Pengikut

SELAMAT DATANG

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara semua kerana melawati Blog kami yang tidak seberapanya ini.

Blog ini di hasilkan adalah untuk memberi sedikit info & berkongsi maklumat bersama penggemar burung terkukur khususnya bagi kaki pikat.

Blog ini juga di hasilkan bagi merapatkan dan bersilaturahim sesama.

Blog ini di hasilkan bagi meneruskan WARISAN seni tinggalan Nenek moyang kita dahulu sehinggalah sekarang ini.

Jika tiada siapa yang menengahkan warisan ini, maka ianya akan terbuku kubur tanpa ada sesiapa yang tahu hasil seni dahulu kala.Warisan ini merupakan warisan yang perlu di naik tarafkan hingga ke depan ke generasi baru.

Bak kata pepatah :

"Tidak Lapuk Dek Hujan "

"Tidak Hilang Warisan Melayu"

Di harapkan anda semua akan terhibur & gembira dengan melawati Blog PWSTM ini.

Selamat melayari blog TERKUKUR yang menjadi hiburan hasil tinggalan Nenek Moyang kita terdahulu sampai lah kepada kita hari ni.............

Akhir kata dari saya : MOTO PWSTM & MOTO KAMI :

"WARISAN SEJAGAT , WARISAN SELAMAN "

From :
PWSTM

SILA LAWATI & BERILAH SOKONGAN KEPADA FORUM KAMI :

SILA KLIK LINK DI BAWAH INI SEGERA :-

http://database1900.13.forumer.com

TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA dari PWSTM di atas sokongan semua pihak, semua sahabat yang mengenali PWSTM atau pun tidak.Khususnya warga TTF semua.

TERIMA KASIH juga kepada pihak MEDIA yang menengahkan seni warisan ini untuk di kongsi oleh semua khususnya SINAR HARIAN DLL.


Jumaat, 26 September 2008

Laporan Memikat


Laporan memikat wink.gif
15/8/08 (ptg jumaat)
lokasi ladg sawit jengka 17

pikat :burung baru
(BB)

balik kerja jam 5.dlm perjalanan nk sampai ke simpang ternampak sekor dok melambung di kiri ladang.cantekkk.jam 6 baru turun.sampai lokasi nampak angga dia.ada sekor dok menekan kat situ.park motor dan jalan pelan2 ke depan.takut dia perasan.di kiri kanan ada 2-3 ekor dok menekan saja.saya x terus pacak.tunggu dulu.yg atas angga mungkin otai dia.terus dia melambung naik menuju ke BH sebelah kiri.apa lagi peluang saya cari laman depan angga.siap pacak terus menyorok 2 pokok di belakang BB(burung baru).BB menekan.tak lama kemudian otai melambung mai naik atas angga.tapi tak terjun.dia melambung naik menuju ke belakang.dok menekan kat situ.sora buleh tahan class B rendah.selang banyak.tiba2 mai sekoq lagi naik atas angga.otai melambung naik menguku atas angga.sekor lagi terus cabut ke belakang.tapi x jauh dari BB.dok menekan dan anggok .alamak suara.cantikkk dari otai.merap selang anggok.merap selang anggok.sora C tinggi.jam menunjukkan pukul 6.45 pm.dalam hati awat la otai x terjun lagi ni.mungkin dia halau yg lain dulu kot.memang betul.otai mai dekat sebelah kiri BB tapi x turun.nampak dia dok anggok.dia tak turun ke depan laman tapi ke atas pelepah sawit di tanah.terus berjalan mai ke arah BB.anggok depan racik.ada chan kot sat lagi ni.terus di masuk dlm laman.dia sepak BB.amboiii sakan hang noooo.terus BB bagi sedas terus dia cabut naik pokok.baru hang tau.duduk je depan pokok sawit.sampai sudah dia x turun.jam sudah pukul 7 pm.alamak.....:( nk gelap dh ni.tunggu lah kejap.sbb yg sora c tinggi ada di belakang.otai cabut je terus dia mai belakang BB.baru lah jelas sora dia.memang c tinggi.merap,selang ,anggok.tapi dia tak terus terjun dok je perap.apa hal lak niiii x terjun niiii.dh nk maghrib dh ni.teruslah keluar perkataan merapu "kalau hang rezeki aku ,hang turun,dh gelap ,aku nk balik".lepas pada tu terus dia terjun depan BB.apa lagi sakan la depa dok menguku.kebetulan racik kaler hitam.hari nk gelap ,tak nampak la dia.anggok punya anggok berlaga ngan BB terus dia kena sepak sedas melambung dia keluar masuk dlm longkang.ah sudah.ingat dia tak mau mai dah.tengok dia menapak naik dari dlm longkang terus menuju depan racik dan anggok.terus tarik kaki.terus masukkan BB dlm cetok ,buka racik dari kaki terus masukkan dlm cetok.x sempat nk perbetul racik yg kusut.kat rumah lah perbetul.sedang elok azan mahgrib.dekat sejam saya tunggu dia x turun-turun.ambik habuan .balik tengok rupanya burung muda lagi.mungkin garang sebb baru nak naik.manik pun tak putih kesema lagi.ada yg berkaler coklat.burung cantik buleh tahan.terus tanda kaki sbb sora hang aku berkenan

5 ulasan:

layangmas berkata...

salam...
dapat lagi burung hutan...jeles saya paklong hehehe..melawak ja!!!

Gemala Kasturi berkata...

Selamat hari raya aidil fitri bro ...

layangmas berkata...

selamat hari raya aidilfitri...!!!
maaf zahir dan batin ku pohonkan pada sifu ku paklong ramli...!!! paklong pas raya nanti kita smbung belajar lagi yea hehehe....

PWSTM BLOG/LONGKEDAH berkata...

salam
selamat hari raya maaf zahir batin kpd semua

terima kasih kpd yg sudi melawati blog saya yg tidak seberapanya ini.
maaflah sbb masih dlm pembikinan he he

long

PWSTM BLOG/LONGKEDAH berkata...

salam
sedih burung yg sedap ni mati dlm ladung.tak tahu kenapa......

long