Pengikut

SELAMAT DATANG

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara semua kerana melawati Blog kami yang tidak seberapanya ini.

Blog ini di hasilkan adalah untuk memberi sedikit info & berkongsi maklumat bersama penggemar burung terkukur khususnya bagi kaki pikat.

Blog ini juga di hasilkan bagi merapatkan dan bersilaturahim sesama.

Blog ini di hasilkan bagi meneruskan WARISAN seni tinggalan Nenek moyang kita dahulu sehinggalah sekarang ini.

Jika tiada siapa yang menengahkan warisan ini, maka ianya akan terbuku kubur tanpa ada sesiapa yang tahu hasil seni dahulu kala.Warisan ini merupakan warisan yang perlu di naik tarafkan hingga ke depan ke generasi baru.

Bak kata pepatah :

"Tidak Lapuk Dek Hujan "

"Tidak Hilang Warisan Melayu"

Di harapkan anda semua akan terhibur & gembira dengan melawati Blog PWSTM ini.

Selamat melayari blog TERKUKUR yang menjadi hiburan hasil tinggalan Nenek Moyang kita terdahulu sampai lah kepada kita hari ni.............

Akhir kata dari saya : MOTO PWSTM & MOTO KAMI :

"WARISAN SEJAGAT , WARISAN SELAMAN "

From :
PWSTM

SILA LAWATI & BERILAH SOKONGAN KEPADA FORUM KAMI :

SILA KLIK LINK DI BAWAH INI SEGERA :-

http://database1900.13.forumer.com

TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA dari PWSTM di atas sokongan semua pihak, semua sahabat yang mengenali PWSTM atau pun tidak.Khususnya warga TTF semua.

TERIMA KASIH juga kepada pihak MEDIA yang menengahkan seni warisan ini untuk di kongsi oleh semua khususnya SINAR HARIAN DLL.


Jumaat, 23 April 2010

LIPAN MENJALAR

Salam

Di sini saya berkongsi gambar berkaitan dengan jalinan lipan.

Jalinan lipan ini adalah untuk membuat LEKAR @ sarang perumah R****.

Jalinan memerlukan apa jua jenis tali tangsi.Jalinan lipan ini berbentuk NO. 8 yang di jalin keluar masuk melalui tangsi ke tangsi sehinggalah habis mengikut kegemaran kita.

Begitulah juga warna mengikut kegemaran kita.

Apabila telah siap , maka kita akan jalin pemegang jalilan lipan pula.

Pemegaang perumah jalinan lipan, boleh menggunakan buluh cina, rotan yg di raut, tali brek motor dan sebagainya yang kita fikirkan sesuai mengikut kegemaran kita.

2 ulasan:

2ez berkata...

wahhh......kene bdepan blajar buat nie...nmpak senang tapiii.....jenuh mata mcm nie....apa2 pon akan ku cuba jua nnt...mokaseh tuan...

PWSTM BLOG/LONGKEDAH berkata...

salam

saya pun tak berapa pandai buat jalin lipan ni 2ez.saja je buat testing.cikgu mie pandai buat lekaq ni.