Salam
dan saya perkenalkan satu persatu peralatan di atas :
1) benang strongbow - benang jahit kusyen.terdapat di kedai-kedai menjahit khususnya atau kedai tertentu
2) plyer jenis crocodile - gunakan plyer yang ada spring.dan pemotong nya ada di tengah-tengah antara muncung crocodile.plyer jenis ni mahal sikit harganya.dan tahan lama.terdapat di kedai-kedai hardware atau kedai menjual mesin-mesin seperti grinder dll
3) braided power pro 8lbs - untuk buat perambut.jadi nya tak payah nk buka ,terus pintal saja.terdapat di kedai-kedai pancing
4)Tangsi jenama dupon - 6lbs cukup cantik.Made in USA.abaikan warna putihnya itu kerana kita boleh rebus dia dengan menggunakan kulit pokok bakau atau tea.Jika hendak menggunakan tangsi jenis maxima 12lb paling cantik.jika 10lb sesuai pelepah.Jika nak menggunakan tanah dengan 10lb boleh juga tetapi kili,cincin atau no.8 mesti menggunakan jenis steel.kalau tembaga berat.
Jika menggunakan tangsi jenis labi-labi made in france sesuai.gunakan 40lb cantik.
5)PIsau untuk memotong tangsi dan benang yg ada pada perambut.gunakan hujung mata pisau tu untuk memotong sambungan tangsi dan perambut.pisau ni cukup tajam di hujungnya-boleh didapati di kedai-kedai buku atau seumpamanya
6)Dawai tepi tayar motor terpakai-ini adalah untuk menjimatkan kos.dawai ini jenis dawai yg liat dan keras.-boleh mintak je kat kedai-kedai motor yang diaorang nk buang tu.dawai ni juga boleh di buat jebak.kerana warnanya sudah warna hitam.gunakan pisau tadi untuk membelah tayar motor tu.cukup tajam.kalau nk elok beli lg satu pisau seumpamanya tetapi besar sikit mudah kita nk pegang.tetapi model sama pisau tu.
7)Stainless steel jenama toman-untuk membuat kili, cincin atau no.8-kalau dapat yg warna gelap sikit.30lb cukup cantik.-boleh di dapati di kedai-kedai pancing
9)Pembaris.Boleh guna pembaris besi ke plastik ke kayu ke terpulang kpd kita .Yang penting ada ukuran sudah.Pinjam yang anak tu kejap.Kegunaan pembaris ni adalah untuk mengukur panjang keseluruhan tangsi dan perambut.panjang keseluruhan utk selesa membuat adalah 8 inci setelah perambut di ikat.
10) Dawai tayar motor - khusus membuat tumang.ukuran nya untuk tanah adalah 1 inci setengah.Untuk ukuran pelepah 1 inci.Untuk ukuran tungguk setengah inci atau 1 inci pun boleh.Untuk jerami 1 inci atau setengah inci pun boleh.
4 ulasan:
Assamualaikum!
Long!besi sebelah pisau macam huruf sembilan tu gunanya untuk apa. Buat no 8 ke? Maaf tanya.
salam
ye buat huruf 8 atau cincin atau kili
Long, bila ada lesson tunjuk ajar ?
come fly to pahang
Catat Ulasan