Salam
DAUN KETUMBIT
Pokok daun ketumbit ini tumbuh meliar di kawasan -kawasan tanah di kampung-kampung khususnya.namun ada yang perasan dan ada yang tidak perasan.kerana keadaan pokoknya seakan sama dengan pokok rumput yang biasa kita jumpa di ladang-ladang.
Pokoknya renek kecil agak-agak lebih kurang sejengkal selalunya.bunga berwarna putih.daunnya panjang sedikit agak dalam 2-3 inci.
Apakah khasiatnya pokok ini ? dulu-dulu orang menggunakan pokok ini untuk ubat anak-anak kecil yang asma, batuk.
Daunnya di petik dan di campurkan dengan sedikit kapur makan dan di upar di tapak tangan dan di sapukan ke dada anak-anak yang asma atau semput.sekurang-kurangnya itu merupakan ikhtiar.Yang menyembuhkan adalah Allah snwt.
Dan disini kita nak fokuskan kepada burung terkukur itu sendiri.
daun pokok ketumbit ini ada gunanya bagi pikat yang kurang sihat, sakit tekak, seduan dan seumpamanya juga boleh di gunakan juga.
Ambil daunnya lebih kurang 3 helai dan uparkan di tapak tangan bersama sedikit saja kapur makan dan gentelkan sebesar kepala mancis dan suapkan kepada pikat.
Dan ada juga daun lain (jika ada) yang kita perlu sekalikan seperti contoh :-
1) Daun gemunggal - buahnya yang orang india buat masak dal
2) cekur manis
3) daun ketumbit
4) kapur makan
keempat-empat perkara tersebut boleh di gunakan sekali.Namun sekiranya tiada yang selain di atas tu boleh kita gunakan hanya daun pokok ketumbit dan kapur makan sahaja.
5 ulasan:
TQ for sharing
assalammualikum.... benarkah daun ketumit ini juga salah satu daun yang boleh mengubati sakit perut.... semasa saya kecil dulu, saya juga sering menggunakan daun ini sebagai ubat sakit perut...
salam, saya memerlukan daum ketumbit ini untuk kajian universiti. sekiranya menjumpai daun ini dikawasan sekitar Kelantan, sila emel kepada saya anisaliaa26@gmail.com. saya memerlukan daun ini dengan segera. Terima Kasih. Kerjasama anda amat saya hargai
Pokok Ni senang jumpa bila lepas atau musim hujan .... Mana Mana pun ada
Pokok ketumbit bloeh buat cacing jugak.
Catat Ulasan