Pagi Ahad
Lokasi J20
Laman tinggal setahun
Jentera : LUMAI
Sudah lama tak turun laman.sibuk dengan kenduri kendara saudara mara sahabat handai.pagi ini nampaknya ada kelapangan sedikit.memandangkan hari ni pun ada kenduri.tetapi bolehlah lari sekejap.cuma jemputan mai makan sahaja.Tengahari bolehlah cabut ke rumah kenduri.
Laman adalah laman lebih setahun saya tinggalkan bersama sahabat saya.memandangkan semua jalan sempadan di korek maka ada 1 lagi jalan shortcut utk motor lintas.
Sampai laman suasana boleh lah.tak meriah macam tahun-tahun sudah.namun tak mengapalah.Lagi pun lumai pun dah lama tak turun tanah.Lumai baru menangkap 11 ekor.back up saya selepas SJ.
Kedengaran suara kasar cukup cantik lambung guk atas bukit.bersih suaranya.lambung guk sama besar.jatuh pun cantik suaranya.kalau masuk pertandingan lambung guk burung kampung insyaallah kurang-kurang pun dapat lah hadiah kain tuala ha ha ha.
Saya himpit.namun susah jugak suara kasar ni.pasal nampak cabut.saya abaikan suara kasar.terus naik bukit himpit SG dan suara sedang selang sikit, sulam sikit.
pusing sana sini cari laman tepi sawit dan pokok getah 5 tahun.laman semua tak dak.laman berbatu.pacak je lah.racik 21 mata di turunkan.memandangkan racik tua saya tengah modified, maka racik muda di turunkan.entah lah racik ni buleh pakai ke idak.
siap semua , menyorok di belakang sawit depan lumai,pasai tempat menyorok pun x dak yang stratergik.bimbang juga kerana sekarang ni musim helang dan sewah masih banyak.musim tidak menentu.sepatutnya bulan april ni sewah dan helang batik, kuit sudah tiada.
Jadi menyorok dekat je lah.lumai panggil dan patuk tanah.maklumlah BB(burung baru).lumai tekan.BH(burung hutan) pun tekan .SG & SL bertekak sesama dia.lumai menekan.prap-prap-prap SG melambung pusing tinggi melayang betul-betul di atas kepala lumai.Lumai menekan dan angguk gagap kuku sigiag.prap SG landing atas pokok getah angga dia.menekan dan lambung guk dia.selang pun menekan.SG rapat dan menguku sesama SL.lumai panggil.tak juga datang.tengok SG cabut.SG takut dengan SL.
Lumai terpacak keras pasal terdengar riuhan bunyi burung merbah menandakan ada pemangsa seperti helang.dalam 5 minit suasana sunyi ,Lumai mula balik.menekan.tengok pruffffff melayang SL sampai depan laman.Saya cukup minat tengok cara SL ni landing di laman.Sampai laman depan racik, jatuh saja di tanah terus meluru ke lumai macam peluru.mak datuk punya laju.menguku sana sini terus sangkut.berlaga puk pak puk pak.BH naik atas belakang lumai.pap,pap,pap,pap,pap secara melintang.namum lumai tegakkan kepak bh tak dapat nak pukul secara melintang.lumai bagi sekali terus masuk laman racik sekali lagi.walau kaki sudah sangkut namun degil tahap gaban bh ni.terus saya keluar.
Ambil je BH , lumai masih geram.dok menekan dan marah.saya acukan bh ke tepi lumai terus di belasahnya bh.amboihhhh sakan sungguh hang marah nooooo.
terus masuk dalam jut beransur pulang.
Sekian
3 ulasan:
Tahniah Lumai dan Tuan nya.
Cantik dan segak nya burng ni...Lumai.... macan tuan nya juga
Tahniah Long, geganas burung jengka ni, ada masa nak pi sana carik sekor buat koleksi.
Post sekali dengan Garok, nanti I beritau alamat.
Catat Ulasan