Assalamualaikum wrmth & Salam sejahtera
sahabat sekelian pencinta warisan seni ini.
Saya dengan rendah diri ingin memohon beribu-ribu kemaafan buat semua sahabat,kawan-kawan, baik jauh atau dekat, yang mengenali atau tidak, yang pernah bersama atau tidak.
Berjuta-juta kemaafan saya pinta daripada anda semua, jika ada terguris hati, perkataan, perbuatan dan sebagainya harap di maafkan lah saya seorang hamba allah yang tidak terlepas daripada semua kesalahan.Di harapkan sahabat semua sedia memaafkan saya zahir dan batin.halalkan makan minum saya samada sengaja atau pun tidak.
Dan juga saya bagi pihak keluarga saya ingin memohon kemaafan daripada sahabat semua anda kami ada tersalah kepada anda semua.harap di maafkan dunia dan akhirat.
Dengan rendah hati, saya dengan ini memberhentikan semua aktiviti sebagaimana tajuk blog ini iaitu TERKUKUR atas sebab-sebab tertentu.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua sahabat yang banyak membantu, memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada saya agar warisan seni ini dapat di naikkan di mata dunia khususnya.
Saya amat bersyukur kepada ilahi di atas kurnianya saya dapat bertemu dengan sahabat semua di seluruh malaysia ini , yang jauh dapat di rapatkan, yang tidak kenal di kenalkan, jadi silaturahim itu telah tertaut.
Dan terima kasih yang tidak terhingga kepada sahabat-sahabat yang banyak memberi sumbangan bila ada apa-apa aktiviti .Dan terima kasih juga kepada semua sahabat-sahabat yang sudi memberi buah tangan kepada saya semasa bersama.Jasa tuan-tuan semua hanya allah taala sahaja yang dapat membalas.
Saya doa kan agar tuan-tuan semua ingatlah saya selalu dan doakan diri saya dan saya sentiasa doakan tuan-tuan semua agar tuan-tuan sahabat semua berjaya di mana juga berada.
Walau pun saya sudah pencen dalam aktiviti ini, harapan saya tuan-tuan juga boleh teruskan warisan nenek moyang kita ini agar warisan seni ini menaikkan seni yang sihat di mata dunia bahwa permainan tradisional ini masih kekal bertahan sehingga ke hari ini.Dan ini sebanyak akan menerbitkan iltizam yang baik kepada ekonomi anak bangsa khususnya pelancong yang datang ingin tahu dan tahu.
KENANG DAKU DALAM DOA KALIAN
INGATLAH MOTTO DAN TEMA KITA
"WARISAN SEJAGAT WARISAN SELAMAN"
WARISAN SENI INI UNTUK SEMUA WARISAN BANGSA SATU PERMAINAN
PERPADUAN HARI INI MEMACU HARI ESOK
SALAM SAYANG DARI SAHABAT MU
LONGKEDAH
11 ulasan:
Catat Ulasan