SALAM SEMUA
Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi dengan limpah kurnianya satu program besar telah selamat di jayakan dengan begitu meriah dan hebat sekali.Dengan izinnya juga pihak TTF dapat menganjurkan program kedua terbesar buat TTF.
Pihak pengurusan TTF mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua sahabat yang datang dari berbagai-bagai NEGERI di semenanjung TANAHAIR kita ini tidak kira dari Johor, Melaka, N9, Perak, Kedah, Langkawi, Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Terengganu, Kelantan, Perlis, Pulau Pinang dan selainnya untuk bersama kita memeriahkan silaturahim ini.
Terima kasih juga kepada adik beradik yang hadir bersama-sama dari segenap pelusuk Negeri Tanahair untuk bersama memeriahkan program kita ini.
Terima kasih kepada semua abang-abang, adik-adik yang memberi sokongan sepenuhnya kepada TTF.
Penghargaan yang tidak terkata di atas layanan yang di berikan semasa kami berada di sana.
TTF sememangnya tidak menjangkakan pertemuan ini menjadi lebih hebat dari pertemuan silaturahim pada tahun 2009 yang lalu.Bermakna TTF sudah mendapat sambutan di mata semua PEMINAT TERKUKUR di TANAHAIR kita ini.
Seramai 240 pemikat seluruh tanahair telah hadir ke program silaturahim ini.Yakni 4 kali ganda jumlah kehadiran pada tahun lepas.Namun jumlah bukan matlamat kita.Matlamat kita adalah silaturahim tertaut sudah.itu matlamat TTF.
Terima kasih kepada Pihak pengurusan Felcra Changkat Sulaiman diatas kerjasama dan pertimbangan yang sewajarnya untuk kami mengadakan pertemuan silaturahim di tempat ini bagi semua peminat TERKUKUR di Tanahair kita.Satu pemangkin tradisi seni anak bangsa dan semua bangsa dapat di hidupkan sekiranya ada sokongan sebegini pada masa-masa akan datang.
Inilah Warisan Sejagat dan inilah Warisan Selaman untuk semua.Tidak lapuk di hujan panas.Tetap segar di mata anak bangsa Malaysia.
Terima Kasih juga kepada penduduk Felcra Changkat Sulaiman yang sentiasa menyokong majlis kami.Dan juga kepada penduduk Felda Besout yang memberi kerjasama yang cukup baik untuk kami mengadakan program ini.
Tahniah kepada semua,dan Tahniah kepada yang berjaya.Dan selautan TAHNIAH kepada semua WARGA dan sahabat yang sudi menyumbang hadiah untuk menjayakan majlis silaturahim terbesar buat TTF pada kali ini.
Dan sekalung tinggi TAHNIAH kepada semua sahabat tidak kira di mana jua yang sudi menyumbang sumbangan seikhlas hati buat ANAK-ANAK YATIM untuk kita salurkan kepada ANAK-ANAK kesayangan kita yakni ANAK-ANAK yang tiada BER AYAH dan BER IBU di Daerah sungkai ini.
Keperihatinan sahabat semua untuk sumbangan seikhlas hati walaupun sekecil ZARAH, hanya ALLAH SNWT sahaja yang membalas jasa sahabat semua.Sumbangan ikhlas sahabat semua telah kita salurkan kepada pengurusan Felcra Changkat Sulaiman yang di saksikan oleh saudara Razak agar pihak mereka agihkan kepada ANAK-ANAK Yatim di situ.
TERIMA KASIH KEPADA SAHABAT KESAYANGAN KU SEMUA
"WARISAN SEJAGAT, WARISAN SELAMAN"
Akhir kata, pihak TTF menyusun jari sepuluh seandainya semasa program ada yang tersalah kata, terkasar bahasa, tersinggung hati dan perasaan, kami memohon berjuta-juta kemaafan dari hujung rambut hinggalah kehujung kaki.Sesungguhnya kami insan yang lemah.Yang baik itu dari ALLAH SNWT, dan yang lemah itu adalah dari kelemahan diri kami sendiri.
MOGA KITA AKAN BERJUMPA LAGI DI TAHUN HADAPAN INSYAALLAH.
Ikhlas daripada Insan yang lemah
longkedah
*********
Tudia geng kg pinang sebatang
kohjai(klang), awang(perak), pacdien(johor)
Ahli Pengurusan TTF (AP)
mat, snipers,nasir
Alamakkkk.....sekali champions Sg Lekuk & Champions Sungkai sudah bersama
Azli, Meor

Gambar bawah ni pulak :Geng 606 tembakau cina
tokmo(penang), abg saufi(tokey sangkar),mat(kedah),adie(kl),jun(kl) dan hat depan sekali dok tersengeh tu otai pendang kedah cucu Jaapaq

Ni pulak geng slow emotions......geng appai from n9 singgah berkonvoi di kedai terkukur BSE banting.Dah pagi pun sempat lagi bergambar tu.semangat depa ni......

Hat Bawah Alamakkk.hat ni mcm geng tembakau cina.tapi ada masuk geng baru ni...mmmmmm tak pa la kenaikan sekali lagi harrammmm........kiri sekali : tokmo (penang), abg saufi,mat(belakang), jun (belakang).depan pulak snipers,mamat ,tudiaaaaa hat pakai spek otai bidong, last sekali pacdin otai pesum.

Hat ni hangpa tak yah tanya la sapa nooooo...hangpa dah kenai......

Tudiaaa aihhhhhhh warga TTF memang sporting kalau bab bergambar ni.maklumla gambar kami nk hantar ke sinar harian perak.orang perok deme jangan lupe taroh ke teman sekeping surat habo tu.
hat ni pulak memang aku cabut.pasai semua otai-otai belaka ni.
dari kiri : malek(otai pelepah),izha,reseli (langkawi),zk(otai kl),cikgu mie(otai taiping),ehem-ehem(otai perak,mr. awang) ada jugak mat (otai changloon)
Pendaftaran sedang bermula
2 otai di bawah ni saya x kenai.sapa ni ?
Ceeyyyy....sehati sejiwa..prengggggg ...kohjai & Adie
Pakat dok ambik gambar seladang jati mata hitam
Barisan geng-geng moto yang baru sampai

Sibuk aihhh tokey kedai.

Pendaftaran pun bermula
Tudia dok borak apa tu ? dari kiri dok tengah bergayut tu reseli(langkawi) hat nampak telinga aja tu jaapaq,pakai topi tu abg kita tokmo,depan sana azli,hat pakai spek tu AP baju TTF GMK, hat tepi sekali pakai spek tu mat bidong

Hat ni lagi takut ni.tudia otai pak amah pun beri sokongan.respek pak amah.trip 2009 dulu pun dia turun.salute sama pak amah.dari kiri yg pakai bushjacket tu pak amah,pakdien, abg saufi dan hat x nampak muka tepi ni nazmina(melaka)..depa semua kena muhong dengan pacdien.harrammmmm

Haaaaa..hang cilok hadiah ka apa.prenggggggg ha ha ha ha


Amboihhhh aihhhhh..abg din lipis...jadi-jadi la tu ambik gambaq sj tu.mai la ambik gambaq saya pulak.prengggggggg.dari hujung pentas tu sdr mamat, adik ipar saya,abg din lips pastu hat 2 org di depan ni x perasan sapa dia

fuhhhh..antara labu dan cetok serta koleksi yg lain yang di anjurkan oleh sdr appai kita.cantik sungguh laaaa.


paling berkenan hat tengah ni.fuhhhhh ukiran seni anak langkawi memang classs...
setahun kumpui duit ni ooooooo

wei nasset, hang jangan berangan.sangkar tu dah tulih nama aku tu..prengggggg......mat nor dan naset

warga yang baru sampai dok hilang penat

pelanggang pertama nampakkkkkkkkk...ehem-ehem x dak diskaun ka bang



tidak di sangkal lagi..geng kg dusun pinang 2 batang sudah bersama.patut la bergegaq tanah sungai .dari kiri pakai baju belang cikgu non(pantai remis),malek(sungkai),azha(perak),reseli(langkawi),zk(kl),cikgu mie(taiping), awang(bg gajah), mat(kedah),longkedah(pahang)

Kalau pasai gambaq hangpa laju ja.aku sampai terkeluaq pagaq nk ambik gambaq hangpa semua.x muat camera.




gambaq ni masa kami ke ulu bernam.sakit pinggang aku pak......dari kiri lupa nama geng cikgu non,cepoi,lupa la pulak geng besout,tudiaaa otai besaout pakya,cikgu non,ceyyyyy..jamesbond pun ikut nooooo,adik ipaq.

tahniah amboi halim bertuah hang noooooo






ceyyy adie hang pulun racik noooooo...

annee roti satuuuu.........




pakya pun buleh nooo.x yah dah nyorok jauh2 pakya noooo.untung dpt mafla

woiii bigshow.hang makan apa ? tenggelam aku.harrammmmm

geng cikgu non pun buleh.tahniah


tudiaaa aihhhh AP BAJU TTF



tahniah.botak.hang pun tapau ? tahniah.hang memang buleh geng ngan bigshow


wei mat nor.pandai hang noooo.dapat kerusi berlipat.x payah dah duduk ataih cetok lepaih ni.

ceyyyyy naza dari penang.hang jugak yg untung.dpt alat solekan dr langkawi nooooo.balik org rumah pun senyum ja.pasai apa ? ni abang pi jauh-jauh pun abang bawak balik alat solek.tu tanda abang sayang kat hang.untung hang.

ehem-ehem...ewahhhhh senyum lebaq kwn kita ni.tahniah pada cikgu non kita.

weii cikgu mie.hang dok telek apa tu.hang jang nk gabuih pesum tu.hat tu aku dah booking tu.

alamak.mana mai AP BAJU TTF ni ? tau2 muncui.sdr jiji kita

tudiaaaaa geng langkawi sudah tapau hamper weiiii.tahniah sdr reseli kita

weiiii hang pun tapau.harrammmmm....sdr pakar terkukur TTF.snipers(zamri) lumut

elehhhhh.....dapat racik sengeh sakan.

tudiaaaaa....penyumbang utama hadiah sangkar layang kita.penyumbang tetap.tahniah abg saufi.tapau jugak noooooo.

weiiii naset.hang mana aci dapat hamper.harrammmm....besaq pulak tu.


aku dah la sakit lutut.hang suruh aku pikui kambu .harrammmmmm.


amboihhhh geng jaapaq tapau pesum separuh masak.balik x payah dah cari pikat.pesum ni dh jadi pikat.tahniah.syok la depa dapat bb pesum

aku punya dok aim sangkaq layang johor ni tau-tau cikgu mie yg tapau.harrammmm.tudiaaaaa meleret sengeh tu.tahniah

lepaih ni sapa-sapa ni eram telur buleh pi jumpa mat changloon.tudiaaaa muncung panjang tu pasai gembira tak terkata dapat mesin tetasan telur.tahniah

nin dia.second winner kita.menerima hadiah cetok dan sijil

nin dia johan trip sungkai 2010 sdr meor.geng boly ni kalau tak silap.kita beri abg saufi(tokey sangkar)lah memberi hadiah.kerana jasa abang saufi tidak dapat di balas .hanya allah yang membalas.kerana abg saufi merupakan penyumbang tetap sangkar layang utk trip besar TTF
johan menerima sangkar layang ukir, piala pusingan dan sijil


acara pun selesai ,maka semua pun berangkat hendak pulang ke destinasi masing-masing





kami mengabadikan kenangan sebelum pulang


menjamu selera pulak sebelum pulang.terima kasih yg tidak terhingga kepada sdr cepoi kerana sudi menumpangkan kami di rumahnya.serta sudi masak special ikan pekasam buat kami semua.ikan pekasam sekilo cepoi.prengggggggg







