Pengikut

SELAMAT DATANG

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara semua kerana melawati Blog kami yang tidak seberapanya ini.

Blog ini di hasilkan adalah untuk memberi sedikit info & berkongsi maklumat bersama penggemar burung terkukur khususnya bagi kaki pikat.

Blog ini juga di hasilkan bagi merapatkan dan bersilaturahim sesama.

Blog ini di hasilkan bagi meneruskan WARISAN seni tinggalan Nenek moyang kita dahulu sehinggalah sekarang ini.

Jika tiada siapa yang menengahkan warisan ini, maka ianya akan terbuku kubur tanpa ada sesiapa yang tahu hasil seni dahulu kala.Warisan ini merupakan warisan yang perlu di naik tarafkan hingga ke depan ke generasi baru.

Bak kata pepatah :

"Tidak Lapuk Dek Hujan "

"Tidak Hilang Warisan Melayu"

Di harapkan anda semua akan terhibur & gembira dengan melawati Blog PWSTM ini.

Selamat melayari blog TERKUKUR yang menjadi hiburan hasil tinggalan Nenek Moyang kita terdahulu sampai lah kepada kita hari ni.............

Akhir kata dari saya : MOTO PWSTM & MOTO KAMI :

"WARISAN SEJAGAT , WARISAN SELAMAN "

From :
PWSTM

SILA LAWATI & BERILAH SOKONGAN KEPADA FORUM KAMI :

SILA KLIK LINK DI BAWAH INI SEGERA :-

http://database1900.13.forumer.com

TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA dari PWSTM di atas sokongan semua pihak, semua sahabat yang mengenali PWSTM atau pun tidak.Khususnya warga TTF semua.

TERIMA KASIH juga kepada pihak MEDIA yang menengahkan seni warisan ini untuk di kongsi oleh semua khususnya SINAR HARIAN DLL.


Khamis, 4 Ogos 2011

SULAM


salam
Pada tajuk ini saya ingin kongsikan bersama anda semua berkenaan dengan suara sulam ini.Saya pasti semua tahu jenis istilah perkataan sulam ini.Sulam ini adalah merupakan permainan burung terkukur untuk asakan kepada pihak lawan.

Di sebelah utara perkataan sulam ini sudah tidak asing lagi penggunaannya kerana ianya memang dari dahulu lagi telah di gunakan.

Kemungkinan di Negeri lain ada panggilan istilah nya tersendiri.Mungkin pada pendapat saya di Negeri lain di panggil dengan nama istilah asak .Agak saya lah.Wallahualam.


Namun apa yang saya ingin kongsikan di sini adalah perkataan sulam yang di gunakan.

Sulam ini merupakan 1 istilah berlapis-lapis suara menekan sambil menguku atau angguk.kita boleh klasifikasikan rentak tone nya seperti ini;

1,2,2
1,2,2,2,2,1,1,2,2

itu sebagai contoh rentak tone yang boleh di beri pada irama sulam.

saya detailakan lagi nombor di atas menjadi bentuk nama;

1 itu menjelaskan kepada tekan atau menekan
2 itu menjelaskan kepada angguk atau menguku

jadi boleh lah kita bandingkan irama nya itu.
Peranan sulam ini merupakan asakan tinggi kepada lawan terkukur itu sendiri.Ini juga akan membuatkan burung terkukur hutan menjadi marah kepada pikat atau denak kita.Untuk membuatkan burung hutan turun dengan mudah carilah pikat atau denak yang mana sulam nya adalah secara teratur dan lembut.Tidak dengan sulam yang merupakan asak terus menerus tanpa kata.Sehinggakan burung terkukur hutan kadang-kadang tidak berani hendak berdepan dengan pikat yang ada sulam rapat yang mana membuatkan burung terkukur hutan larikan diri nya.

Permainan sulam ini memang cukup di gemari oleh semua pemikat khususnya kerana sedap di dengar dan akan membuatkan si pemikat tersenyum lebar jika pikat atau denak nya memainkan irama sulam ini.

Jadi kesimpulannya diharapkan rakan-rakan pemikat dapat sikit kefahaman apa itu sulam yang sering di perkatakan.Bagi orang-orang lama memang tidak asing lagi perkataan ini bagi mereka.Untuk rakan-rakan yang baru ingin menceburi bidang hobi ini diharapkan dapatlah sedikit info yang dapat saya kongsikan bersama di sini insyaallah.

sekian,wassalam            




                                                

              
         

3 ulasan:

chilihill berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
PWSTM BLOG/LONGKEDAH berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Aizat berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.