tempang ad ubt tk untk denak sy
Catat Ulasan