Pengikut

SELAMAT DATANG

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara semua kerana melawati Blog kami yang tidak seberapanya ini.

Blog ini di hasilkan adalah untuk memberi sedikit info & berkongsi maklumat bersama penggemar burung terkukur khususnya bagi kaki pikat.

Blog ini juga di hasilkan bagi merapatkan dan bersilaturahim sesama.

Blog ini di hasilkan bagi meneruskan WARISAN seni tinggalan Nenek moyang kita dahulu sehinggalah sekarang ini.

Jika tiada siapa yang menengahkan warisan ini, maka ianya akan terbuku kubur tanpa ada sesiapa yang tahu hasil seni dahulu kala.Warisan ini merupakan warisan yang perlu di naik tarafkan hingga ke depan ke generasi baru.

Bak kata pepatah :

"Tidak Lapuk Dek Hujan "

"Tidak Hilang Warisan Melayu"

Di harapkan anda semua akan terhibur & gembira dengan melawati Blog PWSTM ini.

Selamat melayari blog TERKUKUR yang menjadi hiburan hasil tinggalan Nenek Moyang kita terdahulu sampai lah kepada kita hari ni.............

Akhir kata dari saya : MOTO PWSTM & MOTO KAMI :

"WARISAN SEJAGAT , WARISAN SELAMAN "

From :
PWSTM

SILA LAWATI & BERILAH SOKONGAN KEPADA FORUM KAMI :

SILA KLIK LINK DI BAWAH INI SEGERA :-

http://database1900.13.forumer.com

TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA dari PWSTM di atas sokongan semua pihak, semua sahabat yang mengenali PWSTM atau pun tidak.Khususnya warga TTF semua.

TERIMA KASIH juga kepada pihak MEDIA yang menengahkan seni warisan ini untuk di kongsi oleh semua khususnya SINAR HARIAN DLL.


Isnin, 27 Julai 2009

Laporan Mikat 25.7.09

Laporan mikat
25.7.09 - pagi sabtu
lokasi : ldg sawit j17
pikat : bp

memandangkan hari ni dah plannning nk ke laman seladangjati suara kecik , jd ambil keputusan ke sana.jam 8 terus bertolak ke laman tersebut.sampai laman park motor cari laman dulu.tengok depan angga durian memang cantik pacak pikat BP(batu pahat).

siap pacak racik 21 mata terus menyorok selang 2 pokok.terdengar suara seladangjati sayup2sayup dok jauh.nampaknya dia x melintas ke sini.namun hati tertumpu kpd suara kasar banyak angguk di seberang jalan dok menguku dgn bh yg lain.

BP buat kerja mcm biasa, tekan angguk, tekan angguk,lambung guk beberapa kali.rokok nk habis dah sebatang.terdengar makin lama makin hampir bh penguku tersebut.terdengar BP dah menekan rapat dgn selangnya.tanda ada bh dekat tu.memang betul bh penguku dah hampir sepokok.lebih kurang 5 minit prufffff bh sampai betul2 depan bp kat sawit rendah.










apa lg hinggap je terus menguku.alamak bh ni memang pilihan saya la bh banyak angguk ni.biar kosong pun x pe janji banyak anggok.BP angguk gagap di laman.tekan dan terus tekan lagi.apa lgi bh x senang duduk turun ke bawah pelepah tu.mundar mandir dia dok menguku sambil berjalan atas pelepah sawit tu.namun x terjun lagi.dia naik balik.adussssss.knapa pulak ?dia nampak racik ke ? dia naik semula dan menguku lg x berhenti.bp pun sama x berhenti jugak nk pujuk dia turun.alamakk aiiiii.knapa la pulak ni ?celir ke ? tunggu punya tunggu dah hampir 1 jam masih x juga turun.dia turun naik turun naik pelepah saja.lepas tu agak penat agaknya terus kembang bulu.sisik bulu.hantu betoi la.bp terus buat kerja jugak.apa pun saya tetap tunggu jugak.nk tengok sampai bila.tiba2 terdengar suara bh betina berbunyi.bh makin menguku.marah la agaknya tu.tup2 dia makin turun dan turun di bawah hujung pelepah tu .dan pruffffff terjun di laman.menguku punya menguku dah tarik kaki.alhamdulillah.kena jugak hang.x sia2-sia aku tunggu hang hampir sejam setengah.pergi ambik tengok ada tali kaki.patut la pun.











racik kena penuh.nin dia










tengok jam pukul 11 tghari.balik nk pergi kenduri adik beradik...prenggggg

Tiada ulasan: