Pengikut

SELAMAT DATANG

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara semua kerana melawati Blog kami yang tidak seberapanya ini.

Blog ini di hasilkan adalah untuk memberi sedikit info & berkongsi maklumat bersama penggemar burung terkukur khususnya bagi kaki pikat.

Blog ini juga di hasilkan bagi merapatkan dan bersilaturahim sesama.

Blog ini di hasilkan bagi meneruskan WARISAN seni tinggalan Nenek moyang kita dahulu sehinggalah sekarang ini.

Jika tiada siapa yang menengahkan warisan ini, maka ianya akan terbuku kubur tanpa ada sesiapa yang tahu hasil seni dahulu kala.Warisan ini merupakan warisan yang perlu di naik tarafkan hingga ke depan ke generasi baru.

Bak kata pepatah :

"Tidak Lapuk Dek Hujan "

"Tidak Hilang Warisan Melayu"

Di harapkan anda semua akan terhibur & gembira dengan melawati Blog PWSTM ini.

Selamat melayari blog TERKUKUR yang menjadi hiburan hasil tinggalan Nenek Moyang kita terdahulu sampai lah kepada kita hari ni.............

Akhir kata dari saya : MOTO PWSTM & MOTO KAMI :

"WARISAN SEJAGAT , WARISAN SELAMAN "

From :
PWSTM

SILA LAWATI & BERILAH SOKONGAN KEPADA FORUM KAMI :

SILA KLIK LINK DI BAWAH INI SEGERA :-

http://database1900.13.forumer.com

TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA dari PWSTM di atas sokongan semua pihak, semua sahabat yang mengenali PWSTM atau pun tidak.Khususnya warga TTF semua.

TERIMA KASIH juga kepada pihak MEDIA yang menengahkan seni warisan ini untuk di kongsi oleh semua khususnya SINAR HARIAN DLL.


Isnin, 22 Disember 2008

Laporan Mikat 21/12/08

Laporan memikat
21/12/08
Ahad-pagi
lokasi : ldg sawit j17

hari ni turun lewat sikit sekitar jam 8 am.lokasi mmg sudah di kenal pasti iaitu ldg sawit org tua.sampai di laman park motor kejap utk dengar suara bh.namun senyap sunyi.yg ada hanyalah suara merbah dan murai cacing dok buat bising.helang masih ada nampaknya ni.kedengaran seko menekan di kwsn jalan bawah.terus park motor & naik ke atas bukit di tepi jln menuju kandang lembu org tua.pacak pikat seladang terus menyorok.pikat buat kerja angkat guk.kdg2 menekan.BH masih tak sampai :evil: dekat sejam menunggu masih tak sampai dan senyap balik suasana.terus bungkus dan menuju ke laman lain.ronda-ronda berhenti di 1 kwsn ldg org tua yg lama sebelum pembahagian ladang peneroka dulu.mmg sini ada bh suara tarik akar sedap.berhenti motor.ada 3 ekor nampaknya suara tarik akar ni.mungkin anak muda dan bapaknya keras sikit.suara sedang berada jauh dari yg lain.saya berjalan ke depan sikit memilih laman depan angga durian.

Image



helang besar 2-3 ekor berpusing2 di atas udara.cabut rumput sikit dan pacak racik.pikat pun nak tak nak keluar cetok sbb helang dok pusing-pusing.siap pacak pikat terus duduk dulu dekat pikat biarkan helang jauh sikit baru menyorok.agak jauh helang pergi ,baru lah saya menyorok di belakang sawit atas bukit di belakang pikat saja.kira jelas la nampaknya.pikat buat kerja tapi masih takut2 sbb bunyi helang dari jauh.sbb kat laman ni berdekatan hutan simpan.dh tentu helang keluar masuk dari sarang.tak pe lah.biar dia biasa sikit.suara tarik akan makin dekat tapi tak masuk angga.menekan dari jauh saja.pikat menekan-nekan.tiba-tiba terdengar bunyi kepak burung melintas atas pokok sawit saya sembunyi.tak sempat nk perhati.dh terdengar bh menguku di bawah bukit di atas angga durian.tekan anggok-tekan anggok.alamak burung penguku.rupanya suara sedang yg berada jauh td dtg.pikat anggok dan menekan rapat.membuatkan bh lagi bertambah menekan.tak lama kemudian barulah Nampak bh hinggap sepokok ke 1 pokok dari bawah bukit.makin lama makin dekat.burung mcm ni bagus sbb dia cari sepokok demi sepokok mencari lawan.alamak…lagi jelas dh duduk depan pokok depan pikat.tapi belum naik lagi.bila dengar pikat anggok dia makin marah.bh melompat sedahan demi sedahan mcm org main gayut-gayut sukan olimpik la pulak :D

disebabkan tak tahan agaknya kena kutuk dgn pikat terus dia terbang naik menuju sawit tmpat saya menyorok.nasib baik saya kerat pelepah utk lindung saya menyorok.hinggap saja atas sawit terus anggok.tudiaaaaa…ada anggok angga pulak.lagi bagus.dok menekan atas kepala pikat.dok menekan saja tak turun.pikat patuk ranting kononnya nk buat sarang la tu :p terus bh terjun depan laman.silap saya tak sempat nk rakam.sbb terlampau syok sgt depan mata lah katakan.aksi anggok menganggok berjalan.bh masuk laman racik berpusing lagi.kaki tersangkut 1 mata racik tapi lucut.dia masih masuk lagi ke laman.racik di tabor keliling rumput.apa lagi dia masuk dlm rumput nk bedal pikat, pikat bedal dia balik.terus dh tarik kaki.kaki kiri sangkut masuk nk tibia lagi.kaki kanan sangkut masih anggok lagi.pikat tibia lagi.mmg degil bh ni masih nk bedal lagi terus racik kena ekor.bersimpul ekor masuk 2 mata racik.terus tertiarap.1 tumang racik kena kepak bh.luka sikit kepak di sebelah kanan dia tu.
Terus saya terjun dari tebing tempat menyorok tu utk ambik bh.punya la susah nk buka sbb semua dh terbelit habis pada bh.ekor habis semua tertanggal.

Image


Image


dh jd mcm ayam togel.

Image


saya ambik bh letak tepi pikat.pikat bedal 2-3 kali dan anggok lagi.tak pe dh.hilang terkejut dia.dan inilah hasilnya…………..

Image


Image


tamat

2 ulasan:

Geng Mikat Klang berkata...

Long,

Boleh tahan burung kawasan jengka ni yea. Pikat Long semua berasal dari sana ke?

Man

PWSTM BLOG/LONGKEDAH berkata...

salam

ye kebanyakannya semua jengka.yg lain ada jugak dari kwsn lain mcm chenor, rompin

long