Racik adalah 1 alat untuk menangkap burung terkukur khususnya.
Ada beberapa mata racik iaitu sama ada 7, 9, 11, 17, 21,32 mata bagi satu kepala racik. Racik mata yang banyak digunakan untuk di pacak di atas tanah selalunya menggunakan 32, 21 mata.racik kalau untuk main di atas tunggul,batang atau pelepah kita gunakan racik dan 7, 9 dan 11 mata. Bagi racik yang dipacak atas busut pula kita gunakan 17 mata.
Berkenaan racik ini banyak kaedah yang kita boleh ketengah kan cara pembuatannya.Pada masa dulu Racik ekor lembu amat popular penggunaannya .Kerana kos nya amat terhad pada masa itu.jadi Inisiatif mereka buat menggunakan racik yang diperbuat daripada ekor lembu yang telah di sembelih semasa kenduri kendara di ambil bulu-bulu ekor nya untuk di buat rajut atau lengkung mono nya.
Namun peredaran zaman berubah maka kaedah terbaik pada masa sekarang menggunakan benang yang baik.seperti benang strongbow,benang pancing yakni braided dan seumpama denganya.
Racik terkukur ini amat popular dikalangan pemikat terkukur khususnya kerana ianya kecil berbanding dengan racik lain.Racik terkukur tidak menjejaskan ekosistem habitat haiwan lain kerana tiada apa-apa risiko mengena akan habitat terlarang.Ini kerana longkang atau mono nya terlalu kecil.dan penggunaannya adalah untuk terkukur sahaja tidak boleh di gunakan untuk menangkap habitat lain.
Jadi pembuatan ini juga di kira sebagai seni hasil tingalan nenek moyang kita dahulu untuk anak cucu generasi hari ini dan kedepan tidak lupa akan hasil seni sediada.Pendapat saya hanya di Negara kita MALAYSIA sahaja yang membuat hasil seni halus seperti ini.Negara lain kemungkinan tiada hasil seni anak bangsa seperti ini.Kita sepatutnya rasa bangga kerana allah snwt telah menganugerahkan kepada orang-orang dahulu seperti nenek moyang kita membina hasil seni sepetrti racik ini.Bukan senang dan mudah untuk membuat hasil seni seperti ini,Ketajaman mata, ketekunan, dan kesabaran untuk membuat racik ini kerana ianya terlalu halus seni nya.
Jadi kita juga perlu berbangga kerana Negara kita sahaja yang ada hasil seni seperti ini.Jadi kita harap kan penggunaan racik ini di keluarkan lah daripada AKTA penggunaan penjeratan yang di benar dan dibebaskan kerana hasil seni ini telah bertapak puluhan tahun dari anak bangsa nenek moyang kita dahulu sehingga kehari ini.Jika kita tidak ketengahkan saya rasa anak cucu kita kegenerasi akan datang sudah tidak kenal apa itu RACIK tersebut.Kita berharap ianya tidak dilupakan hasil seni titik peluh nenek moyang kita dahulu.Kerana tiada orang dahulu tiada lah kita mengenali hasil seni ini.
Sebagaimana yang saya kata kan diatas penggunaan racik ada pelbagai-bagai jenis penggunaannya seperti di atas tanah, tunggul, batang kayu, ranting,pelepah dan sebagai nya khusus untuk menangkap terkukur utama nya.
Dan saya spesifikasikan sedikit di sini jenis dan mata-mata racik khusus yang selalu di gunakan oleh kita sebagai pemikat terkukur seterusnya.
A) Racik tanah jumlah mata penggunaannya adalah sebanyak 21,30,36
B) Racik tunggu jumlah mata penggunaannya adalah sebanyak 7 atau 9
C) Racik pelepah jumlah mata penggunaannya adalah sebanyak 9,11,13
D) Racik ranting jumlah mata penggunaannya adalah sebanyak 5,7,9
E) Racik busut jumlah mata penggunaannya adalah sebanyak 11,13,17
Itu adalah antara beberapa contoh klasifikasi penggunaan racik yang biasa di gunakan oleh pemikat khususnya.
Jadi kesimpulannya racik adalah merupakan hasil seni halus dari anak bangsa kita.
sekian
5 ulasan:
long,mintak racik 11 kepala boleh
Racik 30 mata harga nya berapa ?
Catat Ulasan