Pengikut

SELAMAT DATANG

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara semua kerana melawati Blog kami yang tidak seberapanya ini.

Blog ini di hasilkan adalah untuk memberi sedikit info & berkongsi maklumat bersama penggemar burung terkukur khususnya bagi kaki pikat.

Blog ini juga di hasilkan bagi merapatkan dan bersilaturahim sesama.

Blog ini di hasilkan bagi meneruskan WARISAN seni tinggalan Nenek moyang kita dahulu sehinggalah sekarang ini.

Jika tiada siapa yang menengahkan warisan ini, maka ianya akan terbuku kubur tanpa ada sesiapa yang tahu hasil seni dahulu kala.Warisan ini merupakan warisan yang perlu di naik tarafkan hingga ke depan ke generasi baru.

Bak kata pepatah :

"Tidak Lapuk Dek Hujan "

"Tidak Hilang Warisan Melayu"

Di harapkan anda semua akan terhibur & gembira dengan melawati Blog PWSTM ini.

Selamat melayari blog TERKUKUR yang menjadi hiburan hasil tinggalan Nenek Moyang kita terdahulu sampai lah kepada kita hari ni.............

Akhir kata dari saya : MOTO PWSTM & MOTO KAMI :

"WARISAN SEJAGAT , WARISAN SELAMAN "

From :
PWSTM

SILA LAWATI & BERILAH SOKONGAN KEPADA FORUM KAMI :

SILA KLIK LINK DI BAWAH INI SEGERA :-

http://database1900.13.forumer.com

TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA dari PWSTM di atas sokongan semua pihak, semua sahabat yang mengenali PWSTM atau pun tidak.Khususnya warga TTF semua.

TERIMA KASIH juga kepada pihak MEDIA yang menengahkan seni warisan ini untuk di kongsi oleh semua khususnya SINAR HARIAN DLL.


Khamis, 4 Disember 2008

Tali Ulat

Tali Ulat

Tali Ulat ni adalah merupakan tali @ benang yang di jalin dengan pelbagai cara.Tali ulat ni di gunakan untuk mengikat pada kaki burung terkukur bagi di letakkan di atas sangkar layang seterusnya di tambat di tanah bagi tujuan memikat.


kalau kita ingin bercerita memang banyak bentuk dan cara yang boleh kita buat tali ulat ini.

kalau kita kaji cara dahulu dgn memakai benang sabut ada,benang biasa ada,dan sampailah kepada generasi kita sekarang ini yakni menggunakan benang-benang yang berkualiti tinggi seperti benang jahit kasut,benang payung terjun,benang jahit kusyen,benang pancing (braided) dan seumpamanya yang boleh kita ketegorikan sebagai berkualiti tinggi.namun di masa kita hari ini benang braided menjadi pilihan utama kerana jangkahayatnya tinggi.kekuatannya boleh di jamin.walau hanya menggunakan 30lbs kekuatan yg boleh diatasai sebagai benang pancing amat tahan kekuatannya di laman pancingan.jadi benang braided menjadi minat pemikat khususnya.




Memang benang ini agak mahal kerana benang ini di import dari luar negara khususnya USA.jadi tidak dinafikan benang ini menjadi tinggi harganya.tetapi walau harganya tinggi, kualiti nya amat bagus untuk kita membuat tali ulat.

Itu dari segi alatan pembuatannya, jika kita kongsikan tentang cara pembuatannya pula, ada pelbagai-bagai cara untuk membuat tali ulat,ada membuat pelbagai bentuk atau design mengikut cara tersendiri.ada buat papan halus,ada buat papan longkang dan lain-lain.
Namun itulah seni anak bangsa yang tidak lekang di telan zaman.kehalusan pembuatannya amat menarik hati pemikat burung khususnya.

Gambar di atas tu adalah hasil buatan sendiri.

P/s : Terima kasih juga dari saya kepada sahabat saya matlan yang membawa saya bertemu abg jet untuk belajar membuat tali ulat.

Tiada ulasan: